Thursday, December 31, 2009

Artis oh Artis!

Artis itu hipokrit, betul kah? Kadang-kadang lawak dengan gelagat mereka ni. Buat kita macam bodoh pon ada juga.

Contoh..masa bercinta bukan main menafikan tapi bila dah putus..ha..habis semua cerita dalam seluar dalam pon boleh terkeluar.

Lepas tuh lawak lar pulak dengan perangai peminat-peminat artis nih. Bukan main membela macam artis ni malaikat lar pulak. Dah bersungguh memebela, gedebak gedebuk artis kena tangkap basah..tak pon kena tangkap sehati berdansa kat disko haram.

Camne tu?

Hahaha..malas lar. Kalau saya nak ikut perkembangan artis ni pon sebab saje nak melepaskan stress. Eh..betul apa. Boleh gelak guling2 tgk drama lawak hipokrit mereka ni.

Wednesday, December 30, 2009

Shopholic.

Tak ada lar rasa macam tergila-gila sangat dengan Shopholic series ni. Tapi bila dah baca terus jadi gila!

Fine! Saya lambat..tapi apa problemnya. Buku tu kan tak basi. Betol tak?

Ok lar..skrg mau sambung "The time traveler's wife"...dadada.


Saturday, December 26, 2009

Beerrraattnyaaa!

Sekarang ni memang tak larat betol nak mendokong Ananna. Beerraattt oiii!.

Masalahnya, dia banyak alasan untuk mintak dokong. Kejap-kejap cakap nak jadik macam baby (siap-siap buat suara baby). Kejap-kajap pulak buat gaya ala ala nak tido. Boleh tak..bila tgh jalan dia buat kepala tersenggok-senggok. Tak pon dia kata kaki sakit...tetiba ok.

Kalau Daddy ada ok lagi lar..boleh main ganti-ganti. Kalau mommy sorang2..how? Fuh..menggigil tangan.

Tapi......

Benda-benda macam ni kejap aje. Tak lama lagi bila dah besar, dia sendiri tak nak mintak dokong. Masa tuh saya gerenti..kami akan merindui saat dia buat perangai2 nak mintak dokong. Sedih ok.

Entah lah...saya sayu bila memikirkan yang ananna sudah besar dan akan besar lagi. Bukan setakat bila besar dah tak mahu dokong..nnti dia sendiri mintak tak mau lagi tidur ketiak mommy..tak mahu lagi kena peluk dan cium...........

ok..dah..dah..saya dah sedih!

Sunday, December 20, 2009

Wknd hebat bersama Ananna.

Salam Hijrah..

Aktivit hebat kami :

*Honey bekerja wknd..jadi cuma saya dan Ananna saje*

1. Pergi dentist. Saya yang sakit tetapi Ananna duduk di tepi saya sambil flying kisses. Soalan biasa di tanya " sakit te mommy?".

2. Kami ke Setia Alam. Makan Pizza dan lepak selama 2 jam. Saya sempat menghabiskan beberapa chapter buku dan Ananna puas main dekat playground KFC.

3. Ananna demand nak buku. Seperti biasa kedai buku kegemaran kami ialah di Amcorp Mall, bookxcess. Ananna membeli 3 buah buku, satu set alat tulis dan pensil warna. Perjalanan pulang, Ananna tidur dalam timbunan buku-buku. Kali ini saya tidak shopping buku. Ada 5 buah buku yang tidak habis di baca ok. Sabar..sabar.

4. Kami menonton DVD 2012. Fuh..Ananna menjerit-jerit sambil menyorokkan kepala ke dalam selimut.

5. Ananna sambung tgk Mickey Mouse.

Tidur dalam keadaan puas hati.

Oh..sehari sebelum itu, kami (termasuk Honey), sempat lepak di J.co Donut..best..best.

Hari ini pula, perancangannya makan nasik lemak, tengok DVD, sidai kain sebab semalam dah hujan..banyak kain tak kering, gosok baju satu baldi besar..aih..rasa tak larat malam karang hantar dobi, hari ini mau senam robik aje dan lepak..lepak..lepak.

Uargh....esok sudah kerja. Tak suka. Tak semangat.

Saturday, December 19, 2009

1430 dlm kenangan.

Salam Maal Hijrah....

Kenangan sepanjang tahun 1430..

1. 20kg lemak hilang. Yeay.
2. Masih berjaya maintain the weight..yeah..yeah.
3. 2 Makcik meninggal dunia.
4. Abah masuk hospital dan kesihatan abah agak merundum.
5. Celebrate birthday @Legend Hotel PD...
6. Kerja agak mendatar. Tiada yang menarik sangat. Kadang2 agak membosankan.
7. Rajin exercise tapi kadang2 malas juge.
8. Rajin giler membaca buku sekarang. Bookxcess kat Amcorp Mall tempat paling best untuk shopping buku. Ananna pon dah pandai beli buku. Tadi dia baru paw mommy 3 buku..
9. Ananna ada concert. Gila cute.
10. Ananna ada hari sukan. Gila cute juge.
11. MZ ada bf baru..wakaka. Lawak ok!
12. Kain kebaya saya pecah pada tghr raya pertama. Nasib bawak jeans sebagai penyelamat.
13. Gila Twillight.
14. Honey bagi bunga kat office. 1st time dalam hidup. Rasa nak pengsan!
15. www.scarflicious.blogspot.com dilancarkan...baju RM30. Shawl RM18 and Tudung Instant ala Ariani RM38.

Emh..apa lagi?

Harapan 1431??

Fakhry Khaled or Ashooora Aisya?? Semoga berjaya!

Sunday, December 13, 2009

G kawen.

Date : 12/12/2009
Time : 12:45pm
Venue: Rumah G kat Teluk Intan.

Buat G n Maped, semoga berbahagia sehingga ke tua kerepot. Lepas ni kita boleh plan to pregnant together2..hahaha.

Semua gambar di bawah ni (kecuali gambar terakhir) di ambil oleh Ananna...ada talent tak?

Masa ni Ananna kata "Mommyyy!! Uncle ada pisau!!"..ok..sila lihat betul2. Betul kan tu pisau? ekeke.

Pengantin perempuan hilang?



Sila sopan ketika menjadi pengantin..tangan dok diam please..ekeke.


Sesiapa berminat dengan shawl yang saya pakai, sila ke www.scarflicious.blogspot.com atau hubungi kami di scarflicious@yahoo.com..hahaha..sempat buat promote...

Saya driving pegi dan balik. Giler penat. Ananna pulak sempat mintak singgah kat Tesco K. Selangor dan beli Barbie Doll + bathroom set. Emh..kami main berdua....ok..ok..mommy yang terlebih main...ekeke.






Thursday, December 10, 2009

Azam baru untuk tahun baru.

Azam untuk rumah..

1. Gate and Autogate - Dah pasang awal dec lepas. Tak ler cantik sangat tapi nampak cute giler.

2. Pagola - akan pasang by end of Dec.

(Dec...pokai! Hondarian lain kayoo)

3. Repair Plaster siling. Plan in January.

4. Repair electrical, install new lampu and cat bahagian depan rumah. Plan in Februari.

5. Cat bahagian dalam rumah..masih kekal kan custom made purple tuh and nak tambah color merah hati..juga custom made dgn pintu dapor..depan tempat meja makan...huhuhu. Plan in March & April.

6.Pasang pintu kat bawah store bawah tangga. pintu dah ada..tinggal nak pasang. Plan in May

7. Pagola, pagar dan simen bahagian belakang rumah. Plan in June (Why June...? Hehehe..hanya Hondarian saje yang tahu)

8. Beli tiles. Sbbkan duit dah pokai...so hanya beli aje dulu..pasangnyer kemudian. Plan in July.

9. Pasang tile depan dan belakang - Plan in Aug - Sept. Ha..sambut raya rumah dah hampir cantik...hehehe.

10. Decorate backyard..and beli pokok2.Plan in October

11. Kemas bilik no 4. Pindah kan katil bilik no 2 to no 4. (Plan in Nov)

12. Hias bilik Ananna pule..ala ala princess. Plan in Dec.

Ok..cukup dak...satu tahun punya azam..

Emh...boleh lar.

Saturday, December 5, 2009

Scarflicious sale and shawl batch no 2.

Salam..

Scarflicious shawl pon dah letak kat mudah..and dah up pun the add. Malangnya, ada orang bukan nak beli shawl tapi nak mengurat! Boleh tak?

Wei....saya tak cantek! Saya dah tua! Sudah 34! Sudah ada Mr Iznil (yang macho and buncits!..hahaha..love you Honey!) and saya sudah ada lil Princess Adrianna Khaleda Iznil!!!

Tolong beli shawl dan jangan sibuk ngurat saya!

Ok..ok...sila klik http://scarflicious.blogspot.com/2009/12/announcement-sale-sale-sale.html

dan

http://scarflicious.blogspot.com/2009/12/batch-no-2-gorgeous-shawlscarflicious.html

atau

www.scarflicious.blogspot.com

Enjoy shopping ladies!!!

Tuesday, December 1, 2009

Berpakaian tetapi telanjang

Saya pon masih tak betol lagi dalam menutup aurat ni. Masuk tahun 2010, sudah 4 tahun saya bertudung..emh..belum cukup menutup aurat lagi..

InsyaAllah..saya akan mesti gigih!!!


Kita berpakaian untuk melindungi tubuh, untuk nampak lebih berketerampilan, juga sebagai melaksanakan sunnah yang dianjurkan Islam. Namun tidak semua konsep berpakaian menepati syariat, malah ada ketikanya ia mendatangkan ‘bala’ pula kepada kita. Ini sama seperti pesan Rasulullah lewat hadis baginda;

Daripada Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Ada dua macam penghuni neraka yang kedua-duanya belum kelihatan olehku. Pertama, kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi yang digunakan untuk memukul orang lain. Kedua, wanita yang berpakaian tetapi sama seperti telanjang (kerana pakaiannya tidak menutup aurat, nipis dan mendedahkan bahagian yang tidak sepatutnya dilihat bukan muhrim) dan wanita yang mudah dirayu dan juga suka merayu. Wanita tersebut tidak dapat masuk syurga, bahkan tidak dapat mencium bau syurga, padahal bau syurga itu dapat dicium dari jarak yang sangat jauh.” (Sahih Muslim)

Salah satu budaya malang yang menimpa wanita Islam dewasa kini ialah budaya berpakaian tetapi telanjang. Kebanyakan wanita hari ini berpakaian mengikut fesyen walaupun ada sesetengah fesyen yang dikenakan amat bertentangan dengan syariat Islam. Ada sesetengah wanita pula menyangkakan bahawa dengan bertudung, mereka sudah menutup aurat, sedangkan apa yang mereka sarungkan di tubuh badan mereka hanyalah pakaian yang nipis melayang ataupun yang ketat dan sendat seperti nangka dibalut dan nampakkan segala-galanya. Ada juga yang menenakan tudung tetapi menampakkan lengan (short sleeve). Sesetengahnya pula berbaju pendek/singkat hingga menampakkan seluar dalam, bentuk ‘V’ line dan lurah ‘bumper’ mereka.

Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Aisyah r.a. bahawa ketika Asma’ binti Abu Bakar r.a. bertemu dengan Rasulullah SAW, ketika itu Asma’ sedang mengenakan pakaian tipis, lalu Rasulullah SAW memalingkan muka seraya bersabda, “Wahai Asma’! Sesungguhnya, jika seorang wanita sudah sampai masa haid, maka tidak layak lagi bagi dirinya menampakkannya, kecuali ini ...” (baginda mengisyaratkan pada muka dan tangannya).

Kenapa wajib menutup aurat? Jawapannya ada dalam al-Quran, Allah SWT telah berfirman yang bermaksud, “Hai Nabi katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha pengampun lagi Maha penyayang.” (Surah al-Ahzab [033], ayat 59)



Ciri-ciri pakaian Muslimah :
1. Tudung mestilah labuh menutupi dada dan tidak jarang/nipis
2. Baju mestilah labuh dan longgar
3. Lengan baju panjang sehingga pergelangan tangan
4. Kain/seluar yang dipakai mesti panjang sehingga ke buku lali (mata kaki)
5. Kasut yang tidak berbunyi (sekiranya hendak memakai kasut yang bertumit tinggi, pastikan tumitnya diperbuat daripada getah)
6. Memakai sarung kaki

Dalam urusan berdandan atau berhias-hiasan bagi golongan isteri juga haruslah dilakukan menepati syariat seperti mendapat izin suami terlebih dahulu. Ini ditegaskan Rasulullah SAW seperti yang diceritakan daripada Asma Abu Bakar mengenai seorang wanita yang datang bertanya kepada Rasulullah, “Saya mempunyai kemusykilan. Berdosakah kalau saya berdandan dengan harta suami yang belum diberikannya kepada saya?” Balas Rasulullah SAW, “Orang yang berdandan dengan apa yang belum diberikan suaminya, sama dengan memakai dua helai baju palsu (penuh dosa).” (Sahih Muslim)

Renung-renungkan!

Friday, November 27, 2009

Miza ada BF baru!

Serius.....korang mesti tak kenal sapa Miza.? Korang nak tau? Tak payah ler..ekeke..ha..geram lar tuh..tak puas hati ler tuh..hehehe..

Ok..ok..Miza tu adik perempuan saya. Bujang trang..trang..trang lagi..walaupun umur dia sudah mencecah 32 tahun..wait! If she already 32..then..yelah..yelah..saya sudah 34..! Me 34 yang lebih wiser, sexier & prettier. Boleh kah?

Minah ni love story dia agak pening sket. Tapi tu lah..Adik report " Wawa..wawa, Kak Ija dah ada BF baru..siap masak nasik lemak n bla..bla.." Fuh..gila bodek! Hilang Honey punye tahta menantu kesayangan!

Anyway..semoga berbahagia lar..dah penat2 bodek my mom and dad tuh nak tunggu apa lagi..kawen ler cepat.! Kan aman orang tua tuh sbb tanggungjawab dah berpindah kat husband pulak.

Tapi...ape ke hal mamat tuh tak reti nak balik masa raya tempoh hari..buat aku hilang mood nak beraya! Mencik tau! Sian adik..plan 2 minggu hancus macam tu aje. Lagi satu..ape ke hal nyer belum muhrim dah sibuk nak tidur rumah orang? Tak tau adat?? Tak tau hukum agama?

Emh..saya tunggu hingga minggu depan. Kalau buat perangai lagi..mamat tuh akan menyesal seumur hidup..nope tak main2..don't play..play!

New Moon...


Ohhhhhhhh...Edwardddddddd!!! I love UUUUUUU..bite me..bite me!

Hahaha...mereng dah ni.

Sanggup tuh malam raya meredah hiway untuk menonton.

Tapi potong stim betol..masa dah ending tuh..masa Edward ajak Bella kawen tetiba "sila jangan tinggalkan barang berharga anda"..mcm tak bagi warning tetiba terus keluar menda tuh..tension tau!

Aggghhhhh..tak sabar nak tunggu DVD kat kedai untie....mesti beli dan tonton banyak kali..yeah!

Shopping buku.


Today saya shopping :

1. A lion called Christian - Anthony Bourke & John Rendall.
2. If you could see me now - Cecelia Ahern.
3. The Story of Edgar Sawtelle - David Wroblewski
4. Alphabet activity pack
5. Numbers activity pack.

Ha...kalau ikutkan hati nak beli banyak lagi. Tapi sebab Honey sudah jeling terpaksa lah meninggal kan kedai buku dengan rasa separuh hati dah jatuh..huhuhu.

Wawa yang malas!!

Dear blog,

Mintak maaf. Saya sgt malas menulis skrg.

Mintak maaf. Saya mengabaikan kamu blog.

Janji..tidak lagi...ok..janji...janji sepenuh hati.

Sebagai permulaan..saya akan bercerita tentang shopping buku, update scarflicious, cuti2 masuk bilik..(ekeke) & concert Ananna.

Skrg, saya belum Asar lagi. Nanti sambung ok..eh..lupa? Cerita Miza & BF baru..perlukah bercerita?? PErluuuuu! wakaka. Sbb Miza tak tgk blog saya..hahahaha. So boleh ngumpat!

Ok..chow dulu.

Monday, November 9, 2009

Scarflicious

Salam babes..

mari klik sini

http://scarflicious.blogspot.com/2009/11/gorgeous-shawlscarflicious.html

dan sini

http://scarflicious.blogspot.com/2009/11/telekungscarflicious.html

Happy shopping !

Sunday, November 8, 2009

24/7 "tot..tot". oh tidak!!

Ada orang kata kalau sudah bekerja di "tot..tot" harus 24/7 jadi hak milik "tot..tot".

Haruskah? Perlukah? Logik kah?

Kalau saya menjawab..Half-half..Adakah membuatkan saya menjadi tidak setia dan tidak komited dengan "tot..tot"? Adakah jawapan mereka yang lain itu benar2 jujur dari hati atau...sendiri mau ingatlah.

Saya adalah saya. Saya bukan BRAND "tot..tot". Saya 24/7 hak milik Mr Iznil..24/7 hak milik Ananna..24/7 hak milik keluarga saya. Ada faham??

Oh lagi satu..

Duit boleh datang dan pergi..
Fesyen boleh datang dan pergi..

Tapi...

Keluarga akan tetap bersama kita..selamanya!

Friday, November 6, 2009

Rojak oh Rojak!

Serius busy! Serius tak sempat nak tengok-tengok blog. Hari-hari penat giler. Dah macam nak giler. Nasib tak giler.

Sekarang..saat ini..rasa nak terbang. Terbang jauh dari tempat ini yang amat menyesakkan. Saya mahu merehatkan minda dan body. Lebih-lebih lagi semenjak membuka kedai e-butik ni...lagilah penat....!

Tapi tak pe. Penat macammana pun hati saya puas. Untung jangan tanya lah...belum lagi. Saya bukan business juta-juta..

Ok..esok kami akan bertolak ke Damai Laut, Swiss Garden. Saya akan bercuti sehingga hari selasa...yeeehaaaa!

Oh..apa kena mengena tajuk di atas dengan isi cerita.? Rojak mamak memang sangat yummy kan? Nyummmmm....

Wednesday, October 28, 2009

Scarflicous.

Salam...

Mari klik ke www.scarflicous.blogspot.com untuk shopping. Jamin murah. Jamin chanteks...

Sila..sila..sila...

x0x0
Scarflicious.

Sunday, October 25, 2009

Alkisahnya..Si Adrianna yang kiut miut...kuat menyampoks!

Ha...kan dah kata bz..tak nyempat ni ha..apa lagi nak kena update 2 blog...ugh...! Tension okeh.

Ok..ok..kita balik pada tajuk ye..

Kisah 1

Mommy tgh membebel kat Honey..Sbb masa tuh Honey tgh bersungguh menyakat Ananna yang tengah melopong tengok kartun kegemarannya. So...masa tgh membebel kat Honey tuh, tetiba Ananna tgk muka Honey tunjuk tanda bagus dedua tangan dan sambil sebut "Daddy, padan muka"

Ok..masa tuh mommy terus senyap. Daddy pon senyap gak. Terkejut agaknya. Emh..dari tengah marah2 hati terus rasa geli hati. Terhibur habis dgn gelagat jujur Ananna.

Kisah 2

Lebih kurang sama je dengan kisah 1 tapi kali ni Daddy tengah membebel pasal sikap Ananna yang tidak mahu mendengar kata.

"Ananna niiiii.....apa Daddy Mommy cakap langsung tak mo dengar. Apa Ananna nak semua dah bagi. Nak kek Tom & Jerry dah dapat..nak basikal kakak kaler merah pon dah dapat..nak epal merah pon dapat juga."..Oh panjang bebelan ni..ada banyak barang yang kami beli Honey tolong ungkitkan...ekeke.

Tetiba...

"Daddy..oh Daddy..mata?? (cermin mata..kami janji nak beli tapi tak beli2 lagi..masa tu lar) ha...mata tak beli lagi"

Daddy diam..Mommy pulak terus ketawa berdekah-dekah. Oh...kalau ada benda tak beli lagi tuh maksudnya boleh lah Ananna buat nakal lagi ye..

Emh...budak nih!


Saturday, October 24, 2009

Bz

Ah...saya agak bz akhir2 ini. Ini membuatkan saya kurang masa untuk hapdet. Apa2 pon saya sedang membina satu lagi blog...nnti bila dah siap saya akan war-war kan ye....

Saturday, October 17, 2009

7.10.2009,2:29am - Adrianna Khaleda Iznil.

Salam..

7.10.2009,2:29am - Adrianna Khaleda Iznil, anak tunggal kesayangan saya genap 4 tahun. Yeah. Semakin membesar semakin nampak dia copycat muka daddy. Bila tanya..muka Ananna ni muka siapa? Dia jawab "muka Ananna lar". Emh..betul juga ye.

Ok..mommy dan daddy pecah kepala selama sebulan membuat planning untuk birthday party Ananna. Emh..sebenarnya mommy yang terlebih teruja..hehehe. Siap ambik cuti lagi. Heh..family is important oke?

Ok...kek Ananna kami tempah khas dari Secret recipe siap dengan gambar kartun kegemaran Ananna, "Tom and Jerry". Thanks to mom and adik sbb sponsor ole-ole..hehehe.



Ananna memang excited sampai tak hengat lah. Sebulan sebelum birthday lagi dah kecoh mintak hadiah. Bila tanya nak apa dia dengan very firm nye menjawab nak basikal kakak color merah. Ha..memang tak pandang benda lain. Kalau dah kata nak yang itu, yang itu lar. Gambar basikal kakak cuba tengok previous posting.

Pagi-pagi dia dah bangun menyanyi lagu birthday. Birthday Ananna, kami buat party kat school dia. Support makan tengahari sekali untuk kawan-kawan Ananna.

Huh..meriah gila. Boleh nampak Ananna kat schoo gila balik. Senyap dan ikut peraturan dengan cemerlang. Kalau kat rumah keluar lar segala tanduk kat kepala...hehehe. Huh..bangga..pandai Ananna bawak diri ye?




Ha...ni time menyanyi dan tiup lilin. Kelakarnya, banyak kali tiup tak jugak padam-padam lilin tuh. Eh..mana Mommy dan Daddy? Mommy sibuk jadik photographer dan daddy pulak sambung sweet dream dalam kereta. Sian Daddy, dia baru jerk balik dari shift malam tuh..













Malamnya, pulak kami makan malam dengan atuk, nenek, Mak Ngah dan Cik Su. Actually, 7.10.2009, Ananna kongsi birthday dengan Cik Su and Pak Cik Mir. Oh...dengan Untie Zakiyah sekali..Hee..Kiyah ni ler sesatunya birthday kawan yang tak kan saya lupa..ekeke.

Apa-apa pun...puas hati sangat dengan celebration kali ni...sekarang mommy kena plan untuk party tahun depan pula...hehehe.


Saturday, October 3, 2009

Pre birthday Ananna.

Ahhh..minggu depan Ananna genap 4 tahun..masa berlalu begitu pantas..

Gambar terbaru Ananna & mommy.



Birthday gift from Daddy and mommy...basikal kakak kaler merah.


Sunday, September 27, 2009

Beraya dan bernostalgia di Dusun Tua.

Dulu, apabila ada yang bertanya di mana kampung saya? Saya akan menjawab..Dusun Tua.

Apabila saya masuk ke sekolah menengah jawapan bagi soalan di mana kampung saya bertukar ke Kajang. Ini kerana, setiap pagi raya semua keluarga kami akan berkumpul di rumah ketiga-tiga ibu saudara saya yang duduk berjiran dan berada di dalam satu taman itu.

Apabila usia saya bertambah (yelah..yelah..semakin tua), jawapan kepada kampung saya juga bertukar dari Kajang dan kini ke Klang. Oh..secara seriusnya, saya sangat bangga menjadi orang Klang. Saya lahir di Klang, membesar di Klang dan sekarang masih menetap di Klang. Ye..Klang lar tempat kesayangan saya.

Kini, sejak 9 tahun berkahwin dengan warga Ipoh, Perak saya menambah satu lagi kampung..iaitu Ipoh, Perak. Saya juga suka kan Ipoh yang bersih dan aman. Kini, kami jarang-jarang sekali pulang ke Perak. Tambah-tambah lagi PIL juga sudah menetap di Rawang. Jimat duit tol dan minyak..ekeke.

Kenapa saya katakan bernostalgia di Dusun Tua?

Saya adalah sesatunya cucu yang membesar di rumah pusaka Dusun Tua. Tentu..rumah ini meninggalkan kesan yang amat mendalam pada diri saya. Kenangan kanak-kanak yang tidak mungkin saya lupakan. Apabila Datuk dan Nenek saya meninggal rumah ini telah di jaga oleh Arwah Makcik saya. Kini...setelah Arwah Makcik meninggal (Arwah meninggal seminggu sebelum raya), saya tidak pasti dengan nasib rumah pusaka ini....

Ketika pulang beraya tempoh hari, saya mengambil kesempatan bergambar sakan di rumah ni. Sambil bergambar, mulut saya laju bercerita.."oh..kat sini lar Wawa ngan Atuk dan Nenek tido." "Kat sini dulu ada tv hitam putih" "Eh..jam ni ada lagi kat sini..wow!" "ha..ni dulu dapo..bilik air" "Masa Wawa umur setahun, Wawa ada amik gambar sambil berdiri kat pintu nih" "kat sini Wawa sambut birthday ke 4..Wawa pegang kek kat sini". "Kat lubang nih Wawa selalu nyorok""Kat belakang nih dulu kebun limau nipis..ah..kat sini pulak reban ayam..Wawa selalu kejar ayam kat sini..sini..kat situ"" Ha tu lar tempat Wawa jatuh basikal..jatuh kat sawah orang""Ni dulu asal Sungai Langat..tiap2 jumaat mesti mandi sungai kat sini..carik siput sedut"

Bla...bla..bla..

Memori macam air keluar dari paip...laju dan terang. Kalau masa boleh berputar kembali, saya mahu kembali di sini...dan forever di sini....

Psst..kenapa saya berseluar jeans di hari raya pertama??? kain koyak babe...koyak!


Nostalgia di Dusun Tua.
Sewaktu umur saya kurang 1 tahun, saya ada bergambar di pintu ini tapi different posing ler.

Photobucket

Photobucket
Masa saya kecik2 dulu selalu main bunga api kat sini.

Photobucket
Selalu juntai kaki kat tingkap nih..kat belakang tuh dulu ada pangkin tempat we all lepak2 dan tido lepas lunch dan zuhur. Sejuk..
Photobucket
Ruang tamu dan tempat saya bobok malam.


Photobucket
Dari tingkap nih dulu boleh nampak sawah padi.

Photobucket
Sungai Langat yang asal..sekarang aliran nya sudah di tukar.


Photobucket
Tempat lepak petang2.

Wednesday, September 23, 2009

Salam Aidilfitri 2009.

Salam Aidilfitri 2009 untuk semua yang membaca atau terbaca blog ini. Saya juga ingin memohon ampun dan maaf jika selama setahun ini saya ada terkasar bahasa yang menyebabkan anda semua kecewa atau terguris perasaan. Harap-harap tahun depan kita boleh bersua lagi dengan Ramadhan dan sekali lagi menyambut aidilfitri bersama-sama.

Aidilfitri tahun ini saya dan keluarga hanya menyambut secara sederhana. Berpijak pada bumi yang nyata. Saya juga agak sibuk dengan kerja yang menimbun-nimbun dan segalanya perlu di selesaikan sebelum cuti raya yang panjang. Tahap tensi agak tinggi. Hampir setiap hari saya bekerja tanpa mengambil 30 minit rehat pon. Semuanya di lakukan demi menyambut hari raya 2009.

Beberapa hari sebelum raya, saya dan Honey menyambut ulangtahun ke 9 perkahwinan kami. Maaf, tiada gambar kerana hujan dan saya pula demam selsema.

Malam raya hingga ke pagi raya kami berada di rumah si Kembar kerana PIL berada di sana. Selepas pukul 10:00am barulah kami bertolak semula ke Klang untuk menyambut raya bersama keluarga di Klang.

Kira-kira 12:00pm, kami bertolak ke Kajang pula. Saya suka benar menyambut raya di sini. Saya boleh buat perangai buruk lantak. Di Kajang inilah tempat berkumpulnya sanak saudara Baharudin (Arwah datuk saya). Lagi pula 3 mak saudara saya ni berjiran. Senang nak melawat setiap rumah.

Kami sempat juga menyinggah ke rumah pusaka di Dusun Tua. Tapi gambar dan cerita detailsnya saya akan update di tajuk yang lain. Saya akan explain kenapa lar di pagi raya saya elok berkebaya dan berkain batik alih-alih separuh jalan saya berseluar jeans saje. Emh..malu.

Oh..saya juga tiada gambar The Naim's family dan cerita tentang raya di Ipoh. Ada masalah teknikal.

Apa-apa pun harap semua orang enjoy beraya..

P/S : Sepanjang raya demam selsema. Sekarang tengah pusing sebab baru makan ubat selsema..so kena sambung cerita raya esok saje. Gambar lain saya sudah upload di FB.

Raya 2009
The Baharudin's Family.

Raya 2009
The Abd Aziz's Family

raya 2009
The Iznil's Family.

Friday, September 18, 2009

Demam!

Tak larat...

Saya demam!

Nnti2 je lar ye update blog nih.

Selamat Raya dan Maaf Zahir Batin...

Sunday, September 13, 2009

Jeng..jeng.

Saya sedang mengira waktu...tidak lama lagi...jeng...jeng...

**I love U so much Honey...so very much.**

Dari 7, kini tinggal 4.

Semalam makcik pergi meninggalkan kami semua untuk selama-lamanya. Saya tahu emak sedih. Makcik adalah adik emak. Adik beradik emak ada 7, 6 perempuan dan seorang lelaki. Emak anak yang ke lima. Kakak sulong dan abang emak sudah lama meninggal dunia.

Kini emak cuma ada 2 kakak dan seorang adik bongsu. Rumah yang Arwah makcik ni sebenarnya rumah pusaka. Saya membesar di rumah ini. Di sinilah saya mengejar ayam. Belajar naik basikal dan kemudian jatuh di sawah. Nenek (tak hingat nama) datang mengadu kat atuk (ketika itu ketua kampung) ada bebudak nakal rosak kan sawah dia. Saya menyorok belakang pintu sambil Arwah Atuk menjeling tajam.

Di rumah ini juga saya belajar memanjat pokok (terer ok), mandi sungai sambil mencari siput sedut sungai dan macam-macam lagi lah. Zaman ini lah yang paling seronok dan indah sekali. Selalu juga saya bermimpi dan balik ke rumah pusaka ini.

Sedih...kini rumah itu akan kosong. Saya tidak tahu akan nasib akan datang rumah yang membesarkan 7 anak Arwah Wak Badar dan cucu kesayangannya itu. Saya berharap sangat semoga ada yang masih sudi untuk menjaga rumah itu.

Buat sepupu2 saya yang bertiga itu, harap banyak kan bersabar. Setiap yang bernyawa pasti akan pergi. Kami masih ada. Jangan putuskan tali persaudaraan.

Al-Fatihah buat arwah makcik. Semoga di tempatkan di kalangan orang yang beriman.

Saturday, September 12, 2009

Bakal menantu Pak Iznil.

Syarat-syarat untuk kepada sesiapa yang teringin untuk menjadi menantu Pak Iznil mestilah wajib lulus dalam interview. Jika interview anda gagal jangan harap lah dapat jadi menantu kami. Jeling anak kami pun tidak di benarkan.

Antara syarat untuk menjadi menantu Pak Iznil..mesti berpengetahuan didalam ilmu dunia dan akhirat. Sembahyangnya kena cukup. Kena wajib hormat Daddy and Mommy. Dating-dating tidak di benarkan. Dating ituh menjurus kepada maksiat.

Kita tidak tahu apa akan jadi pada masa depan. ketika itu dunia kita bagaimana keadaannya. Adakah Islam masih lagi menjadi pegangan kuat. Jika Ya..Alhamdulillah. Masih ada harapan untuk kami bermenantukan yang terbaik. Jika tidak....alangkah malangnya umat Islam.

Kenapa kami kecoh? Ananna baru berusia 3 tahun dan 11 bulan. Tapi kami keterlaluan advancenya. Ha..mudah. Ananna nak tunggal kami adalah precious. Wang ringgit yang berjuta pun tidak ada nilainya jika di bandingkan dengan Ananna. Oleh itu, kami mahu memberikan yang terbaik..Hanya yang terbaik untuk yang terbaik. Ananna juga adalah sesatunya harta kami. Jika kami tiada lagi di dunia ini, dia lah sesatunya harapan untuk mendoakan kesejahteraan kami.

Sob..sob..mommy sedih. Eh..blog ini sepatutnya blog kelakar tetiba sudah menjadi blog sobsob pula.

Monday, September 7, 2009

THS Investigates : Diet fads.

Ketika saya menulis blog ini saya sedang menonton THS Investigates : Diet Fads. Oh wow! tak sangka ramai orang sanggup buat benda2 mengarut hanya untuk kurus.

Diet plan saya simple..makan macam biasa cuma kurang nasi, kurang gula, minum banyak air kosong dan exercise erveryday for 30 minutes combination of cardio dan pilates. Ice cream, air soda, air gula, fast food dan gula-gula saya elak untuk makan. Tak bermaksud tak makan langsung tapi cuba elak kan lar.

Sarapan adalah penting dan saya makan 5 meals sehari di mana tengahari saya makan berat (ada nasik lar..pewot melayu)

Dalam bulan puasa ni saya tidak berdiet sangat..tapi saya tidak lupakan exercise. Exercise ni penting sebenarnya..untuk memastikan kita sentiasa cergas dan kurangkan stress. Paling best kalau dapat exercise dengan Ananna.

Oh..bulan lepas, sewaktu saya berada di depan pagar nursery, saya nampak Ananna depan tv tgh buat sit up sorang2..Uih..bangga mommy tau.

Secara ringkas, saya tak percaya diet melampau nih..ikut kata body sebenarnya. Saya dengan bangga, dalam masa 4 bulan saya turun 20kg dan sekarang sudah 5 bulan saya berjaya mengekalkan berat badan saya iaitu 55KG. 5KG tu kat pewot..pewot muncit sket..ekeke..eh..muncit tu lar sexy..*tepuk kepala kuat2*

Saturday, September 5, 2009

Hunting for baju raya.

Saya beriya-iya benar untuk berbaju kebaya nyonya pendek untuk hari raya. Honey pun dah setuju. Sukanya hati tidak terkira. Tak kisah puasa, terik kat luar dan bertopeng bagai saya dan Honey gagah juga untuk ke Tesco Shah Alam, My Hannah dan Amcorp Mall.

Saya siap psiko Honey kat FB lagi..."kebaya nyonya tu cun lar" kata saya dlm FB..wakaka..Honey termakan pujuk lar jugak.

Sampai di Amcorp..jeng..jeng...terus ke kedai yang menjual kebaya nyonya tu ler...satu set kebaya (baju, kain + inner) RM180. Mahal tak? Emh..saya pon try test the baju. Eh..sexy..cun..saiz M..muat..patut kena saiz S ni (ececeh..perasan lah pulak). Bila keluar dari fitting room bergaya depan Ananna..of course lah dia ckp mommy tatek (cantik). Komen Honey ok je kalau saya suka.

Tapi....?????

Hati ni tak cukup confident ar. Rasa macam kebaya Nyonya ni bukan saya. Dah lah saya jalan macam samseng..pakai kasut flat..nak tgk saya pakai heels dalam mimpi boleh lah..handbag pon pakai slig bag...tak pon bawak bawak bag sandang belakang...macam mana lah kebaya nyonya ni nak ngam ngan saya.

Aih...!!!

Tak kan lah saya nak pakai baju pada hari yang mulia tuh dalam keadaan serba tak masuk.

Malamnya..selepas berbuka dan maghrib, saya bisik2 kat Honey..nak gi Tesco Setia Alam. Harapan tuh tipis aje..tapi apa salahnyer mencuba iye tak?

Di Tesco Setia Alam tuh tak sampai pon 10 minit, saya dah jumpa baju yang saya suka. Masih kebaya tetapi tidak sependek kebaya nyonya..tidak ketat..sedang elok sgt..versi sopan lah senang cerita. Ah...dah lah dekat dgn umah..pehtu murah pulak tuh..fuh lega.

Ish..bila memilih baju kena lah yang halal bukan halal tetapi haram..maksudnya, baju pilihan kita tuh cantik tapi bukan baju orang islam..Ish..tak mo..tak mo..saya takut Allah.

Apa2 pon..Mr Honey sangat gembira dgn baju raya saya..sexy tapi sopan katanya...hehehehe..

Aip..jgn mintak gambar..nnti hilang seri baju raya tuh..

Friday, September 4, 2009

Blog Oh Blog.

Aigh...tatau lah. Kemalasan tahap dewa sakarang. Tiap2 hari ada je idea nak menulis. Tapi setiap kali mengadap blog..idea pon dah zuppp hilang.

Pelik tetapi benar.

Sunday, August 30, 2009

Bayangan..

Saya masih tidak kebah lagi dari rasa sedih kehilangan Orange. Lagu ini sebenarnya Honey dedicate untuk Orange..Air mata saya menitis laju..

Terkenang saat nan indah
Waktu kita bersama
Berteduh di bawah satu bumbung
Kau buka jalan bahagia
Pada jiwa terbiar luka
Kau memberi kekuatan dalam kepayahan
Di saat ku mencari arah hidup
Tiap waktu dikau memayungiku
Terpesona di bawah redupnya..oh..! oh..!
Bayangmu

Dan aku bagai terlupa
Bahawa takdir yang Esa
Semua telah pun direncana
Kau pergi dalam sekelip mata
Untuk selamanya oh..! oh..!

Bersemadi
Disaatku masih amat memerlu
Keharuman cintamu yang satu
Apa daya ini takdirNya semua
Dan yang tinggal diriku bersama
Bayangan

Namun pun begitu kau tetapkan wujud
Dalam jiwaku bersemi
Tak pernah lari
Kenangan lalu
Kubawa bersamaku
Merindu oh..! oh...!
Bayanganmu
Dikala sepi mendatang
Tak dapatku menahankan
Airmata kerinduan

Semangatmu terasa bersamaku
Walau kita terpisah di dunia
Senyumanmu kini jdi tangisku
Tiap hari waktuku mencari oh..! oh..!
Bayanganmu

Ku hulur doa buatmu
Abadilah di sana oh!
Sejarahmu yang gemilang
Bersamaku
Bayangan, bayanganmu
Bayangan

Monday, August 24, 2009

Aktiviti bulan pose.

Salam Ramadhan..

Fuh..tak terkira banyak betol aktiviti yang mesti di lakukan pada waktu bulan Ramadhan ini. Dari jam 5:00am - 10:00pm tuh, saya mesti merancang aktiviti dengan amat-amat teliti supaya tidak kantoi.

Dari bangun sahur mesti pukul 5:00am, concentrate kerja, mesti cabut dari office tepat 5:35pm, siapkan meja untuk berbuka, solat tepat pada waktu..tak mo lewat-lewat, membaca Al-Quran selepas solat (ni ikut kesempatan..ada 5 waktu solat Fardhu..so saya pilih mana-mana waktu yang sempat, update FB (heh..opis tak boleh buka FB..mencik ok), terawih (kalau boleh tak mo ponteng), berbuka puasa dengan mak & abah dan FIL & MIL (seminggu sekali), masuk tido tepat 10:00pm (ni kena guna kekerasan dengan Ananna tapi kadang2 dia pulak guna kekerasan dengan mommy..!) dan paling penting untuk memastikan saya sentiasa cergas setiap hari..saya mesti melakukan senaman.


Ye...ye...exercise is a must untuk saya. Bukan untuk kurus tetapi untuk memastikan badan saya tidak lembik. Saya suka bila badan saya berpeluh-peluh..rasa ringan dan rasa sexy..(kahkahkah..sila muntah..tapi nanti batal pose).

Senaman saya tidak lah terlalu extreme pada bulan pose nih..selalunya buat disiplin pilates, jogging ringan atau kayuh basikal speed rendah lar..kalau terlebih buat nanti sapa pulak nak update blog nih..ekeke.

Bersenam sewaktu bulan pose ni banyak kebaikannya..selain kita dapat letih..badan kita juga akan kekal cergas dan paling penting sekali......lemak2 tepu yang yang dah lama kat dalam badan akan terbakar. Maksudnya...kita akan slim masa raya nanti ok? Oh..tapi jangan lah melantak masa berbuka pose. Kalau melantak macam mana nak slim masa raya nanti?

Ha..macam tu lah..

So..apa menu kita berbuka hari ni..?

Sunday, August 23, 2009

"Mamat" ni pergi sementara di bulan Ramadhan.

Salam Ramadhan semua....

"Mamat" ni akan balik jumpa kita apabila berakhirnya Ramadhan..! Tgk..nak pergi pon sempat tinggalkan pesan lagi..kepada semua..beringatlah...!

Wednesday, August 19, 2009

Orange.. April 2001 - 19 August 2009 8:10pm.

8:05pm, Orange melompat keluar dari kandang dan terus berlari dan berlari..selaju yang mungkin. Seronok benar dia dapat mempermainkan mommy dan ....GEDEBOM...dialnggar kereta Wira kaler biru cair.

Mommy berlari..berlari..dan menjerit. Orange berlari mendapatkan mommy..pandang muka mommy dalam-dalam..Pandangan sakit. "Mommy..Orange sakit..sakit sangat Mommy.

Mommy jerit memanggil Orange. Orange tarik nafas panjang dan dalam...dan menghembuskan nafas terakhir di pelukan Mommy.

Mommy meraung.."OOORRRRRAAAANNNNGGGEEEE!!!!!"

Tiada balasan dari Orange.

"OOORRRRRAAAAMNNNGEEEE!!!!!"

"OOOORRRRAAAANNNGEEEEE!!!!"

Mommy peluk Orange. Mommy cium Orange. Orange sudah tiada.

Mommy ambil cangkul dan memilih untuk menanam Orange di hadapan rumah. Mommy mahu selamanya dekat dengan Orange. Dengan bantuan adik, mommy gagahkan diri mencangkul tanah. Kubur Orange siap pada pukul 9:30pm.

Mommy peluk Orange lagi..cium Orange lagi. Kali ini pelukan dan ciuman mommy adalah yang terakhir buat Orange. Mommy letak elok-elok Orange. Mommy kambus kubur Orange dengan linangan air mata yang tiada hentinya.

Mommy pandang kandang Orange..mommy pandang tandas Orange..mommy cium bau tangan..berbau Orange. Rumah juga masih berbau Orange. Terngiang-ngiang suara Orange memanggil Mommy.

Oh..Orange..8 tahun bersama keluarga Iznil..8 tahun yang tidak akan mommy lupakan seumur hidup Mommy. Orange buah hati Mommy..untuk selamamanya Mommy sayang Orange. Mommy terlalu sayang Orange..

**Mommy cuti esok. Mommy terlalu sedih. Ananna hilang best fren**

Tuesday, August 18, 2009

Weeknd yang indah.

Hari yang panas...

Kain berjemuran di ampaian...

Rumah terkemas rapi...

Saya...duduk di sofa sambil menghirup air halia panas dan saya tenggelam khayal bersama buku di dalam dunia Da Vinci Code.

Kalau boleh..saya tidak mahu saat seperti ini pergi...

Nikmat!

Sunday, August 16, 2009

Bag Fossil saya,

Baru je dapat bag ni last friday..Thank U Rose! Happy sangat.

Oh..sesapa yang mahu ikut shopping sila lah lawati laman ini ya...http://rnr2u.blogspot.com/

P/S : Bag ni lagi cantik dari dlm gambar. Serius!

Wednesday, August 12, 2009

43 things you should know about H1N1 virus

Tiada siapa pun boleh terselamat..sila ambil langkah yang sepatutnya.


43 things you should know about H1N1 A influenza.

1.- How long can the virus survive on a flat surface (i.e: a door handle)? Up to 10 hours.
2. - How useful is the alcohol hand-gel? Highly, it kills the virus.
3.- What's the most efficient mean of contagion?The key factor for the virus to spread is humidity (mucus on nose, mouth and eyes), and via the air.
4.- Is it easy to get infected on airplanes?No, it is less expected to get infected on an airplane.
5.- How can I avoid contagion?Avoid touching face, eyes, nose, and mouth. Avoid being with people with flu related symptoms Wash your hands at least ten times a day.
6.- What's the incubation period of the virus? Average has been established at between 5 and 7 days, but symptoms appear immediately.
7.- When should I start taking medicine?Within the first 72 hours people usually overcome to symptoms.
8.- How does the virus enter my body?Through contact with other person, hand shaking, kissing, nose touching, and eyes.
9.- Is the virus lethal?No, what causes death are the complications of the disease caused by pneumonia.
10.- What are the risks for the relatives of a H1N1's victim?They can be virus Holders and start a contagious chain.
11.- Does water transmit the virus? No, it doesn't. Water contains chemical substances and chlorine.
12.- What does the virus do when it provokes death? A cascade of reactions, such as respiratory deficiency and pneumonia.
13.- When does contagion begin, before symptoms appear or after they are detected? Before the symptoms appear.
14.- What are the chances of getting the virus a second time? 0%, because you become immune to it.
15.- Where is the virus in an everyday environment?The virus can stay on flat surfaces, such as door handles, money, paper, documents, if there is humidity. Hand disinfection is recommended.
16.- If I go to a private hospital, will I be charged for my visit?No, the Government has given medical support to all hospitals and you should not be charged.
17.- Does the virus attack people with asthma more frequently?Yes, these pacients are more susceptible, but we can all get the virus.
18.- What population is the virus attacking?People 20 to 50 years of age.
19.- Is it useful to cover your mouth? There are some ways to do so which are more effective than others. However, if you are infected, covering the mouth area is recommended so that others will not get the virus.20.- Can I exercise outside?Yes.
21.- Does Vitamin C help?It does nothing for prevention, but it will fortalize the immune system.
22.- Who will not get the virus, or who is less likely to get it?No one is safe.
23.- Does the virus move?No, it has neither feet not legs, one pushes it inside their organismo.
24. Do pets get the virus? Not this type, but others, yes.
25.- If I attend a wake for a person who died from this virus, will I get it?No.
26.- What is the risk for pregnant women to get the virus? Pregnant women have the same chance of getting the virus but two people are getting contaminated with said virus. Measures should be taken against contagion.
27. Can the virus affect the fetus?We do not know because it is a new virus.
28.- Can I take aspirin?It is not recommended, unless it has been prescribed to you by a doctor.
29.- Does taking anti-viral medication work?No.
30.- Can persons with HIV, AIDS, cancer, diabetes, etc. have more serious complications?Yes.
31.- Can a strong flu become the H1N1 virus?No.
32.- What kills the virus?The sun, anti-viral gel, 5 days of being in the open air.
33.- What are hospitals doing to avoid contamination between patients? Quarantine.
34.- Is alcohol gel effective? Yes, very.
35.- If I received a flu shot, does it work against this virus?No, there is not yet a vaccine for this virus.
36.- Is the virus under control? Not totally, but the proper measures against contagion are being taken.
37.- What does it mean to go from Alert 4 to Alert 5?Things do not change, but it means that the virus has spread from person to person in more than two countries. The 6th fase means it has spread in more than 3 countries.38. Does an infected person who recovers stay immune? Yes.
39.- Do kids with a cough and the flu have the virus? It is not likely , since children are not highly affected.
40.- What measures should employees take?Washing their hands several times a day.
41.- Can I get the virus if I am outside?If there are infected persons, perhaps. However, the air is not a popular source of contagion for this virus.
42.- Can you eat pig meat?Yes, there is no risk of contagion.
43.- What is the determinating factor for knowing when the virus is under control?Even if the virus is held under control, it could resurface next winter and there would still be no vaccine.

Sunday, August 9, 2009

Apa ada di tapak kaki Honey!

Panas...basah satu badan dek peluh. Saya bersauna di dalam bilik tv..sambil menggosok baju..sambil menonton tv dan sengaja selama 2 jam tidak pasang kipas angin. Banyak kalori tebakar berdiri selama 2 jam nih.! Sila contohi saya.

Saya turun untuk mengintai Honey tersayang..Oh..Honey sedang menonton DVD entah cerita apa entah di tingkat bawah. Hajat hati mahu join sekali. Baru separuh duduk..tiba2......

Honey : Wa..buat air teh panas.

Tak pandang pon muka saya. Buat instruction macam Diva. Saya merungut-rungut sambil kaki tetap menuju ke dapur.

Saya : Alah..Wawa penat ok. Wawa baru nak duduk. Dah kena buat keje lagi....bla...bla..bla.. (tak hingat apa yang saya bebelkan)

Honey : Wa..ooo..Wa..mari kejap..

Saya : Apa lagi?

Muka dah mencuka masam dah..muncung pon dah panjang.

Honey : Mari lar..tengok kat tapak kaki saya. Cuba tengok..ada apa?

Saya pon datang dan muka berkerut-kerut tengok dana analisa apa ada di tapak kaki Honey.

Saya : Ada apa? Tak nampak apa pon.!

Honey sua lagi tapak kaki dia ke muka. Saya masih blur...tak pasti apa yang saya nampak.

Akhirnya....

Honey : Tau dak...tapak kaki saya ni lar letaknya syurga awak!

Ok..ok..I get it. Syurga di tapak kaki suami. Suami suruh buat air teh jangan banyak cakap..jangan merungut. Buat dengan ikhlas. Pahalanya berganda. Syurga menanti kita..ok..ok..!

Tihihihi..saya gelak..terus ke dapur dan buat air teh dengan senang hati. Sebelum itu saya sempat julur lidah dan buat muka comel kat Honey.

Buat isteri-isteri kat luar..sila periksa tapak kaki suami anda dan buat keje dengan ikhlas ok.!

Thursday, August 6, 2009

Meroyan shopping!

Isnin

Rizal : Wei ko tau tak Khamis ni ada JJ sales kat Bukit Raja. Ko pegi tak?

Saya terus melompat dan angguk kepala banyak kali.

Selasa

Saya : Aku nak pinjam ko nyer JJ card. Aku nak cuti Khamis nih. Nak gila2 shopping!

Rabu

Rizal : Nah amik.

Saya melompat2 happy.! Capai kad cuti dan terus buat muka comel kat boss.

Boss : Ni pesal nak cuti nih?

Saya : JJ card Sale boss. Very important! Hidup dan mati nih.

Boss : Ha...??

Saya : Ala sign je lar.

Saya sengih.

Boss : Nah..ish..ish!

Saya lompat-lompat girang..

Khamis

6:15 : mandi

6:30 : solat subuh

6:35 : intai cikgu sebelah. Ok..ko menang today. (selalunya we all berlumba2 keluar pagi..ekeke)

6:40 : sapu bedak Mac + lipstick nude color. Sarung T-shirt Honda, bawak beg hijau honda dan bag merah hitam honda, sarung tudung segera, simpan mask dlm bag, purse wajib ada & antar Ananna gi School.

7:05 : Shell. Isi minyak da..

7:45 : Parking JJ. Lepak dalam keta. Sambung baca buku Sophie K sambil minum susu and makan energy bar. Yeap I need energy for shopping.

9:00 : Shopping.

12:30 : keluar dari JJ. Baru perasan...eh..sibuk je shopping baju Ananna, baju untuk Abah n Abah in law, something for mom and mom in law...untuk diri sendiri??? takda..serius takda! Dusysummmm...tipu..tipu..! Saya beli diamond ring for myself. Ekeke. Akhirnya..after meroyan for two weeks berjaya juga mengkonfidentkan diri untuk beli. Yeay..Kalau agak2 rasa tension kat opis, saya akan tgk diamond ring nih...baru tenang..Huh! ye lar tu!

Ok..penat. I kena declare myself..POKAI! Adeih!

Sunday, August 2, 2009

Orange di Right Angle.





Ha..gaduh lagi Orange...gaduh lah lagi. Tahun ni je dah 3 kali mommy kena bawak Orange gi jumpa Doc. Berapa kali dah pesan..bila keluar tu elok2 sket..nak gaduh pon make sure lar menang. Ni tak..balik je injured. Lepas ni orange kena grounded forever. Mommy dah beli tali dah..Doc bagi free. Nak kuar gi jalan2 dgn mommy or naik keta pusing2 satu kampung. No more mengada2 nak keluar2 jadik macho. I did told you no matter berapa tua pon Orange..U still my baby tau dak!!!

Abg Nen pon dah agreed..Orange dah tak boleh keluar lagi.

Dah..dah..tak mo lagi dengar Orange komplen2. Shoo..zip..zip..jgn nak derhaka.!

Sunday, July 26, 2009

Sayu hati seorang Daddy pulak.

Honey kata :

"Dah besar Ananna nih..tak lama lagi nak masuk tadika..lepas tuh masuk sekolah..emh..lepas-lepas tuh nak masuk Uni pulak..habis Uni mesti keje....Pehtu Ananna kawen..mesti lepas tu Nana dah tak tinggal dgn mommy daddy lagi............ tinggal lah mommy daddy berdua je......."

Suasana sunyi....sesunyinya.......

Honey pandang Ananna dan "Ananna..oh..Ananna..nanti Ananna jgn tinggalkan mommy daddy ye? Dah kawen pon Nana tinggal dgn mommy daddy ye?"

dan..........

Ananna menjawab sambil tersengih dan penuh keyakinan "Ok Daddy!"

Good Girl!

Poyo betul Mommy dan Daddy Ananna nih...ekeke. Weh..sayu babe!

Saturday, July 25, 2009

Sayu hati seorang mommy.

Ye..saya sayu.. Terlalu amat amat sayunya. Kenapa..?..agh....sayu..sayu..

Saya teringat Feb 2005..saya sangat happy kerana menerima berita paling menggembirakan dalam hidup saya. Saya sudah menunggu berita seperti ini sejak lima tahun sebelumnya. Ketika itu saya amat berhati-hati untuk berkongsi berita gembira kerana saya takut kejadian 2003 berulang kembali. Cumanya, perubahan bentuk badan saya yang mengembang macam belon begitu sukar untuk menyembunyikan rahsia besar saya walaupun Ananna ketika itu saiznya lagi kecil dari sebiji epal.

Hari-hari seterusnya saya lalui dengan gembira. Setiap gambar dari scan saya simpan dalam album dan susunkan dengan teratur. Saya happy kerana Ananna memberikan kekuatan untuk saya. Tiada masalah langsung ketika Ananna di dalam perut. Cuma....kecantikan saya hilang...*tepuk kepala sbb perasan*..hehehe. Saya tak sanggup tengok muka yang kembang dan hidung besar merah yang sebijik macam clown kat sarkis itu.

Air ketuban saya pecah ketika saya sedang meeting dengan customer dari Hyundai. Orang Korea itu siap bangun sebab terkejut tengok air ketuban saya tumpah. "Ooops, i think I need to go to Hospital now...please carry on the meeting". Saya sempat babai dengan semua orang di office sambil sempat lagi bergelak ketawa. Emh..tak lah sakit sangat nak bersalin ni. Oh..oh..saya yang memandu ketika mahu ke hospital ok. Kuat tak?

Ok..cerita konon tak sakit ketika bersalin itu hanya omong kosong ok. Saaaaaakkkkkiiiiiitttttt!! Serius sakit. Saya melawan rasa sakit sehingga 2 pagi...ketika itu Honey sudah tidak tertahan melihat saya berhempas pulas bertarung nyawa dan membuat panggilan kecemasan.

2:05am...saya berada di bilik pembedahan..saya masih ingat dengan jelas kejadian itu..ketika doktor meminta saya menandatangani surat kebenaran..ketika doktor mula melakukan pembedahan..ketika saya komplen.."doktor...oh..doktor..darah ni bersepah kat tangan saya..tolong lap!"..ketika doktor bertanya "Zura..ingat tak jantina baby"..saya jawab sambil tersengih..."pompuan"..saya nampak dengan jelas doktor menarik kaki Ananna dan tunjukkan Ananna untuk pertama kalinya.. Akhirnya...precious baby saya keluar dengan selamat pada 2:25am...baru Ananna nak hekhek..doktor baby sudah membawa lari ke bilik lagi satu.

Mata Ananna terbeliak..lidah asyik mencari sesuatu..emh..Ananna keluar dalam keadaan kelaparan rupanya...cari susu tuh.

Dan ....2 bulan kemudiannya...air mata saya laju berderai...kerana itu adalah pertama kali saya berpisah dari Ananna..Saya terpaksa meninggalkan Ananna di nursey...sedih ok..sedih sangat...Seminggu saya menangis..hanya gambar Ananna sebagai pengumbat rindu di office.

Saya sayu lagi...bila Ananna secara tiba-tiba di serang demam panas dengat kuatnya.Sayu apabila anak precious saya lemah...dan cuba melawan kesakitan. Setahun kemudian..kejadian serupa kembali. Kali ini Ananna telah di tahan di wad hospital selama seminggu. Selama seminggu itu jugalah saya bercuti dan berjaga siang malam untuk Ananna. Ketika ini juga..saya maki kuat2 seorang doktor pelatih kerana kegagalan beliau melakukan tugas dengan baik. Sebagai ibu..adakah sanggup melihat doktor mencucuh jarum sesuka hati di lengan dan kaki anak kita..memancut darah sehingga ke lantai. Sanggup kah?

Saya kembali sayu setahun yang lepas...ketika saya bersetuju untuk menerima tawaran kerja dari Honda Malaysia. Ini bermaksud saya perlu berada selewat2nya di pintu nursery sebelum 6:40am dan hanya menjemput Ananna ketika azan maghrib mula berkumandang.

Huh..berminggu saya memandu sambil air mata meleleh...NKVE dan Sprint hiway sebagai saksi!

3 hari yang lepas saya kembali sayu..terlebih sayu..Saya menerima surat dari pihak Nursery...Surat kemasukan Tadika bagi tahun 5...hah..Ananna sudah besar...Waktu berlalu begitu cepat sekali kan? Umur Ananna belum pun mencecah 4 tahun...alahai..kecil lagi lah Anannna ni sudah mahu ke tadika ka..itu kata hati kecil saya.

Sekarang Ananna akan masuk sekolah tadika...pejam celik..Ananna sudah darjah satu..pejam celik lagi..Ananna sudah tidak mahu tidur kat ketiak mommy..sudah tidak mahu peluk cium mommy lagi..emh...sudah besar. Tidak lama lagi...Ananna akan bertambah besar..remaja..agh..saya perlu berdepan dengan masalah gelodak remaja Ananna pula..Agh....

Kemudian..kemudian pula...saya perlu berdepan dengan jatuh cinta dan patah hati Ananna..perlu menguatkan hati kerana menyerahkan Ananna kepada orang stranger..takut pula jika Ananna terlalu berlebih kepada lelaki itu hingga lupakan mommy dan daddy..uaggghhh..sayu..sayu..sayu...ok.

Agh..jika anda bukan seorang mommy..anda tidak akan faham sayu hati saya...Ananna precious baby saya..tidak kira ketika dia hanya sebesar buah epal..setinggi 4 kaki..oh..doktor kata ketinggian Ananna ketika 18 tahun akan mencecah 5 kaki 7 inci ..dan itu hanya minimum..dan dia boleh maximum ke 6 kaki..Ananna anak daddy juga kan?

Dia tetap baby precious baby saya walau berapa pun umur Ananna..sehingga Ananna tua kerepot pun kalau saya masih hidup dia tetap baby saya..

Agh...hanya surat kemasukan ke tadika saja sudah membuatkan saya sayu berhari-hari..Adakah saya ini suka terlebih-lebih atau ini memang nature naluri seorang ibu? Agh..menulis blog ini juga sayu hingga basah keyboard laptop di buatnya...!

Ok..Ananna sudah panggil..dia perlukan ketiak mommy untuk bobok..saya mahu hargai setiap detik saya bersama Ananna kerana masa itu tidak akan berulang kembali....

**Adrianna Khaleda Iznil..mommy sgt sayang Ananna**

Monday, July 20, 2009

Lima pengajaran utama peristiwa Israk Mikraj.



Kembara Rasulullah ke alam lain perkuat lagi akidah mengenai kepercayaan ghaib, perintah solatKINI selepas 40 tahun angkasawan Niel Amrstrong bersama Apollo 11, menjejakkan kaki ke bulan, masih banyak lagi rahsia langit yang tidak diketahui akal fikiran manusia. Malah akal tidak mampu untuk memikirkan sesuatu kecuali berdasarkan apa yang dapat dicapai pancaindera. Justeru, wahyu dan pertolongan Allah SWT saja yang boleh merungkai segala rahsia alam. Contohnya peristiwa kembara agung Rasulullah SAW ke langit menjadi bukti kepada orang beriman betapa Allah Maha berkuasa menjemput kekasihnya, Nabi Muhammad SAW menerusi perjalanan menakjubkan daripada Masjidil Haram di Makkah, melalui ruang udara Madinah kemudian menuju ke Baitul Maqdis di Palestin, lalu dibawa naik melepasi langit ke tujuh dalam satu malam bertemu zat Allah SWT Yang Maha Mulia.



Peristiwa menghairankan ini dirakamkan oleh Allah SWT dalam firmannya yang bermaksud; "Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui . (Surah al-Isra':1)



Sehubungan dengan itu, umat Islam diingatkan agar tidak menjadikan peristiwa ini sebagai acara tahunan yang hanya dipenuhi dengan sesi ceramah dan juadah enak yang menyelerakan saja tanpa berusaha mengambil pelajaran daripada kejadian itu. Banyak kewajipan agama sama ada yang tersurat mahupun tersirat boleh dijadikan pedoman untuk manusia memperkuat keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.


Antaranya ialah;


Wajib beriman dengan perkara ghaib
Peristiwa Israk Mikraj adalah peristiwa ghaib yang pernah menyebabkan sebilangan masyarakat Arab murtad kerana tidak dapat menerima perkhabaran disampaikan Nabi Muhammad SAW. Mana tidaknya, perjalanan mengambil masa berbulan-bulan ditempuhi Baginda SAW tempoh satu malam. Oleh itu, setiap umat Islam wajib percaya dengan perkara ghaib yang menjadi asas tauhid kepada Allah SWT. Ia bukanlah sesuatu yang begitu sukar kerana di dunia ini banyak perkara dibuktikan sains wujud tetapi tidak terlihat pandangan mata kasar. Contohnya oksigen dihidu oleh manusia setiap masa masih tidak diketahui hakikat sebenarnya.



Perintah wajib mengerjakan sembahyang
Ibadah sembahyang yang difardukan Allah SWT pada malam Israk dan Mikraj adalah suatu kaedah unik yang diadaptasi daripada pelakuan malaikat bagi melaksanakan tanggungjawab ibadah kepada Allah SWT. Setiap umat Islam wajib melaksanakan perintah ini, dalam apa situasi tanpa sebarang persoalan. Sembahyang lima waktu adalah tiang agama yang wajib dilaksanakan dengan penuh rasa khusyuk sambil mengharapkan keredaan.



Wajib percaya dengan hari Kiamat


Sayugia difahami bahawa kehidupan dunia hanya sementara, seluruh manusia akan dihimpunkan di Padang Mahsyar untuk dihisab segala perlakuan ketika di dunia. Berdasarkan gambaran dunia laksana wanita tua yang uzur dan tak berdaya yang dipertontonkan kepada Nabi Muhammad SAW di malam Israk dan Mikraj, dunia kini di ambang kehancuran. Oleh itu setiap orang Islam bukan saja wajib percaya dengan Hari Kiamat tetapi diperintahkan untuk membuat persiapan berupa bekalan amal kebajikan bagi menghadapi hari dahsyat itu. Individu Muslim disaran agar meletakkan diri dalam realiti seorang pengembara dalam perjalanan bertemu Allah SWT dengan membawa berbagai bekalan kebajikan semasa di dunia bagi mengelak kesulitan untuk sampai ke destinasi yang dituju. Disamping itu persembahan hadiah berupa amalan ibadah kepada Allah SWT juga mesti disediakan agar beroleh kebahagiaan yang kekal lagi abadi.



Wajib percaya dengan azab Tuhan.


Berbagai-bagai seksaan ditunjukkan kepada Nabi Muhammad SAW dalam perjalanan Israk dan Mikraj akibat perbuatan zina, makan riba', ingkar menunaikan kewajipan sembahyang dan membayar zakat, selalu berdusta serta pecah amanah membuktikan betapa Allah SWT Maha Berkuasa menghukum hamba yang berdosa. Semua gambaran itu diharap menginsafkan umat Islam agar sentiasa menjauhi perbuatan dosa.


Dari sudut lain, gambaran kurnia Ilahi kepada satu kaum yang menanam tanaman dan menuai pada hari sama seharusnya menjadikan individu Muslim memiliki semangat juang tinggi terutama ketika berhadapan dengan syaitan.



Wajib percaya dengan qada dan qadar.


Dalam mengharungi kehidupan dunia yang penuh pancaroba ini, manusia berdepan dengan dugaan dan rintangan yang mematangkan jiwa. Biasa didengar ada orang yang beroleh kenikmatan dan terdapat pula yang ditimpa musibah. Nabi Muhammad SAW sebagai insan biasa juga tak lekang daripada ujian itu. Sebelum dijemput naik ke langit, Nabi Muhammad SAW diuji dengan kehilangan 2 individu penting dalam karier dakwahnya iaitu Aminah isterinya dan Abu Talib bapa saudaranya. Tetapi baginda SAW tetap tabah menghadapi ujian itu sehingga dipertemukan dengan Kekasihnya di malam Israk dan Mikraj yang penuh keberkatan. Maka selayaknya umat Islam mencontohi perbuatan Nabi Muhammad SAW dengan menerima segala qada dan qadar Ilahi tanpa terlalu bersedih apabila ditimpa musibah ataupun terlalu bergembira apabila diberi kenikmatan kerana ia suatu bentuk penilaian Allah SWT kepada hamba-hambanya.


Ada pelbagai lagi iktibar yang boleh diperoleh oleh sesiapa yang dibukakan hatinya oleh Allah SWT. Namun yang lebih utama, janganlah kita hanya berseronok merayakan berbagai hari kemuliaan Islam tanpa merenung pelajaran di sebalik setiap peristiwa yang berlaku.


Penulis ialah Pensyarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru.

Friday, July 17, 2009

Wednesday, July 15, 2009

Back to normal...

Today...saya kembali sesak dengan kerja-kerja office. Pagi2 lagi dah ada orang yang spoil mood saya. Petang nanti pula ada leaders meeting...Ni ha, kena buat kad babai sbb ada boss Jepun nak balik kampung.

Ananna..asyik nak claim hutang dgn mommy..alamak..wknd ni kena bawak dia tgk citer Abam ler (Harry Potter). Nasib, Honey cuti..heee. Boleh pegi tgk2 baju raya untuk mommy...emh..maybe nak singgah Hajaba or MyHannah..tehehe. Baju untuk Ananna dah settle..tinggal untuk Daddy and Mommy. Daddy boleh beli last minute...ekeke.

Ok..ok..nak meeting. Dadada.

Tuesday, July 14, 2009

Lagi tentang Cherating..

Ahhh...jadi betul lah dia itu mommaholic..ekeke.

Ok...ok..ok.. saya cuma berada di Cherating 2 hari dan satu malam sahaja. Hari kedua kami di Cherating untuk mengendalikan East Cost Region - Tech Challenge. So sesapa yang terbaik dalam setiap kategori akan pergi ke final pada 15 Aug 2009 nanti di Honda Melaka Plant. Hadiah?? menarik U...

Ni breakfast saya...nasi dagang.

Photobucket

Ni pula round two - bfast.

Photobucket

Tugas saya pada pagi itu....tukang amik gambar.

Photobucket

Kertas soalan...

Photobucket

Tepat jam 11:30 am..tugas kami pun selesai. Berjanji dengan Mr B dan Mr R untuk makan2 di Kemamam..

Muka nak balik...

Photobucket

Ni muka "cepat la Aja..lapa ni"

Photobucket


Kelakarnya, kami semua tak tahu bagaimana mahu tempat yang di tuju. Nasib ada GPS..ekeke. Kali ini kami tinggalkan Civic dan melompat ke dalam CRV..yeah.

Tempat makan sedap kami....

Photobucket

Nasik dagang lagi..ingatkan nak makan separuh je..rupa2nya licin..sedap ok.

Photobucket

Eh..depa ni..makan pon nak senyum2 simpul...ekeke.

Photobucket

Mrs B yang 7 month pregnant..

Photobucket

Serius sedap roti bakar ni...

Photobucket

Emh...sedapnya roti bakar ni..

Photobucket

Ngapppp..

Photobucket

Photobucket

Ni lar roti bakar yang kami mamam..roti bakar + peanut butter + pisang.

Photobucket

Ni telur Kopitiam Hai Peng ok..Only in Kemamam..can't find it in KL..sooo speacial.!

Photobucket

Mr. B & Mrs B...

Photobucket

Sebelum pulang...kami sempat shopping kopi Hai Peng dan keropok lekor untuk di bawa pulang...

Lega sangat bila dah sampai ke rumah...Rindu Honey..rindu Ananna..rindu Orange...rindu bantal dan selimut busyuk...aghhh..lega...!