Sunday, May 30, 2010

Robert Pattinson and Tom Cruise in MTV awards promo 2010.

Gagagagaga..Robert Pattinson + Tom Cruise = Wawa pengsan!

 

Thursday, May 27, 2010

The Iznil’s!

Salam,

 

Susah bebenor mahu ambil gambar kami bertiga…

 

Nah ini hasilnya….

 

 P090510_12.08P090510_12.08_[01] 

P090510_12.30 P090510_12.30_[01]

P090510_12.31

Betul susahkan?? Tengok lar tuh..Mommy sorang aje yang maintain *cough..cough* cun…Daddy dan Ananna tak reti nak dok diam2. Gambar last tuh mmg trademark Honey…tiap kali amik gambar dia aje..mesti nak kena buat muka macam tuh. Eeeee…tak hebsem ok.

Tuesday, May 25, 2010

Our wknd – 21 May – 23 May 2010.

Salam…

 

21 May 2010.

 

Lokasi : Bukit Tinggi

Kami ke sini kerana mahu tonton wayang cerita Shrek. Jangan harap nak tengok cerita love story ke or cerita momok ke..sebab priority is Ananna. Dia berkuasa sepenuhnya…huhuhu.

P210510_21.15 Makan Donut di Big Apple dan tada…Si Comot!

P210510_21.15_[01]

Donut Mommy..Alien!

P210510_21.16 Mommy and Daddy.

P210510_21.06

So..cute.!

P210510_21.07

Anananna dan Shrek.

Next..kena tengok cerita ni pula…huhuhu.

P210510_21.07_[01]

But, Ananna tersangatlah ok untuk tengok cerita The Twilight Saga : Eclipse ni. Sebab ada Abang Hensem….tehehe.

eclipse0084622w.jpg

 

22 May 2010.

Jalan-jalan di Amcorp Mall…saje buang masa. Sempat gak rembat cincin platinum for Mommy dan rantai berpendant love for Ananna…

 

DSC03559 

Mommy & Ananna punye.

P220510_11.33

Ni masa on the way..sempat snap..snap. Eh! Mommy nampak tembam..aiyooh…kena exercise and diet balik nih…huhuhu.

DSC03554

Ananna sibuk beli buku..ok..silap dia bukan beli tapi BORONG! Suka sangat shopping katg Bookxcess..Best..best. Saya tak sempat nak rembat apa-apa buku…Sebab rembatan bulan lepas tak habis baca lagi…huhuhu.. Currently, reading thanks for the memories by Cecilia Ahern.

DSC03552

DVD yang sempat di rembat…Perasan tak?? Ada cerita “My name is Khan”…eeee..Kajol dlm movie tersangatlah canteks nye.

23 May 2010

Tak ada plan yang besar-besar hari ni. Cuma lunch kat McD Klang Sentral dan cuci kereta…Hari ni dari pagi dok bergaduh dengan Ananna. Pagi-pagi dia pi selongkar bag sekolah dan koyakkan buku sekolah. Lepas tuh, masa gi Speed99 kat Setia Alam dia lari-lari nak hilangkan diri. Memang kena piat lar telinga tuh.

Bila kena marah, anak dara ni dah pandai merajuk…Tak mo duduk ngan Mommy kononnya…Sayang Daddy aje…tak sayang Mommy………tapi bila kita  nak amik gambar  …………………….

P230510_15.31 P230510_15.31_[01]

Ok..ada tak org merajuk tapi sengih-sengih macam ni?? Emh..Ananna merajuk kejap aje..lepas amik gambar, kembali duduk kat ketiak Mommy balik….

Oh..maybe wknd saya tak semarvelous org lain..bagi saya, aktivity wknd macam ni pon dah cukup indah! Asalkan ada Ananna dan Honey…love U both..much..much.!

Saturday, May 22, 2010

Cerita kahwin.

Salam,

 

Bulan May, saya menghadiri 3 kenduri kahwin. Yang pertamanya, kenduri kawan satu office, kenduri kedua pula kawan bekas office En Honey mengahwinkan anaknya dan kenduri ketiga ialah kenduri cikgu kesayangan Ananna.

 

Kenduri 1 :

 

Pengantin :  Mohd Shahir Mujib dan pasangan.

Lokasi       : Kg Rantau Panjang, Klang.

 

Ramai kawan-kawan office menghadirkan diri termasuklah kawan-kawan dari Melaka juga boss Jepun yang tak habis-habis sibuk mengambil gambar dan boleh pula dia habis makan masakan melayu…tehehe..bagus..bagus! Oh! lagi satu masa kenalkan Ananna kat boss Jepun ni, dia terkejut dengan kelampaian Ananna yang belum pon mencecah 5 tahun. Ada lagi..yang ini mesti tulis…sebab kalau Honey baca blog ni dan saya tak tulis nanti dia merajuk yang sangat panjang…………………….

 

Boss Jepun saya kata “Ahhh..you are so handsome and tall!!” Ok…get it kenapa saya kena tulis benda ni.

 

Makanan kenduri Shahril sangat superb..lazat..macam nak mintak Shahril buat kenduri lagi sekali aje..tehehe..ok..akak serius ye! Sila pertimbangkan.

 

DSC03452 DSC03453 

Ececeh…..bagai pinang di belah dua..sama padan sama cantik! Teringat 10 tahun yang dulu…hummm…hummm..

DSC03456

Ok..ini boss Malaysia kami..budak kecik yang dia pegang tu bukan anak dia. Harap maklum!

DSC03457

Ha..lelaki hensem berkemeja merah itu ialah bapa kepada budak yang boss pegang. Oit Fadhil, belanja aku makan..aku dah puji2 ko ni!

 

DSC03458 

Lelaki yang berbaju merah itu ialah boss Jepun kami. Maaf, setting salah so gambar tergelap. Mak Cik kat sebelah itu tidak bersalah..saya yang malas mahu crop gambar.

 

Kenduri 2 :

 

Pengantin :  Cikgu Faridah dan pasangan.

Lokasi       : Felda Trolak, Perak.

 

Ananna selalu murid yang paling lewat balik dari nursery..sian.! Tetapi Ananna sempat juga pasang telinga bila cikgu-cikgu kat nursery tu berborak. Salah satu topiknya “Cikgu Ida nak kahwin”. Ananna balik rumah, cerita balik kat Mommy dan Daddy. Eh..bahaya juga kan..Kang apa-apa jadi kat rumah dia kasi tahu kat sekolah pula…alahai!

 

Tetapi sedih juga bila Cikgu Ida ni kahwin sebab lepas ni Ananna cuma ada Cikgu Farah…Cikgu Ida sudah berhenti kerja beberapa minggu sebelum dia berkahwin. Emh..semua bebudak kat nursery tu manja dengan cikgu Ida.

 

DSC03522

 

Cikgu Ida dan pasangan sedang makan  eh panggil makan apa ye masa ni?? tehehe..tak hingat..! Yang jadik pengapit pengantin ialah Cikgu Farah (bertudung hitam).

 

DSC03523

Ahh..That’s my anak dara.

 

DSC03527

Jiran kami..anak perempuan mereka pon di panggil Nana. So sweet, kecik-kecik sudah bertudung.

 

DSC03528

Mr Honey..yang hensem! My teddy bear..!

DSC03533

Nana sedang bersalam dengan cikgu Ida. Ananna saya….menyoook kat Daddy. Malu katanya!

DSC03537

Along dan Qistina, abang dan adik kepada Nana. Mereka bertiga ini juga anak murid kepada cikgu Ida.

…………………………….

 

Maaf, kenduri ketiga tiada gambar. Malas lah..lagipun, kawan kepada En Honey tu ialah besan kepada Amy Search. Jadinya, bapa mertua kepada Nabila dan sudah tentunya Nabila turut serta kat kenduri tu…Saya malu nak ambil gambar..nantiorang kata saya datang semata nak amik gambar Nabila…huhuhu.

 

Apa-apapon, kepada Cikgu Ida dan Shahril…….Selamat pengantin baru dan semoga bahagia sehingga tua kerepot!

Monday, May 17, 2010

Happy Teacher’s Day..

 

“Daddy keje HHHHHHHPPPPPPPPPP”

“Mommy keje HHHOOOOONNNDAAAA”

Mulut Ananna muncung-muncung menyebut HP dan Honda.

 

“Wah..anak Mommy..pandainya! Sapa ajar ni?”, tanya Mommy dengan perasaan bangga.

“Cikgu Rohaya lar!”, pantas jawab Ananna.

“Oi..apa cikgu Rohaya?? Daddy yang ajar..cikgu Rohaya pulak yang dapat nama”, Daddy sepantas kilat membetulkan statement Ananna.

“Yeeee…cikgu Rohaya..Cikgu Rohaya ajar Nanna”, Ananna membalas.

 

Kesimpulannya, cikgu-cikgu Ananna lagi pandai dari Mommy dan Daddy…huhuhu..

 

Hari ini, sekolah Ananna ada sambutan hari guru…Ananna dah prepare 2 kad..satu untuk Cikgu Rohaya (Cikgu Tadika) dan saru lagi untuk Cikgu Farah (Cikgu Taska).

 

Happy Teacher’s day, Cikgu-Cikgu.!

 

Pssttt..jiran sebelah ni pon cikgu juge.

Sunday, May 16, 2010

35.

Salam semua,

 

Percaya tak?? Umur saya sudah menjangkau 35 tahun?? Tak macam umur 35 kan?? Nampak umur kurang dari 30 tahun kan?? Tehehe..ok..saya perasan! Yup..yup..saya sudah pun berusia 35 tahun pada 13 May 2010 dan paling penting sekali saya share birhtday dengan Robert Pattinson…humm..humm..!

 

 

Tiap-tiap tahun untuk 13 May, saya wajib bercuti.  Saya tidak suka ada orang rosakkan mood birthday saya. Tahun ini, plan nya simple aje. Pukul 5:30am sudah bangun pagi untuk “kiss kiss and babai” Honey yang “terpaksa” bekerja (grrrr..saya tak ampunkan mamat yang kacau plan orang tuh!). Ananna pon tak boleh join activiti birthday saya ni…alah..kononnya lah kan…huhuhu.

 

Plannya, saya mahu berurut satu badan, buat facial muka, basuh kereta, service kereta…(eh! sibuk betol kereta ni..masuk-masuk dalam plan birthday orang pulak) dan…jeng..jeng..mahu masak macaroni goreng! Sesiapa yang kenal saya mesti jatuh pengsan dengan statement “mahu masak macaroni goreng”!!! 10 tahun kahwin baru 3 kali saya bertukar tong gas..so..korang paham-paham aje lar ye?

 

Tetapi macam mana pon, saya tetap berjiwa Mommy. Bila anak dara saya memujuk “Mommy, balik sekolah amik Nanna ye? Nanna senang hati sangat kalau Mommy amik” dan di ikuti berdas das ciuman sayang. Ok..I’m melting..ok ..ok..Nanna..Mommy relakan diri Ananna kongsi Mommy during my birthday…! Jadinya, selepas saje berurut (sila rujuk blogspot ini..http://mamassager.blogspot.com/) dan mencuci kereta, saya sudah terpacak di depan pagar sekolah anak dara.

 

Dan…

P130510_12.42P130510_12.42_[01] 

Lunch kat KFC, Setia Alam..masa ni Ananna tengah nyanyi lagu “Happy Birthday” untuk Ananna..yup..sesiapa punya birthday pon akan jadik birthday dia..tak kesah punya!

 

Sesudah lunch, kami ke Tini Spa, Seksyen 7 Shah Alam untuk facial treatment. Tak sedar diri, siap amik package for 6 kali..tehehe..sah-sah..lepas ni muka nampak lagi muda dari 30 tahun..awww…perasan! Eh..best tau..saya ambil Hydrating treatment facial dan siap berkeruh-keruh tertido. Ananna pula kusyuk tengok “Doktor kakak ubat muka Mommy”.

 

Program seterusnya….service kereta di Kosmo Kars, Glenmarie, Authorised Honda Service Centre.Ok..tak ada gambar  technician or Service Advisor ke apa ke…yang ada cuma gambar pelanggan setia Honda dengan anak dara sedang menunggu kereta habis di service sambil makan keropok lekor dan minum milo juga hot white coffee.! Oh..nasihat saya kepada pengguna-pengguna  kereta Honda, sila service kereta anda mengikut jadual, hanya service kereta kesayangan anda di Authorised Service Centre dan paling penting..hanya guna genuine part! Eh..eh..eh..?? Sempat promote lagi tuh!

P130510_16.30 P130510_16.31

 

Badan sudah letih..tetapi semangat nak masak masih menyala-nyala..(bombastik betol bahasa). Kemudiannya, kami singgah ke Tesco Setia Alam untuk membeli barang-barang….

…………………

………………………….

…………………………………..

……………………………………………….

 

Maaf, tiada gambar hasil buah tangan masakan macaroni goreng saya. Sudah letih..lagipon, saya dalam keadaan tidak menutup aurat..yang pasti, Mr Honey makan sampai 2 kali tambah. Sedap lar tuh…tehehe.

 

Birthday celebration masih tidak habis lagi dan keesokannya package yang saya nanti-nantikan…

P140510_08.30

Dan ini lah isi nya..wristlet couch color magenta…giler cun..giler saya suka!

 

DSC03478 DSC03479

 

To Amrina Aziz, thank you very much. Sila check blog superb  Amrina di www.thecaramelizegoddess.blogspot.com.

 

Tengahari pula, dapat makan free. Ada orang belanja kat Nando’s Chicken…buuurrrpppp..kenyang.! Semoga di murah kan rezeki kepada orang itu.

 

Dah habis?? belum…belum…!

 

Today..

 

DSC03508 DSC03519

Tengok..mata anak dara tak pandang camera pon..Dia ada mission tuh..nak cincang kek.!

 

Ok…rasa nya dah habis kot..tehehe..penat dah ni.

 

Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah kerana di kurniakan segala yang baik-baik untuk diri saya dan kelurga. Kepada semua yang wished (tak kisah lah..lalu SMS ka, email FB ke or comment kat blog ke), saya ucapkan terima kasih banyak-banyak. Buat adik…kalau nak rasa macaroni goreng Wawa, sila tunggu tahun depan….tehehehe.

 

Harap-harap menjelang 36, saya masih di sini………

 

Salam dan gud nite!

 

Wawa..

Thursday, May 13, 2010

13th May 2010

Happy Birthday to me!

Cara Ananna berjogging.

Salam dan Hi,

 

Siapa pernah pergi ke Setia Alam? Ha..kat situ pun ada tasik untuk kita beriadah. Tetapi tasik Setia Alam tu tidak lah seelok Tasik Shah Alam tuh.

 

Selain dari berbasikal dan pilates sebagai rutin riadah, saya dan keluarga juga buat aktiviti jogging. Tetapi bergantung juga dengan keadaan kesihatan Honey…

 

Kalau dah kata “saya dan keluarga” tu sudah semestinya anak dara saya tu pon ikut jogging. Boleh percaya ke Ananna ni jogging? Ha..ni buktinya…

 

DSC03377DSC03372DSC03373  

 

Hebat Ananna kan? Perancangannya, mahu buat 3 kali pusingan tasik. Apakan daya, kalau tiada drama itu bukan Ananna. Pusingan pertama memang dia bersungguh berjongging. Laju pula tu..kita jadi mengah mengejarnya.

 

Masuk pusingan kedua..muka Ananna dah jadi lain macam..

 

DSC03375 DSC03376

End up nya, Mommy berjogging sambil mendukung anak dara..huhuhu. Siap berdukung kat belakang..jadik kan Mommy kuda..aih..anak dara ni.

 

Pengajaran dari blog ini :

 

Sila bawa anak anda untuk mendapat extra jumlah bakaran kalori.

 

Setuju?