Monday, June 27, 2011

Saya sedang gila itu dan ini.!

Saya gila dengan bau J.Lo Glow. Sampai masuk dalam mimpi. Adakah ini namanya mengidam??? ekeke. Sekarang bukan setakat saya saja yang berGLOW, anak dara pon sama. Lebih dasyat nak tidur pon kami berdua masih sempat gak berbau J.Lo Glow ni.


Saya juga suka kena make up tapi tak suka make up sendiri...sebab rasa tak cantik. Kalau Puan Hajar make up muka yang dah nampak kelabu asap pon terus glowing. Eh...jap...ada gambar muka saya tengah glowing ni tapi....eh mana da. Nanti lar. Tak pon korang tengok muka saya secara live....nak? Owh...saya gila pixy 2 way cake powder. Nampak smooth aje muka ni. Murah pon murah ye tak? JIMAT. 




Owh..I love maxi dress...............tapi baru beli 2 helai aje....huhuhu. Sesapa kat luar jual maxi dress cantik-cantik sila hubungi saya dengan SEGERA!

Ceramel Machiato from Starbucks....................so...........emh....................! Masa tengah menulis emak saya dengan sengajanya call dan kata "Wawa......mak kat starbuck Setia Alam!". Oh tuhan.....!





lagi???

Saya nak gi tempat ni bulan depan..............

Cherating, Holiday Villa - The Garden Villa room.

Nak jagung bakar juga!



ahhhhhhhhhh!


Semua gambar di atas adlah ihsan dari Pakcik Google. Thank you.


Sunday, June 26, 2011

Ananna yang gabra bila exam.

Sabtu, minggu lepas adalah hari untuk ibu bapa berjumpa cikgu-cikgu bagi menge"check" dan menghapdet perkembangan anak-anak....di tadika Ananna.

Sebelum pergi, puaslah bertanya pada si little princess ni..."how is your exam??" "boleh jawab tak?" "Dapat 100%" tak? Ananna hanya menggeleng kepala dan cuba sedaya upaya memperdayakan kami berdua dengan membuat perangai-perangai cute!.Ehm...belajar dengan sapa lah ni.

Bila tengok result Ananna....fuh...banyaknya nombor!

But I'm not so worried. Nombor bukan penentu segalanya. Apa yang kami mahu tahu..perkembangan Ananna di sekolah. Sedia maklum, Ananna sejak berumur 2 bulan sudah di hantar ke nursery. Jadi dia sudah bergaul dengan cikgu yang hampir sama dan kawan-kawan yang hampir sama. Masalahnya, dia tidak berminat untuk bergaul rapat dengan kawan-kawan. Dia lebih suka buat hal sendiri.

Ananna hanya boleh bercakap secara lancar pertengahan tahun lepas. Sejak itu dia boleh kata non-stop bercakap. Setiap hari ada saja cerita baru dari Ananna. Pergaulan dengan kawan-kawan pon hanya bermula pertengan tahun lepas. Kata cikgu, kawan baik dia Aiman Hakim. Aiman Hakim anak owner tadika tu. Dengan Aiman Hakim jugaklah dia pernah bertumbuk bertarik rambut bagai. Sekarang sudah best friend.

Menurut cikgu, Ananna seorang pelajar tip top dalam English, maths dan agama. Malangnya, sewaktu exam Ananna tetiba jam. Blur. Gabra. Takut. Sehingga cikgu Salmi (guru agama) terpaksa pujuk Ananna. Baru lah Ananna mahu meneruskan exam.

Cikgu pun kata, Ananna very sensitive. Tak boleh tengking dan berkata kasar dihadapan dia...mulalah mengalir airmata atau dia terus jam. Tak bergerak. Mood Ananna harus dijaga dari pagi sehingga tamat sekolah. Cikgu tahun 5 Ananna siap warning kepada cikgu kelas Ananna.."Don't you ever raise your voice in front of her".

Taraf keyakinan Ananna akan merundum jatuh kalau ada kawan-kawan lain kata "I'm finish teacher". Sebab dia sentiasa mahu jadi no 1 dan sentiasa menang!. Dia tidak boleh menerima hakikat menjadi naib johan!.

Dan itu lah yang terjadi sewaktu exam.......

Susah hati saya. Tahun hadapan Ananna sudah masuk darjah satu. Untuk masuk sekolah pilihan kami, Ananna harus menduduki peperiksaan masuk sekolah. Kalau fail, Ananna tidak layak masuk sekolah pilihan kami itu. Aiyoh......masa ni lah hati saya meronta-ronta mahu layang surat cinta kat boss.

Saya mahu jadi full time cikgu Mommy!!!

Saturday, June 18, 2011

Lama tak update...MALAS.!

Salam...

Lama tak update kan?? Dekat 2 minggu kot. Update kali ni pon without gambar. Aih...sejak semenjak berbadan 2 ni tahap kemalasan semakin melampau!

Baby dalam perut sudah 14 minggu dan 5 hari...tapi perutku sudah maju kedepan dengan jayanya. Rasanya, lagi besar dari Ananna. Owh...adalah dok tanya..napa I dah gemok sekarang..helllloooo! I tak gemok...I pregnant ok...Nanti dah bersalin, I vavavom balik macam J.Lo..wah! perasan!

Oklah...jom tengok beza pregnant kali ni dengan pregnant waktu Ananna.

Ananna


1. Umur I dah 30 tahun...errrr...29 tahun nak masuk 30 tahun...tehehe.

2. Sudah kahwin 5 tahun.

3. Memang bersungguh mahu anak. Siap schedule bagai.

4. I syak I pregnant masa hantar FIL gi check up kat Hospital Selayang. Asyik moody dan mengamuk aje. Lepas tu masa hantar FIL balik Ipoh dah tergerak hati pregnant kot. Tapi period belum due lagi. So, masa on the way balik Klang singgah Bukit Beruntung untuk beli 2 pregnancy test.

5. Pregnancy test tunjuk...tada...Ananna sudah ada dalam perut. Tak tunggu...macam tak sabar terus pergi check up kat SMC (sekarang nama dah tukar to KPJ Selangor).

6. I think doctor tu pon gelak gak kot. Sebab katanya...alah...baru lagi ni. Tak nampak pon baby dalam perut.

7. 7th week, pergi check up lagi dan tada.......dah ada degupan jantung. Happy!

8. Berahsia...sehingga lepas 1st tri. Sebab takut terlebih happy tetiba...........mana lah tau kan.

9. Lepas tu sudah tak boleh berahsia dah. Perut muncit! kaki dah mula bengkak sejak 4 bulan.!

10. Selera makan tak ada. Nampak nasi..terus putus selera. Masa tu boleh masuk mee dan laksa Utara saje. Jadinya, tiap-tipa hari Honey terpaksa berpusing memcari laksa.

11. Nampak teh, kopi & air bergas pon putus selera. Yang berselera air cokolat, vitagen, yakult & Milo. WAJIB minum air sejuk. Sebab I PANAS.

12. Berat badan pon ok. Tak naik sangat walau perut maju kedepan. Setiap bulan naik antara 1-2 kg except saat terakhir....fuh...sebelum bersalin tu timbang berat sudah cecah 88kg. Macam monster!

12. Tak ada morning sickness. Relax aje. Sihat walafiat.

13. Tak boleh bau ubat gigi. Muntah! Lepas tu ada allergic. Tak boleh kena panas. Start gatal-gatal.

14. Tak gastrik. tak ada darah tinggi. No kencing manis. Thyroid level tetiba jadik normal....(owh..masa tu I baru habis buat rawatan thyroid). SIHAT!

15. Masa kat Office pon SIHAT dan BERSINAR2. Siap boleh travel lagi. Entah berapa kali kena turun JB gi lawat customer...yang ada related dengan HONDA....masa tu I tak kerja HONDA lagi.

16. Dari mula pregnant I dah tahu dalam perut ni Adrianna Khaleda Iznil.

Adik Ananna


1. I syak I pregnant bila ada period tapi cuma sehari. Hari kedua tiba-tiba kering. Hari ketiga ada brownish spotting. Terus gi guardian untuk beli pregnancy test. Tada....I SAH pregnant.!

2. Umur sudah 36 tahun....eh...35 tahun masa tu. Nak masuk 36 lah. Tapi sekarang sudah 36 lah...huhuhu...tapi macam 28 aje kan????

3. Sebenarnya, memang berdoa nak baby tahun ni...masa tu tak tahu yang ada peluang lagi untuk ke Italy. Tetapi bila dapat  peluang ticket free pergi balik Italy, terus hilang ingatan kejap. Terus tukar plan untuk pregnant tahun depan pula. Tetapi Allah makbolkan doa saya yang pertama. Alhamdulillah.! Sekurang-kurangnya duit saya tidak membazir di Italy..huhuhu...statement menyedap kan hati nampaknya. But seriously, I lebih rela ada baby tahun ni...sebab umur ku yang sudah LANJUT!

4. Night sickness. Ha..ni satu alasan kenapa MALAS nak hapdet blog. Night sickness ni start dalam pukul 4pm ke atas....hinggalah malam....!Pagi aje terus sihat. Pelik tak?

5. Gastrik teruk. Muntah juga teruk Naik berat badan juga teruk. 10KG dalam 3 bulan. I ada 6 bulan ok...takkan lah nak naik 30 kg kot...!!! pengsan!

6. Kali ni tak pergi KPJ Selangor tapi tukar to DEMC. Sebab DEMC panel HONDA. Senang nak claim!

7. Baby ni suka NASI. Pagi petang nak NASI. Melayu sungguh. Tetapi ada satu ketika dia nak western food. Salad + muffin dah kira western food kan??? Sekarang ni teringin nak Jagung bakar. Tadi pulak teringin dengan air root beer A&W.

8. I suka kopi starbucks!. Haih...kena menahan nafsu dengan hebatnya! Tak elok kopi-kopi ni.!

9. Suka fresh orange. Hari hari nak minum ni. Teh ais pon suka.! tapi wajib minum air SUAM panas2 sikit.

10. Dramatic ..sebab sepanjang 3 bulan ni asyik bleeding. Bukan main brownish tu ni main darah merah dah. Kena MC banyak hari. Sebab ada satu ketika tu, bergerak sikit aje bleeding. Bila scan doctor kata 50-50 aje sebab kantungnya tak melekat dengan elok. Alhamdulillah, masa check up selasa lepas, kantung sudah melekat elok sikit dan darah itu langsung tidak mengganggu tumbesaran baby. Tapi still kena makan ubat horman yang aih....MAHALnya.!

11. Cepat letih. Cepat mengah.!

12. Sekarang amalkan minum susu kambing dan jus kurma yang bercampur dengan makanan sunnah. Alhamdulillah....kurang dah sikit muntah.

13. Sekarang sudah hampir 3 hari migraine! Teruskanlah sampai monday. I nak MC...huhuhu.

Errrrr....apa lagi??? tak ada kot. Ananna nak baby girl. Honey..I rasa nak baby boy. I pulak tak kisah girl or boy. Nama untuk boy or girl pon dah ada. tapi tak boleh kasi tau. Nanti korang kidnap...ekeke..

Ok..itu aje.

Gud night & salam!

Monday, June 6, 2011

Tetiba nak cerita weekend...

Today is monday..monday..monday..monday and not friday...
I wish I can fast forward the day to friday..friday..friday..
I feel so down on monday..monday..monday...

Hahaha...tetiba!!

Ok...apa korang buat weekend lepas?? "lepaking" kat mana?? ha...saja sibuk!

Nah...list yang we all buat sepanjang weekend.....(nampak sangat aku rindu weekend!)

4 June

1. Mommy and Ananna "terbangun" lewat...ngeh..ngeh..ngeh. Daddy kerja malam so dia memang no choice kena berjaga.
2. Maid datang tapi Mommy masih mengantuk.
3. Paksa diri menggosok baju tapi tetiba terasa pitam pulak. So, baring-baring rehatkan badan dulu.
4. Gaduh dengan Ananna sebab dia MALAS nak mandi!!
5. Daddy terbangun tidur sebab we all berdua bising bergaduh...ooops!
6. Daddy ajak lunch. We all gi Kelana Jaya makan ikan bakar. Perut kata nak makan ikan bakar ikan keli tapi bila kami sampai ikan keli belum terbakar lagi...terpaksa makan ayam bakar. Sedih ibu mengandung!
7. Lepas tu we all jenjalan kat Giant Shah Alam. Wow..nampak banyak baju cantik-cantik. Tapi semua tidak sesuai untuk perut ku yang sedang membuncit. Menggantikan hati ku yang lara, I beli cardigan 2 helai....ngeh..ngeh.!
8. Balik rumah....tidooooo.....
9. Sambung gosok baju...banyak wooo baju nak kena gosok.!
10. Gaduh dengan Orange pulak. Sebab dia dah pandai bukak pintu kandang. We all tengah buat hukuman grounded kat dia. Sebab dia tidak berdisiplin dalam area membuang air besar! Walaupun masih di dalam tandas tetapi di luar kawasan. Sudah gaduh, bagi dia pelepasan sementara selama 2 jam. Cukup ar!
11. Keluar dinner kat seksyen 3 Shah Alam. Gi kedai mamak sebab nak mamam roti tisu. Tetapi.....HAMPA. Roti tisu habis. So, I makan roti nan dan ayam tandoori.
12. Balik rumah we all tengok DVD cerita KONGSI....kehkehkeh...ni cerita samseng lawak.!

5 June

1. Pagi-pagi subuh Mommy bersemangat bangun! Padahal, malamnya tidak cukup tidur sebab badan gatal-gatal. Ananna pon sama tidak cukup tidur. Dia pon gatal-gatal juga. Tetapi bila Mommy bangun dia ikut bangun. Takut Mommy hilang.
2. 9:00am, semua sudah bersiap. Anak dara siap bersolek bagai. Kami mahu ke OU...yeeee..Mahu tengok X-Men - First Class.
3. Di sebabkan kami awal gila sampai OU, gi round-round Parkson dan Mom's care. Konon nak beli baju baby. Tetapi baru rasa nak beli, letak balik. Macam tak percaya I pregnant you. Perut macam rasa kempis lagi.....ok..I tipu. Perut I dah buncit...bontot dah kembang dan berat badan naik 10KG...padahal baru 13 minggu...I nanges! U better jadi good girl/boy ye baby...! Mommy sanggup gemuk for you ni.!
4. X-Men........memang class gila. Suka!!!!
5. Habis X-Men, terus balik. Ananna show off nak baca buku...ops...lupa nak bagitau...dia pow Mommy beli buku masa kat OU. Percaya tak dia beli buku apa? Kisah dari Al-Quran dan dia sudah baca dengan lancar....wow...Mommy bangga. I rasa buku tu untuk orang besar but she challenge herself lah nak baca buku macam gitu. Cumanya, bila sebut Nabi Muhammad SAW tu dia sebut SAW...dan siap tanya...nape ada Inggeris kat dalam buku Melayu ni Mommy.....fuh!
6. Mommy tertidur masa Ananna baca buku....ekeke.
7. Gosok baju lagi...kan dah cakap...baju banyak nak kena gosok!
8. Dinner kat KFC.
9. Balik...Daddy pulak gaduh dengan Orange...ekeke.
10. We all tengok movie "Jangan pandang belakang congkak" kat Astro. Ananna gelak happy sangat tengok cerita tu................
11. We all Krrrroooooohhhhh....

Ok...itu aje...I tak sabar nak tunggu weekend lagi satu....lalalala.

Thursday, June 2, 2011

Teacher Mommy!

 

Last week :

Balik dari sekolah Ananna kelam kabut. Tak menyempat-nyempat suruh Mommy jadi Teacher Mommy. Dia kata cikgu pesan balik rumah jangan tengok kartun. Kena baca buku dan mesti dapat 100%.

 

Phuh…sampai nak tidur Ananna tekun membaca buku………nak pujuk masuk tidur pun susah. Alasannya, tak habis baca buku lagi.

 

Pagi-pagi bangun tidur, dia kelam kabut lagi.

 

Sampai depan pagar sekolah, Ananna buat muka sedih kat cikgu…”Cikgu…cikgu…saya baca buku sikit-sikit aje…boleh ter?” Cikgu jawab, “tak ape. Boleh”. Terus muka jadi bersinar-sinar. Toleh kat Mommy…”ok Mommy. Cikgu kata boleh baca buku sikit-sikit aje”.

 

DSC08386

 

Tiap-tiap hari :

 

Sepatutnya, Ananna buat homework kat nursery. Ada cikgu kat situ. Tapi dia tak mahu buat sebab alasannya, “nak buat homework dengan Teacher Mommy”

 

So, tiap-tiap hari selepas balik kerja sebelum Mommy sempat mandi or solat…kena lah jadik Teacher Mommy. Tetapi kalau Teacher Daddy ada kat rumah (Honey off day), bolehlah Teacher Mommy berehat sekejap….huhuhu.

DSC08285

Ananna & Teacher Daddy

DSC08292

Ananna & Teacher Mommy.