Sunday, June 24, 2012

Result exam Ananna dah keluar.......jom tengok!


Salam semua,

Alhamdulillah...result exam Ananna tidak terlalu bagus atau tidak terlalu buruk. Sederhana tetapi kami percaya Ananna boleh buat lebih hebat lagi.......Amin.

Result hafazannya pun 100%. Bagus anak Mommy dan Daddy ni. We proud of yaaaahhhh...Nanna!

*Ananna ada kat sebelah Mommy sekarang. Dia tengah baca posting ni sambil meleleh air liur. Nanna.............TIDUR SEKARANG!!!*

Icha...........sakit.

Ohhh...tak mo cerita jadual harian saya. Padat dan sesak. Tidur pun tak  cukup. Arrrggghhhh.!

Khamis lepas, jantung saya berhenti sebentar. Mau taknya...tiba saya menerima satu panggilan dari Taska Icha. Icha demam panas dan muntah-muntah tak berhenti...........

Ohhh...risau. Honey memang sedang off day. Tapi sangat mustahil untuk meminta Honey mengambil Icha....sebab Honey saya juga sedang sakit.

Saya tidak peduli...kerja bertimbun ke...or ada meeting ke....nyawa anak saya lagi penting.!

Bergegas pulang. Sampai di depan pintu Taska............................................Icha sedang pucat...lembik......kepala panas...(taska basahkan kepala untuk kurangkan panas)...tangan dan kaki sejukkkk...macam dalam peti sejuk.

Tak fikir banyak...Honey yang sedang sakit-sakit pun gagahkan diri untuk ke hospital.

Disebabkan muntah-muntah dan demam masih baru, Icha kami bawa pulang. Icha hanya bergantung dengan susu badan saja (susu badan saya terlalu sedikit...sangat sedikit). Tidur malam saya pun cuma sejam dua..

Begitulah.........

Esoknya, Icha baru mahu mimun susu. Itu pun cuma 3 ounce..4 botol. Langsung tak active. Senyap saja. Aih...risau. Rindu nak dengar Icha senyum sengih....Icha gelak kekeh-kekeh.

Semalam.........Icha kembali segar.........tapi...........lembik semula sebab Icha kena cucuk untuk 6 bulan & cuck BCG...sebab BCG masa lahir tu tak jadi....................

Aih...sian anak Mommy ni.

Pulang dari DEMC, kami singgah ke Nasi Beriyani Mak Jah .....................................dan jumpa YB Khalid Samad. .................relax je YB and tak sombong. Suka......!

Owh...Kakak Nanna?? Ada kisah dia juga...jangan risau...but kita buat special posting ya.

Bye.

**hari ini...Icha..segar bugar. Alhamdulillah.*

Saturday, June 16, 2012

Bila anak hilang............?

Apa perasaan kita apabila anak hilang??

Kelam kabut??

Meroyan??

Risau??

Sedih??

 Ini antara perasaan normal kan??

Semalam.........................

Tempat kejadian di Tesco, Setia Alam...............

Tiba-tiba ada seorang anak perempuan kecil berumur 3 tahun..maybe less sedang berlari laju sambil meraung ke parking lot. Semua orang terkejut...Tidak kira bangsa atau agama (wah......1Malaysia??), mencapai anak kecil itu untuk di selamatkan. Ye lah...manalah tahu kot..kot ada manusia tidak puya sivic dalam kawasan parking dianggapnya litar lumba Sepang. Tidak pun.......kot kena kidnap ke?? Eeeee............risau!

My Honey juga berlari mengejar anak kecil itu. Saya lihat anak kecil itu meronta-ronta......memanggil nama ibunya. Ramai yang cuba menenangkannya...............tapi kurang berjaya mungkin sebab kurang sifat keibuan kot........huhuhu.

Saya..........(supermom?? ewah!), pun mendekati anak kecil itu dan bercakap perlahan sambil mengesat air mata....

"Sayang....nama sayang siapa?" "Jom ikut aunty cari Mommy..eh...Ibu...nak tak...jom..."

Saya peluk. Saya tepuk-tepuk anak kecil itu supaya bertenang.

Akhirnya, setelah sessi pujuk memujuk, anak kecil itu bersetuju mengikut saya mencari ibunya. Kami mula bergerak ke customer service Tesco bersama dengan pekerja Tesco dan beberapa orang yang prihatin. Di dalam perjalanan, saya ada nampak 1 couple bersama 2 anak lelaki. 2 anak lelaki ini menunding arah ke anak kecil perempuan yang saya dokong. Saya nampak dengan jelas couple itu tadi buat SELAMBA........................

Anak kecil itu perasan yang itu ada lah ibunya...............dia mula menjerit memanggil ibunya.........

Percaya tak???

Dua couple itu buat selamba aje terus berjalan lenggang kangkung ke parking lot. Sedangkan orang sekeliling sudah pun perasan.

Of cos, hati saya kuat mengatakan couple itu parent kepada budak kecil ini. Saya terus berpusing dan menuju ke parking lot.

Ye...................

Tepat.................

Memang couple itu parent kepada budak kecil itu......

Ibu kepada budak itu...........selamba aje..........macam tak ada feeling.........siap senyum-senyum.......

Pekerja Tesco itu pun bertanya...benarkah ini anak couple itu...dia hilang...menangis...bla..bla.....terima kasihlah kat akak ni...(me lar).....bla...bla..

Ibu budak kecil itu hanya sengih...oh..ye..ar terima kasih kak...dan terus blah.

Saya?

Melopong?

Tidak percaya??

Anak hilang.........................

Dia boleh buat selamba aje......................

Kucing aku hilang pun aku meroyan cari keliling kampung.......................ini kan pulak anak!!

Aih........

Ada juga manusia macam ni!

Sunday, June 10, 2012

Sekolah Agama.

Bila ada yang bertanya Ananna tu bersekolah di mana? Jawab kami, "Sekolah agama". Tahu apa reaksi orang yang bertanya itu?? Buat muka macam tidak percaya. Menggeleng-geleng kepala seperti "habislah budak ni" or maybe "jadi agent pembangkang lah budak ni".

"Eh? Ada masa depan ke sekolah agama ni?" "Nanti dah besar nak jadi apa?? Ustazah??" "'Tak takut ke sekolah agama??" "Sekolah ni ada ambik UPSR tak.. SPM tak??". Dengan nada sinis. Menyindir-nyindir.

Aiyoh!

Kalau agaknya saya menjawab sekolah Ananna medium bahasanya di dalam English & ada SPM dan ambik O level bagai....bagaimana agaknya reaksi si tukang tanya??

Ingat sekolah agama ni masa depannya malap kah?

Giliran kami pula untuk menggeleng-geleng kepala kepada si tukang tanya.

*
*
*
*

Ada pula yang menghantar anak-anak ke sekolah agama tetapi mereka sendiri sudah mengelirukan anak-anak mereka dengan tidak mengikut cara hidup ISLAM. Di sekolah di ajar sebaik-baiknya...tetapi apabila sampai di rumah...semuanya jadi terbalik. Apa jadi dengan budak-budak ini..?? .kita sudah menghantar signal yang salah kepada mereka. Jangan terkejut budak-budak ini waktu di sekolah bertudung labuh litup tetapi bila keluar dari sekolah habis mengerbang rambut dan singkat bajunya. Why?? Kalau bertudung pun sekadar bertudung tetapi tidak menutup auratnya. Bagaimana tu??

Jadinya..............kita ibu bapa ini tanggungjawabnya besar....Jangan serahkan segala kepada orang lain. Bila jadi sesuatu....mulalah menyalahkan orang lain...sedangkan salah sendiri tak nampak.

Akhir sekali...........tolonglah doakan yang baik-baik untuk anak-anak. Marah macam mana pun jangan lah keluar bahasa-bahasa kesat contoh..'bodoh' or "ko ni anak tak guna" or yang sewaktu dengannya...sebabnya apa yang kita cakap itu adalah satu doa. Jangan salahkan cikgu kalau anak itu bodoh....dah mak bapak doa hari-hari....betul tak??



Saturday, June 2, 2012

Sama??


Amacam?? Sama tak??

The Power Of Dreams.

Suatu ketika dulu video ini saya sudah upload di blog. Suatu ketika dulu tidak tidur malam semata mahu mencari video terbaik untuk department team building. Hasilnya........berbaloi...sebab masa tu CEO & COO pon tak pernah tengok video ni. 

Dan sekarang.............video still menjadi feveret saya. Rasa paling best antara semua kot. Sebab itu saya share semula...

Apa-apa pon............tanpa mimpi kita tidak punya apa-apa. Jadi mimpilah.....bukan sekadar mimpi indah............tapi mesti mimpi hebat..............ok?

*malam tadi saya mimpi main gurau-gurau dengan singa jantan & singa betina....scary oii...*