Sunday, September 27, 2009

Beraya dan bernostalgia di Dusun Tua.

Dulu, apabila ada yang bertanya di mana kampung saya? Saya akan menjawab..Dusun Tua.

Apabila saya masuk ke sekolah menengah jawapan bagi soalan di mana kampung saya bertukar ke Kajang. Ini kerana, setiap pagi raya semua keluarga kami akan berkumpul di rumah ketiga-tiga ibu saudara saya yang duduk berjiran dan berada di dalam satu taman itu.

Apabila usia saya bertambah (yelah..yelah..semakin tua), jawapan kepada kampung saya juga bertukar dari Kajang dan kini ke Klang. Oh..secara seriusnya, saya sangat bangga menjadi orang Klang. Saya lahir di Klang, membesar di Klang dan sekarang masih menetap di Klang. Ye..Klang lar tempat kesayangan saya.

Kini, sejak 9 tahun berkahwin dengan warga Ipoh, Perak saya menambah satu lagi kampung..iaitu Ipoh, Perak. Saya juga suka kan Ipoh yang bersih dan aman. Kini, kami jarang-jarang sekali pulang ke Perak. Tambah-tambah lagi PIL juga sudah menetap di Rawang. Jimat duit tol dan minyak..ekeke.

Kenapa saya katakan bernostalgia di Dusun Tua?

Saya adalah sesatunya cucu yang membesar di rumah pusaka Dusun Tua. Tentu..rumah ini meninggalkan kesan yang amat mendalam pada diri saya. Kenangan kanak-kanak yang tidak mungkin saya lupakan. Apabila Datuk dan Nenek saya meninggal rumah ini telah di jaga oleh Arwah Makcik saya. Kini...setelah Arwah Makcik meninggal (Arwah meninggal seminggu sebelum raya), saya tidak pasti dengan nasib rumah pusaka ini....

Ketika pulang beraya tempoh hari, saya mengambil kesempatan bergambar sakan di rumah ni. Sambil bergambar, mulut saya laju bercerita.."oh..kat sini lar Wawa ngan Atuk dan Nenek tido." "Kat sini dulu ada tv hitam putih" "Eh..jam ni ada lagi kat sini..wow!" "ha..ni dulu dapo..bilik air" "Masa Wawa umur setahun, Wawa ada amik gambar sambil berdiri kat pintu nih" "kat sini Wawa sambut birthday ke 4..Wawa pegang kek kat sini". "Kat lubang nih Wawa selalu nyorok""Kat belakang nih dulu kebun limau nipis..ah..kat sini pulak reban ayam..Wawa selalu kejar ayam kat sini..sini..kat situ"" Ha tu lar tempat Wawa jatuh basikal..jatuh kat sawah orang""Ni dulu asal Sungai Langat..tiap2 jumaat mesti mandi sungai kat sini..carik siput sedut"

Bla...bla..bla..

Memori macam air keluar dari paip...laju dan terang. Kalau masa boleh berputar kembali, saya mahu kembali di sini...dan forever di sini....

Psst..kenapa saya berseluar jeans di hari raya pertama??? kain koyak babe...koyak!


Nostalgia di Dusun Tua.
Sewaktu umur saya kurang 1 tahun, saya ada bergambar di pintu ini tapi different posing ler.

Photobucket

Photobucket
Masa saya kecik2 dulu selalu main bunga api kat sini.

Photobucket
Selalu juntai kaki kat tingkap nih..kat belakang tuh dulu ada pangkin tempat we all lepak2 dan tido lepas lunch dan zuhur. Sejuk..
Photobucket
Ruang tamu dan tempat saya bobok malam.


Photobucket
Dari tingkap nih dulu boleh nampak sawah padi.

Photobucket
Sungai Langat yang asal..sekarang aliran nya sudah di tukar.


Photobucket
Tempat lepak petang2.

Wednesday, September 23, 2009

Salam Aidilfitri 2009.

Salam Aidilfitri 2009 untuk semua yang membaca atau terbaca blog ini. Saya juga ingin memohon ampun dan maaf jika selama setahun ini saya ada terkasar bahasa yang menyebabkan anda semua kecewa atau terguris perasaan. Harap-harap tahun depan kita boleh bersua lagi dengan Ramadhan dan sekali lagi menyambut aidilfitri bersama-sama.

Aidilfitri tahun ini saya dan keluarga hanya menyambut secara sederhana. Berpijak pada bumi yang nyata. Saya juga agak sibuk dengan kerja yang menimbun-nimbun dan segalanya perlu di selesaikan sebelum cuti raya yang panjang. Tahap tensi agak tinggi. Hampir setiap hari saya bekerja tanpa mengambil 30 minit rehat pon. Semuanya di lakukan demi menyambut hari raya 2009.

Beberapa hari sebelum raya, saya dan Honey menyambut ulangtahun ke 9 perkahwinan kami. Maaf, tiada gambar kerana hujan dan saya pula demam selsema.

Malam raya hingga ke pagi raya kami berada di rumah si Kembar kerana PIL berada di sana. Selepas pukul 10:00am barulah kami bertolak semula ke Klang untuk menyambut raya bersama keluarga di Klang.

Kira-kira 12:00pm, kami bertolak ke Kajang pula. Saya suka benar menyambut raya di sini. Saya boleh buat perangai buruk lantak. Di Kajang inilah tempat berkumpulnya sanak saudara Baharudin (Arwah datuk saya). Lagi pula 3 mak saudara saya ni berjiran. Senang nak melawat setiap rumah.

Kami sempat juga menyinggah ke rumah pusaka di Dusun Tua. Tapi gambar dan cerita detailsnya saya akan update di tajuk yang lain. Saya akan explain kenapa lar di pagi raya saya elok berkebaya dan berkain batik alih-alih separuh jalan saya berseluar jeans saje. Emh..malu.

Oh..saya juga tiada gambar The Naim's family dan cerita tentang raya di Ipoh. Ada masalah teknikal.

Apa-apa pun harap semua orang enjoy beraya..

P/S : Sepanjang raya demam selsema. Sekarang tengah pusing sebab baru makan ubat selsema..so kena sambung cerita raya esok saje. Gambar lain saya sudah upload di FB.

Raya 2009
The Baharudin's Family.

Raya 2009
The Abd Aziz's Family

raya 2009
The Iznil's Family.

Friday, September 18, 2009

Demam!

Tak larat...

Saya demam!

Nnti2 je lar ye update blog nih.

Selamat Raya dan Maaf Zahir Batin...

Sunday, September 13, 2009

Jeng..jeng.

Saya sedang mengira waktu...tidak lama lagi...jeng...jeng...

**I love U so much Honey...so very much.**

Dari 7, kini tinggal 4.

Semalam makcik pergi meninggalkan kami semua untuk selama-lamanya. Saya tahu emak sedih. Makcik adalah adik emak. Adik beradik emak ada 7, 6 perempuan dan seorang lelaki. Emak anak yang ke lima. Kakak sulong dan abang emak sudah lama meninggal dunia.

Kini emak cuma ada 2 kakak dan seorang adik bongsu. Rumah yang Arwah makcik ni sebenarnya rumah pusaka. Saya membesar di rumah ini. Di sinilah saya mengejar ayam. Belajar naik basikal dan kemudian jatuh di sawah. Nenek (tak hingat nama) datang mengadu kat atuk (ketika itu ketua kampung) ada bebudak nakal rosak kan sawah dia. Saya menyorok belakang pintu sambil Arwah Atuk menjeling tajam.

Di rumah ini juga saya belajar memanjat pokok (terer ok), mandi sungai sambil mencari siput sedut sungai dan macam-macam lagi lah. Zaman ini lah yang paling seronok dan indah sekali. Selalu juga saya bermimpi dan balik ke rumah pusaka ini.

Sedih...kini rumah itu akan kosong. Saya tidak tahu akan nasib akan datang rumah yang membesarkan 7 anak Arwah Wak Badar dan cucu kesayangannya itu. Saya berharap sangat semoga ada yang masih sudi untuk menjaga rumah itu.

Buat sepupu2 saya yang bertiga itu, harap banyak kan bersabar. Setiap yang bernyawa pasti akan pergi. Kami masih ada. Jangan putuskan tali persaudaraan.

Al-Fatihah buat arwah makcik. Semoga di tempatkan di kalangan orang yang beriman.

Saturday, September 12, 2009

Bakal menantu Pak Iznil.

Syarat-syarat untuk kepada sesiapa yang teringin untuk menjadi menantu Pak Iznil mestilah wajib lulus dalam interview. Jika interview anda gagal jangan harap lah dapat jadi menantu kami. Jeling anak kami pun tidak di benarkan.

Antara syarat untuk menjadi menantu Pak Iznil..mesti berpengetahuan didalam ilmu dunia dan akhirat. Sembahyangnya kena cukup. Kena wajib hormat Daddy and Mommy. Dating-dating tidak di benarkan. Dating ituh menjurus kepada maksiat.

Kita tidak tahu apa akan jadi pada masa depan. ketika itu dunia kita bagaimana keadaannya. Adakah Islam masih lagi menjadi pegangan kuat. Jika Ya..Alhamdulillah. Masih ada harapan untuk kami bermenantukan yang terbaik. Jika tidak....alangkah malangnya umat Islam.

Kenapa kami kecoh? Ananna baru berusia 3 tahun dan 11 bulan. Tapi kami keterlaluan advancenya. Ha..mudah. Ananna nak tunggal kami adalah precious. Wang ringgit yang berjuta pun tidak ada nilainya jika di bandingkan dengan Ananna. Oleh itu, kami mahu memberikan yang terbaik..Hanya yang terbaik untuk yang terbaik. Ananna juga adalah sesatunya harta kami. Jika kami tiada lagi di dunia ini, dia lah sesatunya harapan untuk mendoakan kesejahteraan kami.

Sob..sob..mommy sedih. Eh..blog ini sepatutnya blog kelakar tetiba sudah menjadi blog sobsob pula.

Monday, September 7, 2009

THS Investigates : Diet fads.

Ketika saya menulis blog ini saya sedang menonton THS Investigates : Diet Fads. Oh wow! tak sangka ramai orang sanggup buat benda2 mengarut hanya untuk kurus.

Diet plan saya simple..makan macam biasa cuma kurang nasi, kurang gula, minum banyak air kosong dan exercise erveryday for 30 minutes combination of cardio dan pilates. Ice cream, air soda, air gula, fast food dan gula-gula saya elak untuk makan. Tak bermaksud tak makan langsung tapi cuba elak kan lar.

Sarapan adalah penting dan saya makan 5 meals sehari di mana tengahari saya makan berat (ada nasik lar..pewot melayu)

Dalam bulan puasa ni saya tidak berdiet sangat..tapi saya tidak lupakan exercise. Exercise ni penting sebenarnya..untuk memastikan kita sentiasa cergas dan kurangkan stress. Paling best kalau dapat exercise dengan Ananna.

Oh..bulan lepas, sewaktu saya berada di depan pagar nursery, saya nampak Ananna depan tv tgh buat sit up sorang2..Uih..bangga mommy tau.

Secara ringkas, saya tak percaya diet melampau nih..ikut kata body sebenarnya. Saya dengan bangga, dalam masa 4 bulan saya turun 20kg dan sekarang sudah 5 bulan saya berjaya mengekalkan berat badan saya iaitu 55KG. 5KG tu kat pewot..pewot muncit sket..ekeke..eh..muncit tu lar sexy..*tepuk kepala kuat2*

Saturday, September 5, 2009

Hunting for baju raya.

Saya beriya-iya benar untuk berbaju kebaya nyonya pendek untuk hari raya. Honey pun dah setuju. Sukanya hati tidak terkira. Tak kisah puasa, terik kat luar dan bertopeng bagai saya dan Honey gagah juga untuk ke Tesco Shah Alam, My Hannah dan Amcorp Mall.

Saya siap psiko Honey kat FB lagi..."kebaya nyonya tu cun lar" kata saya dlm FB..wakaka..Honey termakan pujuk lar jugak.

Sampai di Amcorp..jeng..jeng...terus ke kedai yang menjual kebaya nyonya tu ler...satu set kebaya (baju, kain + inner) RM180. Mahal tak? Emh..saya pon try test the baju. Eh..sexy..cun..saiz M..muat..patut kena saiz S ni (ececeh..perasan lah pulak). Bila keluar dari fitting room bergaya depan Ananna..of course lah dia ckp mommy tatek (cantik). Komen Honey ok je kalau saya suka.

Tapi....?????

Hati ni tak cukup confident ar. Rasa macam kebaya Nyonya ni bukan saya. Dah lah saya jalan macam samseng..pakai kasut flat..nak tgk saya pakai heels dalam mimpi boleh lah..handbag pon pakai slig bag...tak pon bawak bawak bag sandang belakang...macam mana lah kebaya nyonya ni nak ngam ngan saya.

Aih...!!!

Tak kan lah saya nak pakai baju pada hari yang mulia tuh dalam keadaan serba tak masuk.

Malamnya..selepas berbuka dan maghrib, saya bisik2 kat Honey..nak gi Tesco Setia Alam. Harapan tuh tipis aje..tapi apa salahnyer mencuba iye tak?

Di Tesco Setia Alam tuh tak sampai pon 10 minit, saya dah jumpa baju yang saya suka. Masih kebaya tetapi tidak sependek kebaya nyonya..tidak ketat..sedang elok sgt..versi sopan lah senang cerita. Ah...dah lah dekat dgn umah..pehtu murah pulak tuh..fuh lega.

Ish..bila memilih baju kena lah yang halal bukan halal tetapi haram..maksudnya, baju pilihan kita tuh cantik tapi bukan baju orang islam..Ish..tak mo..tak mo..saya takut Allah.

Apa2 pon..Mr Honey sangat gembira dgn baju raya saya..sexy tapi sopan katanya...hehehehe..

Aip..jgn mintak gambar..nnti hilang seri baju raya tuh..

Friday, September 4, 2009

Blog Oh Blog.

Aigh...tatau lah. Kemalasan tahap dewa sakarang. Tiap2 hari ada je idea nak menulis. Tapi setiap kali mengadap blog..idea pon dah zuppp hilang.

Pelik tetapi benar.