Monday, April 9, 2012

SICK!

Lama tak hapdet kan?

Rindu??

Ececeh......

Sebenarnya, banyak benda nak hapdet tetapi memandangkan beranak kecik dan si kecik ni pulak asyik berkepit aje kerjenya.......jadi.....segala hapdet terbengkalai. Sekarang ni pon Cik Ryssa kecik ni ada duduk together-gether dengan Mommy untuk blogging.

Ok..jom cerita.

Cerita bermula pada 29 Mar 2012...saya menggeletar pagi-pagi buta. Demam panans sampai menangis-nangis tak tahan. Honey bergegas membawa saya ke DEMC. Saya hanya di beri ubat demam dan di beri MC 2 hari. Kata doctor, saya cuma viral fever.

30 Mar 2012, tetap demam panas. Menggeletar seluruh badan dan kepala berat gila. Jangan tanya pasal makan. TAK ADA SELERA.! Saya pun terpaksa tidur asing dari anak-anak kerana tidak mahu berjangkit. Udah namanya anak-anak. Dua-dua anak tak boleh tidur tanpa ketiak Mommy...berlagu sendu lah masing-masing. Pagi-paginya hujan lebat dan....................BANJIR kali kedua dalam satu bulan. Dugaan sungguh....Dalam keadaan demam ni hanya Honey sajalah harapan untuk mencuci rumah.

Kan dah sebut dugaan...Tengahari, Honey pula demam. Demam sebiji macam demam saya. Rumah..............?? terbengkalai.....katak...tikus..lipan...etc..bermaharajalela kat rumah.

31 Mar 2012, demam pon demam lah. Tak kan nak biarkan rumah busuk macam longkang. Binatang buasnya lagi. Demam-demam dan dalam keadaan terhoyong hayang saya gagahkan juga mencuci rumah.....Larat ke??? Jawabnya..........tak larat. Tapi nak harapkan sapa???

1 Apr 2012, masih demam. Tapi kena kuat sebab Honey demam. Demam orang lelaki sentiasa ada beza dengan demam orang perempuan...lebih tepatnya lagi, walaupun seorang Mommy itu demam tetapi tanggungjawab tetap jalan seperti biasa...........

2 Apr 2012, keje walaupon masih demam.. 11;00am, sekolah Ananna telepon. Ananna pula demam panas. Apalagi...........Mommy tinggal segala...lupa demam sendiri. Bergegas ambil Ananna di sekolah dan bawa Ananna ke DEMC. Di DEMC, kepala sudah pusing. Demam Ananna mencecah 39.1 & demam saya mencecah 38.9. Saya di minta untuk ambil darah.

Keputusannya...........suspected denggi. Platelet darah rendah...white cell juga rendah. Diberi MC 2 hari dan diminta untuk datang lagi ke DEMC keesokannya.

Honey juga diambil darah....dia juga disyaki denggi. Tapi Alhamdulillah keputusannya negatif.

Ryssa...........batuk dan selsema....

3 Apr 2012, Platelet darah makin turun. Doctor mintak saya untuk duduk di hospital. Saya kata..........tak mahu sebab Ananna demam.

4 Apr 2012, Denggi +ve & viral hepatitis. Doctor tak bagi pilihan. Terus warded. Bilik pula tidak ada. Terpaksa menunggu sehingga 7:30pm, baru dapat bilik. Itu pun bilik double beaded.

Anak-anak terpaksa tidur ketiak Daddy lah malam ni.

5 Apr 2012, saya masih di tahan di hospital kerana platelet masih rendah. White cell masih rendah dan liver masih bengkak.

Ryssa, dah tak tahan....dia tercari-cari Mommy. Pukul 12:00am, Honey terpkasa menghantar Ryssa ke hospital. Ryssa tidur dengan Mommy malam tu.

6 Apr 2012, saya discharge...yeay...

Kini....................

Saya masih dalam MC. Kepala masih rasa berat lagi...tapi tidak seteruk sebelum ni. Doctor suruh saya rehat............jadi saya rehatlah...........................

Pejabat Kesihatan Klang sudah 2 kali call. Interview pasal denggi. Haih...cuak juga kalau sudah 2 kali call ni. Harap tak ada apa2.

Sekarang ni..............kena hati-hati...sebab denggi ni boleh membawa maut.

Ok....tata...nak tido. Ketiak perlu berkhidmat untuk anak-anak.