Sunday, May 31, 2009

15 second New Moon Official Trailer.

Wah.....can't wait..can't wait.!


Friday, May 29, 2009

Jumaat..bila kita di kata katak bawah tempurung.

A : My fren all Malay but very open minded.

Wawa : So, I tak ope minded ke?

Soalan: No lar..but You tak sama. Different. Not like others.

Wawa : Why you think I'm different? Because I'm wearing a tudung. Because I tak salam with lelaki bukan muhrim. That's make me close minded?

A : Eh bukanlah. Erm..all my fren "minum"..got gf/bf..living together.

Wawa : Tu Islam pada nama. Ppl who follow Islam, tak kan buat menda2 macam tu. Ada faham?

Tu antara conversation saya dengan seorang kawan non muslim. Sewaktu saya ke Thailand untuk training with others Genpo di Thailand, saya menghadapi kesusahan untuk menjelaskan kenapa saya tidak boleh bersalam dengan non muhrim dan berlari-lari mencari tempat untuk solat.

Itu orang di luar, tapi ini mereka yang sudah sejak lahir duduk bersama dengan kita tetapi masih lagi kurang faham dengan Islam. Salah siapa? Salah kita juga kerana cara kita mempamerkan dir kita tidak menunjukkan Islam itu agama indah dan bukan agama tertutup. Setiap larangan pasti ada sebab. Contoh...kenapa kita tidak boleh makan babi. Ha..ni korang mesti tahu kan akibatnya..apa yang Babi bawak dan masuk ke dalam perut kita. Sanggup ke?

Lagi satu...sekarang ni ada trend, pakai tudung tapi hisap rokok macam naga. Emh? Macam mana lah orang non muslim nak respect kita.

Fikir-fikirkanlah..Emh..sebenarnya, banyak lagi. Tapi you all semua dah besar-besar. Lu fikirlah sendiri.

Oh..jangan lupa solat. Tiang agama tau. Tak solat, runtuh agama. Serupa macam banggunan..tak percaya? Gi tenggok Jaya Supermarket. Kan dah runtuh...tiang tak kuat. Ibaratnya.!

Thursday, May 28, 2009

RobPatz topless...*mata jatuh*

Aaaawwww...so seksi...nyummmy!



Barcelona beats MU.

Hahaha..yeah! Barca..U r the Champs.

Sure banyak orang patah hati, today. So Malaysia yang tipikal. Bila cerita bola je mesti MU..tak pon Liverpool. Boring!

Anyway...selain dari patah hati saya pasti ramai hilang wang pertaruhan..wakaka.

Budak-budak kecik depan saya bertaruh juga tapi nilainya cuma RM5. Hehehe..cute kan?

**My Honey Busyuk...sokong Astana! Kadang-kadang saya sendiri lost track pasal ni...Emh..kena keep up or else we all tak boleh borak.**

Wednesday, May 27, 2009

Ulangkaji Twiligt saga.

Ok..saya terlewat..tapi biarkan lah.

Saya sedang menikmati sepenuhnya tulisan Stephanie Meyer. Membaca setiap bait perkataan dan terus tenggelam khayal..

Kalaulah........(biarlah apa yang berada di dalam kepala otak saya ini di simpan saja untuk tatapan sendirian berhad)

Thursday, May 21, 2009

The Winner..Kris Allen...*clap..clap*

Yeah..sejak semalam saya tahu America akan vote for Kriss. Bukan si Glambert itu..

Siapa kata suara Kriss biasa-biasa aje..Eh..dia best apa.!

**Mr Cook...alamak! Dia macam nak nangis kan masa nyanyi tadi**




No Boundaries by Kara DioGuardi (”Kara’s Song”)

Seconds hours so many days
You know what you want but how long can you wait
Every moment last forever if you feel you’ve lost your way
What if your chances are already gone
Started believing that I could be wrong
But you give me one good reason
to fight and never walk away

Coz hear I am — still holding on!

Every step you climb another mountain
Every breathe its harder to believe

You’ll make it through the pain (or through all your aches and pains)
Weather the hurricane
To get to that one thing

When you think the road is going nowhere
Just when you’ve almost gave up on your dreams
Then take it by the hand and show you that you can

You can go higher
You can go deeper
There are no boundaries
Above and beneath you
B-reak every rule coz there’s nothing between you
and your dreams

Every step you climb another mountain
Every breathe its harder to believe

Sunday, May 17, 2009

Birthday Story - 2










Best..best..best. Itulah gambaran percutian kami kali ini. Segala perancangan terlaksana.

Dari hanya duduk-duduk di balkoni sambil menghirup kopi panas dan menikmati hidangan cupcakes birthday, melihat ikan-ikan berenang girang dari balkoni dan lantai bilik air, menikmati sepuas-puasnya angin laut dari balkoni atau gazebo yang di sediakan, khayal dalam buku yang saya baca berjam-jam di balkoni, hanya berborak kosong dengan suami tersayang juga di balkoni, bergurau-senda dengan anak tunggal juga di balkoni, melihat sepenuhnya proses tenggelamnya sang matahari, mendengar deruan ombak menghempas pantai dari atas chalet, melihat bot-bot kecil melintas di hadapan gazebo, burung-burung terbang riang menyambut munculnya sang matahari, berendam hingga kecut di kolam, melepaskan rindu dendam dengan mandi laut sepuasnya, menikmati hidangan malam di tepi pantai, berlari anak di tepi pantai...........

Agh..terlalu indah suasana 3 hari ini.

Sebentar lagi, kami semua akan check out. Berat benar rasa hati mahu melangkah meninggalkan tempat ini. Mahu saja kami tinggal lebih lama lagi di sini…jauh dari segala beban kota..jauh dari segala bingit dan sesak kota. Jauh dari segala kemelut politik di Perak. Maaf…di sini tiada hubungan internet maxis 3G. Jika mahu kami terpaksa berjalan ke lobby bagi menikmati Wifi percuma. Tetapi kami tidak mahu mengacau mood cuti jadi di tong sampah sahaja cadangan melayari internet.

Apa pun…kami sudah mula merancang percutian kami yang akan datang…Oh..tidak sabar untuk menunggu saat itu.

Saturday, May 16, 2009

Birthday Story - 1


This is me..34.

13 May..cuaca muram dan tidak terik seperti selalu. Matahari bagai kan terasa malu untuk menunjuk muka. Bagus juga untuk sekali sekala.


Malam menjelang birthday, saya menerima beberapa ucapan secara langsung dan secara SMS. Terima kasih kerana mengingati..terasa diri ini berharga sekali.


Tepat jam 12:00, saya menerima panggilan dari suami tersayang (dia bekerja giliran malam) untuk mengucapkan selamat buat saya. Pada masa yang sama juga adik kecil saya (hakikatnya besar..ooops!) melayangkan kiriman SMS memberikan ucapan juga.


Bahagia...bahagia!


Selepas Zuhor, kami mula bertolak. Seperti biasa saya lah pemandu terhormat. Kali ini saya memandu mengikut tanda had laju. Tidak mahu di saman lagi seperti dua tahun lepas. Menyampah! Surat “cinta” saya dari polis bertarikh 13 May.!


Kami sampai agak lewat kerana terlajak sehingga ke Avillion. Tepat 4:00 petang kami tiba dan dengan segera mendaftar masuk. Hati sudah tidak sabar-sabar untuk membaringkan badan.


View dari depan pintu.


Terpegun! Itulah gambaran terhadap chalet penginapan kami. Buka pintu sahaja terus jumpa bilik air. Kami perlu melalui bilik air untuk ke katil. Pelik bukan? Saya kagum dengan bilik airnya yang besar. Kolam mandi yang besar dan bilik “shower” secara terbuka di atas membuatkan saya berangan-angan untuk memiliki bilik mandi seperti ini.



Bag Bear, Pink Bear, Minnie & Asimo also ikut..

Perkara pertama yang saya lakukan ialah…snap..snap. Kemudiannya, menjerang air, membancuh kopi pekat dan memulakan minum petang di balkoni. Oh..tidak lupa “cupcakes” saya.



Kemudiannya, saya dan Ananna mula kan aktiviti berendam di dalam kolam. Ananna pada mulanya seperti was-was tetapi apabila sudah biasa dia pula tidak mahu keluar.


Projek mengambil gambar metahari terbenam agak sedikit terlewat. Saya sedikit kecewa. Tidak mengapa, esok masih ada. Oh…esok, saya mahu bangun pagi dan tidak mahu ketinggalan mahu snap..snap matahari terbit. Saya juga mahu berjogging di tepi pantai dan menghirup udara segar di tepi laut.


Makan malam juga istimewa. Kami memanggil perkhidmatan bilik dan makan-makan di balkoni sambil melihat air pasang dan menghirup udara segar. Sesudah perut di isi, kami berjalan-jalan mengelilingi hotel. Seronok!



Ok…bobok dulu. Esok ada banyak aktiviti lagi. Sambung kemudian di siri Birthday Story 2


Dalam kad ada small gift...hik..I like.

Friday, May 15, 2009

Birthday Story – The Beginning


Sudah tua kah saya.? 34 itu kertu kah?


Oh tidak? Bukan tua, tetapi lebih matang, lebih bijak, lebih cantik dan sebagainya lah. Kecuali body oke? Body tidak boleh lebih-lebih. Sentiasa terjaga cantik dan tertutup rapi..Hey..barang jenama PRADA mestilah tutup cantik dan sopan. Dijaga rapi supaya tidak rosak. Hanya boleh ditonton oleh yang haknya. Bukan seperti jenama pasar malam…terdedah sana sini sehingga di hinggap lalat.


MYOB ye? Hah..yeah right.!


Ok..sambung kisah birthday saya.


2008, saya baru sahaja memulakan kehidupan baru di Honda Malaysia. Orang baru mestilah ada banyak peraturannya. Tahun lepas hanya disambut oleh Honey dan Ananna dengan kek secara kejutan. Ah..sambutan dengan cara itu pun sudah cukup membahagiakan saya.


2009, sudah di buat perancangannya berbulan yang lalu. Hehehe..sengaja begitu kerana mahu membalas dendam. Sejak April, saya sibuk mengintai tempat-tempat peranginan yang sesuai untuk sambutan harijadi saya. Dari Bukit Merah hinggalah ke Damai Laut seterusnya ke Port Dickson.


Port Dickson juga menjadi satu masalah untuk memilih-milih tempat. Akhirnya, dua tempat menjadi pilihan terakhir. Avillion atau Legend, di mana kedua-duanya menawarkan tempat penginapan di atas laut. Kata orang, Avillion itu “Heaven and Earth” dan Legend pula..oh well..Cuma “Earth”. Kedua-dua ini ada pro dan kontra nya. Terpulang kepada citarasa masing-masing dan kemampuannya.


Kelebihan Avillion ialah dia punya private beach sementara Legend pula berkongsi pantai. Tidak kisah lah kerana ada pantai kah atau tidak kah tidak langsung memberi sebarang perbezaan dengan cuti saya. Harus di ingat ya...suami saya sangat sangat trauma dengan segala yang berkaitan dengan air.


Ke Pangkor tidak boleh kerana perlu menaiki feri. Feri akan mengingat dia dengan TITANIC! 3 tahun lepas kami ke Langakawi dan kami menginap di Berjaya Resort. Tahu tidak, air laut hanya mencecah buku lali saya sahaja. Kenapa?? Oh laut ada JAWS…oke? Oh..jangan sekali-kali ajak untuk berkelah di tepi air terjun…jangan harap!


Cuti kali ini saya harap lah sangat-sangat untuk sekurang-kurangnya berjalan menyusuri pantai. Kalau dapat mandi laut adalah satu bonus!


Oh..kemana saya tahun ini?


Saya memilih Legend Water Chalet. Saya mahu berehat sepuas-puasnya. Menikmati percutian saya dengan seseronok tahap maksimum.

Monday, May 11, 2009

Sah dia..! So..yang haram tu kita nak buat apa??

Hakim: Nizar MB Perak yang sah
Hafiz Yatim | May 11, 09 3:45pm
kemaskini 8.34pm Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) Datuk Abdul Aziz Abd Rahim memutuskan bahawa Nizar tidak mengosongkan jawatannya itu kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota DUN.

Dalam kes ini, Abdul Aziz berkata tiada undi tidak percaya telah diusulkan terhadap Nizar, lapor Bernama.

"Bagaimana seseorang boleh mengatakan yang pemohon (Nizar) telah hilang kepercayaan majoriti mengikut Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak?"

"Berdasarkan amalan demokrasi, isu kehilangan kepercayaan majoriti hanya boleh diambil kira melalui undi tidak percaya terhadap pemohon (Nizar), hanya melalui cara ini menteri besar boleh disingkirkan," Abdul Aziz dipetik berkata dalam penghakiman bertulis yang disampaikannya pada 2.30 petang.

Pada 13 Februari lalu, Nizar memfailkan permohonan kepada mahkamah bagi diisytiharkan bahawa beliau pada sepanjang masa adalah menteri besar Perak yang sah, bukannya Datuk Seri Zambry Abd Kadir.

Nizar, yang dilantik sebagai menteri besar pada 17 Mac tahun lepas, juga memohon pengisytiharan bahawa Zambry tidak berhak untuk memegang jawatan tersebut.

Abdul Aziz, dalam penghakimannya berkata seorang menteri besar tidak boleh dipecat oleh Sultan Perak atas alasan beliau tidak boleh memegang jawatan itu tanpa perkenan sultan.

Pemecatan menteri besar oleh Sultan Perak tidak disokong oleh Perkara 16 (6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, katanya.

Hakim berkata walaupun Sultan Perak mempunyai kuasa mutlak melantik menteri besar, bagaimanapun seseorang menteri besar, sebaik dilantik, hanya bertanggungjawab kepada ADUN dan tidak kepada pihak-pihak lain, lapor agensi berita itu lagi.

Dalam penghakimannya juga, Abdul Aziz - hakim ketiga di Mahkamah Tinggi yang mendengar kes itu - tidak bersetuju dengan hujahan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, selaku pencelah, bahawa hanya dalam dua keadaan yang membolehkan menteri besar boleh memohon bagi pembubaran DUN.

"Peguam negara berhujah bahawa menteri besar hanya boleh memohon bagi pembubaran apabila tempoh penggal dewan telah hampir tamat, iaitu di bawah Perkara 36(2) dan satu lagi apabila beliau berhenti mendapat kuasa daripada majoriti.

"Saya tidak bersetuju dengan perkara ini. Mengikut Perkara 36 Undang-undang Tubuh Negeri Perak, tiada keadaan yang terhad bagi menteri besar untuk memohon pembubaran daripada sultan, dan terserah kepada menteri besar untuk memilih masanya (untuk memohon bagi pembubaran)," kata Abdul Aziz seperti dilaporkan.

Hakim juga tidak bersetuju dengan hujahan peguam negara dan Zambry sebelum ini bahawa Nizar dianggap telah meletakkan jawatan sebagai menteri besar walaupun beliau (Nizar) enggan berbuat demikian.

"Peguam negara dan responden berhujah bahawa perkataan 'akan meletak jawatan' dalam Perkara 16(6) berupa mandatori bahawa menteri besar mesti meletak jawatan.

"Bagaimana jika menteri besar enggan meletakkan jawatan? Walaupun ia mandatori, peruntukan itu tidak boleh ditafsirkan sebagai bermaksud bahawa menteri besar dianggap telah meletakkan jawatan," Abdul Aziz dilaporkan berkata lagi

Beliau juga mencadangkan perkara itu dipinda bagi mengatasi kelemahan dalam Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Mengenai isu afidavit penasihat undang-undang Perak Datuk Ahmad Kamal Md Shahid, Abdul Aziz memutuskan beliau bukan saksi yang berkecuali dan adil.

"Ia merupakan pengakuannya sendiri bahawa beliau telah diarahkan oleh peguam responden untuk mengikrarkan afidavit itu. Perkataan yang digunakan amat keras.

"Bagi saya beliau bukan saksi yang berkecuali dan adil, keterangannya diwarnai dengan arahan yang diterimanya," kata Abdul Aziz yang memilih versi Nizar mengenai apa yang berlaku semasa menghadap Sultan Perak di Istana Kinta pada 4 Feb.

Hakim berkata beliau percaya dengan keterangan Nizar yang beliau tidak memohon perkenan Tuanku Sultan untuk membubarkan DUN kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti.

"Keadaan pada 4 Feb ialah Pakatan Rakyat dan BN masing-masing mempunyai 28 kerusi dalam Dewan.

"Keterangan pemohon bahawa semasa menghadap Sultan Azlan Shah, beliau telah memohon perkenan bagi membubarkan dewan mengikut Perkara 36(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak adalah disebabkan wujud kebuntuan dalam dewan (apabila Pakatan Rakyat dan BN masing-masing mempunyai 28 kerusi), tetapi menafikan beliau telah kehilangan kepercayaan majoriti anggota dewan," katanya.

Krisis politik Perak bermula apabila dua ADUN PKR Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) meletakan jawatan masing-masing pada 30 Jan diikuti Hee Yit Foong (Jelapang) dari DAP, empat hari kemudian.

Berikutan itu, Nizar telah menghadap Sultan Azlan Shah pada 4 Feb untuk memohon bagi pembubaran DUN tetapi permohonan itu ditolak.

Menurut agensi berita itu lagi, Abdul Aziz mengulangi yang mahkamah tidak mempersoalkan keputusan Sultan Perak yang menolak permohonan itu kerana ia tidak berjustifikasi.

"Tidak diragui bahawa Duli Yang Maha Mulia mempunyai bidang kuasa mutlak untuk tidak memperkenankan permohonan bagi pembubaran," tegasnya.

Hakim itu turut mempersoalkan kenapa BN, selepas
mengisytiharkan yang ia mendapat kepercayaan majoriti, tidak memanggil Nizar ke persidangan khas dewan untuk membentangkan usul tidak percaya terhadap beliau, kerana adalah lebih demokrasi untuk berbuat demikian.

Selepas penyampaian penghakiman selama sejam itu, Datuk Cecil Abraham yang mewakili Dr Zambry, memohon penangguhan pelaksanaan keputusan itu sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan, tetapi ditolak oleh Abdul Aziz.

"Saya menolak permohonan lisan Datuk. Datuk boleh memfailkan permohonan rasmi bagi penangguhan, bersama-sama dengan kes dan autoriti, jika Datuk mahu meneruskannya," katanya.

Mahkamah sesak dengan lebih 50 wakil media dan anggota keluarga serta penyokong Nizar yang datang seawal 1.30 tengah hari.

Nizar diwakili peguam Sulaiman Abdullah dan 10 peguam lain manakala Dr Zambry, yang tidak hadir di mahkamah hari ini, diwakili Cecil dan Sunil Abraham.

Friday, May 8, 2009

A Sad Day..

Semalam...

Bukti...gelojoh, rakus dan bodohnya manusia golongan itu.

Aku yang beratus KM dari Ipoh merasa meluat teramat degan perangai macam s*al mereka.

Beringatlah...kerusi yang anda duduk sekarang ini tidak selesa...kerana PRU13 akan menjelang tiba...ketika itu baru anda tahu...siapa yang sebenarnya berkuasa...

Nantikan kuasa rakyat! Ayoh....kita tolak mereka!

Tuesday, May 5, 2009

Happy 1st year.

Yeah....today genap saya setahun di Honda Malaysia, Sales Div.

Tak sangka, cepat betul masa berlalu..

Tak sangka, banyak juga perubahan yang saya alami..

Paling penting..setahun yang lepas, berat badan saya 65kg dan terus meningkat ke 75kg dan kemudian mengecut ke 56kg..hehehe.

Eh...ni nak story pasal body ke or pasal happy 1st year.? Alah...dua-dua pon related apa...ekeke.

Ok..ok..honestly, tak ada lah benda-benda yang busuk-busuk sangat semasa di sini. Segalanya baik-baik sahaja. Kalau ada yang busuk-busuk tu, saya dah buang jauh-jauh dah.

So, harap-harapnya saya akan ada pula happy 2nd year tahun depan.

Saturday, May 2, 2009

Cuti & Funfair.

Sengaja ambil extra 1 hari. Rasa macam lama sangat tidak bercuti. Plan cuti 4 hari ini sebenarnya tiada. Saja-saja nak rehatkan diri di rumah dan buat aktiviti lepak di depan tv.
Dalam masa yang sama saya bawa juga kerja balik rumah..tetapi rasa macam kepala pitam je nak buat kerja kat rumah ni. Sayang je cuti-cuti pun nak buat kerja. Mencik...!

30/4..ingatkan nak gi waterworld Shah Alam..tetapi memandangkan saya bendera merah dan rasa risau pulak nak control Ananna..kami tukar plan. Plan baru ke Jalan Tar.. borong tudung. Macam biasa..jalan kat KL boleh buat orang mengong. Jalan TARnye jumpa..tapi parking pula tak jumpa-jumpa. End up, saya melihat tudung dari jauh saje lah.

1/5..Hon kerja. Saya dan Ananna bangkit lewat. Exercise..breakfast dan bersiap ke Tesco cari barang-barang dapo. Ok...pokai terus. Siap-siap beli stock mamam. Berangan nak masak le konon. Malam entah kenapa rasa lapa sangat. Tapi tak mood nak mamam ke hapa.So buatlah 3 in 1 oat segera..dan minum air panas. Oh! baru perut rasa lega dan selesa. Emh...angin kot.

2/5..bangun awal. Eh..napa sunyi sangat nih..Emh..maybe ramai kot orang balik kampung atau bangun lewat. Pergi kedai jiran..beli nasik lemak biasa dan donut untuk breakfast. Perut dah isi..masa untuk exercise. Kemudian sambung dengan mengemas kandang Orange. Tengahari...masak..Hah...sapa kenal saya pasti tahu...saya tak suka masak. Tapi today rasa nak masak. Saya masak pasta goreng. Resepi. Main hentam jerk..Jangan tanya rasa...mesti sedap *perasan*

Selepas maghrib, kami semua bersiap-siap untuk ke tapak funfair. Ingatkan, nak bawak Ananna tengok lampu dan gerenti dia takut nak main permainan kat funfair tuh. Fuh...sangkaan meleset. Dia paksa nak naik semua permainan yang ada kat situ. Oi..kopak ler macam ni. Dah lah nampak macam bahaya jerk permainan tu semua.

Dalam kata tidak tu..dapat juga Ananna naik merry go round (mommy yang menggeletar takut, Ananna rilek je), naik train & naik entah apa yang pusing2 tuh.

Gambar? Emh..banyak yang tak jadik.


Friday, May 1, 2009

Wknd - family.

26/4/2009 - masa untuk keluarga. Minum petang..beli tudung (lagi?) & ambil gambar...



Ni baru habis make up..Tu tengah tayang muka depan cermin.



Ni pun sama..tengah perasan lawa.!


Ananna tengah kusyuk nak mamam..

Fuh...ini memang lazat. Lupa kejap pasal diet.

Siap mimpi2 nak makan benda ni...nyumm..nyumm.

Ok..dah kenyang..masa untuk main! Budak kepala botak tu suka sgt kacau daun.

Perut dah kenyang..hati dah puas dapat main kat playground..sekarang masa untuk pulang..macam mana pun Ananna tak pernah pulang dengan tangan kosong...tak percaya? Tgk gambar bawah...