Tuesday, February 24, 2009

Saya yang super busy.

Serious..saya penat.

Jumaat ini kami akan ada training di Awana Genting selama 3 hari. Hari yang pertama saya adalah MC the majlis dan saya sendiri akan jadi trainer. Eh..1st time tau jadi trainer. Macam sangat tidak berkeyakinan sahaja.

Slides presentation untuk training 99% hampir siap. Slides background untuk MC baru hanya 10% siap. Lagu selingan baru ada 50%. Skrip?? 0%.

Aduh..saya cuma punya 2 hari sahaja untuk berperang dengan segala. Ini yang kata "The Raising Spirit" dan saya tidak akan mengalah.

Oh..hari pertama nanti our big boss Mr CEO akan turut serta. Saya sangat gelabah sekarang..uhukk..uhuk..

Doakan saya tidak "blank" ya jumaat ini..

**Tajuk training saya.."Honda Philosophy..Our Fundamental Beliefs"**

Sunday, February 15, 2009

Loss 13 kgs in 6 weeks. Yeehaa!

Hijrah tahun baru saya tentunya mahu mengacilkan badan saya yang membesar bagai belon yang comel lagi menawan. Ha...sepanjang tahun lepas, berat badan saya membelon hingga 10kg. Eh ni dah tulis pada blog yang lepas kan..hehehe *malu*.

Ok..Ini rahsia saya. Mula-mula, saya buang tabiat suka makan nasi lemak, roti telur, teh tarik, air berkarbonat, air manis-manis & air kopi. Mula-mula tu memang tersangat lah susahnya. Siap menggigil-gigil menahan segala dugaan dan Alhamdulillah, saya berjaya.

Tidak lah saya tidak makan langsung. Saya masih lagi makan nasi lemak tetapi hanya sekadar rasa-rasa. Bukan hingga melantak. Setiap tengahari saya tetap juga makan nasi tetapi dalam kurang 10 sudu. Yang lainnya saya makan lebih kan sayur dan lauk. Daging adalah Big No No dalam rancangan diet saya. Minum air dengan cukup. Lagi baik minum saja air suam setiap hari. 0 kalorie ok?

Saya juga makan/minum bahan tenusu yang rendah lemak, apple hijau dan pear, roti perang, yogurt (oh yummy), soya..etc..etc. Saya pastikan untuk makan 6 kali sehari tetapi jumlah yang sedikit. Bagus juga untuk mengurangkan penyakit gastrik saya. Malam, saya pastikan tiada penglibatan sebarang nasi dan gula dalam diet makan malam.

Oh..boleh juga buat "meal plan" dan kira berapa kalorie yang telah kita gunakan dengan singgah ke laman web www.cekodok.com.

Ingat ya..mahu hilangkan 1 pound of fat kena bakar 3500 kalorie.

Exercise adalah aktiviti yang tersangat penting untuk mencapai cita-cita anda. Saya menggunakan basikal statik dan menggunakan beberapa teknik supaya pembakaran kalorie saya lebih cepat dalam 30 minit. Salah satu teknik yang saya guna pakai terdapat di dalam artikel majalah Shape bulan Febuary. Pergi berlari beli sekarang! Saya memastikan kalorie yang di bakar ketika berbasikal tidak kurang dari 300 kalorie.

Bagi mengelak kan kebosanan ketika berbasikal, saya akan menonton DVD atau mengayuh sambil mendengar lagu Britney Spears dari MP4 jenama Honda (Saya makan,tido,minum,baju,jam, mp4,kereta pon jenama Honda.

Peringatan, exercise mesti di lakukan setiap hari atau 6x seminggu. 30 minit exercise setiap hari adalah lebih baik dari 70 minit exercise 3x seminggu. Jadi saya jarang ponteng.

Sata tidaklah hari-hari berkayuh basikal, saya selang selikan pelbagai aktiviti yang seronok. Contohnya, aerobik, dancing dan berlari menaiki dan turun tangga rumah. Dancing dan aerobik selalunya saya ada teman. Siapa lagi kalau bukan Adrianna Khaleda saya yang comel itu.

Untuk perut...saya ikut exercise ini.



Ok..selamat mencuba!


**Ananna pon dah pandai buat sit up. Yeah..one, two, three**

Sunday, February 8, 2009

The Power of Dreams - Believe in your dreams.!


Honda The Power of Dreams from micheledauria on Vimeo.

Kita bebas untuk bermimpi dan percaya kan mimpi hebat kita. Dengan mimpi hebat lah kita akan cuba dan mesti menjadikan mimpi hebat kita sebagai satu kenyataan!

Untuk mencapai kejayaan, tidak mengapa untuk kita gagal.

"Success is 99 percent failure."

"Success represents the 1% of your work which results from the 99% that is called failure."

**Saya ada banyak mimpi hebat. Salah satunya ialah kita mesti hapuskan Be End di PRU akan datang.**

Thursday, February 5, 2009

ROMPAK!!

Perkembangan politik yang amat memualkan..kata saya.

Kata Ku Li " Memalukan"

Tokoh lama Umno, Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan perkembangan krisis peralihan kuasa kepada BN di Perak kini sebagai "babak-babak yang memalukan."

Menulis di blog peribadinya awal malam ini, ahli parlimen Gua Musang berkata hanya ada dua cara untuk menguji sokongan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat itu - pillihanraya negeri atau usul tidak percaya di Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Menjatuhkan dan menaikkan sesuatu kerajaan dengan cara-cara lain adalah bertentangan dengan Perlembagaan, menghakis kedaulatan undang-undang dan membawa risiko membentuk sebuah kerajaan yang tidak sah," katanya.


Kata TM " Lompat melompat", " Kalau dah panas di bawah tu depa nak melompat lah"

Faham maksudnya?? Ini saya selitkan tulisan TM dalam blognya..Cerita penuh sila klik link Che Det di sebelah.

7. Presiden UMNO berkata UMNO sedia untuk menerima siapa sahaja untuk menjadi ahli. Ini memanglah dasar parti. Tetapi kedua-dua ahli yang ingin keluar dari PKR ini mempunyai masalah. Mereka dituduh terlibat dengan rasuah seks.

8. Apakah UMNO begitu terdesak sehingga tidak dapat tunggu keputusan mahkamah berkenaan tuduhan terhadap mereka sebelum menerima mereka? Jika diterima sekarang dan kemudian mereka didapati tidak bersalah maka Kerajaan pimpinan UMNO (lebih kurang) akan dituduh mempengaruhi mahkamah. Benar tidak benar bukan soalnya. Pada pandangan masyarakat tuduhan ini tetap akan dipercayai. Ia akan punyai kesan dalam PRU13.

9. UMNO sudah dianggap bergelumang dengan rasuah, selalu mungkir janji, mengutamakan kroni Perdana Menteri di Terengganu. Jika kepada semua ini ditambah pula dengan penerimaan orang yang dituduh melakukan rasuah seks, imej UMNO akan jadi lebih buruk.

10. Dato Abdullah Presiden UMNO, fikir dahulu sebelum beria-ia nak terima orang yang seperti ini.


Di bawah pula tulisan Tuan Guru di Harakah daily. Betul kan apa yang ditulis nya itu?

Raja dan demokrasi
Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
Thu | Feb 05, 09 | 6:21:48 pm MYT

1.Menteri Besar dalam sesebuah negeri adalah mewakili rakyat dalam sesebuah negeri untuk disembah kepada Raja. Orang lain, walau PM sekalipun adalah orang luar. Kalau tidak begitu maka akan timbul bermacam-macam krisis dan huru hara. Ini termasuklah siri-siri jenayah dan pencolekan seperti yang berlaku ke atas Menteri Besar Terengganu, Daud Samad dan beberapa Wakil Rakyat di Negeri Kelantan di tahun 1960an.
Iklan




2.Status Institusi Raja akan terjejas di mata rakyat kalau Raja mendengar dan akur menerima nasihat (advise) dari orang lain.Di zaman Tun Dr. Mahathir, Institusi Raja terjejas teruk dan jangan-jangan ia terjejas lagi di kali ini. Ucapan saya ketika di Parlimen di masa itu antara lain berbunyi: "Orang politik akan menjadi Raja/Presiden di masa hadapan. Puncanya kerana peribadi sebahagian Raja-Raja itu sendiri."

3.Sistem Beraja tidak menjadi semakin bertambah. Hendaklah diingati benar-benar bahawa sistem Beraja semakin hari semakin berkurangan. Bertambah tidak. Dunia boleh saksikan sendiri bagaimana Raja Nepal di Katmandu, Sultan Hussein di Singapura, Hamingkubuwono di Indonesia, Sultan Kudrat di Filipina, Al-Malik Farouk di Mesir, Shah Iran di Iran, Maharaja China di Negeri China, Maharaja Yaman di Yaman, Iraq, India dan seluruh Benua Eropah. Kini, mereka hanya tinggal sejarah.

4.Jadi, Institusi Raja di Malaysia perlu berhati-hati benar.

5.Saya sayangkan Institusi Raja kerana saya tahu bahawa rakyat hormatkan Rajanya. Saya sendiri dapat merasakannya kerana saya sendiri juga daripada keturunan Raja Jembal. Selain daripada menghormati saya dari aspek-aspek yang lain khususnya dari hal agama, mereka hormat saya kerana saya juga datang dari keturunan ini.

6.Tegasnya semua pihak perlu berhati-hati dalam menangani krisis yang cuba dicetuskan oleh pihak-pihak yang berkepentingan di luar dari Negeri Perak.Ingatlah, Allah Maha Berkuasa diatas segala sesuatu dan Allah tidak akan berpihak kepada pihak yang berbuat kezaliman.

Sebaliknya, Allah akan menurunkan bantuan kepada mereka yang dikhianati dan mereka yang ditindas. Firman Allah S.W.T. bermaksud :

"Maka orang-orang yang zalim itu dimusnahkan sampai ke akar-akarnya. Segala Puji Bagi Allah Tuhan semesta Alam." (Surah Al An�aam: Ayat 45)../wann _


Akhir sekali kata Anwar Ibrahim "Politik ugut mengugut" dan "silap mata ini permainan siapa"

Jawab saya untuk Datuk Seri, "Alah, macam tak tahu siapa."

Buat Baginda Sultan Perak, kembalikan kuasa rakyat.!! Jangan biarkan hak rakyat di rompak. Fikir lah dengan wajar dan saksama.

Pesanan untuk Perompak, "apasal takut nak pilihanraya?? Takut kalah lagi ke?"

Yang pasti rakyat majoritinya tidak berpuas hati dan akibatnya akan dapat di rasakan tidak lama lagi. Bukan kah kami punya kuasa untuk memilih pemimpin kami??

Ahem..ahem..kalau macam ini punya pening lah situasi politik kita, apa kata lantik SAYA je lah jadi Perdana Menteri. Janji pada semua, saya tak akan main rompak dan letup.

Tuesday, February 3, 2009

Tum tum tam bunyi mercun.

Ok..Saya faham. Ini musim raya tetapi saya tidak faham kenapa mesti beraya dengan mercun hingga ke awal pagi. Membinggitkan ok.

Kalau nak bakar mercun pun agak-agaklah. Contoh..after Isya' hingga 12:00am kah. Ini tidak....?? Faham atau tidak, ramai orang perlu kerja. Kami ada anak-anak kecil untuk tidur. Ada budak-budak sekolah yang terganggu tidurnya.

Kalau nak raya sangat pun jangan lah melampau.!

*Kepala pusing*

Monday, February 2, 2009

Over!

Uwaghhhh! Honeymoon bercuti selama 10 hari sudah over!

Hari ini..bermula lah perang seperti biasa. Saya baru sahaja sneak peak email..wah..berlumba-lumba customer complaint. Ok lah..jap lagi saya balas..ok customer.

Anyway, Kejap lagi saya ada training untuk systems baru selama 3 hari..Harapnya tidak mengantuk sepanjang training.

Dadada dulu...