Saturday, June 27, 2009

Minggu yang sibuk, penuh tensi dan abah sakit.

Dear all,

Hampir seminggu saya tidak menjenguk blog. Terlalu banyak perkara yang berlaku sepanjang minggu dan saya sendiri bagai putus nafas untuk menghadapinya.

1. Honey sakit.

Honey semakin sakit. Tidak cukup tidur dan bekerja tanpa henti. Saya risau..sangat risau sebenarnya. Saya mahu Honey sihat dan tidak sakit-sakit. Setiap kali dia menahan sakit, saya juga sakit. Ye lah dia kan soulmate saya. Pasti apabila cubit peha sebelah kanan, peha sebelah kiri pun ikut terasa sakit.

2. Abah sakit.

Abah turut sakit. Batuk kuat hingga sakit dada dan hampir kehilangan nafas membuatkan adik saya hilang akal. Abah di masukkan ke hospital, pada malam rabu lepas. Ini membuatkan saya sepanjang malam tidak boleh tidur kerana terlalu risaukan keadaan abah.

Esoknya, saya tidak peduli dengan kerja berlambak dan training session bersama dealers, saya berkejar ke hospital untuk menjenguk abah. Lega apabila melihat abah tidak seteruk yang di sangka. Saya menahan air mata. Ego konon. Tidak mahu menangis di depan abah. Tidak mahu dia risau.

Tadi, saya baru sahaja lepas menjenguk abah di hospital. Sudah boleh gelak ketawa dan ada hati pula mahu makan nasi beriyani King dan teh tarik. Emh..hello abah..sakit kencing manis tu tak nak jaga ke?

Hati saya lega...boleh tidur dengan lena malam ini..Ya Allah..panjangkan lah umur abah.

3. Tensi..tensi.

Yeap..sangat tensi dengan kerja saya yang berlambak-lambak. Terasa bagai mahu meletup-letup kepala dan hati saya. Bermula dengan survey..kemudian customer complain case..campaign July nanti (saya ada sesi training dengan dealers)..Tech challenge..oh..lagi..baanyak lagi. Tidak tertulis di blog ini.

Semalam, saya ke Muar untuk sesi CEO Genba. Emh..bagus juga tengok management genba. Baru tahu keadaan sebenar di luar sana. Mana boleh hanya lepak di office kan?

4. Bag.

Saya mahu beli bag......!

5. Business.

Saya sedang sibuk survey untuk business. Masih lagi berfikir-fikir..tiada kata putus. Problem terbesar..modal! (Mak..oh..mak..tolong!...ekeke). Perlu ada analisis mendalam ok..

Ok..saya letih sekarang. Will update lagi nanti. Esok saya mahu menjenguk abah, beli tudung, tengok Mr Selangor (ekeke) dan appointment dengan Gee.

Emh..apa lagi..ok..serius letih. Chow dulu...

*Alhamdulillah, jika benar MJ is a muslim..Al Fatihah untuk MJ*

Honda - The Power of Dreams - Roadshow!

Yoooo...

Jangan lepaskan peluang untuk sama-sama merasakan kehebatan HONDA. Jika anda tidak dapat untuk ke showroom, jangan risau kerana bakal kereta HONDA anda akan datang ke tempat anda.

Di mana?

3,4 & 5 Jul - East Cost Mall Kuantan.
10,11 & 12 Jul - Open Car Park next to Celcom building, Temerloh.
17,18 & 19 Jul - Kinta City Shopping Centre, Ipoh.
23,14 & 25 Jul - Landmark Central Shopping Mall.
31 Jul, 1 & 2 Aug - Leaning Tower, Teluk Intan.
7,8 & 9 Aug - Taiping Central, Taiping.
14,15 & 16 Aug - AEON Bukit Tinggi, Klang.

So? Jangan lepaskan peluang. Tempah sekarang dan bergaya balik kampung beraya bersama HONDA - The Power of Dreams.

**Ada promotion baru bulan July nanti..tapi tak boleh announce sekarang. Tunggu isnin nanti**

Edward Vs Buffy.

Hahaha..lawak gila..So enjoy!


Thursday, June 18, 2009

Bertuahnya saya punya Adrianna Khaleda Iznil...

Salam semua..



Artikel menarik yang saya jumpa. Moralnya..jangan megeluh jika jadi perempuan atau ada anak perempuan kerana hadiah Allah sudah menjanjikan sesuatu yang lebih hebat di "sana" nanti. Jaga dan didiklah anak-anak, saudara perempuan dan isteri anda supaya tidak tersasar dari ajaran Islam. insyaAllah.




Masih ingat lagi tentang masyarakat Jahiliyah yang kita belajar satu ketika dahulu? Dalam masyarakat Jahiliyah, memperoleh anak perempuan merupakan satu musibah kepada keluarga tersebut. Apa tidaknya, pada waktu itu anak perempuan dianggap hanya mendatangkan sial dan memalukan keluarga. Lantaran itu, ramai ibu bapa yang merasa terhina dengan anugerah ini, bahkan sehingga ada yang sanggup membunuh dan menanam hidup-hidup demi menjaga maruah keluarga.

Malangnya, pemikiran orang-orang zaman sekarang pun masih sama seperti mereka di zaman Jahiliyah dahulu. Pernah saya mendengar perbualan seorang bapa bertanyakan jantina bayi yang baru dilahirkan oleh isterinya di wad bersalin. Setelah dimaklumkan nurse bertugas yang si bapa dikurniakan bayi perempuan, saya terdengar nada suaranya sedikit mengeluh, "Oh.. perempuan lagi..."

Saya yang mendengar, sedikit terkilan, seolah-olah si bapa kecewa dengan anugerah Allah SWT.Saya juga pernah menonton video kelahiran seorang bayi perempuan yang rupa parasnya menyerupai ular. Kononnya ibu yang melahirkan bayi tersebut amat-amat berkehendakkan bayi lelaki kerana telah memiliki 2-3 orang anak perempuan sebelum kelahiran anak yang ini. Semasa membuat pemeriksaan kandungan, doktor telah memaklumkan yang si ibu mengandungkan bayi perempuan dan berita itu sangat mengecewakannya. Bila rakan-rakan bertanya jantina bayi yang dikandung, si ibu terus menjawab yang dia sedang mengandungkan anak ular. Subhanallah! Bila tiba saat kelahiran, memang si ibu telah melahirkan seorang bayi perempuan yang menyerupai ular. Saya kurrang pasti kesahihan berita ini, tetapi menurut video yang ditonton, peristiwa ini terjadi di negara Timur Tengah.

Pada zaman ini, menjaga anak perempuan terutamanya pada peringkat usia remaja merupakan satu cabaran yang besar buat ibu bapa. Banyak gejala negatif yang melanda kehidupan anak gadis masa kini, menjadikan kita semakin bimbang dengan keselamatan diri mereka. Apakah benar kehadiran dan kurniaan ini menjadi bebanan pada ibu bapa? Atau cabaran kepada ibu dan bapanya?Satu ketika dahulu, kita sukar melihat anak-anak gadis berjalan-jalan di pekan kecil atau pun di kota besar.

Saya masih ingat, ayah sering menemani ke mana saja saya pergi, boleh dikatakan ayahlah 'body guard' dan ayah jugalah 'chauffeur' ke mana saja saya pergi. Memang agak sukar kita terserempak remaja perempuan berpimpinan tangan di bandar-bandar, di pusat membeli belah atau di mana sahaja. Kini, yang bertudung tanpa segan silu mempersendakan tuntutan agama sekali gus mempersendakan perintah Allah Taala.. Yang tidaak bertudung pula, sama sahaja… tiada yang kurang dan tiada yang lebih. Berani lakukan apa sahaja demi mengikut jiwa remajanya.

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, "Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah SWT akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka."Seorang lelaki bertanya, "Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?"Sabda baginda, "Juga untuk dua anak perempuan."Seorang lelaki berkata, "atau untuk seorang wahai Rasulullah?"Rasulullah SAW menjawab, "Juga untuk seorang." (Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga." (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Daripada Aisyah r.a., dari Rasulullah SAW baginda telah bersabda yang maksudnya, "Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka." (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)Sesungguhnya perempuan atau wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mereka.

Daripada hadis-hadis di atas, dapat kita pelajari bahawa kedua ibu bapa wajib memberi perhatian terhadap anak-anak perempuan lantaran anak-anak perempuan merupakan aset penting yang menentukan sama ada ibu bapa mereka layak memasuki syurga atau terhumban ke dalam neraka disebabkan oleh mereka.Rasulullah SAW pernah bersabda dalam hadis baginda yang bermaksud, "Takutlah kamu kepada Allah SWT dalam perkara-perkara yang berhubung dengan kaum wanita." Ini bermaksud bahawa setiap ibu bapa dan yang bergelar suami hendaklah sentiasa mengawasi anak-anak perempuan dan isteri mereka agar sentiasa berpegang teguh dengan agama dan mematuhi perintah Allah SWT.Pernahkah anda mendengar, kata orang tua, ‘menjaga lembu sekandang adalah lebih mudah daripada menjaga anak perempuan seorang’?

Kemungkinan ini ada benarnya apakala kita melihat ramai ibu bapa yang menjaga anak-anak mereka dengan hanya memberi tempat tinggal, makan dan minum semata-mata seperti menjaga dan memelihara binatang ternakan yang hanya bertujuan menggemukkan sahaja. Sedangkan pendidikan agama tidak diberi penekanan yang sepatutnya. Contohnya dalam perkara aurat dan pergaulan hingga akhirnya ramai perempuan atau wanita yang menjadi bahan fitnah dan terdedah dengan berbagai keburukan yang mencemarkan nama baik keluarga dan agama.

Sesungguhnya anak-anak yang diajar dengan didikan agama yang baik akan memberi faedah kepada ibubapanya semasa hidup dan selepas mati bahkan secara logiknya tiada ibubapa yang inginkan anak-anak mereka menjadi beban dan membawa kecelakaan kepada mereka di dunia apalagi di akhirat kelak.Alangkah beruntungnya ibu bapa yang mempunyai anak perempuan, lalu mereka mendidik dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Mendidik anak perempuan sememangnya mencabar, tetapi cabaran yang besar itu jika dilakukan dengan kesungguhan serta tabah menghadapi kerenah mereka, Allah Taala dan Rasul-Nya telah menjanjikan balasan yang amat besar.Nah! Masih tidak berbangga memiliki anak-anak perempuan?

Renung-renungkan!
.
__,_._,___

Saturday, June 13, 2009

Kerana mu seulas...

Apa yang seulas?

Ya..kerana seulas durian...saya pitam...saya terus demam...sekarang selsema (ok yang ini mungkin kerana jerebu).

Saya janji...tak mau lagi sentuh durian...not ever!!

Tapi..emh..emh..durian tu sedap..emh..!

Tuesday, June 9, 2009

Update wknd saya? Oh ye ke?

Hehehe..



Ok..sorry..saya gelak dulu. Tak ada apa..macam kelakar pula mahu update tentang diri saya. Malu ah..ekeke.



6/6/2009



Honey bercadang untuk ke PD. Walaupun rasa malas tapi ikut kan je lar. Lagi pun Nurul (anak saudara) ada di Rawang. Bawa je lah jalan-jalan. dia tidak pernah ke PD. Apa salahnya. Bukan selalu. Paling over excited sudah tentulah si Ananna. Tak habis-habis mulut menyebut mahu mandi laut.



Jalan dari Nilai ke PD, jam yang boleh tahan. Cuti sekolah lah katakan. Masing-masing mahu membawa keluarga untuk bercuti. Kali ini kami tidak ke Pantai Teluk Kemang tetapi berkelah di Pantai Saujana. Oh wow! I tell you..pantai dia not bad..not bad. Cantik lah. Bersih dan putih.



Puas hati betul berenang di laut. Sekarang ni dah gian mandi laut. Best sangat.!



Balik dari PD, kami singgah ke Tesco Shah Alam. Actually, friday pon dah lunch and shopping tudung kat situ tapi di sebabkan tidak puas hati punya pasal. Tak kisah penat, asalkan dapat tudung idaman hati baru tidur boleh lena.

Sampai sahaja di rumah masing-masing keletihan but as "suri" mana ada waktu rehat. Macam-macam business yang tidak pernah habis perlu di lakukan. Menjelang lebih dari tengah malam baru lah si "suri" dapat merehatkan badan.

7/6/2009

Malasnya nak bangun...letih semalam tidak hilang lagi. Tugas sebagai "suri" bermula kembali. Setelah selesai segala tugas, barulah saya punya masa untuk diri sendiri. Saya melakukan Pilates selama 1 1/2 jam tanpa gangguan si buah hati. Huh...pilates ni nampak aje senang tetapi sudah cuba baru tahu. Merembes ni ha peluh satu badan.!

Tengahari, kami ke Seksyen 3 kedai uncle mamak. Saya rindu roti Nan uncle mamak ni..ekeke. Kemudiannya, kami singgah ke Plaza Masalam dengan cadangan membeli T-shirt berlengan panjang sehelai dua. Malangnya, satu pun saya tidak berkenan.

Melangkah keluar dari Plaza Masalam dengan tangan kosong memang membuatkan hati saya tidak senang. Destinasi seterusnya, Giant Kota Damansara. Jauh kan? Sanggup pergi ke sana kerana ada J.Co dan nak makan ice-cream Yogurt. Nyummm. Sedap sangat, i tell you and paling penting 100% zero fat.

Adakah kamu fikir ahad saya hanya akan berakhir di sini? Oh tidak. Ingat ya, saya masih belum lagi "beli-beli".

Destinasi seterusnya..Amcorp Mall, my fav shopping mall. Kenapa? Duit saya pasti banyak habis apabila kami singgah ke Amcorp Mall. Aktiviti "beli-beli" pun bermula......

Saya sempat (seh..guna perkataan sempat konon) "beli-beli" mag fitness dan shape, beli satu set polish kereta & satu set of Twillight Saga (ok..sebenarnya balance of 3 from Twillight Saga.). Ananna sempat rembat buku color dan pensil color. Saya keluar dengan hati puas!

Kemudiannya, kami singgah lagi ke Tesco Shah Alam. Kali ini kami terus ke tingkat atas untuk "menziarah" outlet menjual water filter. Tidak mahu fikir panjang..kami bersetuju membeli water filter satu set. Satu di luar dan satu lagi di bahagian dalam. Emh..habis juga ribu raban tetapi memikirkan air yang kita minum sekarang ini sentiasa tidak jernih dan berbau rasanya ini adalah pelaburan yang mesti.

Oh..Ahad saya tidak habis lagi. Kami meneruskan perjalanan untuk berjumpa Atuk dan Nenek Ananna yang sedang berniaga di Tanjung Harapan, Port Klang. Makan burger free dan borak-borak untuk update aktiviti anak, menantu dan cucu kesayangan.!

11:00 malam baru lah kami menjejak kami kembali kaki ke rumah kesayangan kami. Wah..muka Orange sudah menjadi seperti "Vampire". Bengang satu hari kerana terkurung di dalam kandang. Ah..kerja sebagai "suri" bermula kembali.....

1:00pm..barulah saya berjaya melelapkan mata dan berehat. Esok....kerja tetapi boleh memandu dengan senag hati kerana budak sekolah masih bercuti..yupppie..

**Saya masih sempat menghabiskan novel kitab cinta Yusoh dan Zulaikha selama dua hari. Sekarang saya kembali tenggelam di dalam dunia Bella dan Edward**

Monday, June 8, 2009

Linkin Park + Transformers ..Super Hot!

Awwww...my fav group buat lagu baru untuk Transformers - Revenge of the Fallen. Best! Best! Sgt best.. Oh..tak sabar nak tunggu The Revenge!

The Song...



The Trailer..cari sendiri kat Youtube...hehehe..sorry.

Friday, June 5, 2009

Grrr...New Moon..oh..New Moon!

Ok..ini yang paling baru New Moon Trailer. Have fun and can't wait nak tgk movie ni..



Thursday, June 4, 2009

Bonus!

Sengih...

Senyum sampai ke telinga...

Gembira macam rasa nak terbang...

Malam ni kita berenti mimpi Edward Cullen ye..

Malam ni kita "Power of Dreams"!

Mesti hebat!

Wednesday, June 3, 2009

Latest news "khas" untuk Hidney...Limited Edition Honda Jazz..

Tunggguu..hold your breath.

Ok..Honda Malaysia currently offering limited edition Honda Jazz type S (Type V is the higher spec) with modulo kit. Color yang available cuma Cerulean Blue Metallic dan 100 unit sahaja oke. Dah kata ni limited edition. Cun oi..!

Price?? sama macam current price = RM104,800. Kira modulo kit tu FOC lar..

Ok..cepat cepat beli sebelum terlambat!

**Entri kali ini sesuai sekali untuk Mr H. Wahid yang tiada kereta sejak February..ekeke**