Thursday, July 28, 2011

Go Tigers! Go Tigers!

Wah semangat ok! Jom bagi semangat kat Harimau Malaya...Kita Aummmm....Auuuuummmm  malam ni...

Owh...Kalau auuummmm....auummmm pun jangan lupa solat maghrib ye...dah balik tu jangan lupa solat Isya'....Apa2 pon SOLAT fist baru lah AUMMMMM!



Good Luck Malaysia.

Thursday, July 21, 2011

Saya risau dengan van/bas sekolah dan sewaktu dengannya.

Salam Jumaat semua...sedar tak sedar kita semakin menghampiri Ramadhan. 10 hari sahaja lagi....cepat benar masa berlalu.

Ok...posting kali ini bukan mahu bercerita tentang Ramadhan. InsyaAllah, posting lain kali ye. Ilmu tidak cukup lagi ni.....huhuhu.

Posting kali ini saya mahu bercerita perihal van/bas sekolah dan sewaktu dengannya. Kami memang tidak percaya sangat dengan van/bas sekolah ni. Depan mata kami nampak pemandu van/bas sekolah membawa secara laju. Tingkap terbuka habis separuh badan budak keluar dari tingkap. Bila menurunkan pelajar-pelajar, belum sempat keluar van/bas dah jalan dulu.

Aih..

Setiap pagi saya akan menghantar Ananna ke Taska kerana sekolah tadikanya hanya akan buka pada pukul 7:30am ke atas. Memanglah wajib transit. Katanya, ada transportation dari taska ke tadika. Bila di tanya transportation yang bagaimana?? Katanya, ada cikgu akan hantar budak-budak ni dari taska ke tadika menggunakan kereta. Feesnya RM10 (gila dekat ok...lebih kurang 200m aje,. Baliknya pulak ada van akan hantar dari tadika ke taska dan feesnya RM13).

Kami tidaklah berkira sangat pasal duit tapi kami BERKIRA bila memikirkan keselamatan anak kami.! Baru sebentar tadi Ananna bercerita yang dia naik motor dengan cikgu Rose. Naik Motor???!!! ok...Naik motor???!!!....Owwwwhhhh..berasap mendengarnya. Naik motor tanpa helmet. Kalau budak-budak jatuh & cedera bagaimana??? Siapa yang mahu bertanggungjawab???

Eee.....dah...dah...esok saya sudah menugaskan Honey untuk mendapatkan clarification. Kasihan Ananna...niat dia bukan mahu mengadu. Tapi sekadar berkongsi cerita yang dia naik motor pergi tadika..".best  Mommy", kata Ananna. Sekarang Ananna menjadi serba salah. Takut cikgu marah dia balik pulak...aih...aih...

Kenapa saya macam takut gila...meh saya kongsi cerita pasal van/bas sekolah di Harian Metro hari ini...

SAKIT...keadaan mangsa yang cedera parah.

IPOH: “Tolong wan, adik sakit..., tolong adik...,” jerit kanak-kanak berusia tiga tahun kepada neneknya selepas diseret sejauh hampir 100 meter oleh van dinaikinya menyebabkan kulit kepalanya terkoyak sehingga menampakkan tempurung kepala, pagi kelmarin.
Kejadian kira-kira jam 11.30 pagi di Bandar Baru Putra, Bercham di sini, turut mengakibatkan Muhammad Haziq Aqasha Muhamad Sazali, cedera di perut dan tangan kirinya. Mangsa diseret di depan neneknya, Timah Sukaimi, 70, yang sedang menunggu di pintu untuk menyambut kepulangan cucunya taska.

Menurut Timah, ketika kejadian dia mahu membuka pagar sebelum dikejutkan dengan jeritan Muhammad Haziq. “Saya sangka adik (nama timangan mangsa) diculik kerana dia tidak kelihatan di tepi jalan selepas van dinaikinya bergerak pergi. “Jeritannya bertambah nyaring menyebabkan saya panik dan seperti orang tidak siuman mencarinya sekitar kawasan rumah,” katanya ketika ditemui di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, semalam.

Warga emas yang uzur dan berjalan menggunakan tongkat itu hampir pengsan selepas dimaklumkan jiran yang turut terdengar jeritan itu bahawa cucunya diseret van.

Kejadian dipercayai berlaku apabila beg galas dibawa mangsa tersangkut pada pintu van ketika menutupnya dan pemandu van yang menyangka mangsa sudah turun, memecut kenderaannya.

Tindakan pemandu van itu menyebabkan Muhammad Haziq terseret sejauh hampir 100 meter di bahagian bawah kenderaan dalam keadaan terbaring.


Mujur tindakan berani seorang wanita yang juga jiran keluarga mangsa melangkah ke tengah jalan untuk memberhentikan van itu berjaya menyelamatkan Muhammad Haziq daripada maut.

Pemandu van, seorang lelaki berusia 50-an mendakwa tidak mendengar jeritan mangsa ketika ditanya jiran wanita itu.
Jiran itu kemudian meminta orang ramai mengangkat mangsa yang meraung kesakitan ke dalam van sebelum dihantar ke Klinik Kesihatan Tanjung Rambutan. Bapa mangsa, Muhamad Sazali Yahaya, 30, anggota Batalion 1 Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta berkata, jirannya itu memaklumkan kejadian berkenaan kepadanya.

“Dia terlebih dulu memberitahu kejadian itu kepada ibu saya (Timah) sebelum menghubungi saya yang ketika itu berada di Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK) bagi menghantar makanan kepada isteri yang bertugas sebagai jururawat di sana.

“Saya bersama isteri bergegas ke klinik berkenaan dan luluh hati kami melihat keadaan anak yang meraung kesakitan. Saya cuba tabahkan diri untuk menenangkan perasaan, tetapi gagal,” katanya sebak.

Muhamad Sazali berkata, dia bertambah sayu selepas Muhammad Haziq meminta dia dan isteri berhenti menangis.

“Haziq pintar biarpun baru berusia tiga tahun lima bulan. Dalam keadaan sakit dia masih sempat menasihatkan saya dan isteri supaya jangan menangis kerana dia tidak mahu mati lagi,” katanya.

Berikutan kecederaan parah dialaminya, Muhammad Haziq dimasukkan ke bahagian kecemasan HRPB sebelum menjalani pembedahan.

Muhamad Sazali berkata, menurut doktor, anaknya mungkin mengalami kecacatan kekal pada dua jari tangan kirinya selepas urat saraf di bahagian itu hancur dan putus.

Pembedahan awal yang dilakukan ialah untuk mengambil cebisan kulit paha bagi ditampal pada perutnya.

Muhamad Sazali tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemandu van terbabit, namun tumpuannya kini ialah terhadap anaknya yang bakal menjalani satu lagi pembedahan plastik bagi menutup tempurung kepala.


Saturday, July 16, 2011

Bakal Sekolah Ananna tahun hadapan.

Salam Nifsu Sya'ban...

Pada mulanya kami bercadang mahu menghantar Ananna ke Sekolah Masjid Darul Ehsan di Subang Jaya berdekatan dengan Subang Parade. Kemudiannya, kami bertukar fikiran apabila saya mengandung adik Ananna. Jadi banyak perkara WAJIB di fikirkan.

Sekali lagi kami mencari. Mencari sekolah yang kami mampu dan punya pusat jagaan transit dan bayi berdekatan. Alhamdulillah, the search is over. Hari ini kami menetapkan keputusan kami.

Tahun hadapan Ananna akan ke sekolah Integrated Islamic School Shah Alam dan campusnya akan berada di Seksyen 19, Shah Alam. Sekolah ini di dalam kawasan perumahan dan bersebelahan dengan Masjid. Di mana, masjid ini akan di gunakan anak-anak sekolah Menengah untuk pembelajaran tahfiz.Pada tahun 2014, pula sekolah rendahnya akan punya campus baru di Seksyen 7 dan campus Seksyen 19 akan kekal sebagai sekolah menengah.

Ada juga yang yang bertanya....kenapa sekolah ini? Kami banyak duit ke? Sekolah GOV tak bagus ke?

Jawabnya, kami ini macam orang lain juga. Makan gaji. Mencari rezeki dengan halal dan tidak sampai meminta-minta. Duit gaji cukuplah untuk cover hutang piutang yang tinggi dan perbelanjaan harian yang makin meningkat (Barang Naik aje tak reti nak turun...huhuhu). Kata jika mahu bermewah itu harap maaflah. Kami bukan begitu. Emas intan berlian platinum yang harganya jangankan juta-juta ringgit, yang harga ribu ringgit pun tiada di badan saya. Tetapi kami tiada lah sampai merempat. Kami sentiasa berpijak di bumi yang nyata. Jika tidak berduit kenapa mahu bermewah??

Bukan sekolah itu tidak bagus tetapi sekolah GOV kurang nilai Islamnya. Memang benar ada pelajaran agama Islam tetapi cuma 40 minit? setiap hari? Hanya basic sahaja yang di ajar. yang lain-lain itu "sendiri mau ingat". Ye...kalau di Selangor ada ditempatkan sekolah agama tetapi bagi saya masih tidak cukup. Lagi pun saya risau. Sekolah harian biasa akan bermula pada pukul 7:30 dan habis pada tengah hari dan sekolah agama pula hanya bermula pada pukul 2:30pm?? dan habis pada pukul 6:00pm?? Saya memikirkan transit Ananna di antara sekolah biasa dan sekolah agama.. Habis sekolah, Ananna terpaksa pula bergelumang dengan homework dan kemudiannya di sebelah malam ada pula sesi mengaji. Bilanya masa untuk Mommy Daddy & anak-anak session??

Jadi solutionnya = Integrated Islamic School Shah Alam. Jika mahu lebih lanjut tentang sekolah ini sila layari ISSA. Pagi tadi kami di beri penerangan secara menyeluruh tentang sekolah membuatkan kami bertambah yakin sekolah ini adalah sekolah yang tepat untuk Ananna. Sekolah ini mediumnya English dan masih mengikut   korikulum kebangsaaan.

Ye sekolah ini merupakan sekolah private dan jarak dengan rumah....mak aih..bayangkan kemungkinan saya akan memulakan journey seawal 6:15 pagi kerana saya harus singgah Shah Alam dan kemudiannya bergegas pula untuk mengharung jam di Petaling Jaya...Owh....kena tambah adik Ananna lagi. Mujur juga ada nursery yang berdekatan.

Bila memikirkan masalah logistic terus saya.........."Boss, I nak pindah Bukit Jelutong" (our new warehouse)..wink wink kat boss...huhuhu.

Bertambah pula Honey bekerja shift dan kebanyakan masa saya akan sendirian menghandle semua ini. Tidak boleh bersungut. Alhamdulillah. Honey pun bukan sentiasa tiada. Ada ketikanya, bila jatuh dia off day 4 hari weekdays saya tidak lah bersusah payah. Ada masa pula dia bekerja malam weekdays, anak-anak boleh balik cepat dan tidak perlulah menunggu hingga ke pukul 7:00 malam.

Sebagai parent, kami perlu berkorban.Bukan setakat berkorban wang ringgit, masa tidur, masa untuk berlibur, shopping dan bla..bla...Segala-galanya kami berkorban. Kerana anak-anak itu amanah dari Allah. Tugas kami menjaga amanah ini. Doa kami semoga anak-nak kami menjadi seorang anak yang solehah, tinggi ilmu agam dan dunianya, akhlak yang tinggi dan menjadi kebanggan Islam. Biarlah anak-anak saya kalau ditakdirkan menjadi pemimpin, mereka menjadi pemimpin yang memperjuangkan Islam dan bukan berjuang kerana sesatu bangsa. Kerana Islam itu adalah untuk semua tanpa mengira bangsa dan warna kulit. Islam itu sendiri syumul. InsyaAllah.

Kalau boleh, selain mantap English dan bahasa melayunya saya juga mahu melihat Ananna mantap Arabicnya. Bukankah bahasa Arab itu bahasa Al-Quran. Kemudiannya, mungkin saya mahu menambah satu lagi bahasa untuk dikuasai...mungkin Japaneese?? Boleh lah Mommy join class together2 dengan Ananna.

Akhir kata, sekali lagi anak itu Amanah & seeking knowledge is a JIHAD.!

Friday, July 15, 2011

Anytime is a TEA time.











We all ada gaya tak jadik model untuk Bharat tea.?? huhahaha. Untuk pengengetahuan semua, Ananna tidak suka minum air tea. So, masa bergambar ni..we all berlakon minum tea. I of course lah bercawan2 minum....oooooo sedap tau minum air tea panas-panas kat tanah tinggi ni. Ananna pulak...cawannya sebenar kosong...no tea...pandai kan berlakon...tehehe.

Tuesday, July 12, 2011

The truth.

Salam...

Dalam banyak video bersih, rasanya ini lah yang paling menyentuh hati saya.

Tidak terkata...

Buat Government - dengarlah CETUSAN HATI RAKYATMU.

Wednesday, July 6, 2011

Freedom - Maher Zain.

Salam...

Hayati lah.....dan fahamilah.






Gathered here with my family
…My neighbours and my friends
Standing firm together against oppression holding hands
It doesn’t matter where you’re from
Or if you’re young, old, women or man
We’re here for the same reason; we want to take back our land
Oh God thank you
For giving us the strength to hold on
And now we’re here together

Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We’re calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you’re here with us
No more being prisoners in our homes
No more being afraid to talk
Our dream is just to be free, just to be free
Now when we’ve taking our first step
Towards a life of complete freedom
We can see our dream getting closer and closer, we’re almost there
Oh God thank you
For giving us the strength to hold on
And now we’re here together

Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We’re calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you’re here with us
I can feel the pride in the air
And it makes me strong to see everyone
Standing together holding hands in unity
Shouting out load demanding their right for freedom
This is it and we’re not backing of
Oh God we know you hear our call
And we’re calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We’re calling for freedom, calling for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you’re here with us

Tuesday, July 5, 2011

Sembang-sembang Azura Iznil.

Ha..tetiba nak menyembang. Pasal apa?? Pasal isu terhot masa kini lah apa lagi?? Nak cerita pasal TRANSFORMERS ke? Ek...dak..dak...kita cerita pasal BERSIH, bola dan TOUR DE FRANCE lah...nak?

Sure boring kan? Tak ape. Tak halang kalau tak mahu baca.

Tetapi saya ada banyak soalan sebenarnya dok berlegar legar di dalam kepala otak ni. Kalau anda bijak tolong lah jawab ye.?

1. Kenapa lah GOV tidak mahu membalas tentang 8 usul yang di kemukakan oleh BERSIH. ?

2. Kenapa orang tertentu dok bantai pengerusi BERSIH? Sebab dia India? Penyokong kuat IFC? Macam mana boleh jadi wujudnya IFC? Salah siapa? Siapa yang gubal undang-undang? Atau salah PEMIMPIN islam sendiri kerana takut mahu menggunakan undang-undang ISLAM??

3. Kenapa bila bercerita tentang BERSIH, PATRIOT dan sewaktu dengannya sibuk bercerita tentang :
     - "kita patut bersyukur dengan GOV...etc..etc"
     - "Anak korang tak ada masa depan kalau sokong pakatan haram"
     - "Ini Tanah Melayu. Bangsa Melayu patut jadi pemerintah"
     - " BERSIH cuma nak bergaduh dan huru hara sesama melayu"

dan sebagainya.

Erk...kita memang bersyukur...tetapi salahkan kalau rakyat Malaysia menyuarakan rasa tidak puas hati di dalam sesetengah perkara? Kalau kita bangkang sikit aje sudah jadi PEMBANGKANG?? Macam tu? Ish..ish...PEMIMPIN yang baik adalah pemimpin yang MENDENGAR.

Anak-anak kita tidak ada masa depan kalau sokong PEMBANGKANG? Mana tahu ni? Masa depan anak-anak saya bukan terletak pada tangan kamu dan kamu. Kalau kita tidak berubah mungkin lebih teruk lagi nasib anak-anak kita di masa depan. Kan? Sesiapa yang berani cakap macam ni depan saya I promise you...I hunt you sampai lubang cacing. Berani ek! Menghina anak yang saya kandung 9 bulan.

Tanah Melayu?? Tanah Melayu dah lama tak wujud. Dah lama bertukar jadi MALAYSIA. Sedih tak? I sedih you...Mujur ada KTM. Tapi tanah KTM kat Singapura pun sudah tergadai...Uwaaaa!

BERSIH ni penyokongnya semua MELAYU ke? Eh...cuba tengok elok-elok. Rasanya-rasanya macam ni baru boleh panggil 1MALAYSIA...kan? Yang menentang saya tengok semuanya MELAYU.....PERKASA..PATRIOT...PEMUDA UMNO...lagi? MIC dan MCA mana? Tak ada suara pun? Sokong bersih gak ke? Macam rasa pelik tak sebab tak dengar langsung suara mereka ni kan?

Emh..apa lagi..tu lah kot masa ni...

Tapi saya suka lah bila Yang Di Pertuan Agong mula step in. Saya tidak fikir dia sebelah mana-mana pihak. Dia berlaku adil untuk kedua-dua pihak..BINCANG elok-elok...kata YDPA.

Buat GOV...moh le kita bincang elok-elok. Saya suka color kuning sebab color kuning tu jersey pasukan PERAK. Pasukan SELANGOR pun pakai jersey MERAH KUNING (wow!). Kalau Selangor VS Perak saya tetap gak sokong Selangor walau duduk kat penyokong Perak. Bila Perak gol saya lompat sama-sama..tapi bila Selangor gol saya lompat sorang-sorang......tak ada sesiapa berani nak tegur...sebab sebelah saya ada JERUNG RAKSASA...(my honey le tu)

Owh..TOUR DE FRANCE 2011 pun dah start. Dia orang pun guna color kuning as theme color...ye tak?

Check this out : http://www.letour.fr/2011/TDF/COURSE/us/le_parcours.html hari ni dah stage yang ke 4? Agak-agak you all siapa yang akan pegang yellow jersey this year??



Orang lain ajar anak nama pemain-pemain bola EPL lah kan..tapi Ananna di ajar nama-nama cyclist ..hebat tak? Owh...jersey bola honey color biru dan bernombor 73 dengan nama LIVESTRONG!

Sebelum saya menutup kisah sembag-sembang kali ni...jom baca link ni.... http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/bersih-2.0-winners-and-losers/

Gud nite and mwuah....

P/S : Saya menulis sebagai rakyat Malaysia. Harap maklum.

Sunday, July 3, 2011

What will you do without FREEDOM??

Ni bukan cerita kumpulan Freedom. Korang masih ingat lagi ke? Famaous gak group ni dulu.

Tetapi ini cerita tentang William Wallace dan his famous speech di dalam Braveheart. Salah satu filem kegemaran saya. Tengok berkali-kali pun tidak bosan. Bila tengok filem ini, semangat terus naik. Menentang kezaliman tahap loya dan menegakkan keadilan dan kebebasan demi masa depan yang lebih gemilang.

Nah..ini ucapan famoaus itu dan juga klip.

You've come to fight as free men, and free men you are.
What will you do without freedom? Will you fight?!"
"Fight against that, no, we will run, and we will live." (ni ada orang lain menyampuk William Wallace.)

 "Aye, fight and you may die, run and you'll live, for at least a while. And dying in your beds, many years from now, would you be willing to trade all the days from this day to that, for one chance, just one chance, to come back here and tell our enemies, that  they may take our lives, but they'll never take our FREEDOM"

Rasa semangat tak??

Kalau you all rasa nak tengok klip ni search lah kat Youtube dan type William Wallace freedom speech.

Ok..gud nite all...Mwuah..!

Saturday, July 2, 2011

Perkembangan baby dalam rahim Ibu. MasyaAllah.


Secara tiba-tiba mengalirnya airmata apabila mengenangkan anak dara saya dan kini anak yang berada di dalam kandungan. Semoga anak-anak saya akan berjaya di dalam hidup dunia dan akhirat. Semoga juga mereka berdua akan menjadi seorang pejuang menegakkan Islam.