Saturday, December 26, 2009

Beerrraattnyaaa!

Sekarang ni memang tak larat betol nak mendokong Ananna. Beerraattt oiii!.

Masalahnya, dia banyak alasan untuk mintak dokong. Kejap-kejap cakap nak jadik macam baby (siap-siap buat suara baby). Kejap-kajap pulak buat gaya ala ala nak tido. Boleh tak..bila tgh jalan dia buat kepala tersenggok-senggok. Tak pon dia kata kaki sakit...tetiba ok.

Kalau Daddy ada ok lagi lar..boleh main ganti-ganti. Kalau mommy sorang2..how? Fuh..menggigil tangan.

Tapi......

Benda-benda macam ni kejap aje. Tak lama lagi bila dah besar, dia sendiri tak nak mintak dokong. Masa tuh saya gerenti..kami akan merindui saat dia buat perangai2 nak mintak dokong. Sedih ok.

Entah lah...saya sayu bila memikirkan yang ananna sudah besar dan akan besar lagi. Bukan setakat bila besar dah tak mahu dokong..nnti dia sendiri mintak tak mau lagi tidur ketiak mommy..tak mahu lagi kena peluk dan cium...........

ok..dah..dah..saya dah sedih!

3 comments:

  1. i paham sangat. uhuk uhuk. Sekarang bau cemana pun dia merengek2 nak ketiak kita. Dah besar nanti kalau dia bagi deodorant siapla..hahahaha
    Sorry u. u tengah sedih. I merapik2 pulak. Insya Allah, sampai Ananna dah besar pun..dia tetap ananna yg manja ngan u. Cuma dia x minta dokong dahla kot. :)

    ReplyDelete
  2. Hahaha...ketiak kita ler terbest sekali ye tak? U..bukan ler apa sgt..tapi tu lar..macam rasa nak perlahan kan aje masa ni..macam tak puas tetiba dah besar aje anak kita kan? huhuhu.

    ReplyDelete