Sunday, July 29, 2012

hapdet

salam..

Camne dengan Ramadhan..?

Sejak ada anak kecil ni...memang sedikit payah nak berterawih. Solat maghrib pon kadang2 lintang pukang. Sbb time maghriblah Icha tunjuk hebat....menahan sabar aje.

Hapdet pasal Icha...Icha sudah 8 bulan. Masih tak boleh duduk dengan sendiri. Tetapi dah pandai meluncur dan merangkak. Laju pulak tu.. Kejap aje dah merata dia.

Makan pulak kuat. Mesti 3 kali. Masih tak mahu makan nasi. Masih makan buah-buahan dan cereal. Suka sangat minum air suam. Masih breastfeeding lagi walaupon susu mommy x meriah.

Icha dah pandai pegang botol sendiri. Panggil Mommy..Ami..Ami. Panggil Daddy..dadada. Panggil kakak Nanna ...kakakak. Agaknyalah Icha dah pandai kot...ke perasaan Mommy aje...kikiki.



Kakak Nanna pula................Mommy n Daddy macam nak menangis. Nanna puasa penuh setiap hari kecuali puasa pertama. Dia kalah dengan pisang..huhuhu. Dia makan pisang lagi 45 min nak berbuka...! Owh..lagi satu dia tahu tanpa solat tapi berpuasa adalah satu perbuatan sia2. So far, solatnya penuh including subuh. Kecuali waktu dia tengah penyek..dan tertido...Kadang2 sampai menangis kalau terlepas solat. Mommy dan daddy selalu doakan yang elok2 untuk anak2.

Mommy?? Sebelum puasa dah x sihat. Berpanjangan sampai puasa. Mungkin terlalu letih...Jadi Mommy ambik keputusan cuti2 hari dan sambung ke wknd..Baru rasa sefar...dan bertambah besar cita2 nak jadi Stay at home mommy...semoga tercapai le cita2.

Daddy....sakit2...macam biasa. But dia tetap juga sanggup hantar dan ambil Mommy from keje sbb Mommy sangat ngantok pagi2. Bukan senang ada baby kecik ni...

Emh..what else..? Rasanya tu aje kot...

Selamat berpuasa semua..

Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan.

Assalamualaikum wahai readers budiman,

Alhamdulillah. Ramadhan sudah sampai.

Alhamdulillah kita bersua sekali lagi dengan bulan penuh barakah ini.

Apa persiapan kita menyambut Ramadhan?

Sudah bersedia kah kita fizikal & mental dengan Ramadhan.?

Mampukah kita menahan segala nafsu?

Sudahkah kita bersedia dengan susu kambing dan kurma??

(Sesiapa yang mahu membeli susu kambing dan jus kurma jenama Hiraq, boleh lah hubungi saya di azura_adrianna@yahoo.com.my)

Sempena bulan Ramadhan ini, saya sekeluarga ingin meminta maaf jika ada salah silap selama ini. Kami juga berdoa semoga Ramadhan kami & kalian semua dapat sesempurna yang mungkin. Ambillah peluang keemasan di bulan Ramadhan ini untuk berubah sebab Syaitan semua tiada. Syaitan kena jel. Kalau kita buat jahat juga maknanya kitalah Syaitan sebenar..............tssskkkkkk.

Apa-apa pun, puasa dulu jangan sibuk nak raya ye.......

 

Pssssstttt....Puteri comel kami Cik Adrianna Khaleda Iznil akan genap 7 tahun pada 3rd Ramadhan ini. Be good girl sayang. Jadi anak solehah. Jadilah seorang tahfizah & jadilah seorang anak yang penuh ilmu dunia & akhirat. Amin.

Mommy & Daddy selalu doakan yang baik-baik untuk Ananna. I love you...youuuu...yooouuuu..*bunyi bergema ye*

Sunday, July 1, 2012

Penantian itu satu penyeksaan!

Ooooohhh....manakah Doctor K-Pop ni...............lamanya tunggu...............Konsert tak habis lagi ke Doctor.....................?

Hoh...........pesakit dah buat muka BEAST dan macam biasa I tetap maintain CUN....kehkehkeh..

*Kejadian sewaktu menunggu Doctor di DEMC........hospitak family kita orang*