Saturday, August 28, 2010

Orange.

Bukan..bukan. Ini bukan cerita pasal pasukan Orange itu. Tetapi ini cerita tentang….

*

*

*

*

Jom intoduce you all dengan new family member of The Iznil’s.

DSC03767

DSC03769

DSC03773

DSC03778

DSC03771 

DSC03763

Ini ialah Orange Jnr. Baru berumur dalam lingkungan 4 bulan. Lasak ya amat. Main macam tak hengat!.Panjat sana…panjat sini. Lari sana..lari sini. Lompat sana..lompat sini. Suka mandi dan suka kena blow dengan hair dryer. Lepas mandi mesti tido kat hammock dia. Suka mengamuk bila kita kurung dalam kandang.Bila mengamuk habis semua tangga-tangga kat dalam kandang berterabur dan mulalah tak mahu kambus “hasil pembuangan”.  Habis bersepah dalam kandang. Geram betul!

Tapi bila kita bagi dia keluar…fuh…”hasil pembuangan” semua cantik terkambus.

Ni dah dekat nak raya, kena plan baik-baik. Tengah cari tempat boarding untuk Orange. Kalau balik Ipoh pon tak mau tinggal2kan Orange lama-lama. Sian baby sorang ni.

Orange  Jnr bukan pengganti The Original Orange. Tiada kucing dalam dunia boleh menggantikan Orange (the original). Orange (the original) tetap no 1. Orange tetap di hati. Terlalu banyak kenangan manis dan pahit dan lawak ketika bersama Orange (The Original). Orange (the Original) pun sudah pergi meninggal kan kami genap setahun yang lepas.

Kubur Orange (The Original) sekarang sudah ada bunga..bunga color purple lagi…Oh..kucing samseng nasik lemak (musuh ketat Orange) pon dah meninggal dunia. Sebelum kucing samseng nasik lemak menghembuskan nafas terakhir, sempat juga dia buat visit kat kubur Orange. Sure Orange dalam kubur meronta-ronta nak keluar dan belasah kucing nasik lemak tu…erk??

Honey pon ada pantun khas untuk Orange..nak tahu apa?

“Tu larr Yenge (Orange),

sapa suruh hang tak hati-hati,

Kan dah mati!”

Kami tahu…Orange (The Original) tahu..kami sayangkan dia. Dia menghembuskan nafas terakhir pun di tangan saya. Dia puas bersama kami selama 8 tahun.

 

wawa n orange

Oh..that’s my Orange yang Original. I miss him so much. We miss him so much.!

Sunday, August 22, 2010

Adrianna Khaleda Iznil – 3rd Ramadhan

Salam,

3 Ramadhan, 5 tahun yang lepas, Adrianna Khaleda Iznil lahir ke dunia. Kami menanti kedatangan si Anak Dara selama 5 tahun dan dia lah buah hati pengarang jantung kami. Dia lah penyeri hidup kami. Doa kami, semoga Anak Dara menjadi anak yang solehah dan muslimah yang cemerlang. Doa yang baik-baik sahaja untuk Anak Dara.

*

*

*

*

Malam 3 Ramadhan..

Mommy baru sahaja selesai menunaikan solat terawih.

Anannna : Mommy..mommy..ini Khaleda. (Sambil tangan menunjuk ke arah dada)

Mommy  : Bukan Ananna lagi ter?

Ananna  : Khhhhaaaaaalleeeeeeddddaaa lar Mommy.

Mommy : Ok..ok..Khaleda ye. So, today is Khaleda’s birthday..sayang nak apa?

Ananna : Kek Ben10!

 

Wah…wah.! Dari tahun lepas ok mintak Kek Ben10.

 

 

SONY DSC

Muka bangun tidur pada 4th Ramadhan dan hari ke 4 anak dara bangun sahur dan berpuasa 1/2 hari. Oh..kami tidak amalkan amalan upah. Lagi pun Ananna eh Khaleda, masih tidak tahu perkataan upah..fuh lega!.

Dia juga tidak mahu dipanggil Khaleda tapi kembali kepada Ananna.

 

DSC03739 DSC03740   SONY DSC 

DSC03741

5th Ramadhan, Ananna berbuka puasa di McDonald Klang Sentral. Sebenarnya, waktu ini kami baru pulang dari rumah Mak & Abah untuk berbuka puasa.

 

SONY DSC

Ini Atuk dan Nenek.

DSC03743

DSC03748

Daddy!

Oh..Sepanjang Ramadhan, Ananna rajin juga bersahur dan berlatih berpuasa 1/2 hari. Alhamdulillah! Harapnya, tahun hadapan boleh berpuasa penuh ye Ananna?

 

SONY DSC SONY DSC

 SONY DSC SONY DSC

 

Ini muka semalam. Juga muka baru bangun tidur dan muka budak tidak berpuasa! Pagi-pagi dah mengadu perut dia sudah kecik. Oh! Peruk kecik maksudnya dia lapar. Perut besar maksudnya dia sudah kenyang! Get it?

 

*

*

*

*

Next update ….

DSC03763 Orange Jnr!

 

& jika mahu membeli abaya sila klik di sini

Wednesday, August 11, 2010

Anak dara berpuasa.

Salam,

Adrianna Khaleda Iznil, belajar berpuasa hari ni. Wah! Wah!

Harap-harap anak dara dapat bertahan hingga ke petang..wah! tinggi benar cita-cita mommy.

Ok..nanti kita hapdet perkembangan terbaru ye?

*
*
*
*
Hapdet "Mari Beli Abaya"..Alhamdulillah..walaupon saya busy melayan kerenah Customer-customer satu Malaysia (office), order untuk "Mari Beli Abaya", masuk juga. Tak banyak..tapi Alhamdulillah. "Mari Beli Abaya" kan masih muda lagi. Usia baru seminggu..

Kalau korang terbaca posting ni, sila lar add "Mari beli Abaya" kat facebook. Harga jangan takut..jauh lebih murah dari kedai lar. Cantik ke tak cantik pakai Abaya ni?? Cantik ya amat you...Tak percaya..cuba order. Memang ukuran nya besar, tapi kainnya jatuh terletak cantik dan paling penting menutup aurat. Jangan risau kalau pakai Abaya ni panas..sebab tak panas sebenarnya..Kat neraka tu ha lagi panas...ops! But seriously babe, tak panas.

Nanti-nanti, saya posting gambar "cun" saya pakai Abaya ye. Haip..! jangan kata saya perasan pula...tak baik tau!..hahaha. Fine..saya memang perasan!

*
*
*
*
Akhir sekali, Selamat menjalani ibadat di bulan Ramadhan. Kalau berbuka puasa di hotel-hotel tu pastikan hotel telah dapat sijil halal dari Jakim. Jangan termakan benda yang "halal" tapi sebenarnya "haram". Apa jadi dengan puasa kita.??

Halal dan haram ni soal hukum. Kalau kita sibuk-sibuk nak swastakan sijil hahal serupa lah macam kita nak swastakan polis..atau kastam. Ha...tgk apa jadi nanti. Sanggup kah?

Lagi satu, kalau menerima jemputan berbuka tu, harap-haraplah jangan di tinggal kan pula solat maghrib, Isya' dan Terawihnya. Jangan pula seronok-seronok berbuka di luar, lepas tu pi dangdut...Ish..ish..ish!

Ok..lar..mak nenek sungguh saya..

Selamat berpuasa again dan jangan lupa beli "Mari beli Abaya"..tehehehe

Wednesday, August 4, 2010

Mari beli Abaya…..

Salam….

Sila pilih-pilih. Semua cantik-cantik dan menarik pasti hati sangat puas. Semua Abaya original from Dubai. Boleh hubungi saya lebih lanjut di azura_adrianna@yahoo.com.my

Harga bermula dari RM130..murah kan? Oh harga yang di sebut tidak lagi termasuk postage. Jika mahu free postage juga boleh di atur asalkan mahu meet up tempat yang di tetapkan.

Kesemua Abaya ini masih status Pre Order. Saya akan menutup order Pre Booking pada 9/8/2010. Jadi, apa tunggu lagi. Jom lar shopping! Dan..kesemua abaya disertakan dengan shawl sedondon. Jimat! tak payah susah-susah nak carik matching tudung.

Bagaimana untuk order ke apa ke..rasanya sama macam blog-blog yang lain. Sertakan nama, code abaya, berapa pc nak order dan Add juga no HP. Setiap booking mesti ada deposit 1/2 dari harga barang. Bank detail akan diberi once order is confirm.

 

faiza

Abaya Faiza – Material dari chiffon. Closed front.
Price : RM130

 Hayati

Abaya Hayati – Material dari High quality crepe material, flowy and heavy. Exclusive flower designs, studded with stones.

Price : RM240

kameela half kameela

Abaya Kameela. – yabg ini sangat berbaloi. Saya suka.

Price : RM220

 

 Lisha full

Lisha close

Abaya Lisha : Crepe material (lexus), opened-front, overlapped.

Price : RM180

 

 Safeeya

Abaya Safeeya – material dari crepe (internet). Abaya ni ala-ala baby-Doll..Ananna suka baju ni.
RM250

 

sakeenah

stripey abaya – simple aje kan?

Price : RM130

 

surayya5 edit

Abaya Suraya.

Abaya ni lar tersimple kot. Yang ini tak ada shawl.Lengan dia terbentuk macam belon….
Price : RM130

 

sizing guide

Size guide semua abaya. Harap maklum ye..Abaya bukan ikut body tetapi ikut tinggi. Kalau sesiapa yang punya ketinggian seperti saya, kenalah beli size L.

 

Sekarang bagaimana?? Jom beli!

Tuesday, August 3, 2010

If kat sekolah ada subject shopping sure Ananna dapat A++

Salam,

 

Menggigil kaki bila shopping dengan Ananna..Eh..tak..tak bukan kaki yang menggigil kepenatan tapi ni ha..tangan saya menggigil mengeluarkan note-note ringgit atau kad hutang berwarna gold semata melayan “subject” shopping Ananna.

P310710_15.27

Mamam-mamam yummy di Plaza Shah Alam.

 

Hasil pembelian Ananna di Shah Alam :

1. CD Genius Aulad. Serius..worth it betul pembelian CD ni. Ananna senang saje nak sing a long. Bila saya ikut nyanyi dia siap nasihat “Mommy..ni lagu budak-budak. Biar budak aje yang nyanyi”. Ha…hambek! Yang kelakarnya ada satu lagu tu tajuknya Wudhu’..tapi Ananna tersilap dengar dia ingat bodoh. Terus kata…”Eh! tak baik tau cakap bodoh nanti Allah marah!”.

Bagus Ananna! Mommy sangat proud!. Btw, saya terpaksa menerangkan dia Wudhu’ itu apa kerana selama ini yang dia tahu ialah mengambil air sembahyang.

2. Pin-pin rambut color biru dan satu sepit riben merah color pink. Masa membeli dia siap cakap “Ini macam Minnie Mouse”. Sila lihat gambar di bawah. Kannnn…? Minnie Ananna!

P310710_16.40

 

Kemudiannya, shopping di Bukit Raja Klang dan hasilnya :

1. Cermin mata hitam jenama Barbie yang bingkainya berwarna pink. Sangat seperti Paris Hilton. Harap tidak ikut perangai seperti dia..!!

2.Sandal juga berwarna pink yang punya tumit 1/2 inci siap-siap ada bunyik. Cute habis. Eeeee..saya ni sedikit anti kasut bertumit tapi anak saya berminat pulak..huhuhu. Ni semua pengaruh kawan Ananna bernama Tasha..”Nak kasut macam Tasha”, katanya.

P310710_17.26

Nah..tu dia sepit reben, cermin mata, bag dan sandal pink. Ok lar Ananna..suka sangat pakai pink senang kita nak dapat diskaun kat BR setiap rabu.

 

Bila saya mahu shopping (untuk barang Abah-Abah dan emak-emak), muka mula nampak lain macam. Pura-pura buat mengantuk. Kaki tak boleh jalan. Nak balik lah bagai. Grrrrr! Bila kita “suap” dia dengan kata-kata manis, “Sabar lah Ananna. Lepas beli barang untuk Atuk, Nenek & Opah, kita beli pulak baju Ananna..ye..ye”. Muka terus jadi macam mentol. Bersemangat semula. Siap tolong-tolong pilihkan. Bila jurujual tanya “Ye kak, boleh saya bantu?”. Tidak sempat saya menjawab Ananna sudah bantu “Mahu beli barang untuk orang tua lah!”. Oh my…anak dara!

 

Sudah selesai misi shopping..Ananna mula menuntut “Dah ter Mommy??? Jom kita beli baju Nanna”. Wah!…

 

Ok..lah. Mommy belikan dia sepasang baju dari Poney yang 50% less. Siap singgah ke Anggerik Avenue kerana Ananna mahu bertudung seperti Mommy. Malangnya, tak ada warna pink. Tapi tudung budak memang cantik. Ananna bertudung lebih cute dari biasa. Di sebabkan tiada warna pink..selamat poket Mommy untuk kali ini…huhuhu.

 

Emh..Ananna pakai aje lah selendang-selendang Mommy yang berlambak-lambak tuh. Nak bagi siapa? Bagi kat Anak Dara lah jawabnya!

Monday, August 2, 2010

“Apa guna membaca Al-Quran jika tidak tahu maknanya”

Tersebut kisah seorang datuk dan cucunya tinggal di tepi sungai. Mereka adalah beragama Islam. Setiap pagi datuknya membaca al-Quran dengan suaranya yang merdu mengalunkan ayat-ayat indah Al-Quran dan menyuruhnya cucunya mengaji Al-Quran..


Didesak rasa ingin tahu,si cucu bertanya, “Mengapa Datuk selalu membaca Al-Quran? Menjadi rutin, setiap pagi?” Menurut si cucu, sukar untuk memahami kandungan ayat-ayat Al-Quran tersebut,walaupun setelah membaca terjemahannya. “Mengapa memaksakan diri membaca sesuatu yang tidak kita mengerti?”


Mendengar pertanyaan tersebut, si datuk terdiam. Dia tidak menjawab sebaliknya si datuk menyuruh cucunya mengambil air di sungai berdekatan rumah mereka menggunakan bakul bekas arang. Bakul tersebut hitam legam maklumlah bekas tempat arang.
Walaupun tidak faham dan tidak berpuas hati kerana datuknya tidak menjawab soalannya tadi, si cucu mengikut apa yang disuruh oleh datuknya iaitu mengambil air di sungai menggunakan bakul. Tetapi setiap kali air diceduk menggunakan bakul biasalah air akan keluar dari lubang bakul yang diperbuat dari rotan tersebut.


Si cucu memberitahukan hal tersebut kepada datuknya, mustahil untuk mengambil air menggunakan bakul rotan tersebut. Tetapi datuknya menyuruhnya mencuba lagi. Dengan patuh, sang cucu kembali ke sungai dan menceduk air dengan bakul tersebut. Dapat diceduk tetapi air dengan cepat keluar balik. Cucu tersebut berfikir,si cucu memutuskan untuk berlari sambil membawa bakul berisi air tersebut. Mungkin saja setibanya di rumah masih ada air yang tersisa di bakulnya.


Namun begitu bakul tersebut tinggal kosong ketika si cucu sampai rumahnya. Airnya sudah keluar sepanjang perjalanannya. Tidak menerima kegagalan, sang datuk tetap menyuruh si cucu untuk kembali ke sungai dan mengambil air dengan bakul rotan tersebut.


Berkali-kali cucunya berlari dari sungai menuju rumahnya sambil membawa bakul berisi air tersebut. Dia cuba berlari dengan lebih laju, namun hasilnya tetap sama: air sungai tersebut tak pernah sampai ke rumahnya, ke hadapan datuknya. Termengah-mengah,si cucu akhirnya berkata pada datuknya bahawa benar-benar mustahil mengambil air dengan bakul rotan tersebut.
Mendengar pernyataan cucunya, datuknya tersenyum. Ia mengajak cucunya duduk dekat. Lalu berkata,”Begitulah cucuku. Maaf membuatmu penat. Memang tidak ada air yang sampai kesini. Tapi lihatlah, adakah perubahan yang dapat kau lihat pada bakul tersebut?”


Si cucu memperhatikan bakul yang dibawanya tadi untuk pertama kali. Benarlah, ia memang tidak menyedari sebelumnya karena terlalu memikirkan cara bagaimana membawa air dengan bakul tersebut, tapi bakul yang tadinya hitam legam kerana arang tersebut sekarang sudah bersih, berwarna asli seperti rotan asalnya.


“Seperti itulah membaca Al-Quran,” ucap si datuk. “Mungkin masa ini kita belum faham ertinya, belum mengerti pengajarannya. Tapi tanpa kita sedari, ayat-ayat yang selalu kita lantunkan tersebut membuat hati kita bersih dari noda-noda kehidupan, dari buruknya sifat-sifat makhluk fana yang mungkin bersemayam dalam hati kita. Amalkanlah membaca Al-Quran cucuku, sebagai alat pembersih hati.


Si cucu masih terduduk lelah dengan nafas sedikit termengah-mengah, namun ia mengangguk faham. Rasa ingin tahunya dapat jawapan yang memuaskan hatinya, ia mendapat sesuatu yang berharga hari itu.
Ya Allah bimbinglah hambaMU ini untuk selalu membaca Firman-firman-Mu setiap hari, timbulkanlah rasa rindu di hati ini untuk selalu mengkaji kitab-Mu. Aamiin.