Saturday, October 30, 2010

Kononnya… Islamic Fashion Show.

 

Saalam,

 

Ramai sudah tahu pasal ini. Saya sebenarnya TERKEJUT dan terus rasa MALU. Melebihkan rasa TERKEJUT dan MALU bila saya tahu siapa penganjurnya & siapa pula penaungnya.

(Kang aku cakap bangang karang ..marah pulak)

Serius kata…ALAHAI! Faham atau tidak apa itu fesyen di dalam islam.? Ok..lah..kalau masih tidak mahu faham2 meh baca sini

Patut tukar nama ni…kena taruk non-Islamic Fashion Show!

 

 

 

Aaaahhh..kalau macam gambar kat bawah ni baru betul Islamic fashion…kan..kan..kan?

 

Cantik!..Manis!..Ayu!..MENUTUP AURAT!

 

Ish..ish..ish..isteri sapa lah tu kan? Ekeke.

 

P130910_13.12

 

Ha..yang kat bawah ini pula, model fashion muslimah in the making.

(Maksud model muslimah – WAJIB yang menutup aurat. Tidak boleh memakai tudung tetapi bajunya singkat, jarang, ketat, pendek atau sewaktu dengannya. Tudungnya juga WAJIB menutup dada..ok?)

 

P130910_13.16

Ish..ish..ish..anak dara sape lah tu?

 

*

*

*

Info gambar :

Model dewasa : Azura Iznil

Pakaian            : Abaya Kameela

                           Sila klik maribeliabaya

                         

Model kanak-kanak : Adrianna Khaleda Iznil

Pakaian                   : Poney (sendiri punya)

Venue untuk kedua-dua model : Kedai basikal Specialized kat The Strand Kota Damansara. Ok..ok..nama penuh kedai ni tatau…tapi kedai ni satu deret dgn Ariani & Hurul Ain.

Hei…tengok..tengok…walaupun saya eh model dewasa itu menutup aurat lengkap tetapi tidak janggal pun masuk kedai basikal kan? Mana tahu satu hari nanti korang boleh lihat Model (sambil berhijab lengkap) & family berkayuh di Guthrie Hiway pagi2 buta hujung minggu!…hahaha..ok..kuat gila saya dreaming!

P/S : masa ni Daddy sedang beli KASUT RAYA!

Friday, October 29, 2010

Why ada orang jahat macam ni?

Saalam,

Risau..

Tersangat risau...

Risau..risau..risau...risau..

Sila tgk sini

Kenapa lah ada manusia sebegini kejam?? Udah lah di bunuh..lepas tu di lipat pulak mayat tu.

Kejam!!

Monday, October 25, 2010

Chaiyok chaiyok Ananna.!

Saalam,

 

Mulai esok, minggu exam untuk Ananna.

 

Schedulenya, seperti berikut :

26.10.2010 : Bahasa Melayu & Sains

27.10.2010 : Matematik & Pendidikan Seni.

28.10.2010 : English, Agama Islam/Moral.

 

Mommy & Daddy doakan Ananna kesayangan kami akan berjaya. Kami yakin Ananna boleh!

 

P190910_16.14

Grrrrr..Saya boleh lakukan!

 

P190910_16.13

Eeeeee..ngeengeengeee.!

Sunday, October 24, 2010

Redha aje lar.

Saalam,

Kena peluk, kena cium, kena penyek2 (sometimes), kena cium bau bantal busuk Cik Muda kecik…saya redha..sungguh redha  dan saya juga suka sangat sebenarnya.

 

DSC04146

 

 DSC04147 DSC04149

 DSC04150 DSC04151

 

Ahhh..puas hati!

 DSC04154

 

Xoxo,

Orange Jnr.

Friday, October 22, 2010

Wasiat Imam Shafie.

Saalam,

Sempena jumaat yang mulia selain oh..yeees dah jumaat..esok lusa cuti..!

Mari kita renung-renungkan wasiat Imam Shafie. Semoga kita makin kuat beramal dan menjadi umat yang lebih baik dari semalam.

*
*
*


Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya.




Berikut ialah kandungan wasiat tersebut: “Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.”



1: HAK KEPADA DIRI.

Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.



2: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT

Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.



3 : HAK KEPADA KUBUR

Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.



4: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR

Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.



5 : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)

Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.



6: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)

Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.



7: HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)

Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibubapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.



8: HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)

Iaitu : Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.



9: HAK KEPADA NABI SAW

Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.



10: HAK KEPADA ALLAH SWT

Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Thursday, October 21, 2010

20 rules in any office.

Saalam,

Sila renung-renungkan ye (sila baca dengan nada serius)



20 Rules in any office



1. Rule 1. - The Boss is always right.



2. Rule 2. - If the Boss is wrong, see rule 1.



3. Those who work get more work. Others get pay, perks, and promotions.



4. Ph.D. stands for "Pull Him Down". The more intelligent a person, the more hardworking a person,

the more committed a person; the more number of persons are engaged in pulling that person down.



5. If you are good, you will get all the work. If you are really good, you will get out of it.



6.. When the Bosses talk about improving productivity, they are never talking about themselves.



7. It doesn't matter what you do, it only matters what you say you've done and what you are going to do.



8. A pat on the back is only a few centimeters from a kick in the butt.



9. Don't be irreplaceable. If you can't be replaced, you can't be promoted.



10. The more crap you put up with, the more crap you are going to get.



11. If at first you don't succeed, try again. Then quit. No use being a damn fool about it...



12. When you don't know what to do, walk fast and look worried.



13.. Following the rules will not get the job done.



14. If it weren't for the last minute, nothing would get done.



15. Everything can be filed under "Miscellaneous" .



16. No matter how much you do, you never do enough.



17. You can do any amount of work provided it isn't the work you are supposed to be doing.



18. In order to get a promotion, you need not necessarily know your job.



19. In order to get a promotion, you only need to pretend that you know your job.



20. The last person that quit or was fired will be held responsible for everything that goes wrong.

Tuesday, October 19, 2010

Saya majuk dalam baldi.

Saalam,

 

My name is Adrianna Khaleda Iznil. Mari tengok apa jadi bila Daddy marah saya…

 

Ni muka Daddy tengah marah saya..sobsobsob..

Saya sedih.

Dah kena marah mestilah kena majuk (merajuk)..betol tak?

 

  DSC04166 

 

So saya majuk!

Majuk sambil baca buku dalam baldi.

DSC04162

Eh! Mommy amik gambar saya. Ok lar..senyum…ngeeeee!

DSC04163

*

*

*

*

Saya majuk tak lama. Daddy pujuk balik. Yeeeeeaaah..saya happy.

Tapi Daddy janganlah marah saya lagi…

Nah…geerrraaammm ni…

DSC04168

 

P/S : Mommy bila nak ajak Nanna shopping beli sluar ni??

Sunday, October 17, 2010

Yooh..Ananna sudah 5 tahun!

Saalam,

7 Oct 2010,2:29am, Ananna genap 5 tahun. Alhamdulillah!

Setahun yang lepas..sila rujuk here

Setahun yang lepas juga, Ananna sudah meminta kami berjanji untuk membeli ini :

 

 

Nah..gambar-gambar dari birthday party Ananna. Credit to En Kembar Honey.

Kek yang nyummy!

Pak Su (En Kembar Honey) kasik hadiah..yeah!

Phuh..phuh..tiup api, kata Ananna. Puas kita kata, “Bukan api Ananna tapi tiup lilin”. Nope, dia berkeras kata itu api..erk..logik gak kan? Kita memang tiup api, betul tak?

 

Happy!

“Erk! hadiah ni aje ter?”, tanya Ananna.

Gambar lain?

Ada. Ada..jap ek.

*

*

*

Ok, nah!

SONY DSC “Nanna! Jangan nakal!! Daddy rotan!”, pesan Daddy.

SONY DSC

Ha..gile senget muka Mommy! Mommy pon sibuk nak bagi warning..konon-konon lah.

Both ni Ananna yang jadik photographer..nyer.

DSC04228

Cik Su…birthday girl jugak. Owh..dalam family saya, Ananna berkongsi birthday dengan Cik Su dan adik lelaki saya.

DSC04236

Kembar En. Honey – Pak Su Ananna.

DSC04243

Birthday girl & me!

* * * * * *

5 tahun yang lepas, 2 Ramadhan, 6 October, seawal pagi, saya macam sudah tahu yang saya akan bersalin hari ini juga. Hati masih bersemangat untuk bekerja. Due datenya ada lagi seminggu. Ahh…tak pe lah. Lagi pun ada meeting dengan Sime Darby & Hyundai. Emh..kena lah hadir.

Hati gembira sangat datang ke pejabat. Siap buat niat mahu berpuasa tetapi dalam pukul 11:00am, perut sudah berbunyi-bunyi kelaparan.

11:30am : seorang wakil Sime Darby dan 2 orang wakil Hyundai sudah sampai dan kami pun mula lah meeting.

1:00pm : Mereka buat tour plant. Saya angkat tangan mengalah. Tidak larat babe..!

2:00pm : Alamak, kena masuk meeting balik. Buka pintu bilik meeting…yooooouuusssshhh..tu dia..air ketuban saya sudah pecah. Muka dua orang Hyundai pucat! Terus bangun dan macam gelabah. Saya angkat tangan “Ops! I think I need to go to hospital. Carry on meeting ya”. Masuk ke pejabat dengan sengih-sengih kat staff- staff. Panggil semua dan mintak lah sorang gi amik barang-barang keperluan ibu mahu bersalin di dalam kereta. Yang lain-lain tu, kena bagi pesanan-pesana terakhir..ekeke. Ye lar tu.! Padahal every morning meeting kita dok bincang cerita drama swasta Natasha..alah yang Fasha Sanda berlakon tuh.

2:30pm : Honey sampai. Saya sengih lagi sambil tunjuk perot. Siap drive lagi pergi SMC…erk..sekarang nama sudah tukar ke KPJ Selangor Specialist Hospital.

2:45pm : Nurse dah tunggu kat depan. Mintak naik wheelchair. Tapi berlagak kata “eh! saya tak sakit lah. Boleh jalan sendiri”. Nurse tarik saya mintak juga duduk dengan alasan..PROCEDURE…ok..fine..saya duduk.

3:30pm : Masuk labour room. Tak sakit pon. Masih sengih-sengih lagi. Sempat lar intai orang sebelah tengah meneran…ekeke. Sibuk aje jaga tepi kain orang tau!.

4:00pm : Mak abah sampai. Bawak air air selusoh. Apa lagi saya punya pandai pi bantai minum habis satu botol.

4:30pm : Dah makan..dah mandi. Dah ready.

6:00pm-10:00pm : Sakit yang amat sangat.! Ananna sudah tidak sabar mahu keluar.

10:00pm : Pintu masih 1cm.

1:00am   : Pintu masih 1cm dan saya sudah keletihan menahan sakit.

1:30am   : Honey mengambil keputusan tidak mahu menunggu lagi dan mengambil keputusan untuk C-section.

2:00am  : Tangan saya menggeletar untuk tandatangan surat kebenaran.

2:15/2:20am : ahhh..yesss..dah tak sakit. Doctor sedang memotong perut untuk mengeluarkan Ananna. Sempat borak-borak lagi dengan Doctor.

2:29am, 7 Oct, 3 Ramadhan  : Ananna di tarik keluar dan batuk-batuk 2 kali sebelum…uwwwwaaaaaa!

Begitulah ceritanya.

Ananna lahir dengan 3.5kg, 64cm. Tinggi ek?

*

*

*

Ananna adalah anugerah. 5 tahun kami suami isteri menunggu kedatangan Adrianna Khaleda Iznil. Dia lah buah hati pengarang jantung kami. Kami berjanji akan mendidik Ananna untuk menjadi seorang muslimah yang tetap imannya, punya ilmu dunia dan akhirat & berjasa kepada agama, bangsa & negara..(patriotik sungguh!)

 

Happy birthday Adrianna Khaleda Iznil.

&

Adik/Cik Su

 

Love,

Wawa.

Tuesday, October 12, 2010

Apa specialnya dengan 10.10.10?

Emh...

1. Ramai orang kahwin...yeah!

2. Ramai orang dapat baby baru...yeah lagi! Kalau yang islamnya, Alhamdulillah bertambah lagi umat Nabi Muhammad S.A.W. Jaga elok-elok ye. Amanah tu.

&

3. Accident di KM223 di Lebuhraya Utara Selatan. 12 orang terbunuh. Takziah & Al-Fatihah kepada yang terlibat. Saya tengok Video dan gambar-gambar kejadian dan jujurnya, sungguh menggerikan. Membuatkan saya sangat gerun untuk menaiki bas..berdekatan dengan bas..atau apa sahaja yang berkaitan dengan bas...emh..emh..maybe nak lalu kat jalan KM223 pun saya takut.

Owh..saya tidak berani mahu tepek gambar. Takut ada yang lemah semangat.

Apa-apa pun berhati-hatilah di jalan raya. Pastikan kereta anda di service mengikut jadual dan hanya guna kan genuine part sahaja. Jangan lupa untuk memakai seatbelt termasuk yang duduk belakang. Emak & Bapak, sila pastikan anak-anak anda menggunakan kerusi khas dan di ikat dengan seatbelt juga ye. Seatbelt itu wajib di pakai ..terutama kereta yang punya bag udara. Bag udara dan seatbelt dapat membantu meyelamatkan nyawa anda.!

 Dapatkan rehat secukupnya. Jangan main tarik dadah atau minum minuman haram! Minum air nescafe 3 in 1 tak pe. Pastikan anda sentiasa alert. Tapi dalam keadaan alert pon kalau dah bas express 2 tingkat melayang....errrrr...susah juga ye.

Berhati-hatilah dan jangan lupa baca doa.

Sorry ini edit. Saya lupa mahu tambah.

Patuhi had laju yang di tetapkan. Kalau 110km/hr, sila bawa 110km/hr atau kurang. Jangan mengada nak lebih-lebih. Kalau dah kata 30km/km, (selalu ada kat depan sekolah), sila lah patuhi juga..

Sunday, October 10, 2010

Birthday eve Ananna

Saalam,

 

Kesian anak dara. Sehari sebelum birthday dia demam & muntah-muntah. Lembik badan dia. Mommy terpaksa bagi semangat kuat..”Ananna..esok nak tiup kek Ben10, makan ubat ye?”. Ananna cuma mengangguk lemah..

 

SONY DSC 

Owh..tentang makan ubat..emh..emh..Mula-mula kami guna psiko lah..pujuk untuk makan ubat. Lama-lama mana tahan babe. Apa lagi……berlakulah aksi kunci kaki dan tangan. Tapi, Ananna lagi hebat dari kami berdua. Habislah, kami kena sepak dengan Ananna…Kaki dia siap masuk ke dalam mulut ni ha…eh..boleh ke? Kecoh satu kampung!

 

Susah-susah, masa dia tidur nyenyak kami berjaya sumbat ubat demam ikut bontot.

*

*

SONY DSC 

Ha..ni muka dah sihat sikit. Nampak tak bantal busyuk Ananna?? Ha…campak bantal ni kat Sungai Klang sure ikan mati. Eh..bukan Sungai Klang memang dah tak ada ikan??  Alah..sekali sekala kita dreaming lah Sungai Klang boleh jernih semula macam dulu-dulu…Jom Go Green!…

Aiyoh! tak berkait langsung dengan tajuk..Aisshh!

*

*

*

Next, kita cerita pasal ini ya?

SONY DSC

Raya dah habis tapi nak tunjuk juga kasut raya.

Nah….

 

DSC04140DSC04141 

*

*

*

Ha..yang ini pulak kasut raya Daddy.

P130910_15.08

Jangan pelik. Kasut raya Daddy sebenarnya kasut cycling.

 

Pssssttt…Saya tiada kasut raya. Percaya tak??….errrrrrr.

Thursday, October 7, 2010

Short update.

Saalam,

Anak dara genap 5 tahun hari ini....

sobsobsobsob.

Sorry! Saya hilang kata-kata.

Sedih anak dara saya sudah besar.

Gembira anak dara saya sudah besar.

Nanti kita blog lagi ye.....Mommy perlu tenang kan diri..sedang berdrama swasta ni...huhuhu!

Tuesday, October 5, 2010

Hati seorang Ibu..

Saalam,

Ntah lar..kenapa banyak sangat cerita tentang baby yang meninggal kerana tercekik susu, masuk hospital kerana tercekik bateri dan pagi ini pula kisah budak lelaki berumur 4 tahun mati dilanggar motor di hadapan ibu dan bapa. Jarak antara mereka cuma 10 meter sahaja.

Sila rujuk sini

Umur budak itu muda sikit sahaja dari Adrianna. Saya tidak dapat bayangkan perasaan hati ibu dan bapa adik arwah Shahrul Nizan Salamon. Mereka melihat sendiri anak lelaki kesayangan berlari gembira untuk pulang dan .......

Anak mereka dirempuh dan badan adik Shahrul terperosok di bawah motosikal yang melanggar. Bayangkanlah....kejadian di hadapan mata sendiri *nanges*.

Kes baby tercekik susu pula membuatkan saya terfikir, jika di takdirkan Adrianna punya adik (InsyaAllah, doakan) perlukah saya menghantar anak ke nursery?? rumah penjaga?? atau perlukah saya berhenti kerja dan menjadi suri rumahtangga sepenuh masa. Ikutkan kes akhir-akhir ini, ada baby yang meninggal di nursery, 2 kes tidak silap. 1 kes baby meninggal di bawah jagaan pengasuh dan satu kes meninggal ketika bapa tertidur.

Sekali lagi saya *nanges*. Tidak boleh bayangkan, kita mengandung selama 9 bulan dan ....emh...sedih.

Walaupun Adrianna akan mencecah 5 tahun, khamis ini (ye..anak dara dara akan tiup kek Ben10), tetapi hati saya masih risau dengan keselamatan anak. Tetapi anak dara sudah pandai mengadu..kalau cikgu marah, depan pintu sekolah lagi sudah mengadu. Siap tunjuk cikgu mana yang marah dia...hambek kau cikgu.!

Tapi ye lar..cikgu tak kan nak marah sesuka hati. Mesti bersebab ye tak? Contoh pertama, Ananna bertumbuk dengan budak lelaki. Untuk ,meleraikan mereka berdua, cikgu denda kedua mereka keluar kelas. Ye..anak dara saya bertumbuk siap bertarik rambut lagi dengan budak lelaki tu..tehehe..so proud! Eh??

Ceritanya begini, Ananna sudah banyak kali mengadu, budak ni suka pukul dia..ambil buku dia..dan macam-macam lagi lah. So, saya pun ajarlah, "Kalau Adam pukul Ananna lagi, Nanna tumbuk balik kat dia"..erk..mommy siap buat demo lagi....uhuk! So, Ananna ikut nasihat mommy...tehehe.

Contoh yang lain, Ananna kena marah sebab tidak mahu minum teh..Alahai! cikgu ni pon...anak dara memang tidak minum teh...dia minum air milo panas, vitagen color purple & air suam aje lar...grrrr.

Emh..ok lar kita cerita lagi..Bye.

Saturday, October 2, 2010

Kisah anak dara di Zoo Negara.

Saalam,

 

silarujukdisini

SONY DSC

Dek kerana buku “Love in the Zoo”, anak dara mula membodek Mommy & Daddy untuk ke Zoo. Gambar di atas di ambil 2 jam sebelum gambar-gambar di bawah..

 

SONY DSC “Yeeeepppiiiieee…Zoo….Nak tgk giraffe,lion,tiger,monkey..etc..etc.”, anak dara menjerit sambil berlari laju.

DSC04077  SONY DSC

SONY DSC

 

*

*

SONY DSC

Kuda mamam chewing gum! Tengok gigi kuda tu…karat! Euuwww!

SONY DSC SONY DSC

SONY DSC

Bobok time!

DSC04095DSC04096

Posing time… 

Tapi, bila daddy datang semua pakat-pakat cabut lari…apakah??

SONY DSC

*

*

SONY DSC SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC SONY DSC

Elephant ni dancing…mintak mamam.

SONY DSC SONY DSC

Ni time dah dapat mamam.

*

*

SONY DSC DSC04072

SONY DSC

SONY DSC

Anak dara – Diva kecik.

  SONY DSC

SONY DSC

Daddy & Ananna

SONY DSC

Wah! Mommy rasa macam debab lar…fuh! exercise..exercise..exercise!

SONY DSC

Eh..sapa lelaki hensem tu?..tehehe.

*

*

TSONY DSC SONY DSC

SONY DSCSONY DSC 

Mommy’s exericse.

Masa ni, Ananna nampak ada Untie & Uncle makan McD. Terus lupa pasal Zoo. Badan terus kaku..kaki lembik..tak boleh jalan. Sila lihat gambar di atas….tu jalan mogok namanya. Terpaksalah, Mommy menggagahkan diri mendokong anak dara..habis lemak teman!

 

SONY DSC

Muka Ananna yang happy sebab dapat pergi Zoo & makan McD. Wah!

Next posting:

Mahu tengok kasut raya kami?? tunggu…!