Saturday, October 29, 2011

Just the TWO of us...errr.coming very soon Three........!

Salam,

Orang kerja shift ni time tak tentu.....Macam hari ni...............hanya kami berdua aje..Daddy kerja....Mommy & Ananna hang out together-gether....Makan kek..minum tea (Ananna minum air suam...fav dia tu)...baca buku.....oooohhh heaven!!

Mwuah...!

Anak dara kami yang gojes..Fine..I puji anak sendiri....Why not...kan? ekeke.




That's us! Daddy jeles bila Mommy MMS gambar happy2 kat Secret Recipe....We all belikan Daddy carrot slice...Ananna kata, "Eeeeeeee....carrot slice tu rabbit aje suka makan....!". Daddy...boleh imaginekan muka Nanna macam mana bila cakap macam tu kan?....ekeke.


Ananna, cake & buku. Kadang-kadang tu rasa jaki aje bila tengok budak-budak lebih muda dari Ananna terror IT...Ananna prefer books bila membaca dari games yang kat computer tu. Dia prefer kertas, pencil & pencil warna bila melukis. Dia prefer actual puzzle dari game puzzle computer.....dia akan lari sambil tarik2 rambut kalau main puzzle dari computer sbb bengang tak boleh match kot.

Mommy pon...........sama....I prefer actual buku dari baca dari mana-mana jenis tablet. 

Ananna saje amik gambar macam ni sebab nak show off dia banyak gelang.............!

Baby....? Dia pon sama gerak kuat-kuat sebab tak sabar nak hang out gak together-gether.....heeeeeeee!

Wednesday, October 26, 2011

Ananna's birthday party...Woohoo!

Salam, 

Dah setahun Ananna mintak birthday party kat KFC. Tiap-tiap kali pergi KFC mesti dia ingatkan Mommy & Daddy pasal birthday party dia. Emh...ok gak. Sebab kalau buat kat KFC ni kira kita cuci tangan aje lah. Tak payah fikir banyak-banyak. Semua pihak KFC yang settlekan. Kita kena sediakan RMnya aje. 

Ananna dah siap-siap pesan kat Mommy dan Daddy tetamu jemputan dia meti ada :

1. Eireen.
2. Sasha.
3. Adik kepada Sasha.
4. Zarith
5. Haziq

Budak-budak ni semua adalah anak-anak kepada kawan Mommy & Daddy dan sebaya Ananna (dalam lingkungan 4-7 tahun.)

Semua jemputan rasanya happy. Budak-budak happy sebab jerit-jerit main games yang di sediakan pihak KFC. Mak bapak happy sebab seronok anak-anak happy dan bergossip sakan...hahaha..

Ok..macam biasa jom...tengok gambar-gambar. Owh....gambar I tak ade sebab macam biasa....I ler the photographer w/pon kaki dah bengkak-bengkak jalan dah kengkang & perut of cos dah besar....huhuhu.

Venue : KFC, Setia Alam
Date   : 8 Oct 2011.
Time   : 4:00pm - 6:00pm.


Ananna & Eireen - Best friend. Tetamu pertama yang hadir & antara yang terlast balik...Datang-datang aje tak ada sessi tarik nafas...terus main dan jerit-jerit. Makan pon nak dekat-dekat tapi makan siiiiiikkkkkiiiiittttt aje sebab nak sambung main! Aih...bebudak ni.


Birthday girl. Our Princess!



 Bebudak beratur siap sedia untuk bermain.

Antara tetamu. Yang hujung tu Opah & Atuk. Cap kuning tu Pak Su Ananna, kembar to Honey.

Posing dua anak dara!

 Terror menjerit....tengok!





Bersungguh tiup lilin.!



Gambar beramai-ramai dgn Chicky...

The hadiah-hadiah...

Eh...belum habis lagi......
*
*
*
*
*
Atuk, Nenek & Cik Su tak dapat hadir masa birthday party di KFC, Setia Alam. So, Atuk Nenek & Cik Su menyerbu rumah pada 6 October 2011 iaitu sehari belum actual birtday Ananna untuk celebrate. Errrr....7 Oct tu sebenarnya, Ananna berkongsi birthday dengan Cik Su & Pak Cik Mir.


 

Birthday girls....

Ok...itu aje. Perut sudah lapar...bababai!

Monday, October 24, 2011

Big Bad Wolf Sale - 2011.



Salam,

Sapa yang tak terinign nak pergi ke Big Bad Wolf Sale yang saaaaaaannngggatttttt merujakan..!

Bayangkan, buku-buku yang dijual tersangatlah murah. Tiap-tiap tahun saya akan pergi. Boyot atau tak...WAJIB pergi.! Tahun ni saya gi dengan Honey.....and hasil tangkapan :

 Buku Mommy!
Buku Ananna!

Total harga : RM100.

Sebenarnya, Honey cuma beri masa 1 jam saja untuk saya menangkap hasil tangkapan. Cuba bagi lebih sikit.....pasti hasilnya juga dah macam bukit. Eh...tapi kan, tahun lepas punya hasil tangkapan pun tak habis baca lagi......huhuhu.

Buku apa yang saya sedang baca sekarang?? The secret shopper's revenge - Kate Harrison.

Dadada..!

Sunday, October 23, 2011

Main tepi laut di Cherating.

Ok, ni cerita last pasal Cherating. Kat Cherating ni kami banyak makan keropok lekor. Sedap woo. Siap tapau bawak balik bilik hotel lagi. Malam pertama tu kami makan seafood and seriously, bila ada Mat Saleh kami yang  Mat & Minah sawo matang ni terus tak kena layan!. Hoh...tension, gi cari kedai lain. Makan seafood kat sini MAHAL. Kedai dah macam nak runtuh..tapi harga makanan kami berganda lebih mahal dari kedai Ahmad Tomyam, Jalan Kapar. Padahal kami makan sama aje....Kedai Ahmad Tomyam lagi sedap kot.

Hari terakhir cari nasi dagang. Berpusing mencari tapi tak jumpa. Hingga ke Kemamam........tak jumpa gak. Kecewa!! Waktu perjalanaan balik dari Kemamam, jumpa satu gerai kecik....kecik sangat jual nasi dagang. Rasa nasi dagang...........terangkat! Seeeeeedddddaaaaaaapppppppppp! Wah...tetiba meleleh air liur!

Sempat juga kami pusing-pusing di bandar Kuantan. Selalunya, saya akan bandingkan mana-mana bandar yang saya pergi dengan Klang dan Ipoh. Emh...Klang ni tak berapa nak bersih. Kalau kat Bandar Botanic & Bukit Tinggi tu dari dulu sampai sekarang saya nampak sampah merata kat tepi jalan. Kalau kat tengah bandar Klang pula........sesak. Saya pon boleh sesat kot kalau masuk bandar Klang. Tapi kat Sementa ni aman lah. Sebab kampung kot....huhuhu.

Kalau di Ipoh, saya suka tengok rumah-rumah mereka tersusun. Satu lot tanah satu rumah. Bandar Ipoh pun tak sesak dan bersih! Kuantan..................emh...saya jumpa banyak tanah merah...kotor kereta..& yes...sesak!

Ok..enough dengan bebelan. Jom kita tengok gambar....................Owh..Honey kan tak bagi kami mandi laut kan....so, kalau main kat gigi-gigi laut eh ke pantai?? ok kan? Pssstttt...Honey tak ada masa ni. Dia rehat dalam bilik hotel.


Ananna again over excited nampak laut!




Arrrr....sampai pertengahan tahun depan kami terpaksa menahan diri dari bercuti-cuti...tunggu baby dah kuat baru boleh jenjalan. Tapi kesian pulak kat Ananna...emh...nanti Mommy & Daddy kena fikirkan.....

Ok dah habis dah pasal Cherating. Nanti kita hapdet lagi....

Next, hapdet pasal birthday Ananna & Big Bad Wolf Sale!




Ok...thank you & Bai.

Saturday, October 22, 2011

Splash-splash di Cherating.

Salam,

Sambung cerita Cherating. Sepanjang di Cherating, kami banyak habiskan masa mandi kat kolam. Honey tak bagi kami sentuh-sentuh laut. Sebabnya, ada obor-obor & ombak yang kuat.

Jadi..........Jom tengok gambar kat kolam..owh lupa pulak. Sepanjang 3D2N, kami tinggal di The Legend Hotel, Cherating.



Hohoho...finally ada gambar Mommy...Nampak perut? ekeke....saje je tau pilih gambar perut menyorok dalam kolam. Sebelum ni memang tak rasa pergerakan baby dalam perut, tapi maybe sebabkan over excited berendam dalam air terus terasa baby kick dgn kuat...Adakah dia juga over excited macam Mommy juga??




Ok..dah habis dah gambar Mommy & Ananna....

Cuba tengok pula gambar Ananna dengan Daddy. Mereka berdua berwrestling di dalam kolam....huhuhu.....








 Daddy berehat sekejap. Letih melayan Ananna. Serious letih...!





 Ni main lumba-lumba..sapa sampai dulu dia menang...sah-sah lar game ni berat sebelah. Ananna akan sentiasa menang!. Dia pernah bergaduh dengan Orange semata Orange sampai dulu. Blur terus mamat tu.....

"Udah...udah...udah....! Sambung esok", kata Daddy. 

Serupa lah dengan update pasal Cherating....kita sambung esok ye....dadadada.....

Friday, October 21, 2011

Cherating - main pasir!

Hoh...ni gila lama punya cerita dan baru nak hapdet. Masa ni Baby dalam perut dalam 5 month. Masa tengah paling sihat dalam sejarah pregnant...huhuhu. Ok kita tgk gambo aje lar ye...? Owh before that, nak ucap thank you to Fathihah Mokhter sebabkan dia reality bercuti di Cherating menjadi reality...ewah!


Sampai Cherating aje, Ananna tak sabar nak main pasir. ! 
Mommy suka tengok gambar ni....macam dah DEWASA aje anak Mommy ni kan? (Uwaaa..Mommy emo)







Arrr....ada lagi. Tu baru 1st day. 




Why tak ada gambar Mommy?? Because I ler the photographer and also tukang edit...pengorbanan seorang tukang amik gambar.....huhuhu.

Ha...peace!




Honey yang hensem...ekeke.

 Ok...dah penat. Jom balik hotel....jom tengok kartun.....jom mamam.......