Wednesday, June 30, 2010

Lapuran Ujian Tahun Pertama, Semester 1 – Ananna.

Salam,

 

Yeap..anak dara sudah habis exam dan taaaadaaaaaa…………

*

*

*

*

*

The result….

*

*

*

*

*

*

Bahasa Melayu             = A

Bacaan Bahasa Melayu = B

English Language         = A (100%..terror anak dara)

English Oral & reading = B

Matematik                  = A

Pendidikan Islam        = A

Sains                          = A

Pendidikan seni         = C

Mengenal & Menyebut :

Huruf Kecil secara turutan = B

Huruf kecil secara rawak    = C

Mengenal & menyebut nombor :

Secara menaik         = A

Secara Menurun      = B

Secara rawak           = B

 

Sosio Emosi dan daya fikiran = kebanyakannya B & C. Ananna dapat C dalam “tidak mengadu hal yang remeh temeh”..emh..tau dah..

 

Ketrampilan diri = Semuanya B.

 

Kognitif/Mental = Kebanyakan A & B. Ananna dapat C untuk “boleh menyebut nama sendiri dengan betul”..ok ..sebab dia terbelit-belit lidah nak menyebut Adrianna..akhirnya tetap jugak keluar “Ananna Khaleda”. Emh..betul lah tuh.

 

Lain-lain = ini berkaitan ibu bapa..semua A. Nak kena dapat B???

 

Pesan Mommy to Ananna..jgn banyak tengok CH611 – 616!

 

Apa2pon Mommy dan Daddy tetap proud.

Tuesday, June 29, 2010

Sesuatu tentang Hijab.

Salam,

Percaya tak kalau saya kata kebanyakan fesyen hijab terkini adalah tidak mengikut tatasusila berhijab. Sedih juga apabila sesama kita bertegang urat tentang fesyen hijab ni. Ada yang kata bersanggul tinggi itu salah. Ada pula yang kata bersanggul tinggi itu tidak salah asalkan menutup aurat.

Bukan kah perkara begini hanya akan menambahkan kekeliruan?? Tidak malukah??

Saya tanya..jujurnya..cantik kah bersanggul tinggi?? Apa tujuan bersanggul tinggi?? Apakah dengan bersanggul rendah itu tidak cukup cantik?? Ye adik-adik semua..saya sehingga sekarang tidak jumpa lagi lah hukum mengatakan sanggul tinggi itu haram..tapi takut pula bila sudah bersanggul tinggi akan menimbulkan RIAK di hati. Sudah jatuh dosa! Camne?? Sape nak jawab??

Bak kata kawan non muslim saya.."Eh napa pompuan tu nampak macam ALIEN"..ha hambik! sapa nak jawab tuh.

Sepatutnya, bila kita berhijab..bukan sekadar menutup rambut sahaja. Semua perkara juga harus di tudungkan. Perempuan islam bukan bahan lelongan..bahan tontonan. Tempat kita amat istimewa di dalam islam. Ini bila cantik manis berhijab..merokok macam naga. Tidak menunaikan solat wajib 5 waktu. Pergi surau hanya untuk touch up make up or TIDUR... Camne tu??

Ha..ada lagi...pasal baju pula. Berhijab..tetapi berlengan pendek, berbaju jarang, berbaju ketat dan sebagainya lah. Tak pon berhijab tetapi nampak jambul..nampak dada..eee malu..! Tetapi apabila mahu bersolat pandai pula kita mencari telekung..nak cover..mahu menutup aurat. Wajibnya, kita harus menutup aurat sama macam waktu kita bersolat. Betul kan??

Ok lah..tak mo membebel lagi..nanti korang boring. Jadi renung-renungkan lah. Saya pun tidaklah 100% betul. Saya masih berusaha sedaya upaya...walaupun ada banyak halangan.

Psstt..butik munawwarah baju-bajunya menutup aurat. Saya suka skirt cotton dan seluar palazonya..cuma tidak beli lagi kerana color tidak ngam. Jika mahu mencari Abaya cantik boleh juga ke Taman Tun..ada butik House of Jalabiya - Hurul Ain. Harga boleh tahan. Cawangan ada di kota Damansara..tapi kat sana di panggil House of Abaya kalau tidak silap..fuh..cantik-cantik I tell you.

Eh..ni bukan promotion ye..sekadar berkongsi maklumat.

Disebabkan sudah terlanjur bercerita tentang hijab..mari lihat fesyen hijab itu sendiri. Dah makin kurang orang bertudung bawal. Bak kata seperti zaman dinasour. Sekarang ni fesyen Instant Hijab lar..or lebih popular Tudung Ekin..dan Syria Hijab tapi kalau kat oversea di panggil Amira Hijab. Tak tau pula kenapa di panggil Syria hijab..orang-orang Syria pakai hijab fesyen nya begitukah?

Saya selesa bersyayla sedondon dengan Abaya atau berAmira Hijab. Nampak in dengan muka ku. Saya sudah pakai fesyen ni sebelum fesyen ni popular lagi. Tapi masa tu susah nak cari orang jual hijab Amira ni..kalau ada pon tak berapa nak cantik. Sekarang ni..amboi meriah ok. Cuma saya tak ikut..Maintain amik plain. Bukan kah berserderhana itu lebih elok.? Lagi satu..sila beli Amira hijab yang menutup dada ok.

Ok lar..dah lar tu. Sure U all penat nak baca..Btw..nah klik link here

Semoga kita akan menjadi Hamba Allah yang lebih baik lagi.

Salam sejahtera ke atas kamu semua.

Monday, June 28, 2010

Ananna mula bersolat.

Salam..

Mari kta renung2 kan…

Solat itu tiang agama. Tetapi kenapa masih ada yang begitu berat untuk menunaikan solat 5 kali sehari.???

Semoga dengan gambar-gambar Ananna boleh menginsafkan mereka yang masih lalai. Rugi tau kerana lalai. Jadi..Jom solat!

 

P100610_20.59

P100610_20.59_[01] P210610_15.43

Sejuk hati Mommy!

Sunday, June 27, 2010

Siti Nurhaliza – Rahsiamu sudah menjadi milik ku.

Akhirnya..rahsia Siti sudah berjaya saya miliki. Yang pastinya..bertambah jelita lar Puan Iznil ni ye..*puke..puke*. Boleh kalah Puan Siti Nurhaliza…tehehe.

 

P050610_12.22

 

                                                                                                                 P130610_11.23

 

Masa ni saya cuma berlip gloss. Amacam?? ok kan?

 

Jujurnya, saya membeli bukan kerana Siti tetapi kerana produk ini memang bagus dan mendapat pengiktirafan Sijil Halal dari Jakim. So..apa lagi..Jom beli!

Monday, June 21, 2010

Princess with the plan.

Salam...

Wah! Lama juga tidap hapdet kan?? Rindu tak?? Tehehe.

Actually mahu hapdet tentang Honey Bear tapi nantilah...emh..maybe dalam minggu ini or minggu depan kami akan camping lagi di DEMC..macam itu lah.

Ok..kita cerita benda happy sikit ye..of coslah pasal Cik Princess aka anak dara aka Cik Ananna.

Hari ni, 1st day anak dara bersekolah semula setelah 2 minggu bercuti rehat. Untuk menaik kan semangat anak dara untuk pergi sekolah, mommy dan daddy shopping peralatan menulis baru yang ada gambar BEN 10. Kelasssss betol anak dara.!

Pagi-pagi bangun penuh semangat untuk ke sekolah. Siap bertocang dua sambil menyanyi girang. Tak lupa juga berpesan (erk..warning sebenarnya) untuk menjemput pukul 12:00pm nanti. Kebetulan pula Honey masih MC..so bolehlah.

Tepat 12:00pm, dari dalam pagar dia sudah menjerit memangil nama Daddy. Sebaik masuk di dalam kereta....

"Daddy, jom pegi kedai uncle. Beli CD 'infinity and beyond'. Lepas tu kita beli goreng pisang..lopok (keropok lekor)..ye Daddy ye...ye..ye..ye..."

Agak-agak bila anak dara sempat buat plan macam gini ye??

Sunday, June 6, 2010

Mode : Sedih.

Salam semua,

Mode sedih saya ON sejak thursday. Saya tiada mood mahu blogging.

Harap maaf.

Selagi Honey tidak sihat, selagi itu mode sedih saya akan ON.

Walaupun 10 June 2010 hari paling mulia bagi associate HONDA, tapi mode sedih akan tetap ON.

Doakan Honey saya cepat-cepat sihat.

Love..Wawa.