Saturday, December 31, 2011

Gigi Ananna sudah minus 1.

Salam,

Selamat tahun baru 2012. Semoga selamat ye..jangan buat maksiat malam-malam tahun baru ni....

Ok..back to the topic. 29 Dec 2011, 11:45pm- Mommy berjaya cabut gigi Nanna.........yeah!. Hoh...hebat tak? Sebelah tgh BF Ryssa, sebelah tangan lagi sibuk pulak cabut gigi Ananna.

Before rongak.


Rongak!


Sekarang gigi tu Ananna simpan. Sebab dia kata nanti ada fairy datang nak bagi duit....hohoho..Mommy & Daddy lar fairy dia tu...huhuhu. Tadi aje dah beli scooter (nanti kita ambik gambar ek), Puzzle Angry Bird, stationery Dora & hoola hup...yang ni Mommy boleh main sekali...boleh ler mengecilkan perut buncit ku...(G..I menunggu dgn sabarnya bengkung free....ekeke.) 

OK..Itu aje.

Happy New Year semua!


Wednesday, December 21, 2011

Susu Mommy VS Susu botol.

Salam,

Kalau tanya Ryssa, susu mana yang sedap.? Susu Mommy ke susu botol?? Korang agak apa akan Ryssa jawab??

During operation tempoh hari, pihak DEMC ada tanya, nak fully BF ke or boleh top up susu botol. Saya jawab dengan penuh keyakinan nak BF. Malangnya, susu kosong. Saya beralah..Kesihatan anak lebih penting dari kedegilan saya.

Bila kami bawak Ryssa pulang, Ryssa macam tak mahu menyusu botol. Dia tolak susu botol kecuali bila sudah betul-betul lapar. Ryssa bersungguh-sungguh mahu susu Mommy. Hingga berdarah-darah lah. Saya pula seakan 'blur' dengan raw material. Ada ke?? Tak ada ke?? Ye lah, ketika Ananna dulu memang sah-sah raw material terlalu sedikit & Ananna memang tak interested dengan susu Mommy. Udah susu Mommy sikit...tentulah Ananna marah & meraung bila tengah lapar.

Bila pihak DEMC buat lawatan ke rumah, Nurse tu adalah buat urutan...emh...angin...angin aje yang keluar. Ryssa pula disyaki kuning sebab kurang minum susu. Sebagai Ibu, saya harus lakukan sesuatu. Susu botol pun susu botol lah. Asalkan anak saya tidak kelaparan dan jatuh sakit. Dua hari saya bersungguh memberi susu botol dan enggan memberi susu Mommy membuahkan hasil. Alhamdulillah, Ryssa mula asyik minum susu. Selama dua hari itu saya sibuk mengepam susu Mommy secara manual. Bersungguh sangat. Berharap sangat Ryssa dapat susu Mommy. Pam punya pam yang keluar setitis saja. Boleh?

Alhamdulillah usaha saya berhasil akhirnya. Walaupun raw material tidak hebat dan tidak dapat buatkan Ryssa kenyang tapi Alhamdulillah sebab akhirnya merasa juga Ryssa dengan susu Mommy. Ryssa pun pandai lah sangat. Bila dia tau raw material susu Mommy tengah kencang susu botol dia tak pandangnya. Tapi kencang ke tak kencang ke susu Mommy punya raw material, lepas hisap susu botol dia mesti cari susu Mommy.

Udahnya, sekarang ni pipi Ryssa makin tembam & siap ada double chin lagi....huhuhu.



Banyak syiok woooo! (Masa ni gambar di ambil dalam kereta ketika nak settle kan baju sekolah & buku sekolah kakak Nanna. Ye saya 21 hari dalam pantang sudah berjalan-jalan. Saya hanya menjalankan kewajipan sebagai Ibu.)

* Saya sedikit cemburu dengna mereka yang mampu BF secara exclusive dan punya raw material yang hebat. Tahniah!.

WW : Ryssa & Minnie Mouse.


Monday, December 19, 2011

Ananna & Ryssa - 2 anak dara ku.

Assalamualaikum,



Hari ini genap Ryssa berumur 19 hari. Sudah banyak hari kami bershift malam. Jadual Ryssa bermula 11:00 ++ pm, dia akan uwa..uwa..mintak susu. Selalunya, bila dah kenyang dia akan tidur balik. Masa ni, saya & Ananna berebut naik atas katil dan ....zzzzzz. Kalau lewat lagi, Ananna tak ada peluang nak tidur ketiak Mommy.

Seterusnya, 12:30am++, Ryssa akan uwa..uwa..lagi mintak susu. Masa ni mata sudah terbeliak besar tapi senang nak tidurkan dia semula. Masa paling susah ialah pada pukul 2:00++am...masa ni dah bagi susu pon nanges..bagi  BF pon nanges. Tidur ketiak Mommy pon nanges. Selalunya....saya akan bawa ke bilik tv & bf. Baru dia senyap sikit. Sikit aje ye...sebabnya, dia akan bergantung kat saya sampai lah ke pukul 4:00am. Huh...mencabar ok. 

Subuh...........Ryssa bangun semula...................Masa ni, Mommy pulak rasa nak uwa..uwa..! Ananna  kadang-kadang tu peluk Mommy kuat-kuat sebab dia rasa macam tak puas tidur kat ketiak Mommy. Ananna ada juga komplen, kata dia Mommy asyik-asyik sayang Ryssa. Sebab tu lepas bagi ketiak kat Ryssa, tidurkan Ryssa, ketiak ni kena bagi kat Ananna pula. 

Siang...kebanyakan masa Ryssa tidur. Lega.

Harapnya, lepas pantang ni, schedule Ryssa bertukar lah. Jaga siang, tidur malam pula.

Ananna, seorang kakak yang baik. Bila Ryssa nanges, dia lah sibuk menepuk-nepuk Ryssa. Cium Ryssa. Peluk Ryssa. Tolong Mommy basuh botol susu Ryssa. Pakaikan baju Ryssa ....etc.

Sudah 2 hari, Nanna minta Mommy jadi dentist sebabnya 1 gigi kat bawah sudah goyang teruk. Sebelah tangan Mommy pegang Ryssa, sebelah lagi cuba nak try cabut gigi kakak Nanna. Rasa-rasa hebat tak?

Esok pula, nak ke sekolah Ananna untuk ambil buku & baju Ananna. Lepas tu InsyaAllah, nak beli kasut sekolah. Ananna super excited nak ke sekolah. Mommy pula super risau ni...huhuhu.

Kesian kat Nanna..cuti sekolah ni dia terperap aje duduk rumah. Ye lah..Mommy tengah pantang. Daddy sakit kaki. Janji nak ke Playgorund pon tak lunas lagi. Belum lagi janji untuk tengok movie ke apa...Tak pe lah...nanti Mommy & Daddy ganti kita cuti best-best ye Nanna?

Ok itu aje.

Babai & Mwuah.

P/S : I wish tak payah cuti bersalin bukan 2 bulan tapi berbulan-bulan.............

Friday, December 16, 2011

Tentang Dhia.

Assalamualaikum,

Whoa....... Cerita best. Adiputra hensem! Nora Danish............sungguh sweet & comel dalam drama ni.

I suka...I like!


Wednesday, December 14, 2011

13 hari berpantang yang penuh drama & horror.

Assalamualaikum,

Horror & drama...........macam drama korea.

Nak tahu??.............meh..I nak story.

1. Lutut Honey sakit sudah 2 hari dan kemuncaknya semalam bila bengkaknya makin bengkak. Sakitnya makin bertambah sakit.

2. Saya tak boleh tunggu  & lihat. Tak sanggup ok? Yeap! saya baru 13 hari bersalin dan masih berpantang tapi ini emergency! Saya wajib ketepikan rasa sakit dan segala pantang larang.........ambil kunci kereta & ..........................ye.....saya memandu ketika masih pantang 13 hari!

3. Ketika kami sampai di emergency bay DEMC, petugas DEMC ingatkan saya yang sakit. Honey ketika itu langsung dah tidak boleh berjalan. Emh...bayangkan! Mujur sangat petugas di DEMC tu semuanya memang TERBAIK! So far, saya tak jumpa lagilah hospital yang punya layanan TERBAIK macam ni.

4. Ananna turun untuk ikut Daddy sementara Ryssa & saya mencari parking.

5. Ananna HILANG! PANIK! HORROR!. Sekali lagi ramai lah petugas-petugas DEMC menolong untuk mencari. Ketika itu, Honey ketepikan rasa sakit dan mencari Ananna.

6. Rupanya Ananna duduk diam-diam di Lobby. Sebenarnya, Ananna turun untuk mengikut Daddy tapi dia hendak ke tandas dahulu sebab nak buang air kecil. Bila dia keluar dari tandas, dia cari Mommy...cari Daddy.....tak ada.! Mujur dia tak panik. 

7. Check darah. X-ray bagai. Ada bayak liquid kat dalam lutut Honey. Sepatutnya, Honey kena tahan wad tapi bilik tak ada. Yang ada Presidential Suite..............pengsan ok!

8. Sepanjang di DEMC, Honey ber wheel chair. Saya juga terpaksa di tolak dengan wheel chair. Husband & wife berwheel chair....boleh?

9. Ryssa.......elok aje tido sepanjang we all kecoh-kecoh tu.

Update terbaru :

1. Tadi Honey ada appointment untuk procedure keluarkan cecair dalam lutut tu. Sekali lagi Honey sepatutnya kena tahan wad...........tapi bilik tak ada. Wei.............! Ish!

2. Hari ini, En Kembar yang jadi driver so saya boleh rehat di rumah.

3. Bila kembar & kembar bersama mesti ada yang keliru......ye tak? Doktor yang merawat Honey jadi pucat lesi bila dia terserempak dengan En Kembar. Ye lah......baru aje dia rawat Honey yang tak boleh berjalan tetiba.....jumpa kembar dah boleh berjalan dengan segak. Bila En Kembar kata "Owh..not me..him", sambil menunjuk Honey di belakang terus Doctor urut dada dan lega!

4.Jumaat ni Honey ada appointment lagi dengan doctor....mungkin Honey akan di admit. 

Ok itu aje..........Bai...Mwuah!

Sunday, December 11, 2011

Introducing...........Aryssa Zahraa Iznil

Assalamualaikum,

Apa khabar?

Lama tak dengar cerita?

Tada...................


Ini lah dia Aryssa Zahraa Iznil. Anak perempuan kedua kami. Adik kepada Adrianna Khaleda Iznil. 

Lahir secara c-section di DEMC, Shah Alam. Berat 2.98kg....itu berat masa lahir. Waktu umurnya sudah 7 hari berat sudah naik ke 3.2kg.

Ok...itu saja. Sebab sekarang saya sangat busy. Kena layan 2 princess....

bai....

Thursday, December 1, 2011

Bila Ananna buat cover version - Avril Lavigne, What the hell.

Lebih kurang 7 jam sahaja lagi Baby baru akan keluar....lebih kurang 7 jam sahaja lagi Ananna jadi anak tunggal & bermula lah episode baru Ananna as a kakak. Dia tak suka di panggil Kak Long tapi panggil dia as Kakak Nanna....kalau panggil kakak aje pon dia tak boleh accept.

Blog ini juga akan berehat untuk sementara waktu sehingga saya benar-benar sihat dan dapat adjust untuk handle dua anak dara.

Apa-apa pon.......................jom tengok video yang saya rakam pada jumaat lepas. Ananna buat cover version Avril Lavigne - What the hell. Harap semua enjoy..........macam we all enjoy sesangat!