Monday, July 27, 2009

New moon Clip @ Comic Con 09.

Ni buat makin tak sabar nih....



Sunday, July 26, 2009

Sayu hati seorang Daddy pulak.

Honey kata :

"Dah besar Ananna nih..tak lama lagi nak masuk tadika..lepas tuh masuk sekolah..emh..lepas-lepas tuh nak masuk Uni pulak..habis Uni mesti keje....Pehtu Ananna kawen..mesti lepas tu Nana dah tak tinggal dgn mommy daddy lagi............ tinggal lah mommy daddy berdua je......."

Suasana sunyi....sesunyinya.......

Honey pandang Ananna dan "Ananna..oh..Ananna..nanti Ananna jgn tinggalkan mommy daddy ye? Dah kawen pon Nana tinggal dgn mommy daddy ye?"

dan..........

Ananna menjawab sambil tersengih dan penuh keyakinan "Ok Daddy!"

Good Girl!

Poyo betul Mommy dan Daddy Ananna nih...ekeke. Weh..sayu babe!

Saturday, July 25, 2009

Sayu hati seorang mommy.

Ye..saya sayu.. Terlalu amat amat sayunya. Kenapa..?..agh....sayu..sayu..

Saya teringat Feb 2005..saya sangat happy kerana menerima berita paling menggembirakan dalam hidup saya. Saya sudah menunggu berita seperti ini sejak lima tahun sebelumnya. Ketika itu saya amat berhati-hati untuk berkongsi berita gembira kerana saya takut kejadian 2003 berulang kembali. Cumanya, perubahan bentuk badan saya yang mengembang macam belon begitu sukar untuk menyembunyikan rahsia besar saya walaupun Ananna ketika itu saiznya lagi kecil dari sebiji epal.

Hari-hari seterusnya saya lalui dengan gembira. Setiap gambar dari scan saya simpan dalam album dan susunkan dengan teratur. Saya happy kerana Ananna memberikan kekuatan untuk saya. Tiada masalah langsung ketika Ananna di dalam perut. Cuma....kecantikan saya hilang...*tepuk kepala sbb perasan*..hehehe. Saya tak sanggup tengok muka yang kembang dan hidung besar merah yang sebijik macam clown kat sarkis itu.

Air ketuban saya pecah ketika saya sedang meeting dengan customer dari Hyundai. Orang Korea itu siap bangun sebab terkejut tengok air ketuban saya tumpah. "Ooops, i think I need to go to Hospital now...please carry on the meeting". Saya sempat babai dengan semua orang di office sambil sempat lagi bergelak ketawa. Emh..tak lah sakit sangat nak bersalin ni. Oh..oh..saya yang memandu ketika mahu ke hospital ok. Kuat tak?

Ok..cerita konon tak sakit ketika bersalin itu hanya omong kosong ok. Saaaaaakkkkkiiiiiitttttt!! Serius sakit. Saya melawan rasa sakit sehingga 2 pagi...ketika itu Honey sudah tidak tertahan melihat saya berhempas pulas bertarung nyawa dan membuat panggilan kecemasan.

2:05am...saya berada di bilik pembedahan..saya masih ingat dengan jelas kejadian itu..ketika doktor meminta saya menandatangani surat kebenaran..ketika doktor mula melakukan pembedahan..ketika saya komplen.."doktor...oh..doktor..darah ni bersepah kat tangan saya..tolong lap!"..ketika doktor bertanya "Zura..ingat tak jantina baby"..saya jawab sambil tersengih..."pompuan"..saya nampak dengan jelas doktor menarik kaki Ananna dan tunjukkan Ananna untuk pertama kalinya.. Akhirnya...precious baby saya keluar dengan selamat pada 2:25am...baru Ananna nak hekhek..doktor baby sudah membawa lari ke bilik lagi satu.

Mata Ananna terbeliak..lidah asyik mencari sesuatu..emh..Ananna keluar dalam keadaan kelaparan rupanya...cari susu tuh.

Dan ....2 bulan kemudiannya...air mata saya laju berderai...kerana itu adalah pertama kali saya berpisah dari Ananna..Saya terpaksa meninggalkan Ananna di nursey...sedih ok..sedih sangat...Seminggu saya menangis..hanya gambar Ananna sebagai pengumbat rindu di office.

Saya sayu lagi...bila Ananna secara tiba-tiba di serang demam panas dengat kuatnya.Sayu apabila anak precious saya lemah...dan cuba melawan kesakitan. Setahun kemudian..kejadian serupa kembali. Kali ini Ananna telah di tahan di wad hospital selama seminggu. Selama seminggu itu jugalah saya bercuti dan berjaga siang malam untuk Ananna. Ketika ini juga..saya maki kuat2 seorang doktor pelatih kerana kegagalan beliau melakukan tugas dengan baik. Sebagai ibu..adakah sanggup melihat doktor mencucuh jarum sesuka hati di lengan dan kaki anak kita..memancut darah sehingga ke lantai. Sanggup kah?

Saya kembali sayu setahun yang lepas...ketika saya bersetuju untuk menerima tawaran kerja dari Honda Malaysia. Ini bermaksud saya perlu berada selewat2nya di pintu nursery sebelum 6:40am dan hanya menjemput Ananna ketika azan maghrib mula berkumandang.

Huh..berminggu saya memandu sambil air mata meleleh...NKVE dan Sprint hiway sebagai saksi!

3 hari yang lepas saya kembali sayu..terlebih sayu..Saya menerima surat dari pihak Nursery...Surat kemasukan Tadika bagi tahun 5...hah..Ananna sudah besar...Waktu berlalu begitu cepat sekali kan? Umur Ananna belum pun mencecah 4 tahun...alahai..kecil lagi lah Anannna ni sudah mahu ke tadika ka..itu kata hati kecil saya.

Sekarang Ananna akan masuk sekolah tadika...pejam celik..Ananna sudah darjah satu..pejam celik lagi..Ananna sudah tidak mahu tidur kat ketiak mommy..sudah tidak mahu peluk cium mommy lagi..emh...sudah besar. Tidak lama lagi...Ananna akan bertambah besar..remaja..agh..saya perlu berdepan dengan masalah gelodak remaja Ananna pula..Agh....

Kemudian..kemudian pula...saya perlu berdepan dengan jatuh cinta dan patah hati Ananna..perlu menguatkan hati kerana menyerahkan Ananna kepada orang stranger..takut pula jika Ananna terlalu berlebih kepada lelaki itu hingga lupakan mommy dan daddy..uaggghhh..sayu..sayu..sayu...ok.

Agh..jika anda bukan seorang mommy..anda tidak akan faham sayu hati saya...Ananna precious baby saya..tidak kira ketika dia hanya sebesar buah epal..setinggi 4 kaki..oh..doktor kata ketinggian Ananna ketika 18 tahun akan mencecah 5 kaki 7 inci ..dan itu hanya minimum..dan dia boleh maximum ke 6 kaki..Ananna anak daddy juga kan?

Dia tetap baby precious baby saya walau berapa pun umur Ananna..sehingga Ananna tua kerepot pun kalau saya masih hidup dia tetap baby saya..

Agh...hanya surat kemasukan ke tadika saja sudah membuatkan saya sayu berhari-hari..Adakah saya ini suka terlebih-lebih atau ini memang nature naluri seorang ibu? Agh..menulis blog ini juga sayu hingga basah keyboard laptop di buatnya...!

Ok..Ananna sudah panggil..dia perlukan ketiak mommy untuk bobok..saya mahu hargai setiap detik saya bersama Ananna kerana masa itu tidak akan berulang kembali....

**Adrianna Khaleda Iznil..mommy sgt sayang Ananna**

Monday, July 20, 2009

Lima pengajaran utama peristiwa Israk Mikraj.



Kembara Rasulullah ke alam lain perkuat lagi akidah mengenai kepercayaan ghaib, perintah solatKINI selepas 40 tahun angkasawan Niel Amrstrong bersama Apollo 11, menjejakkan kaki ke bulan, masih banyak lagi rahsia langit yang tidak diketahui akal fikiran manusia. Malah akal tidak mampu untuk memikirkan sesuatu kecuali berdasarkan apa yang dapat dicapai pancaindera. Justeru, wahyu dan pertolongan Allah SWT saja yang boleh merungkai segala rahsia alam. Contohnya peristiwa kembara agung Rasulullah SAW ke langit menjadi bukti kepada orang beriman betapa Allah Maha berkuasa menjemput kekasihnya, Nabi Muhammad SAW menerusi perjalanan menakjubkan daripada Masjidil Haram di Makkah, melalui ruang udara Madinah kemudian menuju ke Baitul Maqdis di Palestin, lalu dibawa naik melepasi langit ke tujuh dalam satu malam bertemu zat Allah SWT Yang Maha Mulia.



Peristiwa menghairankan ini dirakamkan oleh Allah SWT dalam firmannya yang bermaksud; "Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui . (Surah al-Isra':1)



Sehubungan dengan itu, umat Islam diingatkan agar tidak menjadikan peristiwa ini sebagai acara tahunan yang hanya dipenuhi dengan sesi ceramah dan juadah enak yang menyelerakan saja tanpa berusaha mengambil pelajaran daripada kejadian itu. Banyak kewajipan agama sama ada yang tersurat mahupun tersirat boleh dijadikan pedoman untuk manusia memperkuat keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.


Antaranya ialah;


Wajib beriman dengan perkara ghaib
Peristiwa Israk Mikraj adalah peristiwa ghaib yang pernah menyebabkan sebilangan masyarakat Arab murtad kerana tidak dapat menerima perkhabaran disampaikan Nabi Muhammad SAW. Mana tidaknya, perjalanan mengambil masa berbulan-bulan ditempuhi Baginda SAW tempoh satu malam. Oleh itu, setiap umat Islam wajib percaya dengan perkara ghaib yang menjadi asas tauhid kepada Allah SWT. Ia bukanlah sesuatu yang begitu sukar kerana di dunia ini banyak perkara dibuktikan sains wujud tetapi tidak terlihat pandangan mata kasar. Contohnya oksigen dihidu oleh manusia setiap masa masih tidak diketahui hakikat sebenarnya.



Perintah wajib mengerjakan sembahyang
Ibadah sembahyang yang difardukan Allah SWT pada malam Israk dan Mikraj adalah suatu kaedah unik yang diadaptasi daripada pelakuan malaikat bagi melaksanakan tanggungjawab ibadah kepada Allah SWT. Setiap umat Islam wajib melaksanakan perintah ini, dalam apa situasi tanpa sebarang persoalan. Sembahyang lima waktu adalah tiang agama yang wajib dilaksanakan dengan penuh rasa khusyuk sambil mengharapkan keredaan.



Wajib percaya dengan hari Kiamat


Sayugia difahami bahawa kehidupan dunia hanya sementara, seluruh manusia akan dihimpunkan di Padang Mahsyar untuk dihisab segala perlakuan ketika di dunia. Berdasarkan gambaran dunia laksana wanita tua yang uzur dan tak berdaya yang dipertontonkan kepada Nabi Muhammad SAW di malam Israk dan Mikraj, dunia kini di ambang kehancuran. Oleh itu setiap orang Islam bukan saja wajib percaya dengan Hari Kiamat tetapi diperintahkan untuk membuat persiapan berupa bekalan amal kebajikan bagi menghadapi hari dahsyat itu. Individu Muslim disaran agar meletakkan diri dalam realiti seorang pengembara dalam perjalanan bertemu Allah SWT dengan membawa berbagai bekalan kebajikan semasa di dunia bagi mengelak kesulitan untuk sampai ke destinasi yang dituju. Disamping itu persembahan hadiah berupa amalan ibadah kepada Allah SWT juga mesti disediakan agar beroleh kebahagiaan yang kekal lagi abadi.



Wajib percaya dengan azab Tuhan.


Berbagai-bagai seksaan ditunjukkan kepada Nabi Muhammad SAW dalam perjalanan Israk dan Mikraj akibat perbuatan zina, makan riba', ingkar menunaikan kewajipan sembahyang dan membayar zakat, selalu berdusta serta pecah amanah membuktikan betapa Allah SWT Maha Berkuasa menghukum hamba yang berdosa. Semua gambaran itu diharap menginsafkan umat Islam agar sentiasa menjauhi perbuatan dosa.


Dari sudut lain, gambaran kurnia Ilahi kepada satu kaum yang menanam tanaman dan menuai pada hari sama seharusnya menjadikan individu Muslim memiliki semangat juang tinggi terutama ketika berhadapan dengan syaitan.



Wajib percaya dengan qada dan qadar.


Dalam mengharungi kehidupan dunia yang penuh pancaroba ini, manusia berdepan dengan dugaan dan rintangan yang mematangkan jiwa. Biasa didengar ada orang yang beroleh kenikmatan dan terdapat pula yang ditimpa musibah. Nabi Muhammad SAW sebagai insan biasa juga tak lekang daripada ujian itu. Sebelum dijemput naik ke langit, Nabi Muhammad SAW diuji dengan kehilangan 2 individu penting dalam karier dakwahnya iaitu Aminah isterinya dan Abu Talib bapa saudaranya. Tetapi baginda SAW tetap tabah menghadapi ujian itu sehingga dipertemukan dengan Kekasihnya di malam Israk dan Mikraj yang penuh keberkatan. Maka selayaknya umat Islam mencontohi perbuatan Nabi Muhammad SAW dengan menerima segala qada dan qadar Ilahi tanpa terlalu bersedih apabila ditimpa musibah ataupun terlalu bergembira apabila diberi kenikmatan kerana ia suatu bentuk penilaian Allah SWT kepada hamba-hambanya.


Ada pelbagai lagi iktibar yang boleh diperoleh oleh sesiapa yang dibukakan hatinya oleh Allah SWT. Namun yang lebih utama, janganlah kita hanya berseronok merayakan berbagai hari kemuliaan Islam tanpa merenung pelajaran di sebalik setiap peristiwa yang berlaku.


Penulis ialah Pensyarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru.

Friday, July 17, 2009

Wednesday, July 15, 2009

Back to normal...

Today...saya kembali sesak dengan kerja-kerja office. Pagi2 lagi dah ada orang yang spoil mood saya. Petang nanti pula ada leaders meeting...Ni ha, kena buat kad babai sbb ada boss Jepun nak balik kampung.

Ananna..asyik nak claim hutang dgn mommy..alamak..wknd ni kena bawak dia tgk citer Abam ler (Harry Potter). Nasib, Honey cuti..heee. Boleh pegi tgk2 baju raya untuk mommy...emh..maybe nak singgah Hajaba or MyHannah..tehehe. Baju untuk Ananna dah settle..tinggal untuk Daddy and Mommy. Daddy boleh beli last minute...ekeke.

Ok..ok..nak meeting. Dadada.

Tuesday, July 14, 2009

Lagi tentang Cherating..

Ahhh...jadi betul lah dia itu mommaholic..ekeke.

Ok...ok..ok.. saya cuma berada di Cherating 2 hari dan satu malam sahaja. Hari kedua kami di Cherating untuk mengendalikan East Cost Region - Tech Challenge. So sesapa yang terbaik dalam setiap kategori akan pergi ke final pada 15 Aug 2009 nanti di Honda Melaka Plant. Hadiah?? menarik U...

Ni breakfast saya...nasi dagang.

Photobucket

Ni pula round two - bfast.

Photobucket

Tugas saya pada pagi itu....tukang amik gambar.

Photobucket

Kertas soalan...

Photobucket

Tepat jam 11:30 am..tugas kami pun selesai. Berjanji dengan Mr B dan Mr R untuk makan2 di Kemamam..

Muka nak balik...

Photobucket

Ni muka "cepat la Aja..lapa ni"

Photobucket


Kelakarnya, kami semua tak tahu bagaimana mahu tempat yang di tuju. Nasib ada GPS..ekeke. Kali ini kami tinggalkan Civic dan melompat ke dalam CRV..yeah.

Tempat makan sedap kami....

Photobucket

Nasik dagang lagi..ingatkan nak makan separuh je..rupa2nya licin..sedap ok.

Photobucket

Eh..depa ni..makan pon nak senyum2 simpul...ekeke.

Photobucket

Mrs B yang 7 month pregnant..

Photobucket

Serius sedap roti bakar ni...

Photobucket

Emh...sedapnya roti bakar ni..

Photobucket

Ngapppp..

Photobucket

Photobucket

Ni lar roti bakar yang kami mamam..roti bakar + peanut butter + pisang.

Photobucket

Ni telur Kopitiam Hai Peng ok..Only in Kemamam..can't find it in KL..sooo speacial.!

Photobucket

Mr. B & Mrs B...

Photobucket

Sebelum pulang...kami sempat shopping kopi Hai Peng dan keropok lekor untuk di bawa pulang...

Lega sangat bila dah sampai ke rumah...Rindu Honey..rindu Ananna..rindu Orange...rindu bantal dan selimut busyuk...aghhh..lega...!

Sunday, July 12, 2009

Cherating..

Salam..

Honestly, malasnya nak pergi Cherating sbb kena tinggalkan Honey dan Ananna manja sayang comel tu.

Honestly jugak, saya suka pergi Cherating sbb esok tak payah jumpa boss..ekeke..tak payah jumpa bebudak opis..tak payah kena layan customer satu Malaysia itu..dan...dapat snap..snap gambar. Eh..dah lama tau tak practice snap..snap nih.

Malam tu dah bagi tau Ananna, malam esok Ananna kena tido tiak (ketiak) Daddy tau..mommy work..nnti mommy balik kita tgk citer abam (Harry Potter) dan jalan2 yek. Emh..muka terus buat muka ala ala nak nangis. Mengamuk sakan lah malam tu tak bagi mommy dia gi work. Ish..dah rasuah citer Abam dan jalan2 pon tak masuk gak ni. Akhirnya, mommy hulur tiak dan Ananna..krohh...krohh..sambil peluk erat mommy.

Ananna peluk mommy sampai ke pagi...Emh..sob..sob..tulis blog pon dah nak nangis nih.

Saya sampai di Honda Malaysia tepat 1:15pm, terus berlari kerana perut memerut..hehheh. Kali ini saya pergi berdua dgn Aja. Sepanjang jalan berborak tapi sempat juga bervideo coll dgn Ananna. Baru beberapa jam sudah rasa rindu tidak terhingga.

Kami sampai di depan Impiana Cherating pada pukul 5:15pm dan bersama kami ada dua kereta satu rombongan dari dealer Honda. Ok..ok..terus bergegas ke bilik tempat berlangsungnya Tech Challenge. Ye ar..kami ni kira lambatlah..kerana kalau ikut jadualnya patut ada di Impiana pada pukul 4:00pm. La..rupa-rupany.. kami paling awal. Ceh..

Masuk bilik..solat dan terus bergegas tidak sabar untuk terjun ke dalam laut..eh wait..! Honey tak bagi saya mendekati laut..Aiseh...leceh arrrrr! So..letak kaki untuk rasa-rasa air laut pun cukup lah..ekeke.

Kemudiannya, kami sambung keje.

Malamnya, selesai sahaja maghrib terus sahaja kami bergegas untuk mamam..Lapar babe! Emh..ingatkan nak mamam sedap lar..macam mamam ketam masak cili..Malangnya, dua pompuan ni penakut lah pulak..Jalan dah lah kecik dan gelap..ish..makan je lar dekat-dekat Impiana tuh.

Kami mamam kat kedai Ikan Bakar tepi Petronas..tapi kelakar tau..iklan kedai tu ada ikan bakar tapi bila sampai menu satu ikan pon tada..Chet! tipu jerk.. Dah lah lambat..ni yang buat muka dah naik merah nih..! Adalah kami tunggu hampir 30 minit. Nasiblah sedap..kalau tak..siap kau kedai (cheh..macam samseng Klang lar pulak).

Emh..masa tgh syok mamam tu tetiba..dam..bidam..dam..dum..Eh..aku kenal sapa ni..emh..emh..terus tepuk Aja..Eh..itu lar Mommaholic! Aja...buat muka blur.."sapa..sapa" kata Aja. Alamak..lupak pulak minah ni tak ikut mommaholic..ish..kena explain satu satu.."Oh..I dari tadi dok perasan dia..sbb dia pakai tudung cantek"..ekeke. Saya?? emh..perut lapa sgt terus tak perasan..

To..mommaholic..sorry lar..kita ni dok dekat..jumpa kat cyberworld je tapi bila dah berdepan tu macam kelu pulak..tada rezeki..

ok..ngantuk dah..nah..enjoy the gambar2.


Prove we work lar.

Serious discussion.

View from my room

View from the room.

Lampu 238.

Lampu bilik 238.

Cherating.

Cherating.

Aja from the back.

Aja from the back.

Rasa laut!

Rasa laut.

Ombak..

Ombak!

Aja from the side.

Aja from the side.

Mr B and Mr R.

Mr B and Mr M.

Aja, Mr B and Mr R hahaha.

Aja, Mr B & Mr R.

Look..Mr B.

Look Mr B...

Aja N Me.

Aja N Me again.

Look up..eh.

Malu pose.

My pose malu.

Perasan model pose.

Perasan model pose.

Tuesday, July 7, 2009

Report card Ananna - May - June 2009.

Ulasan Guru:

1. Perkembangan bahasa:
Interaksi yang baik dengan guru dan rakan-rakan.. Boleh memberi perhatian semasa guru mengajar. Menjawab soalan yang di tanya.

2. Perkembangan Fizikal.

Boleh mengikut aktivit-aktiviti di padang seperti berlari, melopmat di dalam gelung dan membaling bola.

3. Perkembangan Kognitif.

Dapat memasang butang baju, memadankan puzzle huruf, nombor, binatang, kenderaan dengan betul.

4. Sosio emosi.

Boleh menyanyi lagu kanak-kanak. bermain permainan bersama di dalam kumpulan. Boleh bermain permainan rebut kerusi.

Ulasan mommy:

Sebenarnya, Ananna menunjukkan peningkatan yang tinggi dari segi bercakap. Tidak seperti sebelum ini memang susah benar hendak dengar dia bercakap. Kalau hendak dengar suara Ananna ialah ketika dia menjerit. Benda yang selalu dia cakap.."mamam", "yak" dan "susu". Sejak 2 bulan kebelakangan ni siap pandai cakap "I want ice cream now...now..now..mommy"! Fuh..!

Dulu tu memang agak risau juga...sekarang ni saya kena akui perkembangan budak bukan semuanya sama. Jadi saya harus bersabar..Ananna pasti boleh.

**next 2 weeks, nak beli baju raya untuk Ananna.**

Terapi minda yang kusut...ye la tu.! shopping..shopping...sales..sales..

Salam..

Bila rasa tensi kat office mulalah cuci mata website yang menawarkan shopping online. So far...saya tidak pernah lagi terbabit lah dalam sesi jual beli online nih..eh pernah sekali...tapi tak mo ingat kejadian itu...ekeke.

2 website yang hari-hari mau tengok..eh..mesti tengok ialah...http://www.bigsales.com.my/ dan http://pasim.wordpress.com/ .

Oh..sekarang hati sedang berkobar-kobar dan penuh semangat untuk pergi ke TOPSHOP and Dortohy Perkins WH sales..haha..details..check it out kat 2 website tuh..

Mau pergi esok...wah..! semangat nih...ekeke.

Monday, July 6, 2009

Ice Age 3 bersama Ananna.

Wah..sekarang ni bila nak tgk movie je kena tgk cerita Ananna. Serupa lah bila nak tengok tv kat rumah tu. Princess ni lebih berkuasa dari mommy dan daddy. To make it worst...kami ada 2 tv tetapi dua2 tv dia yang berkuasa.

Ok..cerita bermula apabila ananna yang kecik itu sudah pandai main minda. Yeap..she is good! Bila dia nak tgk movie mulalah buat muka 5 sen..."Tgk..tgk..semua pegi..Nana je tak pegi". Sambil2 tunjuk TGV/GSC (bergantung pada tempat). Serupa juga lah kalau dia nak makan ice cream..."tgk..tgk..semua org mamam ice cream. Nana je tak mamam".

Hati mak bapak mana tak cair bila anak cakap macam ni. Tambah dengan body language yang ala ala manja. Ish...tak tahan ok.

So...semalam, kami pun mengambil keputusan lah menonton Ice Age 3. Wah..happy bukan kepalang. Sempat lagi tu mintak nak tgk cerita Abang (Harry Potter). Grrrr...mommy pandang muka daddy...daddy pandang muka Mommy. Wah..cerita dia lagi..

Tak pe..tak pe..kata mommy to daddy. "Balik dari Cherating kita tinggal kan dia kat Nursery and kita boleh berdating berdua tgk transformers. K", kata mommy menyedapkan hati daddy.

Tapi?? sanggup kah? Aggggghhhh...silap haribulan ada orang yang tgk transformer kat DVD haram je ni..uhuk..uhuk..

Ye..tuan2 dan puan2 ..itu lah pengorbanan mak bapak yang kaki wayang. Mendahulu kan anak dari kemahuan diri sendiri..so anak2 tolong jangan derhaka...ok.

Eh..boleh ke?

Saturday, July 4, 2009

Shopping..shopping!



Agh...letih. Tapi puas hati...ekeke. Hajat hati nak beli bag saja tapi terlajak sekali beli dua seluar untuk ke office. Bag pun sangat cantik.

Overalnya, hari ini hati saya lalala..menyanyi riang. Dapat shopping..dapat makan ayam penyet ria..dapat makan Dime Cake..dapat minum kopi o panas. Susah nak dapat peluang macam ni tau.

Thanks G, sbb sanggup teman kan I shopping dan berjogging di Ikea, Ikano dan Curve.!

Oh..gambar di atas, Ananna bergaya ala-ala model bersama Cow.!

**sebelum sale tamat, saya mahu beli kasut pula..**

Thursday, July 2, 2009

Gemoks.

Salam...

Rasa macam gemoks lah pulak today..why ye? Ohh...tadi bfast free...lunch free..karang minum petang oso free..wah lah..habis my diet and all mcm ni. Emh..emh..nevermind..balik kang mesti gigih exercise..Oh..nak cycling ka or nak jogging sambil tengok e-news..ekeke..Eh..tapi saya tapau mee hoon goreng untuk Ananna. Nampak macam sedap. Maybe...curik sikit kot...ekeke..

Uwa..uwa..tak mo gemok..tak mo gemok..I like my body skrg..*perasan*

Dadada..nak sambung buat sales result...aih..mencik lah tgk nombor ni.