Thursday, December 31, 2009

Artis oh Artis!

Artis itu hipokrit, betul kah? Kadang-kadang lawak dengan gelagat mereka ni. Buat kita macam bodoh pon ada juga.

Contoh..masa bercinta bukan main menafikan tapi bila dah putus..ha..habis semua cerita dalam seluar dalam pon boleh terkeluar.

Lepas tuh lawak lar pulak dengan perangai peminat-peminat artis nih. Bukan main membela macam artis ni malaikat lar pulak. Dah bersungguh memebela, gedebak gedebuk artis kena tangkap basah..tak pon kena tangkap sehati berdansa kat disko haram.

Camne tu?

Hahaha..malas lar. Kalau saya nak ikut perkembangan artis ni pon sebab saje nak melepaskan stress. Eh..betul apa. Boleh gelak guling2 tgk drama lawak hipokrit mereka ni.

Wednesday, December 30, 2009

Shopholic.

Tak ada lar rasa macam tergila-gila sangat dengan Shopholic series ni. Tapi bila dah baca terus jadi gila!

Fine! Saya lambat..tapi apa problemnya. Buku tu kan tak basi. Betol tak?

Ok lar..skrg mau sambung "The time traveler's wife"...dadada.


Saturday, December 26, 2009

Beerrraattnyaaa!

Sekarang ni memang tak larat betol nak mendokong Ananna. Beerraattt oiii!.

Masalahnya, dia banyak alasan untuk mintak dokong. Kejap-kejap cakap nak jadik macam baby (siap-siap buat suara baby). Kejap-kajap pulak buat gaya ala ala nak tido. Boleh tak..bila tgh jalan dia buat kepala tersenggok-senggok. Tak pon dia kata kaki sakit...tetiba ok.

Kalau Daddy ada ok lagi lar..boleh main ganti-ganti. Kalau mommy sorang2..how? Fuh..menggigil tangan.

Tapi......

Benda-benda macam ni kejap aje. Tak lama lagi bila dah besar, dia sendiri tak nak mintak dokong. Masa tuh saya gerenti..kami akan merindui saat dia buat perangai2 nak mintak dokong. Sedih ok.

Entah lah...saya sayu bila memikirkan yang ananna sudah besar dan akan besar lagi. Bukan setakat bila besar dah tak mahu dokong..nnti dia sendiri mintak tak mau lagi tidur ketiak mommy..tak mahu lagi kena peluk dan cium...........

ok..dah..dah..saya dah sedih!

Sunday, December 20, 2009

Wknd hebat bersama Ananna.

Salam Hijrah..

Aktivit hebat kami :

*Honey bekerja wknd..jadi cuma saya dan Ananna saje*

1. Pergi dentist. Saya yang sakit tetapi Ananna duduk di tepi saya sambil flying kisses. Soalan biasa di tanya " sakit te mommy?".

2. Kami ke Setia Alam. Makan Pizza dan lepak selama 2 jam. Saya sempat menghabiskan beberapa chapter buku dan Ananna puas main dekat playground KFC.

3. Ananna demand nak buku. Seperti biasa kedai buku kegemaran kami ialah di Amcorp Mall, bookxcess. Ananna membeli 3 buah buku, satu set alat tulis dan pensil warna. Perjalanan pulang, Ananna tidur dalam timbunan buku-buku. Kali ini saya tidak shopping buku. Ada 5 buah buku yang tidak habis di baca ok. Sabar..sabar.

4. Kami menonton DVD 2012. Fuh..Ananna menjerit-jerit sambil menyorokkan kepala ke dalam selimut.

5. Ananna sambung tgk Mickey Mouse.

Tidur dalam keadaan puas hati.

Oh..sehari sebelum itu, kami (termasuk Honey), sempat lepak di J.co Donut..best..best.

Hari ini pula, perancangannya makan nasik lemak, tengok DVD, sidai kain sebab semalam dah hujan..banyak kain tak kering, gosok baju satu baldi besar..aih..rasa tak larat malam karang hantar dobi, hari ini mau senam robik aje dan lepak..lepak..lepak.

Uargh....esok sudah kerja. Tak suka. Tak semangat.

Saturday, December 19, 2009

1430 dlm kenangan.

Salam Maal Hijrah....

Kenangan sepanjang tahun 1430..

1. 20kg lemak hilang. Yeay.
2. Masih berjaya maintain the weight..yeah..yeah.
3. 2 Makcik meninggal dunia.
4. Abah masuk hospital dan kesihatan abah agak merundum.
5. Celebrate birthday @Legend Hotel PD...
6. Kerja agak mendatar. Tiada yang menarik sangat. Kadang2 agak membosankan.
7. Rajin exercise tapi kadang2 malas juge.
8. Rajin giler membaca buku sekarang. Bookxcess kat Amcorp Mall tempat paling best untuk shopping buku. Ananna pon dah pandai beli buku. Tadi dia baru paw mommy 3 buku..
9. Ananna ada concert. Gila cute.
10. Ananna ada hari sukan. Gila cute juge.
11. MZ ada bf baru..wakaka. Lawak ok!
12. Kain kebaya saya pecah pada tghr raya pertama. Nasib bawak jeans sebagai penyelamat.
13. Gila Twillight.
14. Honey bagi bunga kat office. 1st time dalam hidup. Rasa nak pengsan!
15. www.scarflicious.blogspot.com dilancarkan...baju RM30. Shawl RM18 and Tudung Instant ala Ariani RM38.

Emh..apa lagi?

Harapan 1431??

Fakhry Khaled or Ashooora Aisya?? Semoga berjaya!

Sunday, December 13, 2009

G kawen.

Date : 12/12/2009
Time : 12:45pm
Venue: Rumah G kat Teluk Intan.

Buat G n Maped, semoga berbahagia sehingga ke tua kerepot. Lepas ni kita boleh plan to pregnant together2..hahaha.

Semua gambar di bawah ni (kecuali gambar terakhir) di ambil oleh Ananna...ada talent tak?

Masa ni Ananna kata "Mommyyy!! Uncle ada pisau!!"..ok..sila lihat betul2. Betul kan tu pisau? ekeke.

Pengantin perempuan hilang?



Sila sopan ketika menjadi pengantin..tangan dok diam please..ekeke.


Sesiapa berminat dengan shawl yang saya pakai, sila ke www.scarflicious.blogspot.com atau hubungi kami di scarflicious@yahoo.com..hahaha..sempat buat promote...

Saya driving pegi dan balik. Giler penat. Ananna pulak sempat mintak singgah kat Tesco K. Selangor dan beli Barbie Doll + bathroom set. Emh..kami main berdua....ok..ok..mommy yang terlebih main...ekeke.






Thursday, December 10, 2009

Azam baru untuk tahun baru.

Azam untuk rumah..

1. Gate and Autogate - Dah pasang awal dec lepas. Tak ler cantik sangat tapi nampak cute giler.

2. Pagola - akan pasang by end of Dec.

(Dec...pokai! Hondarian lain kayoo)

3. Repair Plaster siling. Plan in January.

4. Repair electrical, install new lampu and cat bahagian depan rumah. Plan in Februari.

5. Cat bahagian dalam rumah..masih kekal kan custom made purple tuh and nak tambah color merah hati..juga custom made dgn pintu dapor..depan tempat meja makan...huhuhu. Plan in March & April.

6.Pasang pintu kat bawah store bawah tangga. pintu dah ada..tinggal nak pasang. Plan in May

7. Pagola, pagar dan simen bahagian belakang rumah. Plan in June (Why June...? Hehehe..hanya Hondarian saje yang tahu)

8. Beli tiles. Sbbkan duit dah pokai...so hanya beli aje dulu..pasangnyer kemudian. Plan in July.

9. Pasang tile depan dan belakang - Plan in Aug - Sept. Ha..sambut raya rumah dah hampir cantik...hehehe.

10. Decorate backyard..and beli pokok2.Plan in October

11. Kemas bilik no 4. Pindah kan katil bilik no 2 to no 4. (Plan in Nov)

12. Hias bilik Ananna pule..ala ala princess. Plan in Dec.

Ok..cukup dak...satu tahun punya azam..

Emh...boleh lar.

Saturday, December 5, 2009

Scarflicious sale and shawl batch no 2.

Salam..

Scarflicious shawl pon dah letak kat mudah..and dah up pun the add. Malangnya, ada orang bukan nak beli shawl tapi nak mengurat! Boleh tak?

Wei....saya tak cantek! Saya dah tua! Sudah 34! Sudah ada Mr Iznil (yang macho and buncits!..hahaha..love you Honey!) and saya sudah ada lil Princess Adrianna Khaleda Iznil!!!

Tolong beli shawl dan jangan sibuk ngurat saya!

Ok..ok...sila klik http://scarflicious.blogspot.com/2009/12/announcement-sale-sale-sale.html

dan

http://scarflicious.blogspot.com/2009/12/batch-no-2-gorgeous-shawlscarflicious.html

atau

www.scarflicious.blogspot.com

Enjoy shopping ladies!!!

Tuesday, December 1, 2009

Berpakaian tetapi telanjang

Saya pon masih tak betol lagi dalam menutup aurat ni. Masuk tahun 2010, sudah 4 tahun saya bertudung..emh..belum cukup menutup aurat lagi..

InsyaAllah..saya akan mesti gigih!!!


Kita berpakaian untuk melindungi tubuh, untuk nampak lebih berketerampilan, juga sebagai melaksanakan sunnah yang dianjurkan Islam. Namun tidak semua konsep berpakaian menepati syariat, malah ada ketikanya ia mendatangkan ‘bala’ pula kepada kita. Ini sama seperti pesan Rasulullah lewat hadis baginda;

Daripada Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Ada dua macam penghuni neraka yang kedua-duanya belum kelihatan olehku. Pertama, kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi yang digunakan untuk memukul orang lain. Kedua, wanita yang berpakaian tetapi sama seperti telanjang (kerana pakaiannya tidak menutup aurat, nipis dan mendedahkan bahagian yang tidak sepatutnya dilihat bukan muhrim) dan wanita yang mudah dirayu dan juga suka merayu. Wanita tersebut tidak dapat masuk syurga, bahkan tidak dapat mencium bau syurga, padahal bau syurga itu dapat dicium dari jarak yang sangat jauh.” (Sahih Muslim)

Salah satu budaya malang yang menimpa wanita Islam dewasa kini ialah budaya berpakaian tetapi telanjang. Kebanyakan wanita hari ini berpakaian mengikut fesyen walaupun ada sesetengah fesyen yang dikenakan amat bertentangan dengan syariat Islam. Ada sesetengah wanita pula menyangkakan bahawa dengan bertudung, mereka sudah menutup aurat, sedangkan apa yang mereka sarungkan di tubuh badan mereka hanyalah pakaian yang nipis melayang ataupun yang ketat dan sendat seperti nangka dibalut dan nampakkan segala-galanya. Ada juga yang menenakan tudung tetapi menampakkan lengan (short sleeve). Sesetengahnya pula berbaju pendek/singkat hingga menampakkan seluar dalam, bentuk ‘V’ line dan lurah ‘bumper’ mereka.

Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Aisyah r.a. bahawa ketika Asma’ binti Abu Bakar r.a. bertemu dengan Rasulullah SAW, ketika itu Asma’ sedang mengenakan pakaian tipis, lalu Rasulullah SAW memalingkan muka seraya bersabda, “Wahai Asma’! Sesungguhnya, jika seorang wanita sudah sampai masa haid, maka tidak layak lagi bagi dirinya menampakkannya, kecuali ini ...” (baginda mengisyaratkan pada muka dan tangannya).

Kenapa wajib menutup aurat? Jawapannya ada dalam al-Quran, Allah SWT telah berfirman yang bermaksud, “Hai Nabi katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha pengampun lagi Maha penyayang.” (Surah al-Ahzab [033], ayat 59)



Ciri-ciri pakaian Muslimah :
1. Tudung mestilah labuh menutupi dada dan tidak jarang/nipis
2. Baju mestilah labuh dan longgar
3. Lengan baju panjang sehingga pergelangan tangan
4. Kain/seluar yang dipakai mesti panjang sehingga ke buku lali (mata kaki)
5. Kasut yang tidak berbunyi (sekiranya hendak memakai kasut yang bertumit tinggi, pastikan tumitnya diperbuat daripada getah)
6. Memakai sarung kaki

Dalam urusan berdandan atau berhias-hiasan bagi golongan isteri juga haruslah dilakukan menepati syariat seperti mendapat izin suami terlebih dahulu. Ini ditegaskan Rasulullah SAW seperti yang diceritakan daripada Asma Abu Bakar mengenai seorang wanita yang datang bertanya kepada Rasulullah, “Saya mempunyai kemusykilan. Berdosakah kalau saya berdandan dengan harta suami yang belum diberikannya kepada saya?” Balas Rasulullah SAW, “Orang yang berdandan dengan apa yang belum diberikan suaminya, sama dengan memakai dua helai baju palsu (penuh dosa).” (Sahih Muslim)

Renung-renungkan!