Sunday, April 26, 2009

Wknd - Birthday Mak.



1. Location : Jusco Bukit Tinggi Klang..
2. Birthday mak yang ke 67.
3. Tak sempat nak snap banyak2 sebab sibuk layan princess.
4. Pizza sedap..sbb crunchy. Suka mamam yang boleh keluarkan bunyi krup krap!
5. Saya ? Behind the camera.
6. Kembar Honey juga berada behind the other camera.
7. Tak aci macam ni..sapa nak amik gambar saya nih....ish!

*Saya dilema sekarang..mahu Damai Laut atau Legend Water Chalets atau Avillion Water Chalet gak. Ish..pening*

Wknd - Tanjung Harapan Klang.

Chef & pembantunya..
Daging burger yang terkenal kelazatannya!



Atuk & Nenek Ananna!

Shopholic!

Kadang-kadang saya hairan orang boleh membeli sehingga 3 pasang kasut, 4 botol perfume, 5 helai bra, 3 bag tangan dan satu set make up dalam sekali shopping.

Kadang-kadang timbul juga rasa cemburu di dalam hati melihat keupayaan mereka dalam membeli belah. Tentu rasa jaki melihat mereka menjinjing barang-barang hasil belian.

Secara jujurnya, saya suka kan great bargain. Siapa tidak??

Tetapi....saya bencikan suasana yang bising dan dalam keadaaan berebut. Paling lama saya boleh berada di sana cuma 30 minit. Selepas itu saya mulai bosan. Dalam keadaan yang hiruk pikuk dan keadaan manusia yang separuh sedar itu membuatkan nafsu shopping saya mulai terbantut.

Saya sukakan keadaan yang aman di mana saya boleh membeli dengan secara tenang dan hanya membeli barang yang benar-benar perlu sahaja. Bukannya di pengaruhi oleh nafsu.So far ni, tempat yang tenang selalunya punya harga yang mahal. Ha..kalau begini pun boleh membuatkan nafsu saya terbantut.

Emh...yang pentingnya..dalam keadaan ekonomi begini kita perlu lah pandai berjimat. Bukan kah pembaziran itu kawan kepada syaitan.

Bila fikir2kan balik..apa lah yang saya sibuk nak jaki sangat ..kalau ada yang membeli 3 pasang kasut, 4 botol perfume, 5 helai bra, 3 bag tangan dan satu set make up..sebabnya..at the end pun saya tetap setia degan kasut croc color merah, perfume tanpa alkohol, bra pun baru beli jerk, bag tangan?? tidak perlu kerana saya setia dengan backpack dan make up yang ada ni pon tak habis pakai lagi ha...

Jadi perlu kah saya berebut-berebut di metrojaya warehouse sale itu??

Ye..maaf..demam metrojaya tidak habis lagi..

*Bila shopping mesti fikir barang Ananna dulu*

Thursday, April 23, 2009

Perasan!




Bosan tak ada orang nak amik gambar saya..so amik gambar sendiri ler...

Update - Metrojaya Sale.

Ramai orang jadik crazy dengan Warehouse Metrojaya Sale. Saya antara orang yang tergolong dalam kelompok ini lah. Menggigil tubuh badan bila dengar Warehouse Metrojaya Sale ni.

Tetapi.......

Warehouse sale itu jatuh pada hari waktu bekerja ..(ceh macam nak umum hari raya). So...plan kena baikkk punya. Tension tau!

So? Apa kah barang belian saya?

1. T-Shirt jenama Renoma color biru - 2pcs
2. Seluar legging color biru gak jenama Poney - 1pc.
3. 2 keping jambu batu.

Di sebabkan tension punya pasal..balik rumah terus "Honey..jom gi Seksyen 7. Dah lama tak beli tudung". Huh..alasan. padahal ada banyak tudung..but wait...tudung yang kat rumah tu dah lama ar dan ada yang tak match dengan baju. Solution nya...seksyen 7 lah babe.

Barang belian saya?

1. 1 tudung hitam belah depan.
2. 1 anak tudung jenis serkup dan tutup hingga ke arah tengkuk.
3. Selendang hitam.

Why hitam? Senang nak match dengan kasut merah saya oke.

Emh..rasa macam esok nak pergi sana lagi lar..nak rembat lagi satu tudung belah depan. *kira duit dalam purse* Emh...tak beli pun tapi dapat cuci mata pun dah puas hati.

Oh..lepas ni nak cari Fatihah..nak belajar cara-cara lilit tudung selendang. Tengok dia buat macam kemas jerk...tapi tak tau lah kalau saya pulak buat. Ntah apa jadik nanti..

Ok...apa lagi..alamak..lupa lagi nak upload gambar hasil dari camera DSLR saya tu...nanti lah yer.

* Masa tengah sibuk gila amik gambar kena tegur dengan abang2 polis. Mengurat...ingat gue ini anak dara lagi...wah...! Terpaksa tunjuk..ahem..ahemm..Honey saya ada kat belakang tu lah abang polis...ekeke.*

Tuesday, April 21, 2009

Metrojaya...oh..Metrojaya!

Yoooo...esok ialah hari yang di tunggu-tunggu. Metrojaya Warehouse Sale.........

Jom..jom..jom..kita shopping.

Malam tadi saya siap mimpi-mimpi lagi..mimpi melampau di Metrojaya Sale..gitu. Aih..sakit benar ni..

Ok..sebabkan dah malam..nak bobok..saya akan sambung perkembangan Metrojaya Sale esok...dan juga perkemabangan hari minggu saya.

Dadada..gudnite.

Eh..psssstttt..esok dan lusa macam dalam heaven. Semua boss tada...meeting kat East Cost...Yebadabadoooooo!

Kenapa saya tidak minat Exora.

Kenapa? Nak tahu? Dah tengok Exora ke tak? Emh..nampak cheap kan? Interiornyer nampak oh..so cheap. So sesapa yang banyak duit dan tak kisah dengan quality, kehebatan enjin dan penjimatan minyak..go ahead..booking lah 1st Malaysia MPV itu.

Saya tidak boleh terima betul dengan interior kereta ni..exterior depan ok but the lampu belakang looks ugly. Pagi tadi saya bernasib malang. Sprint hiway macam biasa pagi-pagi mesti jam. Tahu kereta apa di depan saya?? Apa lagi...Exora la kaler putih..Adoi setiap kali tekan brek nampak lah lampu-lampu belakang yang ugly itu..Rosak mood pagi. Saya terus migraine.

Rakyat Malaysia..jangan terasa sedih dengan Exora..jangan risau. Kalau anda rasa Exora tidak memenuhi citarasa anda apa kata kita tunggu sekejapppp je lagi kedatangan MPV terbaru Perodua. I tell you..interior nampak laaaggggiiii cun. Oh..org kata ada DNA Toyota ni kena lah cun..eh..ye ke DNA toyota je cun..Hellloooo..DNA Honda is much much much better tau...ekeke..*saya perempuan bias*

Ha..gi check kat www.paultan.org..ada tajuk Perodua MPV (D46T) Interior Exibited at MSAM...Dan ada mentioned kat situ nama si penyumbang gambar..ha..kalau nak tahu..jeng..jeng..jeng..Si penyumbang itu is my Honey..yeap..my Honey.!

So? macam mana? Cun or not?

*Exora is soo very the girlish..bayangkan lelaki perut buncit bawak Exora...eeee...tak sesuai ok*

Sunday, April 19, 2009

Mengantoknyer...

Seakrang sudah 10:30pm..saya masih mengadap laptop dan membuat kerja rumah. Esok pagi-pagi saya ada management presentation. Menyampah betul cuti-cuti pun kena buat kerja....Bilanya nak rehat macam nih....??

*May..cupcakes and Damai Laut..oh can't wait*

Friday, April 17, 2009

Oh..saya tahu sesuatu.

Hah..dalam minggu ini tanpa sengaja saya tahu sesuatu. Betul lah seperti sangkaan saya selama ini. Loner..looser! Yeap itu adalah gelaran yang sangat tepat untuk *tot**tot**tot*

Lalala...padan muka!

Monday, April 13, 2009

Sian Orange.!

Tahu kan..Orange sekarang sedang sakit akibat hilang seminggu dan bergaduh "kaw-kaw" dengan kucing "nasik lemak".?

Sebenarnya, Orange sudah hampir pulih. Sudah boleh makan dan minum dan tidak lagi terhoyong hayang macam minum todi. Kira-kira sudah kuat lah tu.

Orange ni pandai tau..masa sakit dia redha je makan ubat dan cuci luka-luka dia tu. Bila dah sihat sikit...amboi...bergaduh-gaduh nak bagi makan ubat.

Sebentar tadi.........

Mata sebelah kiri Orange berdarah. Membuak-buak darah keluar setiap kali saya picit tempat yang bengkak itu. Adakah nanah atau...? Emh...risau...risau...risau...

Saya berdoa semoga Orange cepat-cepat sembuh..tak boleh nak bayangkan hidup saya tanpa Orange..Uwaaaaaaaaaaa!!!!!!!

**Saya dah jumpa GF Orange. Cute. Muda. Mix**

Sunday, April 12, 2009

Snap..snap..

1. Ketika saya berusia 15 tahun, saya bercita-cita untuk menjadi journalist photographer.

2. Ketika lepas SPM saya menghantar borang ke Uitm dengan jurusan photoraphy adalah pilihan pertama.

3. Minat ini terpaksa di pendam kerana kekurangan dari segi kewangan. (kami bukan datang dari keluarga senang).

4. Ketika mula bekerja, kamera adalah salah satu barang wajib beli.

5. Kamera digital pertama di beli kira-kira 5 tahun yang lepas.

6. Kamera itu hilang ketika bercuti di Langkawi dan kami membeli model yang sama seminggu selepas itu.

7. Model tanpa gaji..Ananna, Orange dan Honey.

8. Saya gemar mengambil gamabr potrait dan candid.

9. Semalam tanpa rancangan budget yang teliti, kami membeli Dig Cam SLR punya review bagus.

10. Saya keluar dari kedai dengan muka puas hati.

11. .....



Saturday, April 11, 2009

All about Orange...



1. Orange a.k.a Yoyange a.k.a Yenge.

2. DOB 24.4.2001 - 8 years = kurang 50 umur kita. (Tahun pertama = 20 tahun umur kita dan
tahun berikutnya kita tambah 4 tahun.

3. Mommy Orange = Irene. Sekarang berada di Ipoh dan masih hidup sihat. Umur Irene lebih kurang 16 tahun.

4. Abang tiri Orange (Garfield), sebijik macam Orange.

5. Adik beradik kandung Orange = Blacky. Blacky gemok debab. Ada orang jahat kidnap Blacky. Orange terselamat sebab dia bijak gi kawan dengan Finni si German Sheppard (jiran)

6. Sepupu spipit sedara mara Orange sekarang berada merata-rata. Termasuklah anak saudara terbaru Orange sekarang berada sihat di Kelana Jaya.

7. Sebenarnya, kami jaga 3 ekor - Orange, Blacky dan Mocot (sepupu Orange). Umur Mocot tidak lama kerana dia mati kerana jangkitan AIDS. Habis satu rumah kena basuh dengan Clorox. Orange dan Blacky kena kuarantin di wad selama 3 hari untuk memastikan mereka tidak terkena jangkitan AIDS. Mocot sekarang berbakti di rumah emak...melebatkan pokok mangga di depan rumah.

8. Sewaktu mengandungkan Ananna, Orange suka landing kat perut dan Ananna akan tendang-tendang Orange.

9. Sepanjang hidup, saya tidak pernah nampak Orange mengurat mana-mana betina. Kecuali 3 minggu lepas, kata Honey dia nampak Orange emh..emh..sekor kucing betina mana ntah.

10. Orange terror memburu binatang buas di dalam rumah tetapi burung dia kawan.

11. Orange sudah beberapa kali dia sakit dan 2 kali masuk wad. Kali pertama pasal Mocot mati kena AIDS. Kali kedua kerana sakit buah pinggang. 4 hari di wad, doktor minta kami mengambil Orange. Rupanya, Orange jadi kucing tension di wad. Sebelah kandang Orange ada kucing betina bising dan gatal. Kemudiannya, Orange jadi kucing sihat cergas..

12. Orange bukan kucing kaki gaduh. Dia baik. Kalau ada kucing datang dan minta makan dia dengan senang hati nak kongsi. Masing-masing tahu peranan masing-masing dan tidak kacau jajahan sesiapa.

13. Akhir tahun lepas, "kucing nasik lemak" datang menyibuk. Dia sibuk cuba untuk memasuki jajahan orange dan mencuri makanan Orange. Ini membuatkan Orange menjadi kurang sabar. Mereka bergaduh sehingga tenggelam timbul di dalam longkang. Cuba teka siapa jadi penyelamat keadaan.?? Saya terpaksa terjun di dalam longkang dan tangkap Orange. Kemudiannya, kejar "kucing nasik lemak" dengan rotan.

14. Sessi pergaduhan mereka ini membuatkan kami tidak senang duduk. Orange akan cuba sedaya upaya mempertahan kan jajahan dan membalas dendam. Akibatnya, dalam bulan December Orange cedera parah. Bengkak menanah di bahagian bontot dan jika terlambat kemungkinan ekor terpaksa di potong. Minggu lepas satu lasi sesi pergaduhan hebat. Kali ini mata Orange dan muka sebelah kanan bengkak. Orange demam. Badan Orange menjadi susut dari 5KG sekarang turun hinnga ke 3.1KG.

15. Kami sekarang memasang perangkap untuk membuang "kucing nasik lemak". Hei...kami bukan kejam..tetapi kami sebagai parent mesti melindungi "buah hati kami"...kan?

16. Sewaktu Orange dan Blacky berumur 4 - 8 bulan, dia suka hisap tetek Honey..ekeke.

17. Orange manja sangat dengan Ananna. Dalam masa yang sama dia berhati-hati. Sudah beberapa kali Orange kena pijak, kena tunggang dan sebagainya...Orange redha.

18. Sewaktu dulu, Orange tidur satu katil sehinggalah Ananna lahir...


Ok..sekarang masa untuk breakfast...kalau ada lagi kita cerita ok? Gambar yang tertera ialah gambar terbaru Orange...nak bawa ke Klinik...sakit bergaduh.

Oh..oh..Happy birthday busyuk Orange..!
*Orange = Prince*

Friday, April 10, 2009

16KG.

Hoooohuuuuu! Secara rasminya saya turun 16KG.

Kurus kannnnn?

*bangga*

Sunday, April 5, 2009

All about me...

1. Saya super busy. Oh yeah..dah banyak kali bagi tahu benda ni.

2. Menyampah betul bila ada orang lain buat projek tapi evaluation nyer campak kat saya. Paling lagi menyampah bila kita orang ini yang bertungkus lumas bekerja tetapi orang lain pula dapat nama. Rasa nak sekeh je kepala. *sabar..sabar*

3. Benci dengan internet connection minggu ini. Lembap mengalahkan kura-kura. Paling sakit hati apabila dealers Honda tidak boleh membuat order secara "online". Sekali lagi saya dan orang kanan bertungkus lumus melayan dealers seluruh Malaysia dan juga berperang dengan cut off time untuk meastikan penghantaran tetap berjalan dengan lancar. Ha..ini pun kalau tetiba ada manusia yang datang lepas itu "dusyum" pagi-pagi mahu saja saya baling dengan kasut merah "crocs" saya...*hehehe*

4. Saya tetiba rasa macam gila shopping. Mentang-mentang dah kurus..hehehe. Ok..saya beli seluar hitam, kasut merah crocs, banyak DVD cetak rompak, magazine gossip dan fitness dan yang lainnya baju dan kasut baru Ananna. Daddy dah beli last month. Emh..apa nak beli pula bulan depan ye?

5. Semua baju saya longgar. Tak sesuai ok. Sekarang selongkar balik baju-baju dan seluar-seluar lama. Sangat terkejut...longgar. Hehehe..jadinya jangan jeles ok. Akak kurus dan hot sekarang..hahaha.. Ops..ops..serius. Emh...penat lelah saya sangat berbaloi. Sesiapa yang mahukan tips untuk kurus sila hubungi saya..alamak..kena bagi no phone ke?? emh..

6. Saya sesatunya perempuan kat Honda PJ Sales & Mktg Div yang pergi kerja bergalaskan bag sandang belakang dan berkasut merah. Peduli apa..tak langgar undang-undang pun. Cuma terasa muda dan Rock..hehehe.

7. Esok...saya pitam.! Sales forecast yang perlu di edarkan kepada business associates seluruh Malaysia dan TNB kata esok hari bergelap di Warehouse. Adoi..adoi..satu lagi projek gila. Harus aturkan segalanya dengan teliti kerana Customer Satisfaction is no 1. Walaupun mungkin esok kita (ah yes..you En S. G), terpaksa mencari barang menggunakan lampu suluh. Ingat..customer is our Master!

8. Tidak sabar untuk datangnya bulan May.

9. Gila Twillight. Gila Edward..hehehe..gila Robert Pattinson. So nyummy lelaki ini.!

10. Kadang-kadang sangat pening dengan Ananna. Dia ada perangai baru....melalak..menangis sekuat hati..Sungguh mengada ok. Kadang-kadang tu tak tahan sangat, tutup telinga tutup mata dan tidur.

11. Ananna dah besar panjang. Berat tetap maintain 15kg. Tapi alahai ketinggiannya....emh. Ikut Daddy. Sekarang kena berhati-hati sikit bercakap. Dia follow cakap kita. Paling best dia pasang telinga kat school dan balik terus gossip.."Mommy, cikgu Dida nak kawen"!

12. Ananna lah manusia paling hebat. Dia tidak pernah lupa puji saya. Setiap hari saya tetap tercantik. Bila tanya "Ananna, cikgu Farah cantik tak?". Ananna jawab..."emh..emh..emh"..Jujur kan anak saya?

13. Orange hilang seminggu. Balik...muka bengkak sebelah. Semalam sudah bawa dia ke Vets. Hilang RM138. Huh...sekarang ni saya dan Honey sedang main drama dengan "kucing nasik lemak". Kami nak pura-pura baik..bagi makan. Lepas tu tangkap dan buang jauh-jauh dari rumah. Kami perlu selamatkan kawasan jajahan Orange.

14. Selama 8 tahun Orange hidup, tak pernah sekalipun kami nampak Orange berminat dengan betina. Minggu lepas, Honey kata dia nampak Orange emh..emh..emh.. betina kampung. Aiseh...cun ke?

15. Honey semalam call back. Malam ni pun tengah call back. Ada lagi 2 call back. Alhamdulillah, rezeki murah.!

16. Rasa mengantuk dah...babai yo.!

*Suka Amcorp Mall*

Friday, April 3, 2009

Serius ..bosan!

Bosan bila...:

1. Ada 2 menteri besar.
2. Bersidang di bawah pokok. Macam cerita P. Ramlee pula.
3. Tetiba ada orang di tuduh derhaka sedangkan..emh..emh..korang pun derhaka juga.
4. Ada 15 calon nak jadi wakil rakyat. Hebat tak?
5. Banyaknya...rasuah dalam parti politik itu?
6. Yek..tak ada nafsu tengok gambar separa bogel...Ni sapa punya keja ni? Nak tido pun nak ambik-ambik gambar.
7. Bagaimana agaknya dia ye..FIL dah tak jadi PM?
8. PM baru angkat sumpah....

Bosan..bosan..bosan..

Emh..apa kata anda Service kereta Honda kesayangan anda di pusat-pusat servis yang sah dan gunakan High Grade Oil. Anda akan menerima "gift" jenama Honda iaitu payung golf dan juga tuala mandi. Saya jamin dua"gift" ini tidak akan ada di pasaran....

*Huh..mulut penat layan customers*