Tuesday, November 29, 2011

Sekolah baru Ananna.

Oooppss...cerita pasal graduation Ananna belum posting lagi kan? Tak pe kot...kita lompat cerita pasal sekolah baru Ananna. Boleh?

Kepada sesiapa yang tidak tahu, kami akan menghantar Ananna ke Intergrated Islamic School Shah Alam di Seksyen 19, Shah Alam. Jumaat lepas, kami ke sekolah baru Ananna untuk proses membayar yuran sekolah.

Owh! Sekolah ini dahulunya located di Seksyen 4 & 3 Shah Alam dan kini mereka sudah berpindah. Jadinya, waktu kami datang tu bangunan sedang dalam proses ubahsuai.

Jom tengok gambar................



Comel aje Ananna posing kat depan school dia. Ananna pon tersangat lah teruja untuk bersekolah di sini. Nak jumpa cikgu baru.......nak jumpa kawan baru......! Lagi best...kata dia lah.

Cumanya, problem sekarang ni masalah logistik dan transit Ananna. Ananna akan habis sekolah pada 3:30pm........lepas tu Ananna mahu ke mana? Kami pada mulanya mahu meletak kan Ananna dia satu pusat transit yang tersangat lah dekat dengan sekolah Ananna ni. Tapi...............................bila kami datang melawat..........................minta maaf lah. Masuk-masuk aje..pintu pagar tak tutup. Bebudak bebas keluar masuk. Kawasan laman luar  kurang memberangsangkan. Masuk ke dalam..............alahai.....kotor ya amat...berselerak. Bila tanya mana penjaga, bebudak yang besar sikit tu kata penjaga keluar sekejap.......boleh? Macam mana kami nak letak kan kepercayaan orang macam ni untuk menjaga Ananna. Aih....pening ok.

Buat masa sekarang ni, kami masih berfikir dengan ligat bagaimana untuk menyelesaikan masalah ni......

Nah...........Ananna bergaya di tepi kolam renang sekolah. Eeeeee...macam dah besar lar sangat anak dara Mommy ni!

P/S : Ananna ni lasaknya bukan main. Sampai kena tegur, "Akak dia ni memang macam ni ke? Macam budak lelaki"..........I jawab sambil tersengih..............."yeap!"...........Aih....! Tapi dalam lasak-lasak tu tetap gak anak pompuan...suka bersolek, berkemas & menyepah.........

Wednesday, November 23, 2011

35, 36 & 37 weeks.

Salam,

Lama tak hapdet kan? Apa nak buat..sekarang bukan sihat sangat pun. Ok..jom tgk hapdet..week by week..eceh.

35 weeks.

Kita buat confirmation dengan doctor untuk bersalin secara c-section. Itu pun melalui banyak kaunseling dari doctor. Tiap kali visit Doc tidak pernah menghalang untuk mencuba secara normal tetapi memandangkan tempat keluar baby tidak terbuka sewaktu bersalinkan Ananna, Doc lebih prefer untuk c-section. En Honey juga prefer c-section. Saya?? Masih dilema lagi.........sebabnya, bersalin normal pun rasa seram...bersalin secara c-section juga seram. Aih!

Saya hanya mengikut nasihat Doctor, jadi c-section di jadualkan pada 1 Dec 2011. 9 am, wajib sudah sampai ke DEMC, Shah Alam & 10:30am saya akan di tolak ke Operation Theather.

That's me, 35 weeks. Location.....tandas di Office...ekeke.

36 weeks

Contraction makin kuat. Sudah tidak mengenal tempat. Kaki dah macam kaki gajah. Sakit pinggang tahap melampau. Tidur malam pun sudah tidak lena. Selain contraction, sakit pinggang ..........small business & big business semakin bertambah kerap. Kepala otak dah tak boleh terima satu benda pun selain set kepala hanya mahu bersalin saja.

Setengah hati kata......................cepatlah. Setengah hati pula kata......................nanti dulu. Why nanti dulu?? Saya hanya berpeluang untuk pregnant 6 tahun sekali sahaja. Rindu............dengan setiap detik waktu mengandung ni. Bukan semua orang punya pengalaman indah macam ni. Lagi satu, plan kami untuk punya 2 anak saja..jadi kemungkinan besar ini adalah kali terakhir saya mengandung. Ananna pon dah warning........"Mommy bagi Nanna 1 baby aje. Jangan banyak-banyak baby, Nannti Nanna pening!".........

Doctor, buat schedule minggu depannya untuk CTG & MC sehingga saya c-section. Saya juga berjumpa dengan admission untuk memilih bilik. Macam biasa saya pilih 1 bilik sebabnya, tak mahu kongsi tandas & nak privacy kami sekeluarga.




36 weeks...& comel tak?? ekeke..

Hari jumaatnya, saya babai & peluk cium to kawan-kawan kat office. Saya akan mula bercuti..........jumpa lagi selepas CNY next year.

37 weeks


Isnin, sudah mula bercuti. Lega tidak perlu driving 100km/day + traffic jam. Lepas subuh, bersiap untuk ke DEMC. Ni kali kedua Ananna ikut......dia sangat teruja. Ananna ingat nak tengok baby dalam perut tapi kecewa sebab hanya boleh dengar jantung baby aje (CTG). Waktu CTG tu, Ananna kacau-kacau baby A.Z & baby pun apa lagi over excited dalam perut ar.

Selesai saja, kami terus menuju ke kedai-kedai belakang Tesco Xtra untuk lunch. Malangnya...........penuh! Terpaksa lah makan donuts & sandwich kat Dunkin Donuts.

Sampai rumah aje........terus pengsan (tido). Penat!

Sebenarnya, banyak benda hendak di buat sebelum bersalin. Sudahlah maid yang sepatutnya datang setiap hari tetiba terus hilang.! Buatkan saya geram dan serik! Nampaknya, semua kerja rumah harus di lakukan sendiri. Aih!...tak larat ok..Serius tak larat. Honey pula bekerja weekdays.....Jadi segala-galanya kena buat sendiri. Tapi saya buat schedule lah. Tak mahu terlebih buat...yang sakitnya saya.

Hari ini  saya mahu berehat di rumah. Esok, saya kena bawa Ananna ke dentist. Weekend ni pula mesti beli barang-barang dapur dan beberapa kelengkapan berpantang.

Pantang??? Saya akan berpantang seorang diri without helper. Saya sudah nampak teruknya menguruskan seorang diri...babynya...Anannanya....Orangenya.....nak masak lagi...dengan tak retinya...main belasah aje.  Mujur juga Honey cuti 2 minggu. Ringan juga beban. Owh....dalam pantang tak habis, kami kena uruskan pula persekolahan Ananna......................

Wajib kuat fizikal dan mental!

Ok......itu aje hapdet kali ini.

P/S : hari ni macam demam. tekak ada tonsil.......uhuk!



Thursday, November 17, 2011

Apa lagi alasan kita??

Salam semua,

Ramai orang memberi 1000 alasan untuk bersolat. Kenapa?? Kenapa kita begitu berani sekali melanggar suruhanNya??

Tidak berguna jika kita hidup 1000 tahun jika kita tidak bersolat...Renung-renungkan dan fikir-fikirkan lah......

Lihat gambar-gambar di bawah. Semoga boleh memberi keinsafan kepada kita.........

Gambar di ambil dari Pakcik Google.




Teringat waktu balik dari Italy, kita bersolat di atas pesawat yang dalam keadaan cuaca di luar sedang ribut petir. Mamat kacak dari German do perati kita aje. Bila habis, kita senyum, dia pun senyum dan mulalah sesi soal jawab....dan berborak sakan hingga sampai ke Malaysia.
 
Next posting : 35, 36 & 37 weeks update & Ananna grad day.

 


Tuesday, November 8, 2011

Ananna wish....................(???)

"Mommy oh Mommy, Ananna wish you are young!", Ananna membebel dalam kereta.

"Haaa.??", Mommy buat muka blur. "Am I look too old to you?", Mommy nak marah ni...cheh!

"No, Mommy. Mommy nampak TUA sebab tak ada MAKE UP", kata Ananna.

"Ooooo, ni sebenarnya nak cakap suruh Mommy beli Make up lah ni ye??", huh..Mommy sebenarnya dah masak dah dengan perangai Ananna. Sejak 2 minggu ni asyik tak sabar nak tunggu Nov sebab 13 Nov ni Graduation day dia. Cikgu dah pesan kena cantik-cantik dan kena make up. Malangnya, Mommy Ananna ni kan secara naturalnya beauty *cough,cough*.

So, make up kit yang ada dalam bag konon-konon bag make up :


1. Minyak angin Yu Yee
2. Bedak compact.
3. Pelembap.
4. Lip Pallete
5. Simply Siti - Lip gloss
6. Simply Siti - New Age cream (ni ala-ala BB cream)
7. Eye Liner.

Selalunya, Mommy cuma pakai No 1, 2, 3 & 6...Yang no 1, macam wajib lar kan, sebab bau dia sedap...huk!

Ok, anak dara membebel & Mommy pon rasa mood baik nak make up..so, semalam we all shopping..............

Apa we all beli?.....grrr...alamak x ada gambar.

1. Lipstick In2it - PINK ALARM. Rasanya ni wajib bawak masa gi spital nanti. Sebab muka lepas bersalin sure horror...lepas tu mesti banyak pelawat..Kena ler berseri-seri sikit. Pakai sedikit olesan pon dah ok.

2. Silky Girl - Mascara.

3. Silky Girl - blusher.

4. Silky Girl - eye shadow.

5. Maybelline - BB cake powder. Eh! I suka powder ni..murah pula tu.

6. Maybelline - Lip balm. Ni pon suka sebab ambil menthol so rasa macam berangin aje lah.

Haaa...Ananna puas hati sebab dah ada make up. Pagi tadi bangun tidur mengamuk-ngamuk sebab kena pakai baju sekolah. Dia ingat hari ini graduation day dia..........jenis tak menyabor!.

Friday, November 4, 2011

Ananna yang macam-macam....!

Salam,

Ananna ni macam-macam. Seminit pon tak boleh dok diam. Ada aje aktiviti yang dia nak buat. Macam ni ha......tengah tunggu Daddy ambil kereta dari parking Subang Parade tu,, dia sempat pulak posing sambil menyanyi! Nyanyi yang sungguh-sungguh tu.....siap ada kakak-kakak yang tepuk tangan utk dia..Fuh...Mommy tepuk dahi!

Jom........tgk gambar.


Mula-mula posing, buat muka sweet!

Sweet lagi..walaupun dah start dah nak nampak nakal dia!

Tu dia........menyanyi menuju puncak...kononnya lah.

Korus lagu. Penuh perasaan.!

Suka...! sebab ada penonton tepuk-tepuk tangan!

Haaa...posing untuk Mommy. Ni ler gambar profile FB & HP I......untuk pengubat rindu........!