Wednesday, August 19, 2009

Orange.. April 2001 - 19 August 2009 8:10pm.

8:05pm, Orange melompat keluar dari kandang dan terus berlari dan berlari..selaju yang mungkin. Seronok benar dia dapat mempermainkan mommy dan ....GEDEBOM...dialnggar kereta Wira kaler biru cair.

Mommy berlari..berlari..dan menjerit. Orange berlari mendapatkan mommy..pandang muka mommy dalam-dalam..Pandangan sakit. "Mommy..Orange sakit..sakit sangat Mommy.

Mommy jerit memanggil Orange. Orange tarik nafas panjang dan dalam...dan menghembuskan nafas terakhir di pelukan Mommy.

Mommy meraung.."OOORRRRRAAAANNNNGGGEEEE!!!!!"

Tiada balasan dari Orange.

"OOORRRRRAAAAMNNNGEEEE!!!!!"

"OOOORRRRAAAANNNGEEEEE!!!!"

Mommy peluk Orange. Mommy cium Orange. Orange sudah tiada.

Mommy ambil cangkul dan memilih untuk menanam Orange di hadapan rumah. Mommy mahu selamanya dekat dengan Orange. Dengan bantuan adik, mommy gagahkan diri mencangkul tanah. Kubur Orange siap pada pukul 9:30pm.

Mommy peluk Orange lagi..cium Orange lagi. Kali ini pelukan dan ciuman mommy adalah yang terakhir buat Orange. Mommy letak elok-elok Orange. Mommy kambus kubur Orange dengan linangan air mata yang tiada hentinya.

Mommy pandang kandang Orange..mommy pandang tandas Orange..mommy cium bau tangan..berbau Orange. Rumah juga masih berbau Orange. Terngiang-ngiang suara Orange memanggil Mommy.

Oh..Orange..8 tahun bersama keluarga Iznil..8 tahun yang tidak akan mommy lupakan seumur hidup Mommy. Orange buah hati Mommy..untuk selamamanya Mommy sayang Orange. Mommy terlalu sayang Orange..

**Mommy cuti esok. Mommy terlalu sedih. Ananna hilang best fren**

5 comments:

  1. aiya.... ngape la time adik datang Orange ni leh mati? adeh... jenuh iols cangkul tanah keras depan rumah uols tau~

    BTW, tadi balik rumah both mak ngan abah sampai umah jek trus carik koko peluk cium... yelah, koko tu pun ngan weols dah masuk 6 tahun. Lama tuh kasih sayang ibarat anak nak masuk darjah satu... pergh~

    Bye bye orange.......... i will be missing you~~~~~~~~~~~~~~

    T____T

    ReplyDelete
  2. Adik...tenkiu. sedih ok.

    Nuuril..dah bengkak2 mata ni U. Sakit kepala bagai...aih..sedih yang amat. Dah lah nak raya...

    ReplyDelete
  3. alaa.. kucing cute tu dah tade... *sob sob..
    jgn sedih2 sgt ye dear... takecare!

    ReplyDelete
  4. Faisyura..sedih..tapi kena terima hakikat..takda satu pon yang kekal. Apa pun saya puas sbb dia pergi di depan mata dan saya sendiri kebumikan buah hati saya ni.

    Reel..yeap..he'll be missed and susah betul nak biasa kan diri without him. Akak letak bekas makan, minum dan tandas Orange macam biasa and everyday akak visit kubur dia. Entah lah..akak mmg sedih sgt.

    ReplyDelete