Tuesday, March 31, 2009

My Earth Hour.

1. Tutup semua lampu dan kipas. Cuma buka Astro Ceria sebab nak elak Ananna bosan.
2. Pasang lilin kecil. 2 kat dapur, 2 kat meja makan, 3 kat tangga, 2 kat bilik dan kat bilik mandi.
3. Semua lilin berbau Lavender.
4. Mandi buih...sabun bau apricot..(curi sabun Ananna).
5. Borak-borak dengan Honey..EDS bergelap kecuali monitor komputer.
6. Borak-borak dengan Ananna. "Oh wow mommy!..apa ni" "Oh..cantikkkknyerrrr"
7. Solat Isya'
8. Sampai waktu untuk buka lampu dan kipas.
9. Berebut dengan Ananna untuk tiup lilin.
10. Sambung tengok Ceria dan Konsert AF....

Saya bangga menjadi antara rakyat Malaysia yang punya kesedaran diri.

Wednesday, March 25, 2009

Kadangkala...

Oh..kenapa tiada tajuk.?? Banyak lah sebabnya...


Kadangkala saya bosan berblogging. Kadangkala saya gila berblogging. Kadangkala sedang gila, idea pula hilang. Ini yang membuatkan malam tidak tidur..mandi tidak basah..makan tidak kenyang!. Kadangkala sedang sibuk menggila di pejabat, idea pula datang mencurah-curah. Kadangkala, talian internet pula seperti haram jadah membantutkan projek blogging. Kadangkala sedang sibuk menaip entri tetiba pulak Orange dan Ananna buat perangai baekkk punya cantik.



Kadangkala...saya impikan saya tidak perlu susah payah blogging. Apa sahaja terlintas di kepala terus saja publish di blogspot. Tetapi gimana ya..kalau saya sedang memikirkan...emh..emh..emh..18sx..ekeke.

Kadangkala saya terfikir...ada ke orang nak baca blog saya ni?? Wah..malu ah! Eh! Mestilah ada...tetapi siapa??

Anda lah siapa lagi....

"I like your support"

Monday, March 23, 2009

Report Card Ananna (Jan-Feb 2009)

Ulasan Guru

"Seorang yang periang. Cuba menyiapkan kerja-kerja yang di beri. Suka mewarna. Masih lemah ketika memegang pensil dengan betul. Suka menyanyi dan menari lagu kanak-kanak. Boleh mengikut membaca doa-doa yang di ajar. Masih keliru dengan warna-warna yang di ajar."

Periang?? yeap..that's my dotter.

Cuba menyiapkan kerja-kerja yang di beri?? erk..yeap..dia tak puas hati selagi tidak siap.

Suka mewarna.?? Habis rumah dia kaler.

Masih lemah ketika memegang pensil?? Cara Ananna pegang hampir sama macam mummy pegang. Tekan dan conteng

Suka menyanyi dan menari?? Oh..yess..dia sekarang suka dengar lagu Lady Gaga..

Membaca doa?? Terlebih terror. Sekali dinner entah berapa puluh kali dia baca doa makan. Masuk tandas pun sebut Assalamualaikum...Sure Setan2 dalam tandas cabut lari.

Keliru warna?? Emh...?? Tak sure pulak yang ini.

**Tidak sangka Ananna dah hampir 4 tahun**

Thursday, March 19, 2009

Kami support 2009 earth hour.

Dear kawan-kawan..

Mari lah kita support Earth Hour.

Mari lah kita bersama-sama untuk menutup lampu sebagai tanda sokongan.

Tidak lama..cuma sejam sahaja. Dari 8:30 malam - 9:30 malam, 28 Mac 2009.

Saya bangga kerana Honda juga support Earth Hour..Jadinya sepanjang masa kami akan memakai gelang getah sebagai tanda sokongan dan juga sebgai tanda peringatan kepada yang lainnya.

**mari kita saksikan keindahan sebenar bulan dan bintang 28 Mac, nanti. Jangan lupa.**

Tuesday, March 17, 2009

Baarrruuu dari Kami..

Selepas City 2009 yang sedang meletup itu kini ada lagi sesuatu yang baru dari kami. Yeap..walaupun hanya facelift tetapi tetap baru.

Venuenya di The Curve...Jumpa di sana ok?

**tetap suka Civic saya. Tidak ralat dengan mana-mana model pun. Proud..proud**

Monday, March 16, 2009

May akan datang lagi...

Apesal macam sebijik betul je ni...Heran!

"Azura took What does your birthday say about you? quiz and the result is May
Stubborn and hard-hearted. Strong-willed and highly motivated. Sharp thoughts. Easily angered. Attracts others and loves attention. Deep feelings. Beautiful physically and mentally. Firm Standpoint. Needs no motivation. Easily consoled. Systematic (left brain). Loves to dream. Strong clairvoyance. Understanding. Sickness usually in the ear and neck. Good imagination. Good physical. Weak breathing. Loves literature and the arts. Loves traveling. Dislike being at home. Restless. Not having many children.Hardworking. High spirited. Spendthrift."

Wednesday, March 11, 2009

Gemuruh kami di Awana.



Gemuruh - Faizal OIAM

Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat tersirat semakin kuburu
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin keangkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pasti kan terbukti nanti

Monday, March 9, 2009

Day 2..

Ok..i think ini adalah episod terakhir saya menulis tentang training kami tempohari. Apa yang saya boleh katakan ialah..wow! Fuyoo! Wa la wei.!

Puas hati. Dari trainer to assistant. Everything was almost perfect. Saya dapat rasakan semuanya berkobar-kobar untuk menjadi manusia passion..manusia yang bukan setakat good tetapi great..manusia yang punya skill of verbal Kung Fu..manusia yang punya X factor.

Motivation camp/training..hanya lah satu tool. Motivasi itu harus datang dari diri sendiri. Walau bagaimana dasyat sekali pun trainer tetapi jiwa kita telah hitam atau di jajah syaitan..tidak guna juga. Yang pentingnya..diri kita.

Saya melihat training ini di skop yang luas kerana kita perlu cemerlang dalam hidup. Sebenarnya segala tool di dalam training ini kita boleh applikasi kan di dalam kehidupan sehari-hari. Bagaimana mahu memimpin organisasi sedangkan keluarga kita terbengkalai.?? Bukankah cemerlangnya kita bermula dari rumah.? Jadi impak positif dari rumah akan terbawa ke pejabat dan seterusnya segala yang berada di sekeliling kita.

Saya tidak nafikan ada sesetengah individu merasakan kesan training ini hanya akan berakhir setakat seminggu. Kemudiannya, kita akan kembali ke asal. Jawab saya SALAH. Selagi kita punya kemahuan untuk berubah..kita MESTI berubah..untuk kebaikan.

"I want to be a GREAT team leader and a a GREAT team player"

Selain itu saya tahu apa itu X factor. Kita ada "King", "Warrior", "Magician" & "Lover". Untuk menjadi leader yang GREAT..kita perlu ada ke empat2 categori ini. Kenapa? Kena baca swot chart ni..ekeke. Sorry guys..can't give all the info..nanti kena ban pula.! Oh lagi satu saya nak komen pada seseorang..King sebenarnya adalah kita..kita di lahirkan sebagai King. Kalau kita tidak boleh "Empower", "Vision", "Motivate" dan "Inspire" pada orang lain kerana batasan tertentu tetapi kita boleh lakukan semua ini pada diri kita sendiri dan keluarga kita. Betul??

Untuk itu..saya kini

"A Super Leader is someone who has 2 strong character points. First, he/she is going somewhere. Second, he/she is able to persuade others to go along with him."

"Courage is fighting FEAR by taking action in presence of FEAR..not in the absence of FEAR."

"FOCUS on solution. Not only the problems, so that it becomes a challenge."

"All the result I want, comes from people"

Bagaimana?? Yeap..dengan penuh determination saya boleh lakukan...!

Gambar?? Emh..tunggu ye..ada masalah sikit sekarang..ekeke..harap bersabar.

Sunday, March 8, 2009

Suddenly..I falling in love again.


Ha...dah tua-tua pun ada hati nak jatuh2 cinta lagi? Orait what? Apa salahnya. Hati saya telah di curi oleh lelaki Vampire yang sangat cantik lagi nyummy. Kami berdua ada persamaan..nak tahu apa?

Psstt..psssttt.. both of us lahir pada 13 May..hehehe. Tahun je lain-lain. Tsk..tsk..


36.

Happy Birthday Honey!

Noktah menjadi garis
Garis menjadi rajah
Rajah menjadi gambar
Cintaku…

Benih menjadi putik
Putik menjadi pohon
Pohon menjadi dahan
Rinduku…

Huruf menjadi peri
Peri menjadi ayat
Ayat menjadi makna
Dambaku..

Sinar menjadi hayat
Hayat menjadi jiwa
Jiwa menjadi diri
Mimpiku…

Cinta…ku
Rindu…ku
Damba…ku
Mimpi…ku

Saturday, March 7, 2009

Sambungan Day 1 part 2

Wah..lama juga saya mahu meyambung entri kali ini. Maaf ya. Penat tempoh hari tidak hilang lagi..

Ok..selepas giliran saya, tiba pula giliran Shahrizal kemudiannya Zaki, Suhaimi dan Gary. Ha..ini lah dia team S.E.

Masing-masing ada tanggungjawab di mana Shahrizal membawa tajuk Mission, Zaki pula tentang Guideline, Suhaimi denga 3R nya dan akhir sekali Gary membawa tajuk Honda Culture.

Jujurnya, saya terlebih bangga apabila mendapat pujian melambung dari Mr COO. Eh..mesti lah bangga. Cuma tercalar sedikit apabila ada lah manusia itu tetiba buat statement "kalau tidak tarik telinga kami semua tidak jalan" Dusyum..dusyum..dusyum!!

Tolonglah...

Patutnya kena lah recognised hard work kami. Bukan dengan cara komen yang menjatuhkan kami.

Ah..manusia. Begitu lah.

Petangnya pula kami ada sambungan program "Sharing knowledge" dari X.O team. Kinda fun. Banyak games. So..release sikit tension. Paling kelakar bila kami ramai-ramai nyanyi lagu "The Power of Dreams"..ok..ok..ni bukan lagu rasmi Honda tapi ini lagu sukan Olimpik di Atlanta. Belasah je lah. Sapa suruh Celine Dion curik tagline Honda..ekeke.

Lewat petang..boss kami pula ada "sharing knowledge" program. Aduih..serius lah babe. We all semua dah hilang akal. Tak masuk dah.. Penat dan mengantuk!

Hampir pukul 7pm baru lah kami dapat masuk bilik untuk berehat. Ah..tapi mana sempat nak berehat pun, 7:45pm sudah bergegas turun untuk makan malam. Pada 8:30pm pula kami ada lagi satu program iaitu plan business untuk tahun ini.

Kepala sebenarnya sangat sakit. Migraine and I'm not the only one. Masing-masing sudah terlalu penat. Tetiba terpaksa pula memerah otak untuk ini. Tak jalan babe..tak jalan.. Penat. 2 biji panadol saya telan untuk melegakan sakit kepala.

Lewat 11:00pm, ada lagi satu program "terkejut". Kek kami bawa untuk merayakan birthday boy boss kami. Wah..terkejut badak dia...ekeke. Dalam masa yang sama kami paksa boss untuk memetik gitar dan menyanyi...emh..lagu apa ye? Opps..sorry dah lupa.

Kami hanya kembali ke bilik lewat tengah malam.

Bobok...ZZZZZZZZzzzzZZZZZ. Penat!

*sekarang jumlah ex-epmb yang bekerja di Honda ialah 5 orang. Amazing kan?*

Tuesday, March 3, 2009

Genting Awana..Challenge of Excellent..Day 1 Part 1.

Hari-hari sebelum 27/2/2009...

Busy. Super busy. Blog..facebook..gossip..news..politics..Tidur..rehat..makan..kencing..berak..(ooppss..terlebih sudah). Semua lupa. Segala tenaga di tumpukan kepada 27/2/2009.

Mungkin debaran sangat kuat bagi saya. Ini adalah kali pertama saya akan conduct training..(kita panggil as Sharing knowledge)..dan dalam masa yang sama saya adalah MC untuk satu hari itu. Saya harus berdepan dengan 23 associates + 2 bosses + 1 CEO + 1 COO. Topic group saya yang terdiri dari S.E ialah..Honda Philosophy & Cultures.

Di dalam tajuk ini kami bahagikan kepada:

1. Introduction - ini saya yang conduct the sharing knowledge.

Kami mulakan dengan short animation movie tentang Soichiro Honda (refer to my previous blog). Semua menganga. Kagum mungkin..hehehe. Kemudiannya, teruskan dengan eraly days of Honda and what makes Honda different from others company.

Ha..? Apa differentnya.? Tentulah our Basic Philosophy & Cultures..Honda Way mestilah berbeza dari Toyota way or mana-mana higway sekali pun.

Di dalam Honda Philosophy, kami ada Fundamental beliefs, di mana di dalam Fundamental Beliefs ada 2 elements penting:

1. Believe in the Individual
2. Three Joys.

Sebelum itu..objectif aktivity kami ialah:

1. Understanding...
2. Demonstrating...
3. Expalining the true meaning...

Believe in the Individual, ada 3 core concept:

1. Innitiative
2. Equality
3. Trust

Apa itu 3 Joys?? 3 Joys pula adalah:

1. Joy of Buying
2. Joy of Selling
3. Joy of Creating.

Ha..kalau mahu tahu secara details, silalah google..ekeke.

Anyway..dalam apa jua pun..Customers tetap berada di atas. Customers is OUR MASTER.!

Kerana dalam apa jua yang kami lakukan adalah bersangkutan dengan masyarakat. Kami adalah "a company that society wants to exist".

Ok..sambung lagi selepas ini. Saya ada CUSCOM presenttion.

** tgh nak ulangkaji blog kawan2 yang dah tertinggal sejak 2-3 minggu*