Sunday, August 28, 2011

Salam Aidilfitri.

Salam semua,




Bagaimana prestasi Ramadhan anda tahun ini?? Untuk beraya dengan sempurna maka Ramadhannya juga wajib sempurna. Harap-harap tiadalah hanya tinggal lapar dan dahaga. Apa juga benda baik yang kita buat pada Ramadhan kali ini, kita bawa-bawa kan ke bulan-bulan yang lainnya. InsyaAllah.

Persiapan hari raya bagaimana?? Benarkah ada yang sanggup berhutang semata-mata mahu bergaya di hari raya?? Eeee....jangan lah ye. Sebabnya, pembaziran itu kawan Syaitan. Lagi pun hidup kita bukan semata kerana raya sahaja...bagaimana dengan bulan lain.?

Kami?? Memang sangat bersederhana. Tiada baju baru. Tiada sofa baru..psstt..sofa lama dah sengat sebelah...huhuhu. Tiada langsir baru. Sedih?? Tidaklah. Kerana kami berpijak di bumi yang nyata. Kami berbelanja mengikut kemampuan. Terlalu banyak dugaan yang mendatang sepanjang sebelum Ramadhan, sewaktu Ramadhan...owh..tidak berhenti di sini...bulan syawal dan seterusnya. Semuanya memerlukan perbelanjaan yang tinggi.

Tidak merungut walau sedikit pun. Kerana dugaan yang mendatang ini hanya dugaan kecil sahaja dari Allah. Jadi saya Alhamdulillah. Saya tidak mahu jadi mental kerana dugaan demi dugaan. Saya akan menghadapinya dengan sabar dan senyum. InsyaAllah, pasti ada sinarnya nanti.

Adrianna seoarang sahaja yang special. Kami belikan dia baju raya, tudung dari Little Haya, handbag, sunglasses dan sandals. Semuanya sepasang dan matching color. Pink..apa lagi!

Musim raya ni, kota besar menjadi sunyi. Kampung-kampung pula sesak bagaikan KL. Harap-harap, rumah yang di tinggal jangan lupa dikunci dan dimangga. Jangan pula kita pulang beraya di kampung, perompak senang lenang beraya di rumah kita......(kami sudah 3 kali di masuk perompak. Kali ketiga mereka menyamun kuih raya kami...huhuhu). Mintak lah di jauhkan.

Bila memandu pulang ke kampung halaman, wajib dapatkan rehat yang cukup. Ngeri lah. Banyak sangat berita kemalangan maut sekarang ni. Sila pakai tali pinggang keledar. Anak-anak yang tidak cukup umur, sila letak mereka di dalam child seat. Mungkin ada yang merungut, anak tidak mahu duduk di child seat. Biarkan mereka meragam. Nanti diamlah tu. Keselamatan lagi penting! Penumpang di belakang juga wajib memakai seatbelt ye.

Pemandu-pemandu semua, selain dari cukup rehat anda juga wajib banyak-banyak bersabar. Sila ikut adab memandu dan patuhi peraturan jalan raya. Kereta juga wajib di service mengikut waktu. Jangan pula kereta meragam di tengah jalan, anak-anak pula jadi mangsa kena kelar...(baca tak paper pasal ni?). Pengguna HONDA, sila ke authorised Service Centre ye....ada promotion tu...Rugi tak pergi! Silap hari bulan anda akan dapat sebijik Insight Hybrid...Free....woooo!

Owh..Raya tu raya juga...tapi jangan lah terlalu syok raya hingga raya kita boleh mendatangkan dosa. Sila baca http://wanwma.com/perkara-semasa-tentang-blog-wanwma-penulis/kesilapan-di-hari-raya-yang-boleh-mendatangkan-dosa/#more-2545.

Oklah....panjang weh entry ni....ekeke. Korang jangan bosan pulak.

Kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin. Semoga kita di panjangkan umur untuk bertemu lagi dengan bulan Ramadhan pada tahun hadapan. Kami akan beraya di Ipoh tahun ini...Esok pula, InsyaAllah, kami akan berbuka puasa dengan family di Klang. Nak jenguk juga dengan "kekilatan" rumah mak setelah di bersihkan oleh 3 Service Maid itu...tehehehe.

Selamat Hari Raya semua........



Tuesday, August 23, 2011

Aurat itu maruah kita!

Salam Ramadhan,


Sesuatu yang baik untuk di kongsi bersama.... Saya tahu ramai di luar yang masih free hair dan tunggu sampai seru...Nah..baca posting ini...dan fikir-fikirkan. Masih mahu tunggu sampai seru kah??


Saya tahu juga  masih ada di luar sana memakai tudung tetapi......."Ya Allah...Ampunilah aku"...bajunya mengalahkan pembalut nangka. Terbonjol sini dan sana dan ber"boing-boing". Konon mahu mengikut trend terkini...Malangnya, mereka hanya sekadar menjadi mangsa fesyen sahaja..Macam malu benar mahu menutup aurat mengikut sunnah. 


Antara sedar atau tidak, sebenarnya menutup aurat mengikut sunnah akan membuatkan orang lain akan lebih menghormati anda sebagai wanita. Trust me!


Boleh juga baca Peliks as your wake up call. Ingat ye...aurat itu adalah maruah kita......!


Owh..mahu tahu bila agaknya yang free hair dan bertudung akan benar-benar menutup aurat?? Mahu tahu jawapannya....?? Ha...jangan seram pula ye.. Jawapannya, ketika kita dikafankan...akan tuutp buat selamanya.......


Ok..let's baca yang kat bawah ni............semoga kita sama-sama berubah untuk menjadi lebih baik. Mari kita saling ingat mengingati......


1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke? 

-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.


2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang. 

-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, ” pakai tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…”


3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos. 

-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.


4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik. 

-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?


5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok. 

-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?


6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami. 

-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.


7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa. 

-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?


8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain. 

-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.


9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan. 

-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.


10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis) 

-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?


11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru. 

-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.


12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la.. 

-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.


13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya. 

-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas b

Sunday, August 21, 2011

Tetek!

Salam Ramadhan,

Tajuk yang boleh blah dalam bulan Ramadhan ni...haha. Ok...sorry..ni bukan cerita lucah ye...ni cerita emh...emh...budak lurus bendul...sapa lagi kalau bukan anak dara kami.

Cerita bermula........

Mommy sedang melipat kain..(lipat sangat lah...boooo!). Ananna pula rajin tolong Mommy.

Ananna : Mami...ini apa? (sambil tunjuk bra..ahem..Mommy)
Mommy : Bra.
Ananna  : Bra ni untuk apa?
Mommy : Pakai ler.
Ananna  : Pakai kat mana?? Tetek ter?? (sambil menggayakan bra kat tetek)
Mommy : Aaah.
Ananna  : Nape Nanna tak boleh pakai?
Mommy : Sebab Nanna kecik kecik lagi. Nanti dah besar-besar baru boleh pakai....
Ananna  : Oooooooooo.

Cerita kemudiannya bersambung............

Mommy : Nanna ............jom mandi!
Ananna  : Baik Mami.

Kami berdua berdiri di depan cermin. Ananna & Mommy mengukur ketinggian Ananna yang sudah hampir mencecah ketiak Mommy (Ketinggian saya dalam 163cm)

Mommy : Wah...Ananna anak Mami ni dah besar lah. Tengok dah tinggi.
Anannna : Eeeeeeeeeee...mana ada besar. Kecik lah.
Mommy : Apa kecik..cuba tengok ni.....(sambil tengok cermin). Dah tinggi. Nak sama tinggi dengan Mami.
               Dah besar lah tu.
Ananna  : Mami........(sambil selak t-shirt), tengok tetek Nanna!! Tetek Nanna kecik lagi tau. Nanna kecik
               lagi lar........!!!

Uhuk!...Mommy pengsan!

Saturday, August 20, 2011

Dilema.

Salam Ramadhan...

Dilema sangat...

Saya di beri peluang...dan peluang itu yang saya inginkan sejak dulu lagi. Tetapi saya harus banyak travelling. Saya masih tidak tahu berapa banyak masa travelling yang akan saya habiskan. Saya pula sedang sarat...sudah 6 bulan dan akhir-akhir ini pula badan saya asyik sakit-sakit. Mungkin umur sudah lanjut, mana nak sama waktu muda-muda dulu.

Kalau sudah bersalin nanti, bagaimana dengan baby kalau saya travelling?? Ananna?? Honey??

Apa yang patut saya buat.....teruskan kerja saya yang membosankan ini atau take a new challenge??

Confuse.!

Sunday, August 14, 2011

2 minggu Ramadhan.

Salam Ramadhan,

Sudah 2 minggu umat Islam berpuasa. Alhamdulillah.....

Cepat benar masa berlalu kan? Ramai ke yang dah mood raya?? Eh...jangan ingat raya aje ye. Ramadhan ada lagi 2 minggu. Jangan lepas-lepaskan peluang di bulan yang penuh barakah ni.

Ananna


Berpuasa setengah hari di kebanyakan hari. 1 hari dia berpuasa penuh. 1 hari lagi dia berbuka kerana tidak tahan dengan papaya. 1 hari dia ponteng puasa, sebab muntah-muntah dan cirit-birit.

Still under training.  Tidak lah sampai memaksa dia berpuasa penuh pun sebab puasa masih belum wajib untuk dia. Sebagai ibu dan bapa, kami mendorong dan menggalakkan dia berpuasa.Tak pe...tahun depan kita cuba lagi ye....?

Honey


Honey dengan kembar sama saja. Sejak hari pertama berpuasa.........SAKIT. Dari sakit kaki ke sakit pinggang ke sakit gigi hinggalah tragedi pengsan di office. Mujur di office, kalau di rumah.....??? Harapkan I yang boyot-boyot ni nak angkat 6 feet & 90kg ...huhuhu...tak pasal-pasal aje.


Wawa


Masih tak ponteng puasa. Baby dalam perut pun baik aje. I pun tak gastrik sangat. Amalkan minum susu kambing dan makan kurma....InsyaAllah.

Baby pula berpusing-pusing dan berdancing di dalam perut. Kadang-kadang tu baby tertalu aktif menyebabkan I pulak yang sakit-sakit pinggang dan kaki. Kadang-kadang tu solat pun terpaksa dalam keaadaan duduk. Terawih buat juga tetapi tidak penuh. Ikut kesihatan diri. Macam hari ini dan semalam memang tak larat...tak tahu kenapa. Badan rasa seram sejuk lepas tu asyik ashooom aje. Kepala pun macam pening. Buat masa ni berehat sahaja di katil.


Orange

Tak pose....suka makan...suka minum...suka tidur...badan dah berat buntal. Senang hati. Yang sakit hatinya kami ni lah......tiap-tiap hari kena bersihkan kandang dia sebab Orange bila berak tak reti nak kambus balik. Bila kami keluarkan dia dari kandang....memula perangai elok lepas tu.............memang kena grounded balik.

Summarynya.......perangai orange tak sama dengan perangai orange the original!

Nanti bila raya...kami dah tempah hotel untuk Orange....huhuhu...

Ok itu aje hapdet kali ini...

See ya!

Assalamualaikum.

Saturday, August 13, 2011

Edisi Cameron Highland : Rama-rama.

Salam Ramadhan,

Lama kan tak post gambar? Nah........banyak gambar....tengok puas-puas..ekeke.











*
*

Ha...masa ni baby dalam perut baru aje 12 wks. Jadinya, ni cerita basi yang tak hapdet2...heeeeee. Masa ni we all tengah celebrate birthday I....

Wednesday, August 10, 2011

Peristiwa "berdarah" di Speed 99.

Salam Ramadhan,

Suspen tak tajuk? ekeke.

Posting kali ini ada 3 watak.

Watak 1 = Daddy/Honey
Watak 2 = Ananna/The princess.
Watak 3 = Pekerja Speed 99/Pompuan manis.

Kisah pun bermula.............

Daddy : "Nanna..Nanna..Mommy mana??"

Pekerja Speed 99/pompuan manis : "Uncle, Mamee ada kat bawah ni Uncle"

Sambil tersenyum manis menunjuk kedudukan "Mommy".

Baik budak ni....bertudung dan bersopan...tapi MOMMY yang En Daddy maksudkan tu bukanlah jajan MAMEE...Uwaaaaaaaa!

*
*
Di kaunter.....pekerja Speed 99/pompuan manis tersipu-sipu malu memandang MOMMY yang sebenar.

Hambek.!

"Berdarah" tak??

Tuesday, August 9, 2011

Bila Ananna mengeja...Dadi, mami & babi...Owh...pengsan!

Salam Ramadhan,

Ananna sudah agak lancar membaca di dalam bahasa Melayu tetapi Englishnya masih perlukan perhatian lagi. Di dalam bab menulis pula.........memang kena jaga. Sebab method sekolah tidak bermula dengan mengeja tetapi menggunakan kaedah phonics.

Jadinya, apabila menulis Ananna juga menggunakan kaedah yang sama.

Contoh :

Green   = Geren.
Yellow  = Yello
Car       = Kar

dan banyak lagi.

Tetapi ada satu ni yang boleh buat Mommy dan Daddy kena heart attack.

I lef Mami.
I lef Dadi
I lef Babi..................................

Dapat tak?? babi...????

Tu untuk :

I love Mommy.
I love Daddy.
I love Baby............

Uwa....................teruk juga Mommy mengexplain kat dia macam mana nak spell Baby.....Mujur bergaduh kejap aje. Sekarang dah ok.

Fuh.!

Monday, August 8, 2011

SimplySiti tidak HALAL.??

Salam Ramadhan,

Fuh. Risau juga bila terbaca yang SimplySiti  halal tetapi tidak halal. Bila di baca lagi rupanya berus SimplySiti mengandungi bulu babi.

Puas dok belek alat make up sendiri. Mana satu make up SimplySiti yang  berbulu......tsk..tsk..tsk.

Yeap..saya pakai skincare from SimplySiti dan kebanyakan make up (heh..make up lah sangat. Jujurnya sangat malas mengecat muka sendiri) juga dari SimplySiti. Kenapa saya pilih SimplySiti?? Sebabnya ada tanda HALAL JAKIM.

Tetiba cerita seperti macam ni keluar I terus macam blur lar kan.......

Nah...tak perlu risau-risau sebab Presiden SimplySiti sudah mengeluarkan kenyataan rasminya. Halal beb...Halal.!

Boleh baca link ni... Beutifulnara

Sunday, August 7, 2011

Kalaulah Malaysia ada iklan macam gini...kan ke bagus.

Salam Ramdhan,

Kontroversi lah sangat pasal iklan-iklan Ramadhan kat Malaysia ni. Ada yang kecoh nampak ketiak. Ada yang buat lawak pasal sahur.

Jujurnya, kenapa mahu buat iklan begitu.?? Ini Ramadhan, bulan yang penuh barakah kita tunjukkanlah kebaikan di bulan Ramadhan ini. Tak payah lah nak buat lawak-lawak bodoh tu..tak geli pun.

Kenapa di Malaysia tiada iklan macam gini...........


Kejap aje iklan ni tapi mesejnya sampai. Paling bangga, guna kereta Proton tu...tehehe.


Tips berpuasa untuk anak-anak bersama Azura Iznil?? eh...bersama Wardina lah.

Salam Ramadhan,



Tips yang baik dari Wardina untuk mengajar anak-anak kecil berpuasa.

Cara pengajaran kami kepada Ananna pun lebih kuranag sama dengan Wardina. Cumanya. tidaklah sampai ke tahap melukis-lukis tu. Sebelum tibanya Ramadhan, kami sudah menerangkan sedikit-sedikit tentang berpuasa. Ye lah, umur Ananna pun belum cecah 6 tahun dan banyak benda dia tak faham lagi.

Di sebabkan Ananna sekarang ni suka sangat membaca, jadi kami belikan dia majalah komik yang berkaitan dengan Islam dan ada menyentuh tentang puasa. Alhamdulillah, apabila dia membaca dia faham kerana penerangan di dalam majalah itu nyatanya sangat santai untuk budak-budak seusia dia. Dia pula yang terlebih teruja untuk berpuasa.

Sekolah Ananna juga menggalakkan anak-anak kecik berpuasa setengah hari di mana sekolah tidak menyediakan makanan  pagi. Sekolah sudah berpesan, jika anak-anak tidak berpuasa ibu bapa harus membekalkan makanan ke sekolah untuk anak-anak ini.

Kalau Wardina tidak membangunkan Amna untuk bersahur, Ananna pula tiada masalah untuk bangun sahur. Membangunkan Ananna sahur lebih senang dari membangunkan dia untuk ke sekolah...percaya tak? Selalunya lepas sahur, saya akan memandikan dia untuk kesekolah. Faham-faham saja lah, rumah saya di Klang dan office pula di PJ. Jadinya saya perlu bertolak awal.

Kalau waktu sekolah, saya memang tak galakkan dia berpusa penuh. Baru bertadika tetapi Ananna hanya boleh pulang pada pukul 2:30pm. Sudah tentu dia lembik dan penat semacam. Bila weekend sahaja Ananna berpuasa penuh dan Alhamdulillah semalam dia bersemangat berpuasa. Tak lembik langsung.

Kata Wardina juga  betul tentang puasa dan solat. Banyak dari kita berpusa tetapi tidak bersolat. Sedangkan kita sendiri tahu kalau berpuasa tanpa solat, hanya lapar dan dahaga sahaja lah imbuhan kita. Alhamdulillah, Ananna juga faham tentang ini. Buat masa ini solat Ananna masih tidak penuh tetapi dia sendiri bila mendengar Azan, kecoh untuk mengambil wudhuk dan bersolat. Saya pula wajib pegang buku "cara-cara bersolat" dan berlagak jadi teacher Mommy. Tugas Teacher Mommy ialah membetulkan solat dan bacaan solat Ananna. Amazingly, bacaannya solatnya sudah lancar kecuali tahiyat akhirnya. Dia sendiri pulak yang kata "Ananna masih belajar lagi tan (kan) Mommy".

Kami langsung tidak menggunakan kaedah rasuah atau kata lainnya upah kepada Ananna. Rasanya, tak bagus guna kaedah ini. Pengalaman sendiri (melihat kawan-kawan), di depan mak bapak bukan main lagi konon berpuasa tetapi di belakang dapat minum air kotak saja pun dah happy semacam. Kira menipulah hanya semata untuk mendapatkan ganjaran di waktu raya nanti.

Kesimpulannya, kita wajib mengajar anak bersolat dahulu dan kemudiannya barulah berpuasa. Harus di ingat anak-anak kecil ini tidak wajib lagi berpuasa. Kami sendiri sentiasa berpesan kalau tidak larat dan lapar, Ananna berbuka ya. Mungkin, Ananna mudah di ajar tentang solat, berpuasa, menutup aurat dan berkaitan dengan Islam kerana kami memasukkan dia ke kelas Pre Tahfiz. Jadinya, tidak terlalu susah untuk dia faham. Lebih-lebih lagi apabila dia menjadikan kami sebagai role model. Kadang-ladang tu ada juga kami terbuat silap, dia pula menegur. Alhamdulillah, semoga anak-anak kami menjadi orang Islam yang bertakwa dan soleh.

Psstt..sudah 2 hari dia balik sekolah pressure Daddy & Mommy tentang baju raya. Dia kata, "Semua orang dah beli baju raya, Nanna aje belum beli lagi!".............Fuh....Bergegas semalam kami shopping baju, kasut & bag raya Ananna. Semuanya color PINK. Habis Shopping terus tertidur. Bangun dari tidur untuk berbuka, terus peluk cium Mommy and "Thank you Mommy belikan Nanna baju & kasut raya. I love you". Ucapan thank you tu sampailah ke sahur...(Daddy tak ada dalam kes thank you thank you ni sebab daddy dah gi kerja)

ok..kita jumpa lagi.

Assalamualaikum...

Saturday, August 6, 2011

Ananna yang lurus.

Salam Ramadhan semua,

***

Hari pertama sudah excited mahu bersahur dan berpuasa. Tetapi cuma bertahan 7 jam sahaja.

Hari kedua masih berpuasa. Tetapi Daddy sudah berpesan kepada cikgu, dia puasa setengah hari sahaja ye.

Tengahari.."Siapa-siapa puasa tidak boleh makan. Siapa-siapa tidak berpuasa boleh makan", kata cikgu. Ananna berpuasa ke tidak?? Puasa kan?? Jadi dia tidak makan tetapi

*
*
*
Ananna MINUM. Ye, cikgu cakap "Siapa-siapa puasa tidak boleh makan. Siapa-siapa tidak berpuasa boleh makan". Cikgu tak cakap pun siapa-siapa berpuasa tidak boleh makan dan minum. Cikgu cuma cakap tidak boleh makan saja kan?? Jadi boleh minumlah....kan..? kan..? kan?

Hari ke tiga berpuasa, terpaksa berpesan pada Ananna. "Tak pe Ananna. Ananna kecik lagi. Ananna puasa setengah hari saje ye. Bila cikgu bagi makan nanti Nanna mamam & minum ye".

Hari ke emam berpuasa, Alhamdulillah Ananna berpuasa penuh.

****

Anannna bukan setakat masuk tadika yang biasa tu tetapi kami masukkan dia sekali dengan kelas Pre Tahfiz. Bila dah belajar kat Pre Tahfiz tu banyaklah surah-surah pendek yang sudah di hafal. Problemnya, process menghafal itu tidak mengira tempat. Higgakan ke bilik air tengah mandi pun dia sibuk menghafal.

"Nanna.....jangan baca surah (ikut surah apa yang sedang di hafal), dalam bilik air", kata Mommy. Ananna menjawab, "OK Mommy!". Huh...ok lah sangat. Badan vogel-vogel dalam bilik air, kepala dia  keluar dari bilik air dan Ananna meneruskan process menghafal. Bila kita marah pandai pulak menjawab, "Ha..tengok...kepala Nanna kat luar!".

****

Hah....ada lagi. Tapi otak dah jam. Ananna ajak tengok Power Puff Girls....

Bai...

Assalamualaikum.

Monday, August 1, 2011

Kenangan manis di Bulan Ramadhan.

Alhamdulillah, Ramadhan datang lagi. Alhmadulillah, kita panjang umur lagi untuk menjalani ibadah di bulan Ramadhan.

Banyak kenangan manis sebenarnya buat saya di bulan yang penuh barakah ini.

6 tahun yang lepas, pada 3 Ramadhan di pagi hari seawal 2:27 am, Adrianna Khaleda Iznil telah lahir ke dunia. Alhamdulillah, walaupun saya mengalami sakit bersalin selama lebih 12 jam tetapi princess kesayangan kami sihat walafiat. Pertama kali berjumpa Daddy dengan mata bulat mulut Ananna telah menjulur keluar mencari susu. Lama sangat duduk dalam perut Mommy sampai lapar ye, sayang.?

Alhamdulillah, selama 6 tahun ini hidup kami banyak berseri dengan adanya Ananna. Tidak susah menjaga Princess manja kami ini. Tidak lama lagi Ananna akan punya adik....Adik pun dah pandai kicking Ananna...terkejut Ananna. According to Ananna, dia baik aje dalam perut Mommy. Mommy iye kan ajelah. Padahal...........Kicking dan berguling bagai tak berenti masa dia dalam perut Mommy.

Aghh...Mommy and Daddy so very much Love you Sayang.!

6 tahun yang lepas, saya terpaksa meninggalkan  puasa selama sebulan disebabkan saya berada di dalam pantang. Raya pun sebenarnya pantang tak habis lagi. Memang meleleh lah tengok segala macam juadah di pagi raya.....huhuhu. Alhamdulillah, 3 bulan selepas itu saya dengan gigihnya menggantikan puasa yang tertinggal.

Aghh...tahun ini pula usia kandungan saya sudah mencecah 5 bulan 2 minggu. Malam tadi, Alhamdulillah dalam kepayahan saya dapat juga menjalankan ibadat terawih walaupun solat saya di dalam keadaan duduk. Walaupun saya dikategorikan boleh meninggalkan puasa, tetapi saya akan cuba lah sedaya upaya, InsyaAllah untuk berpuasa. Kecuali jika memudaratkan, dengan berat hati saya akan berbuka lah.

5 tahun yang lepas, pada 1 Ramadhan, saya telah bertekad untuk meninggalkan kehidupan JAHIL saya. Alhamdulillah, sehingga kini saya masih lagi utuh dengan hijrah. Ye...benda yang baik kadang-kadang tidak digemari oleh orang. Memang ramai yang mengutuk tetapi dalam pada masa yang sama, Alhamdulillah ramai yang sanggup membimbing dan memberikan semangat.

Syawal juga banyak kenangan manis buat kami sekeluarga, Nanti bila nak Syawal, kita bercerita lagi ye.

Owh, kali ini 1st time kami sekeluarga bercuti pada 1 Ramadhan. Gembiranya hati. Ananna pun tidak sabar-sabar untuk berpuasa walaupun pagi tadi agak liat untuk bangun sahur. Harap-harap Ananna dapat berpuasa penuh hari ini. Doakan ye.

2 minggu lepas saya ada terbaca tweet Wardina yang lebih kurang bunyinya, "agak pelik kalau kita mengajar anak-anak bawah 7 tahun berpuasa tetapi tidak bersolat". Saya ada membalas tweet Wardina yang lebih kurangnya berbunyi "Saya sedang coaching anak saya yang berumur 6 tahun untuk bersolat dan berpuasa". Wardina ada membalas, mungkin agak risau kerana takut umur Ananna baru 6 tahun (belum pun 6 tahun sebenarnya) tetapi terpaksa melakukan secara serentak. Beliau meminta saya mengajar anak solat dahulu baru berpuasa. Kemudiannya, beliau ada menambah kalau Ananna ok, apa salahnya teruskan.

Sebenarnya, Ananna sedang berlatih bersolat di sekolah tadika tahfiznya dan saya meneruskan latihan di rumah. Alhamdulillah, banyak bacaan didalam solatnya sudah lancar. Kami tidak pernah memaksa tetapi menggunakan pendekatan psikologi. Kami akan menerangkan secara lembut betapa pentingnya solat. Serupa juga dengan berhijab. Alhamdulillah, dia sendiri rela hati mahu berhijab (bukan bertudung ye) walaupun masih hijab secara part time. Tetapi saya percaya dengan dorongan dan bimbingan yang betul, bertambah pula Ananna mahu CANTIK macam Mommy (ekeke), dia akan full time berhijab.

Eh...rasa macam dah terpesong dari tajuk asal aje posting ni...huhuhu.

Oklah, sempena Ramadhan Al-Mubarak ini, kami sekeluaga dengan besar hati mengucapkan selamat menjalani ibadat berpuasa dengan penuh takwa. Puasa itu bukan sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja ye tetapi termasuklah aurat dan segala nafsu kita. Jangan lupa solat kerana tiada guna berpuasa jika solatnya asyik "no time" aje.

Dalam kita berpuasa ini, keadaan lapar dan dahaga ditambah cuaca yang panas dan keadaan sekeliling yang menekan, maka cepatlah juga kita naik marah. Kalau rasa nak marah tu cepat-cepatlah beristighfar dan berzikir. Tenang-tenangkan hati.Tidak guna juga kalau kita marah dan mulut meluncur mengeluarkan kata kasar sedangkan kita sedang berpuasa. Lapar dan dahagalah imbuhan kita.

Siapa yang rugi? Kita juga, kan? Sedangkan di bulan yang mulia ini kita wajib merebut segala peluang yang ada untuk beribadat. Marilah kita bersama-sama banyakkan bersolat sunat, melazimkan solat berjamaah, membaca Al-Quran dan bertadarus, berzikir, kurangkan hiburan dan beribadah bersungguh-sungguh di 10 malam terakhir. Bukan bershoping bersungguh-sungguh di 10 malam terakhir ye....

Anggaplah, Ramadhan kita tahun ini adalah Ramadhan yang terakhir. Kita tidak akan tahu adakah kita akan berjumpa lagi di Ramadhan tahun hadapan. Oleh itu, marilah kita bersungguh menjalani ibadah di bulan Ramadhan ini.

Pesanan ini bukan untuk diri anda sahaja tetapi juga untuk kami sekeluarga.

Sebelum saya habiskan posting kali ini yang panjang lebar, saya dengan sukacitanya mengajak saudara sekalian untuk membeli majalah solusi edisi Ramadhan. Banyak ilmu boleh kita perolehi dari majalah itu. Eh...saya bukan pengedar ke atau apa...saya pun baru kenal aje dengan majalah ini.

Akhir kata, selamat beramal semua.