Saturday, May 22, 2010

Cerita kahwin.

Salam,

 

Bulan May, saya menghadiri 3 kenduri kahwin. Yang pertamanya, kenduri kawan satu office, kenduri kedua pula kawan bekas office En Honey mengahwinkan anaknya dan kenduri ketiga ialah kenduri cikgu kesayangan Ananna.

 

Kenduri 1 :

 

Pengantin :  Mohd Shahir Mujib dan pasangan.

Lokasi       : Kg Rantau Panjang, Klang.

 

Ramai kawan-kawan office menghadirkan diri termasuklah kawan-kawan dari Melaka juga boss Jepun yang tak habis-habis sibuk mengambil gambar dan boleh pula dia habis makan masakan melayu…tehehe..bagus..bagus! Oh! lagi satu masa kenalkan Ananna kat boss Jepun ni, dia terkejut dengan kelampaian Ananna yang belum pon mencecah 5 tahun. Ada lagi..yang ini mesti tulis…sebab kalau Honey baca blog ni dan saya tak tulis nanti dia merajuk yang sangat panjang…………………….

 

Boss Jepun saya kata “Ahhh..you are so handsome and tall!!” Ok…get it kenapa saya kena tulis benda ni.

 

Makanan kenduri Shahril sangat superb..lazat..macam nak mintak Shahril buat kenduri lagi sekali aje..tehehe..ok..akak serius ye! Sila pertimbangkan.

 

DSC03452 DSC03453 

Ececeh…..bagai pinang di belah dua..sama padan sama cantik! Teringat 10 tahun yang dulu…hummm…hummm..

DSC03456

Ok..ini boss Malaysia kami..budak kecik yang dia pegang tu bukan anak dia. Harap maklum!

DSC03457

Ha..lelaki hensem berkemeja merah itu ialah bapa kepada budak yang boss pegang. Oit Fadhil, belanja aku makan..aku dah puji2 ko ni!

 

DSC03458 

Lelaki yang berbaju merah itu ialah boss Jepun kami. Maaf, setting salah so gambar tergelap. Mak Cik kat sebelah itu tidak bersalah..saya yang malas mahu crop gambar.

 

Kenduri 2 :

 

Pengantin :  Cikgu Faridah dan pasangan.

Lokasi       : Felda Trolak, Perak.

 

Ananna selalu murid yang paling lewat balik dari nursery..sian.! Tetapi Ananna sempat juga pasang telinga bila cikgu-cikgu kat nursery tu berborak. Salah satu topiknya “Cikgu Ida nak kahwin”. Ananna balik rumah, cerita balik kat Mommy dan Daddy. Eh..bahaya juga kan..Kang apa-apa jadi kat rumah dia kasi tahu kat sekolah pula…alahai!

 

Tetapi sedih juga bila Cikgu Ida ni kahwin sebab lepas ni Ananna cuma ada Cikgu Farah…Cikgu Ida sudah berhenti kerja beberapa minggu sebelum dia berkahwin. Emh..semua bebudak kat nursery tu manja dengan cikgu Ida.

 

DSC03522

 

Cikgu Ida dan pasangan sedang makan  eh panggil makan apa ye masa ni?? tehehe..tak hingat..! Yang jadik pengapit pengantin ialah Cikgu Farah (bertudung hitam).

 

DSC03523

Ahh..That’s my anak dara.

 

DSC03527

Jiran kami..anak perempuan mereka pon di panggil Nana. So sweet, kecik-kecik sudah bertudung.

 

DSC03528

Mr Honey..yang hensem! My teddy bear..!

DSC03533

Nana sedang bersalam dengan cikgu Ida. Ananna saya….menyoook kat Daddy. Malu katanya!

DSC03537

Along dan Qistina, abang dan adik kepada Nana. Mereka bertiga ini juga anak murid kepada cikgu Ida.

…………………………….

 

Maaf, kenduri ketiga tiada gambar. Malas lah..lagipun, kawan kepada En Honey tu ialah besan kepada Amy Search. Jadinya, bapa mertua kepada Nabila dan sudah tentunya Nabila turut serta kat kenduri tu…Saya malu nak ambil gambar..nantiorang kata saya datang semata nak amik gambar Nabila…huhuhu.

 

Apa-apapon, kepada Cikgu Ida dan Shahril…….Selamat pengantin baru dan semoga bahagia sehingga tua kerepot!

No comments:

Post a Comment