Thursday, May 13, 2010

Cara Ananna berjogging.

Salam dan Hi,

 

Siapa pernah pergi ke Setia Alam? Ha..kat situ pun ada tasik untuk kita beriadah. Tetapi tasik Setia Alam tu tidak lah seelok Tasik Shah Alam tuh.

 

Selain dari berbasikal dan pilates sebagai rutin riadah, saya dan keluarga juga buat aktiviti jogging. Tetapi bergantung juga dengan keadaan kesihatan Honey…

 

Kalau dah kata “saya dan keluarga” tu sudah semestinya anak dara saya tu pon ikut jogging. Boleh percaya ke Ananna ni jogging? Ha..ni buktinya…

 

DSC03377DSC03372DSC03373  

 

Hebat Ananna kan? Perancangannya, mahu buat 3 kali pusingan tasik. Apakan daya, kalau tiada drama itu bukan Ananna. Pusingan pertama memang dia bersungguh berjongging. Laju pula tu..kita jadi mengah mengejarnya.

 

Masuk pusingan kedua..muka Ananna dah jadi lain macam..

 

DSC03375 DSC03376

End up nya, Mommy berjogging sambil mendukung anak dara..huhuhu. Siap berdukung kat belakang..jadik kan Mommy kuda..aih..anak dara ni.

 

Pengajaran dari blog ini :

 

Sila bawa anak anda untuk mendapat extra jumlah bakaran kalori.

 

Setuju?

2 comments:

  1. Ye...!! setuju!!

    huhuhu.. pastu mintak wet kt hubby nak gi spa utk massage2.. hihih (",)

    ReplyDelete
  2. ekeke...menggigil satu badan dok kendung anak dara..

    ReplyDelete