Sunday, October 13, 2013

Icha demam panas




Saya menulis lagi.

Mesti you all hairan kan?? Bilanya masa I dapat untuk menulis ni.?? Dengan adanya teknologi segalanya mungkin...kikiki..ye lah tu sangat!!

Anyway...

Icha sudah mula aura tidak sihatnya since sunday. Di sebabkan Monday tu Birthday Ananna, Mommy dan Daddy telah di perintahkan untuk bercuti maka tahap kerisauan demam Icha kurang sedikit. Malam tu Icha tidak tidur malam. Menangis-nangis tahap meraung malam tu. Bila di beri ubat dia diam sekejap. Selepas itu meraung lagi.

Pagi-pagi buta, kami bergegas menghantar Ananna ke sekolah dan terus ke DEMC Specialist Hospital di Shah Alam. Hasil pemeriksaan doctor kat bawah tu, Icha demamnya tidak membimbangkan dan suhunya cuma 38.1. Mungkin kerana hasil pemberian ubat sebelum kami keluar rumah pagi tadi.

Jadi, kami pulang dan sambung preparation birthday party Ananna. Masa ni Icha dah mula merengek tetapi apabila dia tengok ada kek dan goodie bag, muka dia cerah semula.

Malam isnin, Icha memang nampak ok. Dalam pukul 1:59am, Icha mula meragam. Mulanya  meragam perlahan dan kemudiannya menjadi tangisan yang kuat dan meraung. Sambil meleleh air mata dia sempat memberitahu "Mommy...mommy sakit pewot" "Mommy sakit angat" "Mommy tolong!"

Sedih..sedih! Terlalu SEDIH!

Tetapi saya telah membuat keputusan kejam pagi itu. Dalam hati yang teramat berat saya gagahkan juga untuk bekerja dengan meninggalkan anak saya yang sakit di jaga oleh My HoneyBoo or Daddy Icha.

Seriouslylah..waktu saya bekerja itu hanya body saya sahaja yang ada di office. Hati saya semua berada di rumah bersama anak kesayangan saya. Saya menerima sms dari Honey mengatakan Badan Icha naik panas lagi tapi I was so fuck up oh sorry stuck up dalam meeting room.

Ahh..."saya tidak peduli" "anak lagi penting". Tetapi Honey menahan sabar dan memberi jaminan yang dia mampu untuk menjaga Icha.

Kira-kira pukul 1:30pm, sabar saya semakin HILANG. Saya pulang!!

Dari luar rumah, sudah kedengaran suara tangisan Icha. Dan saya tahu dia sedang menahan sakit. Saya redakan tangisan dengan pelukan dan BF. Akhirnya dia berhenti menangis dan kami mengambil keputusan untuk ke DEMC sekali lagi. Kali ini kami mahu berjumpa Paed terus.

Ayayaya...Doctor pula busy. hamper pukul 7pm baru kami berpeluang berjumpa doctor. Suhu Icha di ambil. Sudah meningkat ke 40.1. Icha di tahan di wad. Masalahnya, bilik PENUH!. Adoiii.....! Ada satu bilik yang kosong, itupun double bedded dan ada katil baby aje. Bila Icha tengok sahaja katil baby memang dia meraung sebabnya dia nak Mommy naik satu katil dengang dia...lagi satu ayayayaya....mana muat sayang oiii...Mommy Icha ni dah sama size dengan anak gajah!

Keesokannya, Icha nampak macam sihat. Mintak minum. Mintak makan. Happy jumpa doctor siap ber hi 5 lagi. Berlari sana berlari ke sini. Macam orang sihat. Petang tu Doctor pon macam puas hati dan benarkan kami untuk discharge keseokannya.

Selepas Isya', bermula sekali lagi. Panasnya meningkat dan meningkat hingga kembali mencecah 40. Apabila di beri ubat dia diam sekejap. Badannya berpeluh-peluh sikit. Menjelang 12:00am, Icha kembali meraung...kali ini kulit badan Icha sudah macam gelap..hitam.Ubat diberi lagi...dan dia diam sekejap. Dapatlah Mommy berehat sejam dua. Menjelang pukul 2:00am, Icha menangis dan meraung lagi. Panasnya naik mendadak ke 39.9. Pukul 5:00am, Nurse berikan icha ubat bontot. Nampak reda tetapi panas badannya tidak kebah. Masih di lingkungan 39.

Pagi itu, Doctor tidak membenarkan kami pulang dan Icha di bawa ke bilik rawatan. Mommy tidak dibenarkan masuk. Mommy hanya mampu mendengar suara tangisan icha dari luar bilik.  Aaaahhh...runtuh hati Mommy. Di luar Mommy menyabarkan diri dan berdoa...berdoa..berdoa semoga Icha cepat sembuh.

After 5 days di DEMC, akhirnya Icha pulih walaupon tidak 100%. Sudah mula cerah kembali..sudah boleh minum dan makan. Sudah kencing seperti biasa. Sudah mula nak bergaduh balik dengan kakak Nanna.

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah. Kepada yang bertanya khabar saya sekeluarga sangat menghargai ingatan anda semua. To Doctor Koshy dan nurses di Level 4, kami ucapkan terima kasih dengan layanan anda.

Hari ni Mommy nak berehat. Badan Mommy sudah sangat exhausted. Mau taknya, dari hari ahad - khamis Mommy hanya dapat berehat sejam dua. Icha memang kuat sangat bergantung dengan Mommy. Dia reject semua orang except Mommy. Memang mencabar sangatlah dan mujur juga Honey mengambil keputusan untuk "work from hospital".


*
*
*


Dalam keadaan kelibut ada juga manusia yang kononnya faham tetapi sebenarnya tidak. Dalam keadaan saya yang huru hara, tiada rehat, tiada tidur....saya gagahkan juga menyiapkan slide-slide presentation saya. Ketika ini saya terbayangkan "team work" dan "1 man show". Ah..whatever!

Ketika saya sedang kelibut begini mana mungkin saya boleh meninggalkan anak saya yang sedang sakit di hospital! Selfishnya saya atau selfishnya kamu!! Syarikat tidak akan jatuh kalau saya tiada...tetapi SAYA AKAN JATUH KALAU ANYTHING HAPPEN TO MY FAMILY!

Sewaktu ketika dulu saya pernah berkata kepada seseorang,

"Duit boleh cari. Kerja boleh ganti. Tetapi anak-anak dan family akan tetap kekal bersama kita untuk forever. Jadi priority saya untuk mereka". Policy ini tidak pernah berubah untuk saya.!

Sekian.Terima Kasih.





No comments:

Post a Comment