Saturday, October 12, 2013

Artis dan media social

Kalau korang rasa korang artis dan  tak ada FB or Twitter or Instagram.................... sah korang bukan artis.....hahaha...meaning aku si gojes38 ni pun artis juga lah kan?? kan?? kan?? ok..slap muka laju-laju!

Media social dan artis bagai aur dengan tebing. Bagaikan lagu dan irama. Tidak boleh di pisah-pisahkan. Kalau di pisahkan maka pincangkanlah kehidupan.... gitteeeewww seriusnya media social ni.

Kononnya, kehadiran media socialnya akan mendekatkan diri mereka mereka dengan peminat-peminat. Oh well...niatnya murni. Tetapi perlaksanaannya yang menjadi kurang murni,!

Contoh :

Twitter - bagaikan satu medan tempat meluahkan perasaan. Saraf saraf dalam badan tu umpama bersambung dengan twitter. Segala yang terfikir dan terasa semua hendak di beritahu. Hingga ada yang bergaduh sesama artis juga di twitter. Bergaduh laki bini or family juga terpampang di twitter. Ha...kita peminat yang membaca jadi happy sebab ada bahan untuk bergossip...hahaha....!

Instagram - I think media social yang paling in sekarang. Saya juga sekarang sangat addict dengan Instagram or IG. Gambar menceritakan segalanya or apabila gambar berbicara. Hebat tak? hahaha. Artis-artis juga berinstagam....maka terpampanglah......................ko dating dengan sapa, ko pakai baju seksi sampai tak hingat nak mati, ko bersocial bersuka ria..bla..bla..bla.

Apabila terpampang gambar-gambar yang kurang senonoh mulalah kata...............SAYA BUKAN HIPOKRIT. ITU MEMANG HIDUP SAYA. Kalau ada peminat yang berhati mulia menegur artis-artis ni ha................masa ni lah........................

1. Artis akan menjawab...tak suka tekan button unfollow.
2. Peminat artis yang tegar - memback up bagai nak rak!

Nasihat saya to artis-artis yang bajet HOT tapi tak berapa nak HOT sebenarnya tu.............if anda tidak mahu kena kutuk JANGAN buka account Instagram atau account mana-mana media social!. Nak buka juga boleh tetapi sila jaga tatatertib anda sebagai artis atau celebrity!!! Jangan mengada nak keluar ayat "sila tekan button unfollow" sebab sukahati oranglah nak follow atau tidak. Yang korang menggatal gi buat public tu pesal kan?

Untuk peminat tegar ................again jangan membackup artis-artis pojaan anda bagai lembu di cucuk hidungnya. Yang SALAH tetap SALAH!

Owh...! Saya tak faham kes Wawa Zainal  dan Airel ke hapa namanya tu. Seriously I tak kenal sapa mereka berdua ni?? Dan apa kes sampai kena nikah 2 kali tuh???  Why masa gossip ni keluar bagai nak rak menafi tetapi akhirnya mengaku. Aih....artis-artis...!

Kalau benda betul ngaku aje lah. Tak payahlah sampai satu dunia korang nak nafi siap suruh tunjuk bukti bagai. Lagi pon bukan benda buruk pon....benda elok dan kes kahwin ni memang wajiblah untuk diheboh2kan.

Ok lah...sampai sini dulu...kita sambung lagi bila I ada idea.

Love..love..and kiss..kiss.!

No comments:

Post a Comment