Saturday, October 5, 2013

Org boleh jadi gila dengan..?

Saya tengok.

Saya perati.

Saya sedih.

Kebanyakan dari kita akan jadi gila bila masuk harta benda dan duit.

Why??

Harta benda wang ringgit bukan boleh di bawa ke kubur pun sampai nak nak bergolok gadai atau bergaduh berparang bagai.

Realitinya....

Itu yang berlaku.

Sedih kan?

Policy saya or kami suami isteri sangat senang dan simple.

Kami tidak kemaruk dengan harta benda atau wang ringgit orang lain. Kami ada kudrat mencari sendiri. Walaupon kehidupan kami ni sekadar makan kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Ataupun kami ini termasuk dalam golongan miskin tegar............kami tetap tidak akan kemaruk untuk berebut harta.

Mungkin ada yang tidak percaya kami ini sebenarnya termasuk dalam golongan miskin tegar, Percayalah...... kerana itu yang di katakan oleh Pak Menteri. Golongan sederhana adalah golongan yang punya mercedez benz dan punya harta barang dua atau tiga juta,......

Jadi saya harap statement saya ni sangat loud and clear untuk adik beradik kami dan kedua ibu bapa kami. Janganlah risau, Jika mahu di hibahkan harta dan kecualikan kami pun tidak mengapa. Kami tidak berkecil hati. Jika ada harta yang mahu di tuntut saya dengan rela hati melepaskan hak saya dan di beri kepada penuntut. Tidak perlu risau kami bergaduh sesama sendiri kerana saya tidak berminat.

Tetapi wajib di ingat jika ianya melibatkan kehidupan keluarga saya terjejas..masa depan anak-anak saya terjejas...saya akan menuntut dan pertahankan hak kami.

Buat masa ini focus kami ialah Adrianna Khaleda. Kami sedang menyediakan supaya dia lengkap ilmu akhirat dan dunianya. Walaupon saya tidak dapat shopping tiap-tiap bulan atau ber bag LV, saya sangat happy melaburkan harta saya ke arah itu. Alhamdulillah, dia sekarang berada di right path dan semoga berterusan.

Untuk Aryssa Zahraa pula, walaupon dia masih baby tetapi Alhmadulillah......surah Al-Fatihah sudah sentiasa di bibirnya. Begitu juga dengan zikir-zikir. Kami akan membuat persediaan awal untuk dia juga kerana kami melihat potensi tahfizah muda ini.

Ha...itulah harta kami sebenarnya...anak-anak. Nilai anak-anak ini tidak boleh di bandingkan dengan wang ringgit.

Itu saja buat masa ini. Assalamualaikum and happy weekend!



No comments:

Post a Comment