Monday, January 19, 2009

Siapa lagi yang menang?

Dalam 2 - 3 hari ini ramai benar yang menang. Yelah..selain kemenangan bacul Israel.
Siapa lagi yang menang?

PAS merampas kerusi parlimen dari BN. Bertambahlah kerusi Pakatan Rakyat. Kalau tidak memerintah pun pantaulah kerajaan kita dengan bijak. Saya suka benar menonton analisis politik Awani. Memang sebenarnya BN perlu berubah.."rebranding" semula supaya boleh di terima pakai sepanjang zaman. Janganlah pula masih menongkah ke langit sedangkan sebenarnya sudah terjunam ke dalam bumi. Wajib dengar suara hati rakyat.!

Tahniah kepada "Jumpa Pakcik Hussain" kerana menang besar. Faizal Tahir juga menang dua anugerah tetapi entah ye..saya tidak menggemari Faizal Tahir. Sampai Syurga saya suka pulak. Mungkin jiwa saya sukar benar untuk menerima bekas penyanyi nasyid tetapi sekarang menyanyi sambil terkinja-kinja.

Di mana saya ketika Juara Lagu.? Saya lepak anak beranak di kedai mamak.!

Emh..saya juga menang. Hampir seminggu bertikam lidah sama ada projek ini harus "on-line" atau hanya manual. Saya berkeras dan menetapkan pendirian. Kita perlu ada "improvement" jika mahu maju. Jika tidak mahu percayakan sistem, saya lagi tidak boleh percayakan kerja secara manual. Kesilapan pasti berlaku tetapi kita boleh mengurangkannya dengan menggunakan sistem yang super bagus.

Kini..saya sedang battle! Dengan masa yang semakin sempit tetapi terlalu banyak benda perlu di lakukan dalam satu masa. Saya perlu menang dalam perjuangan ini.!

*1 billion untuk Palestin?? Mudahnya!! Di mana kamu ketika mereka di serang??*

No comments:

Post a Comment