Sunday, January 11, 2009

Ayat-ayat cinta yang hebat.

Saya sebenarnya tidak tertarik langsung dengan filem ini ketika di tayangkan. Malah ketika TV3 menayangkan cerita ini ketika Hari Raya tempohari juga tidak saya tonton.

Entah kenapa, 3 bulan yang lepas saya terlihat DVD ini dan terus membelinya. Minat untuk menonton masih tiada lagi. Akhirnya, akibat kebosanan si rumah saya tonton juga. Emh..menarik! Hebat! Itu komen saya tentang filem ini.

Kemudiannya, ketika saya berada di Thailand saya berborak dengan rakan dari Honda Indonesia dan sudah tentu kisah ayat-ayat cinta ini keluar. Ok..sebenarnya dia perasan seperti Fahri si peranan utama dalam filem ini. Dia menasihati saya supaya membaca novel ayat-ayat cinta kerana filemnya sudah banyak yang di ubah.

Tepat sekali...sememangnya novel ayat-ayat cinta jauh lebih hebat dari filem. Penulisannya begitu terperinci malah saya seolah berada di dalam dunia novel itu.

Watak Fahri memang berlainan dari filem di mana Fahri sebenarnya sangat menjaga akhlak dan islamnya. Memandang perempuan pun tidak ini kan pula menyentuhnya. Malah ketika Maria mahu berjalan beriringan juga lekas-lekas Fahri mengelak.

Di dalam filem, di gambarkan bagaimana Aisya ragu-ragu dan cemburu pada suami sedangkan gambaran di dalam novel berbeza sama sekali. Tidak langsung ragu dan amat setia pada suami. Harta kekayaannya juga diamanahkan pada Fahri untuk menguruskannya. Cuma sekali dia cemburu, ketika melihat suaminya menikah dengan Maria. Walau yang sebenarnya, Aisya lah yang mengizinkannya.

Jadinya, sesiapa yang menonton cerita ayat-ayat cinta mesti wajib membaca novelnya.

*Fahri atau Aisya?? Emh nama anak kedua saya? Mungkin?*

No comments:

Post a Comment