Saturday, December 18, 2010

Salahkah saya??

 

Salam,

 

 

DSC06010DSC06011

 

Ananna sudah 5 tahun. Tidak kira berapa pun umur Ananna, dia tetap anak kami. Mungkin orang kata Ananna baru 5 tahun, jadi dia perlukan sepenuh perhatian dari kami berdua. Sudah tentulah berat kepada saya. Jadi?? Apa masalahnya.??

 

Salah kah saya, kalau saya berusaha keras untuk membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga.? Kedua-duanya sama penting. Tetapi…sudah tentu keluarga saya adalah no 1. Ananna bukan sahaja “DUNIA” kami malah dia juga bekalan kami di “AKHIRAT”.

 

Tetapi kenapa?? Mengapa?? ada orang sanggup memperlekehkan pegangan hidup saya? Kenapa saya sering di ketepikan semata prinsip “family no 1”?? Bukan kah saya mencukupi segala pakej yang di perlukan? Saya rugi atau orang itu yang rugi??  Ahh..jujurnya, saya hilang semangat.

 

Suatu ketika mulut saya lancar berkata :

“Duit boleh datang dan pergi..

Kerja bagus pon boleh datang dan pergi..

Tetapi, anak, suami dan keluarga akan tetap berada di sisi”

 

ok..ok..bukan original dari saya kerana saya tiru dari Kimora Lee. Saya ubah suai mengikut kehendak keperluan sendiri. Tetapi Kimora betul dan saya betul. TIdak kiralah umur anak saya 5 tahun…10 tahun…15 tahun..20 tahun..25 tahun…60 tahun..(kalau umur saya panjang)..Adrianna Khaleda Iznil tetap anak saya. Tetap perlukan perhatian saya.

 

Saya tidak boleh ganti anak saya dengan kerja. Kerja hanya memerlukan saya dari Isnin– friday, 10 jam setiap hari. Ananna, suami dan keluarga memerlukan saya 24/7.

 

Masa saya dengan Ananna tidak boleh di putar balik. Saya tidak mahu kerugian masa melihat Ananna membesar di hadapan saya. Dan saya tidak akan kompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mahu mencuri masa saya dengan Ananna, suami dan keluarga! Saya juga tidak mahu kompromi kepada sesiapa yang cuba mahu double standard dalam hal sebegini.!

No comments:

Post a Comment