Friday, October 1, 2010

Mahu hidup bahagia.??

Saalam,

Kita tinggalkan dulu cerita keluh kesah Anak Dara saya. Yang itu saya akan posting esok atau lusa. Kena tengok schedule. Pehtu nak kena tepek-tepek gambar comel anak dara dan ahem mommy kepada anak dara yang tidak kurang comelnya..tehehe..

Baik..

Tajuk di atas bertanya, "Mahu hidup bahagia???"

Jawabnya, jagalah hati anda.

Bagaimana mahu menjaga hati???

Jawabnya, Allah memberi kita akal dan fikiran. Jadi berfikirlah..fikir-fikirkanlah..renung-renungkanlah.

Ha...sure korang tension baca posting ni. Jangan tension..tenang-tenangkan hati..lapang-lapangkan fikiran. Pasti you all akan jumpa kan jawapannya.

Baiklah, saya bagi contoh...bangun-bangun pagi, kita dah sakit hati. Sakit hati mahu pergi kerja..sakit hati kerana perlu berebut-berebut jalan selepas exit dari Damansara toll. Sakit hati bertambah lagi bila ada orang suka sangat potong que kan jalan raya. Masuk Opis, baru mahu bertenang, telephone pula tidak berhenti-henti berdering. Bertambah pula kalau ada yang menelefon sambil berteriak histeria.

Bertenang..bertenang...tarik nafas dalam-dalam..lepas sikit-sikit..ingat gunung-ganang...air terjun...ombak laut yang menderu..gelak tawa Ananna..senyum manis Honey..."Aaaaaaazzzuuuurrrraaaaa". Zaassss! cantas! Potong stim...."Meeeetiiiinnnggggg". Aih...

Baik..

Kalau lah kehidupan kita seperti di atas dan hidup penuh dengan hati yang sakit..bagaimana mahu hidup bahagia?? Bila kita sudah tidak bahagia...ibadah kita terganggu..muka yang comel pon dah jadik kelam..badan slim melim pon maybe akan jadik lebar...ya ar..dah tension..bila tension sure mulut pon dok mengunyah..Ha..macam belon lar gamaknya.

Lagi satu...kita jangan banyak sangat sakit hati..sakit hati ni macam kita tidak bersyukur pula dengan kurniaan Allah. Kalau kita bersyukur serupalah kita melancarkan perang dengan Allah. Astaghfirullah...

Jadi..

Renung-renungkan lah..fikir-fikirkanlah...

Dan..

Saya berjanji :

1. Mahu hidup bahagia.
&
2. Mesti jaga hati.

Owh...jangan lupa, esok saya akan posting kisah keluh kesah Ananna dan...esok, we all ada banyak rumah terbuka..wah! aktivity makan ni..muka pun dah montel. Juga, saya mahu melawat "Untie pewot besar"..I'll blog later later pasal ni. Emh..kalau sempat, mahu bawak Ananna berbasikal keliling tasik.

Ahad...lepak.

Weee...happy wknd.

Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment