Monday, January 16, 2012

Apa pekerjaan sebenar seorang SURI RUMAH.??

Salam,

Lama kan tak update blog?? Mau tak..sekecik ni asyik berkepit dan minta di layan. Esok lusa bila Mommy sudah mula bekerja, tak adalah peluang lagi nak berkepit. Ahh...sedih!

Kadang-kadang saya hairan........kenapa ada orang pandang hina kerja sebagai seorang suri rumah tangga. Ada yang kata rugi. Ada yang kata PEMALAS. Tetapi hakikatnya...........bekerja sebagai suri rumahtangga lebih hebat & mulia dari bekerja di office. Why??

Kita balik semula hakikat sebenar kejadian seorang perempuan. Apa tugas seorang perempuan?? Isteri?? Ibu?? Apa guna kita sibuk bekejaran untuk memegang jawatan tinggi di pejabat sedangkan tugas sebenar kita TERABAI.....Anak-anak terabai....Sanggup?? Emh...jom baca sketsa ni...


Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?
Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.
Kaunselor : Halimah pula?
Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.
Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.
Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??
Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.
Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??
Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.
Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.
Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.
Kaunselor : Apa Halimah buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.


Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin seharian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!


P/S : Cita-cita saya x mahu lagi jadi SLAVE di office. One day...InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment