Saturday, May 16, 2009

Birthday Story - 1


This is me..34.

13 May..cuaca muram dan tidak terik seperti selalu. Matahari bagai kan terasa malu untuk menunjuk muka. Bagus juga untuk sekali sekala.


Malam menjelang birthday, saya menerima beberapa ucapan secara langsung dan secara SMS. Terima kasih kerana mengingati..terasa diri ini berharga sekali.


Tepat jam 12:00, saya menerima panggilan dari suami tersayang (dia bekerja giliran malam) untuk mengucapkan selamat buat saya. Pada masa yang sama juga adik kecil saya (hakikatnya besar..ooops!) melayangkan kiriman SMS memberikan ucapan juga.


Bahagia...bahagia!


Selepas Zuhor, kami mula bertolak. Seperti biasa saya lah pemandu terhormat. Kali ini saya memandu mengikut tanda had laju. Tidak mahu di saman lagi seperti dua tahun lepas. Menyampah! Surat “cinta” saya dari polis bertarikh 13 May.!


Kami sampai agak lewat kerana terlajak sehingga ke Avillion. Tepat 4:00 petang kami tiba dan dengan segera mendaftar masuk. Hati sudah tidak sabar-sabar untuk membaringkan badan.


View dari depan pintu.


Terpegun! Itulah gambaran terhadap chalet penginapan kami. Buka pintu sahaja terus jumpa bilik air. Kami perlu melalui bilik air untuk ke katil. Pelik bukan? Saya kagum dengan bilik airnya yang besar. Kolam mandi yang besar dan bilik “shower” secara terbuka di atas membuatkan saya berangan-angan untuk memiliki bilik mandi seperti ini.



Bag Bear, Pink Bear, Minnie & Asimo also ikut..

Perkara pertama yang saya lakukan ialah…snap..snap. Kemudiannya, menjerang air, membancuh kopi pekat dan memulakan minum petang di balkoni. Oh..tidak lupa “cupcakes” saya.



Kemudiannya, saya dan Ananna mula kan aktiviti berendam di dalam kolam. Ananna pada mulanya seperti was-was tetapi apabila sudah biasa dia pula tidak mahu keluar.


Projek mengambil gambar metahari terbenam agak sedikit terlewat. Saya sedikit kecewa. Tidak mengapa, esok masih ada. Oh…esok, saya mahu bangun pagi dan tidak mahu ketinggalan mahu snap..snap matahari terbit. Saya juga mahu berjogging di tepi pantai dan menghirup udara segar di tepi laut.


Makan malam juga istimewa. Kami memanggil perkhidmatan bilik dan makan-makan di balkoni sambil melihat air pasang dan menghirup udara segar. Sesudah perut di isi, kami berjalan-jalan mengelilingi hotel. Seronok!



Ok…bobok dulu. Esok ada banyak aktiviti lagi. Sambung kemudian di siri Birthday Story 2


Dalam kad ada small gift...hik..I like.

1 comment:

  1. Port Dickson. Mmg best..harga pon best. Cupcake..hehehe..mmg sedap. Napa? Nak order?

    ReplyDelete