Thursday, October 20, 2011

32 weeks, 4 days & Mommy jatuh tersungkur!

Salam,

Tempat kejadian : Aman Cafe, PJ
Masa kejadian    : lebih kurang pukul 12:45pm
Details kejadian..............................................................:

Mommy nak lunch dan basuh tangan. Berpusing & kaki tersadung kat besi-besi paip &...............

Dummmmmm....JATUH! tersungkur! Muka terhempas kat kerusi plastik. Sebelah tangan sempat menampung badan. Sebelah tangan lagi di sambut oleh satu abang. Kedua-dua lutut sudah di lantai...........

Daddy dari Cyberjaya memecut laju untuk menjemput Mommy di PJ. Dari PJ memecut lagi ke DEMC, Shah Alam. Alhamdulillah, bila di scan jantung baby berdegup normal. Uri tidak berdarah. Segalanya ok. Mommy aje yang tak berapa nak ok. Lebam-lebam sana sini. Kat bahagian muka bengkak terus...huhuhu. Badan memang sakit-sakit. Rasa sakit nak bergerak.

Doctor kata...masa ni lah urat-urat kita tengah kembang...jatuh pula...bertambah lah sakit. Doc tak cakap banyak terus bagi MC untuk esok. Dia tak bagi kerja sebab dia kata esok badan akan lagi sakit dan demam. Sekarang pun dah rasa dedar ni ha. Dia mintak monitor sebab takut ada pendarahan dan sekarang ni kan selalu sangat contraction...so contraction tu pon kena monitor. Kalau terlalu kerap dan sakit, dia suruh ke hospital dengan segera dan admit.

Ho....saya harap sangatlah jangan jadi apa-apa. Biarlah baby dok dalam ni sampai cukup bulan. Rasa macam sedih pula bila dah sampai Tri ke 3 ni. Memandangkan umur makin lanjut, kemungkinan besar ini adalah pregnancy yang terakhir............. Lepas ni mesti rasa rindu dengan rasa hamil.

Owh...sementara itu...3 hari yang lepas kawasan rumah kami dilanda angin kuat..ribut sebenarnya.  Kalau tahun lepas akibat dari ribut bumbung kami pecah disebabkan piring Astro jiran sebelah terbang dan menghempas bumbung kami. Kali ini pula....si tempat sama, bumbung terbang. Sudah 3 hari bumbung di rumah terbuka. Bukan tak cari orang nak repair tapi asyik hujan dan tukang repair pun busy menerima tempahan repair bumbung.

Ini lah yang dia kata ujian..ingat lagi tak sebelum ramadhan kami di timpa ujian demi ujian yang membawa hingga selepas raya. Baru mahu bernafas, ujian datang lagi. Alhamdulillah...kami bersyukur dengan segala ujian dari Allah. Kami redha dan berusaha sebaik mungkin untuk mengatasi segala ujian-demi ujian ini.

Ok...dadada...

Mwuah ....errrr..korang nak tau nama Baby??? heh...gi tanya Ananna....dia dah kecoh bagi tau kat semua orang inluding cikgu sekolah. Anak Mommy ni memang kaki pecah rahsia...huhuhu. Kes Mommy jatuh ni sure sure sah akan jadi topik hangat di tadika esok ni........

Ok..bye..Nite-nite. 

2 comments:

  1. Omg.. i hope everything is fine.. dr cerita you pun i ngeri dgr camne you jatuh.. stay safe & take care!

    ReplyDelete
  2. Ruzanna,

    Horror kan? Alhamdulillah semuanya ok..cuma sakit2 lar bdn ni. Thank you.

    ReplyDelete