Tuesday, June 29, 2010

Sesuatu tentang Hijab.

Salam,

Percaya tak kalau saya kata kebanyakan fesyen hijab terkini adalah tidak mengikut tatasusila berhijab. Sedih juga apabila sesama kita bertegang urat tentang fesyen hijab ni. Ada yang kata bersanggul tinggi itu salah. Ada pula yang kata bersanggul tinggi itu tidak salah asalkan menutup aurat.

Bukan kah perkara begini hanya akan menambahkan kekeliruan?? Tidak malukah??

Saya tanya..jujurnya..cantik kah bersanggul tinggi?? Apa tujuan bersanggul tinggi?? Apakah dengan bersanggul rendah itu tidak cukup cantik?? Ye adik-adik semua..saya sehingga sekarang tidak jumpa lagi lah hukum mengatakan sanggul tinggi itu haram..tapi takut pula bila sudah bersanggul tinggi akan menimbulkan RIAK di hati. Sudah jatuh dosa! Camne?? Sape nak jawab??

Bak kata kawan non muslim saya.."Eh napa pompuan tu nampak macam ALIEN"..ha hambik! sapa nak jawab tuh.

Sepatutnya, bila kita berhijab..bukan sekadar menutup rambut sahaja. Semua perkara juga harus di tudungkan. Perempuan islam bukan bahan lelongan..bahan tontonan. Tempat kita amat istimewa di dalam islam. Ini bila cantik manis berhijab..merokok macam naga. Tidak menunaikan solat wajib 5 waktu. Pergi surau hanya untuk touch up make up or TIDUR... Camne tu??

Ha..ada lagi...pasal baju pula. Berhijab..tetapi berlengan pendek, berbaju jarang, berbaju ketat dan sebagainya lah. Tak pon berhijab tetapi nampak jambul..nampak dada..eee malu..! Tetapi apabila mahu bersolat pandai pula kita mencari telekung..nak cover..mahu menutup aurat. Wajibnya, kita harus menutup aurat sama macam waktu kita bersolat. Betul kan??

Ok lah..tak mo membebel lagi..nanti korang boring. Jadi renung-renungkan lah. Saya pun tidaklah 100% betul. Saya masih berusaha sedaya upaya...walaupun ada banyak halangan.

Psstt..butik munawwarah baju-bajunya menutup aurat. Saya suka skirt cotton dan seluar palazonya..cuma tidak beli lagi kerana color tidak ngam. Jika mahu mencari Abaya cantik boleh juga ke Taman Tun..ada butik House of Jalabiya - Hurul Ain. Harga boleh tahan. Cawangan ada di kota Damansara..tapi kat sana di panggil House of Abaya kalau tidak silap..fuh..cantik-cantik I tell you.

Eh..ni bukan promotion ye..sekadar berkongsi maklumat.

Disebabkan sudah terlanjur bercerita tentang hijab..mari lihat fesyen hijab itu sendiri. Dah makin kurang orang bertudung bawal. Bak kata seperti zaman dinasour. Sekarang ni fesyen Instant Hijab lar..or lebih popular Tudung Ekin..dan Syria Hijab tapi kalau kat oversea di panggil Amira Hijab. Tak tau pula kenapa di panggil Syria hijab..orang-orang Syria pakai hijab fesyen nya begitukah?

Saya selesa bersyayla sedondon dengan Abaya atau berAmira Hijab. Nampak in dengan muka ku. Saya sudah pakai fesyen ni sebelum fesyen ni popular lagi. Tapi masa tu susah nak cari orang jual hijab Amira ni..kalau ada pon tak berapa nak cantik. Sekarang ni..amboi meriah ok. Cuma saya tak ikut..Maintain amik plain. Bukan kah berserderhana itu lebih elok.? Lagi satu..sila beli Amira hijab yang menutup dada ok.

Ok lar..dah lar tu. Sure U all penat nak baca..Btw..nah klik link here

Semoga kita akan menjadi Hamba Allah yang lebih baik lagi.

Salam sejahtera ke atas kamu semua.

No comments:

Post a Comment