Friday, January 15, 2010

Anannna 1st day at school & 8th day at school.

Wah..Ananna sudah anak dara sekarang. Sudah masuk sekolah. Sudah pakai uniform pink…huhuhu. Mommy sedih ok.

 

Hari pertama..tiada apa yang berlaku. Dia dah biasa pergi sekolah. Excited lar. Masa nak naik masuk kelas tuh, mommy kat tepi pagar ni siap-siap lar lambai-lambai Ananna. Ananna buat muka selamba je. Jeling-jeling mommy lagi. Wah..sangat berlagak ok.

 

DSC03245-3 

Mommy confused dengan color baju sekolah Ananna ni. Pink ka Purple??

 

Hari ini, sudah genap 8 hari Ananna bersekolah. Malam semalam dia merungut “Nak dodok dengan mommy. Mommy jangan pergi keje. Jaga Nanna”. Fuh..sedih ok.

 

Sewaktu mahu menghantar Ananna ke sekolah, dia masih melekap dengan Mommy. Kesian sayang busyuk Mommy ni. Emh..tak pe, Daddy kan keje malam so boleh lar tengahari Daddy ambik Ananna kat sekolah. Eh..today is friday, Daddy ada date dengan masjid. Ok..ok..lepas solat jumaat ye, Daddy ambik Ananna.

 

Tengahari….

 

Ananna nampak Daddy. Daddy pon nampak Ananna. Tapi Daddy kena pergi solat jumaat. So, Daddy tak boleh ambik Ananna. Ananna sudah melompat-lompat ingatkan Daddy nak ambik Ananna. Bila Ananna tengok Daddy tak berhenti……mulalah..mulalah..anak dara Mommy tu…meraung satu kampung!

 

P4210062 

 

 

 

 

P2130144

 

 

 

 

 

 

 

 

Bila Mommy dengar aje Ananna meraung macam tu..rasa macam nak balik sekarang juga..Nak peluk sayang Ananna manja Mommy tu. Tetapi apa kan daya..Mommy sedang mencari rezeki sesuap nasi…huhuhu.

 

Sampai sahaja di rumah..bag semua campak dan terus bekejar mendapatkan Ananna. Peluk cium rindu Mommy kat Ananna. Mommy tak mau Ananna nangis-nangis.

 

Kalau boleh Mommy mau Ananna selalu senyum dan ketawa macam ni…….

 

PB180086 PB240111 PA070032  P4060028 l_bf6f9292e50de2b43d96df4f351caa95[1] PC120123

2 comments: