Monday, October 24, 2011
Big Bad Wolf Sale - 2011.
Sunday, December 12, 2010
Idaman kalbu sudah jadi milik ku.
Jangan jelous k. Tu lar handbag terbaru saya..
Saya memang fan Fossil…Fossil lover..ekeke.
Next..
Agh…I want..I want..I want!
Sunday, October 10, 2010
Raya dah habis tapi nak tunjuk juga kasut raya.
Nah….
*
*
*
Ha..yang ini pulak kasut raya Daddy.
Jangan pelik. Kasut raya Daddy sebenarnya kasut cycling.
Pssssttt…Saya tiada kasut raya. Percaya tak??….errrrrrr.
Tuesday, August 3, 2010
If kat sekolah ada subject shopping sure Ananna dapat A++
Salam,
Menggigil kaki bila shopping dengan Ananna..Eh..tak..tak bukan kaki yang menggigil kepenatan tapi ni ha..tangan saya menggigil mengeluarkan note-note ringgit atau kad hutang berwarna gold semata melayan “subject” shopping Ananna.
Mamam-mamam yummy di Plaza Shah Alam.
Hasil pembelian Ananna di Shah Alam :
1. CD Genius Aulad. Serius..worth it betul pembelian CD ni. Ananna senang saje nak sing a long. Bila saya ikut nyanyi dia siap nasihat “Mommy..ni lagu budak-budak. Biar budak aje yang nyanyi”. Ha…hambek! Yang kelakarnya ada satu lagu tu tajuknya Wudhu’..tapi Ananna tersilap dengar dia ingat bodoh. Terus kata…”Eh! tak baik tau cakap bodoh nanti Allah marah!”.
Bagus Ananna! Mommy sangat proud!. Btw, saya terpaksa menerangkan dia Wudhu’ itu apa kerana selama ini yang dia tahu ialah mengambil air sembahyang.
2. Pin-pin rambut color biru dan satu sepit riben merah color pink. Masa membeli dia siap cakap “Ini macam Minnie Mouse”. Sila lihat gambar di bawah. Kannnn…? Minnie Ananna!
Kemudiannya, shopping di Bukit Raja Klang dan hasilnya :
1. Cermin mata hitam jenama Barbie yang bingkainya berwarna pink. Sangat seperti Paris Hilton. Harap tidak ikut perangai seperti dia..!!
2.Sandal juga berwarna pink yang punya tumit 1/2 inci siap-siap ada bunyik. Cute habis. Eeeee..saya ni sedikit anti kasut bertumit tapi anak saya berminat pulak..huhuhu. Ni semua pengaruh kawan Ananna bernama Tasha..”Nak kasut macam Tasha”, katanya.
Nah..tu dia sepit reben, cermin mata, bag dan sandal pink. Ok lar Ananna..suka sangat pakai pink senang kita nak dapat diskaun kat BR setiap rabu.
Bila saya mahu shopping (untuk barang Abah-Abah dan emak-emak), muka mula nampak lain macam. Pura-pura buat mengantuk. Kaki tak boleh jalan. Nak balik lah bagai. Grrrrr! Bila kita “suap” dia dengan kata-kata manis, “Sabar lah Ananna. Lepas beli barang untuk Atuk, Nenek & Opah, kita beli pulak baju Ananna..ye..ye”. Muka terus jadi macam mentol. Bersemangat semula. Siap tolong-tolong pilihkan. Bila jurujual tanya “Ye kak, boleh saya bantu?”. Tidak sempat saya menjawab Ananna sudah bantu “Mahu beli barang untuk orang tua lah!”. Oh my…anak dara!
Sudah selesai misi shopping..Ananna mula menuntut “Dah ter Mommy??? Jom kita beli baju Nanna”. Wah!…
Ok..lah. Mommy belikan dia sepasang baju dari Poney yang 50% less. Siap singgah ke Anggerik Avenue kerana Ananna mahu bertudung seperti Mommy. Malangnya, tak ada warna pink. Tapi tudung budak memang cantik. Ananna bertudung lebih cute dari biasa. Di sebabkan tiada warna pink..selamat poket Mommy untuk kali ini…huhuhu.
Emh..Ananna pakai aje lah selendang-selendang Mommy yang berlambak-lambak tuh. Nak bagi siapa? Bagi kat Anak Dara lah jawabnya!
Sunday, July 25, 2010
Maaf!
Maaf saya terpaksa biarkan blog ni bersawang buat sementara waktu. Alah....kejap aje. Bukan apa..sekarang ni saya busy kat office tu. bertambah pula demam selsema dan batuk-batuk saya masih tidak elok-elok lagi..Bila dah selsema ni kepala otak pun dah macam beku lah.
Tapi..saya sempat shopping..oooppps!
Ye..maafkan saya. Saya busy..dan saya tidak sihat tetapi saya paling suka shopping..tehehe.
Apa saya beli??
2 helai seluar Palazo dari Munawwarah. Sehelai abaya dari Hurul Ain..(serious babe...cun!) dan sehelai baju kurung jenis English cotton color pink untuk Cik Adrianna Khaleda. Walaupun Mommy dan Daddy minat habis dengan satu baju color biru...tapi apa nak kata..anak dara saya sudah besar panjang. Sudah pandai memilih...huhuhu.
Nak tgk?? Eh tak boleh...gambar hanya available masa raya nanti...tehehe.
Ok..gtg.
Sudah batuk-batuk lagi.
Selamat malam..and sweet dream ya!
Monday, May 3, 2010
Shopping oh Shopping!
Saya suka shopping. Siapa yang tak suka shopping? Kedai Speed99 pon best untuk shopping. Barang-barang dia lagi murah dari Tesco atau Giant. Kalau pergi Speed99 tak boleh Shopping "tingkap"..sebab..tak ada tingkap..eh??
Ok..ngarut dah ni. Sebenarnya, bulan April saya banyak shopping.. (Ampun Honey..Wawa shopping behind your back..eh kat depan2 sebenarnya tapi Honey aje tak nampak..ekeke). Kegemaran terkini, saya shopping online. Dari tudung sampai lah ke baju..segalanya online. mentang2 lah kedai2 sekarang sudah berada di hujung jari..maka makin ligat saya bershopping.
Dalam bershopping di alam maya ni..kena juga berhati2. Takut dah transfer duit..barangnya tak dapat. Eh..seriau U. Emh..bak kata pemilik2 kedai "shopping at your own risk". Tapi ye lar..bila kita berniaga ni kena lar jujur. Sebabnya, mereka ni boleh menipu di dunia..tapi ko jawablah kat akhirat nanti. Duit yang korang ambik tuh kira duit haram. Dah lah duit haram..korang buat pulak beli ikan ke chicken ke..or susu anak ke..kan dah jadik darah daging tuh..camne?
Eh..emo. Grr..grrr..so far saya belum lagiu menerima nasib macam tuh.
Ok..mari tengok apa yang saya beli dalam bulan May. Sorry no pictures...saya seorang pemalu!
Saya beli :
1. 2 helai dual color inner dari Colorscarf by Riqa.
2. 1 helai inner yang nampak sgt stylo bila pakai juga dari Colorscarf by Riqa.
3. 1 helai hijab syria. Ha..ok dari Riqa juga.
4. 1 helai abaya dari abaya-arab.blogspot.com
5. 2 helai abaya dari The Abaya Souq (sgt canteks ok)
6. 1 pasang kasut flat ballet kat kedai kasut scholl..ok yang ini bukan online.
Bulan May..nak berenti dulu lar dari shopping2 ni *statement dalam keadaan berat hati*
Pssstt..anak dara saya juge shopping. Nanti kita blogging lagi ek..letak gambar sekali.
Monday, February 15, 2010
Bila Ananna potong rambut sendiri dan pergi shopping.
Salam semua... This is Adrianna Khaleda Iznil writing..hehehehe. Ops..mana Mommy? Ok..Mommy tak nampak so Nanna boleh sambung tulis. Mommy tengah sibuk ulangkaji Chuck Season 1-3.
2 minggu lepas, Ananna buat Mommy menangis tersesak-esak. Nanna gelak aje tengok Mommy nangis. Eh..Ananna tak derhaka. I’m a good girl tau. Tak caye tanya Daddy!. Ok..ok..Nanna bosan dengan rambut panjang mengurai ala ala maggie mee dan tak pernah potong sejak….emh..emh..sejak Nanna lahir lah. Mommy sayang sangat dengan rambut Nanna. Tapi Nanna teringin sangat nak rambut pendek macam Jiah.
So, Nanna curik gunting Mommy dan potong “krap..krap” rambut nih. Mula-mula Nanna potong bahagian depan. OK cun! Lepas tuh Nanna potong bahagian belakang sebelah kanan. Alamak…tak bestlah kalau tak tunjuk kat Mommy. Nanna jerit “Mommmmmmyyyy ooohh Mommmyyyy..Nanna potong rambut ni…CANTIK!!!”. Mommy menjerit dari bawah dan terus bekejar mendapatkan Nanna. Mommy nangis tengok rambut Nanna…”Mommy..jangan nangis..Nanna sayang”, Nanna cuba pujuk Mommy. Nanna dengar Mommy mengomel sendiri. Tak tau apa ntah Mommy cakap.
Mommy ambil gunting dan sambung gunting rambut Nanna. Yessss! Nanna rambut pendek. Yessss! rasa ringan betol kepala ni. Dan Yessss! Nanna nampak lagi cantik dan cute! Ok..untie-untie dan uncle-uncle yang baca blog ni jangan jealous. Nanna memang cun pon ok! Oh..lupa..sepanjang Mommy gunting rambut Nanna, Mommy nangis esak-esak. Pelik lah.
Ni rambut Nanna masa panjang..tapi picture ni ambik tahun lepas. Masa Nanna pergi holiday kat Damai Laut.
Ni masa awal 2010.
Gambar Nanna lepas potong rambut. Nanna saje je ambil gambar sambil baring sebab masa Mommy snap gambar pon Mommy masih nangis lagi. Tak paham Nanna.
Ok, agaknya hati Mommy dah ok kot dengan my new hairdo nih..hehehe. So, semalam Mommy ajak Nanna shopping. Yessss! Shopping! Benda yang paling Mommy suka. Agaknya, apa Mommy nak beli ye. Yess..lagipon Daddy keje. So, shopping kali ni dengan Mommy aje.
Mommy kata nak beli lipstick sebab Nanna dah patahkan Lipstick Mac Mommy. Ops..Nanna kan girl..so Nanna pon suka make up lar. Macam Mommy..sama Mommy. Tapi Mommy ni suka sangat lah dengan naked face dia tuh..jage Mommy. Nanna nak shopping ni.
Kami ke Sunway Pyramid. Sapa kata shopping complex tak penuh masa cuti-cuti raya ni. Penuh aje Nanna tengok. Tak bestnya, kedai Mac tutup. So Mommy macam dah putus harapan nak beli lipstick. Ok…lah. Emh..mana boleh balik tak beli apa-apa. Tak best lar. So, Nanna nampak butik crocs. Hehehe..yess..yess..tara….Nanna berjaya pujuk Mommy beli satu kasut..gambar tak ada ye untie-untie dan uncle-uncle. Tangan Mommy dah menggeletar nak pegang camera. Sebab Nanna paksa Mommy dokong Nanna dari mula sampai Sunway Pyramid sampai lar balik. Ok..berapa jam tuh..emh lebih kurang 4 jam..hehehe..Ok lar. Ni kira exercise Mommy ape. Walking at shopping complex sambil bawa bebanan seberat 17kg..! Banyak tuh kalori terbakar.!
Nak tahu hasil belian Nanna?? Sepasang kasut crocs color Ruby, lipstick, mascara & 2 jenis eye shadow.!
Apa Mommy dapat sepanjang shopping?? Pokai hampir RM200, sakit belakang, lutut, kaki & tangan….hehehe. Best kan?
Ok lar..Nanna nak bobok. Nite-nite dan jumpa lagi.
Oh..sebelum tuh..tengok gambar-gambar comel Nanna. Nanna dan Mommy naik ferry wheel…weeeeee! Best sangat!
Muka Mommy yang berkobar-kobar nak shopping! Nanna amik gambar ni tau. Terror tak?
Weee! So..macam mana dengan my new hairdo? Betul kan? Cantik!
Love…Adrianna Khaleda Iznil.
Friday, November 27, 2009
Shopping buku.
Today saya shopping :
1. A lion called Christian - Anthony Bourke & John Rendall.
2. If you could see me now - Cecelia Ahern.
3. The Story of Edgar Sawtelle - David Wroblewski
4. Alphabet activity pack
5. Numbers activity pack.
Ha...kalau ikutkan hati nak beli banyak lagi. Tapi sebab Honey sudah jeling terpaksa lah meninggal kan kedai buku dengan rasa separuh hati dah jatuh..huhuhu.
Saturday, September 5, 2009
Hunting for baju raya.
Saya siap psiko Honey kat FB lagi..."kebaya nyonya tu cun lar" kata saya dlm FB..wakaka..Honey termakan pujuk lar jugak.
Sampai di Amcorp..jeng..jeng...terus ke kedai yang menjual kebaya nyonya tu ler...satu set kebaya (baju, kain + inner) RM180. Mahal tak? Emh..saya pon try test the baju. Eh..sexy..cun..saiz M..muat..patut kena saiz S ni (ececeh..perasan lah pulak). Bila keluar dari fitting room bergaya depan Ananna..of course lah dia ckp mommy tatek (cantik). Komen Honey ok je kalau saya suka.
Tapi....?????
Hati ni tak cukup confident ar. Rasa macam kebaya Nyonya ni bukan saya. Dah lah saya jalan macam samseng..pakai kasut flat..nak tgk saya pakai heels dalam mimpi boleh lah..handbag pon pakai slig bag...tak pon bawak bawak bag sandang belakang...macam mana lah kebaya nyonya ni nak ngam ngan saya.
Aih...!!!
Tak kan lah saya nak pakai baju pada hari yang mulia tuh dalam keadaan serba tak masuk.
Malamnya..selepas berbuka dan maghrib, saya bisik2 kat Honey..nak gi Tesco Setia Alam. Harapan tuh tipis aje..tapi apa salahnyer mencuba iye tak?
Di Tesco Setia Alam tuh tak sampai pon 10 minit, saya dah jumpa baju yang saya suka. Masih kebaya tetapi tidak sependek kebaya nyonya..tidak ketat..sedang elok sgt..versi sopan lah senang cerita. Ah...dah lah dekat dgn umah..pehtu murah pulak tuh..fuh lega.
Ish..bila memilih baju kena lah yang halal bukan halal tetapi haram..maksudnya, baju pilihan kita tuh cantik tapi bukan baju orang islam..Ish..tak mo..tak mo..saya takut Allah.
Apa2 pon..Mr Honey sangat gembira dgn baju raya saya..sexy tapi sopan katanya...hehehehe..
Aip..jgn mintak gambar..nnti hilang seri baju raya tuh..
Sunday, August 16, 2009
Bag Fossil saya,
Thursday, August 6, 2009
Meroyan shopping!
IsninRizal : Wei ko tau tak Khamis ni ada JJ sales kat Bukit Raja. Ko pegi tak?
Saya terus melompat dan angguk kepala banyak kali.
Selasa
Saya : Aku nak pinjam ko nyer JJ card. Aku nak cuti Khamis nih. Nak gila2 shopping!
Rabu
Rizal : Nah amik.
Saya melompat2 happy.! Capai kad cuti dan terus buat muka comel kat boss.
Boss : Ni pesal nak cuti nih?
Saya : JJ card Sale boss. Very important! Hidup dan mati nih.
Boss : Ha...??
Saya : Ala sign je lar.
Saya sengih.
Boss : Nah..ish..ish!
Saya lompat-lompat girang..
Khamis
6:15 : mandi
6:30 : solat subuh
6:35 : intai cikgu sebelah. Ok..ko menang today. (selalunya we all berlumba2 keluar pagi..ekeke)
6:40 : sapu bedak Mac + lipstick nude color. Sarung T-shirt Honda, bawak beg hijau honda dan bag merah hitam honda, sarung tudung segera, simpan mask dlm bag, purse wajib ada & antar Ananna gi School.
7:05 : Shell. Isi minyak da..
7:45 : Parking JJ. Lepak dalam keta. Sambung baca buku Sophie K sambil minum susu and makan energy bar. Yeap I need energy for shopping.
9:00 : Shopping.
12:30 : keluar dari JJ. Baru perasan...eh..sibuk je shopping baju Ananna, baju untuk Abah n Abah in law, something for mom and mom in law...untuk diri sendiri??? takda..serius takda! Dusysummmm...tipu..tipu..! Saya beli diamond ring for myself. Ekeke. Akhirnya..after meroyan for two weeks berjaya juga mengkonfidentkan diri untuk beli. Yeay..Kalau agak2 rasa tension kat opis, saya akan tgk diamond ring nih...baru tenang..Huh! ye lar tu!
Ok..penat. I kena declare myself..POKAI! Adeih!
Wednesday, July 15, 2009
Back to normal...
Ananna..asyik nak claim hutang dgn mommy..alamak..wknd ni kena bawak dia tgk citer Abam ler (Harry Potter). Nasib, Honey cuti..heee. Boleh pegi tgk2 baju raya untuk mommy...emh..maybe nak singgah Hajaba or MyHannah..tehehe. Baju untuk Ananna dah settle..tinggal untuk Daddy and Mommy. Daddy boleh beli last minute...ekeke.
Ok..ok..nak meeting. Dadada.
Tuesday, July 7, 2009
Terapi minda yang kusut...ye la tu.! shopping..shopping...sales..sales..
Bila rasa tensi kat office mulalah cuci mata website yang menawarkan shopping online. So far...saya tidak pernah lagi terbabit lah dalam sesi jual beli online nih..eh pernah sekali...tapi tak mo ingat kejadian itu...ekeke.
2 website yang hari-hari mau tengok..eh..mesti tengok ialah...http://www.bigsales.com.my/ dan http://pasim.wordpress.com/ .
Oh..sekarang hati sedang berkobar-kobar dan penuh semangat untuk pergi ke TOPSHOP and Dortohy Perkins WH sales..haha..details..check it out kat 2 website tuh..
Mau pergi esok...wah..! semangat nih...ekeke.
Saturday, July 4, 2009
Shopping..shopping!
.jpg)

Agh...letih. Tapi puas hati...ekeke. Hajat hati nak beli bag saja tapi terlajak sekali beli dua seluar untuk ke office. Bag pun sangat cantik.
Overalnya, hari ini hati saya lalala..menyanyi riang. Dapat shopping..dapat makan ayam penyet ria..dapat makan Dime Cake..dapat minum kopi o panas. Susah nak dapat peluang macam ni tau.
Thanks G, sbb sanggup teman kan I shopping dan berjogging di Ikea, Ikano dan Curve.!
Oh..gambar di atas, Ananna bergaya ala-ala model bersama Cow.!
**sebelum sale tamat, saya mahu beli kasut pula..**
Sunday, April 26, 2009
Shopholic!
Kadang-kadang timbul juga rasa cemburu di dalam hati melihat keupayaan mereka dalam membeli belah. Tentu rasa jaki melihat mereka menjinjing barang-barang hasil belian.
Secara jujurnya, saya suka kan great bargain. Siapa tidak??
Tetapi....saya bencikan suasana yang bising dan dalam keadaaan berebut. Paling lama saya boleh berada di sana cuma 30 minit. Selepas itu saya mulai bosan. Dalam keadaan yang hiruk pikuk dan keadaan manusia yang separuh sedar itu membuatkan nafsu shopping saya mulai terbantut.
Saya sukakan keadaan yang aman di mana saya boleh membeli dengan secara tenang dan hanya membeli barang yang benar-benar perlu sahaja. Bukannya di pengaruhi oleh nafsu.So far ni, tempat yang tenang selalunya punya harga yang mahal. Ha..kalau begini pun boleh membuatkan nafsu saya terbantut.
Emh...yang pentingnya..dalam keadaan ekonomi begini kita perlu lah pandai berjimat. Bukan kah pembaziran itu kawan kepada syaitan.
Bila fikir2kan balik..apa lah yang saya sibuk nak jaki sangat ..kalau ada yang membeli 3 pasang kasut, 4 botol perfume, 5 helai bra, 3 bag tangan dan satu set make up..sebabnya..at the end pun saya tetap setia degan kasut croc color merah, perfume tanpa alkohol, bra pun baru beli jerk, bag tangan?? tidak perlu kerana saya setia dengan backpack dan make up yang ada ni pon tak habis pakai lagi ha...
Jadi perlu kah saya berebut-berebut di metrojaya warehouse sale itu??
Ye..maaf..demam metrojaya tidak habis lagi..
*Bila shopping mesti fikir barang Ananna dulu*
Thursday, April 23, 2009
Update - Metrojaya Sale.
Tetapi.......
Warehouse sale itu jatuh pada hari waktu bekerja ..(ceh macam nak umum hari raya). So...plan kena baikkk punya. Tension tau!
So? Apa kah barang belian saya?
1. T-Shirt jenama Renoma color biru - 2pcs
2. Seluar legging color biru gak jenama Poney - 1pc.
3. 2 keping jambu batu.
Di sebabkan tension punya pasal..balik rumah terus "Honey..jom gi Seksyen 7. Dah lama tak beli tudung". Huh..alasan. padahal ada banyak tudung..but wait...tudung yang kat rumah tu dah lama ar dan ada yang tak match dengan baju. Solution nya...seksyen 7 lah babe.
Barang belian saya?
1. 1 tudung hitam belah depan.
2. 1 anak tudung jenis serkup dan tutup hingga ke arah tengkuk.
3. Selendang hitam.
Why hitam? Senang nak match dengan kasut merah saya oke.
Emh..rasa macam esok nak pergi sana lagi lar..nak rembat lagi satu tudung belah depan. *kira duit dalam purse* Emh...tak beli pun tapi dapat cuci mata pun dah puas hati.
Oh..lepas ni nak cari Fatihah..nak belajar cara-cara lilit tudung selendang. Tengok dia buat macam kemas jerk...tapi tak tau lah kalau saya pulak buat. Ntah apa jadik nanti..
Ok...apa lagi..alamak..lupa lagi nak upload gambar hasil dari camera DSLR saya tu...nanti lah yer.
* Masa tengah sibuk gila amik gambar kena tegur dengan abang2 polis. Mengurat...ingat gue ini anak dara lagi...wah...! Terpaksa tunjuk..ahem..ahemm..Honey saya ada kat belakang tu lah abang polis...ekeke.*
Tuesday, April 21, 2009
Metrojaya...oh..Metrojaya!
Jom..jom..jom..kita shopping.
Malam tadi saya siap mimpi-mimpi lagi..mimpi melampau di Metrojaya Sale..gitu. Aih..sakit benar ni..
Ok..sebabkan dah malam..nak bobok..saya akan sambung perkembangan Metrojaya Sale esok...dan juga perkemabangan hari minggu saya.
Dadada..gudnite.
Eh..psssstttt..esok dan lusa macam dalam heaven. Semua boss tada...meeting kat East Cost...Yebadabadoooooo!

