Sunday, April 26, 2009

Shopholic!

Kadang-kadang saya hairan orang boleh membeli sehingga 3 pasang kasut, 4 botol perfume, 5 helai bra, 3 bag tangan dan satu set make up dalam sekali shopping.

Kadang-kadang timbul juga rasa cemburu di dalam hati melihat keupayaan mereka dalam membeli belah. Tentu rasa jaki melihat mereka menjinjing barang-barang hasil belian.

Secara jujurnya, saya suka kan great bargain. Siapa tidak??

Tetapi....saya bencikan suasana yang bising dan dalam keadaaan berebut. Paling lama saya boleh berada di sana cuma 30 minit. Selepas itu saya mulai bosan. Dalam keadaan yang hiruk pikuk dan keadaan manusia yang separuh sedar itu membuatkan nafsu shopping saya mulai terbantut.

Saya sukakan keadaan yang aman di mana saya boleh membeli dengan secara tenang dan hanya membeli barang yang benar-benar perlu sahaja. Bukannya di pengaruhi oleh nafsu.So far ni, tempat yang tenang selalunya punya harga yang mahal. Ha..kalau begini pun boleh membuatkan nafsu saya terbantut.

Emh...yang pentingnya..dalam keadaan ekonomi begini kita perlu lah pandai berjimat. Bukan kah pembaziran itu kawan kepada syaitan.

Bila fikir2kan balik..apa lah yang saya sibuk nak jaki sangat ..kalau ada yang membeli 3 pasang kasut, 4 botol perfume, 5 helai bra, 3 bag tangan dan satu set make up..sebabnya..at the end pun saya tetap setia degan kasut croc color merah, perfume tanpa alkohol, bra pun baru beli jerk, bag tangan?? tidak perlu kerana saya setia dengan backpack dan make up yang ada ni pon tak habis pakai lagi ha...

Jadi perlu kah saya berebut-berebut di metrojaya warehouse sale itu??

Ye..maaf..demam metrojaya tidak habis lagi..

*Bila shopping mesti fikir barang Ananna dulu*

1 comment: