Showing posts with label raya.. Show all posts
Showing posts with label raya.. Show all posts

Saturday, September 24, 2011

Pot Luck Raya kat Opis.!

Salam,

23 Sept 2011, ada Pot Luck di Opis. Makanan semuanya superb...dan burppp..kenyang gila. Jom kita tengok gambar sambil bercerita ek.!

2 bff berkawad untuk mengajak "hot Mommy" (that's me..hahaha) turun & maaakaaan!



Antara makanan yang ada. Saya sebut antara sebab ada banyak makanan tapi rasa macam tak tahan tengok orang lain dah makan kita dok sibuk snap gambar aje. End upnya, gambar makanan ....ini aje lah...huhuhu.

Nas, Lita & Aja.

Semua sedang sibuk mengambil makanan.


Hohoho...that's me..7 month & 5 days. Whoa...perut macam dah besar sangat kan? 

Tu dia......memasing posing!


The Black Wedges. beraksi dengan camera baru woot..woot!

 Sebelah tu ialah Ms Chan.

Sebelah saya tu Lita, orang kuat di CRD dept. 


Fuhh...macam poster filem ayat-ayat cinta! Ini ialah Hajar..Orang  penting dibahagian depan.


That's us minus bebudak lelaki yang gi solat jumaat.

Banyak gambar lagi. Saya akan upload di FB. Yang pasti, hari ni best. Makanan best! Semua pon best lah.

Kebanyakan gambar di ambil oleh saya kecuali bila tetiba hot mommy ni terasa nak showing the baby bump..& posing.
 Editing by me. 

kthankxbai. Mwuaah!

Thursday, September 1, 2011

Raya 2011

Salam Syawal,

Tak ada cerita special pasal raya. Macam biasa menziarah sanak saudara di Ipoh yang lama tak jumpa. Bercerita sakan untuk menghapdet setahun punya cerita. Makan minum sedap-sedap...burp! Esok (Raya ke3), kami akan bertolak ke home sweet home. Rindu sama itu bantal busyuk dan selimut busyuk....

Kemudiannya, Sabtu ini bermulalah projek raya di Kajang...jeles tau tgk sepupu dok hapdet gambar raya...tengok makanan feveret I atas meja. Bila adik pulak hapdet pasal raya ke 2, berduyun orang datang ke rumah Mak di Klang...erk...sebenarnya, I ingat makan aje sekarang...ekeke.

Raya-raya ni, baby dalam perut start aktif semula. Dengar takbir raya aje terus bergolek-golek dalam perut. Tu belum bila nasik himpit, rendang, lemang....etc...masuk dalam perut. Dia buat pesta dalam perut ni...tehehe.

Kakak Ananna??? Fuhyoo..bergaya sakan..............................




Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin. Semoga Allah menerima amalan kami dan kalian semua...

Sunday, August 28, 2011

Salam Aidilfitri.

Salam semua,




Bagaimana prestasi Ramadhan anda tahun ini?? Untuk beraya dengan sempurna maka Ramadhannya juga wajib sempurna. Harap-harap tiadalah hanya tinggal lapar dan dahaga. Apa juga benda baik yang kita buat pada Ramadhan kali ini, kita bawa-bawa kan ke bulan-bulan yang lainnya. InsyaAllah.

Persiapan hari raya bagaimana?? Benarkah ada yang sanggup berhutang semata-mata mahu bergaya di hari raya?? Eeee....jangan lah ye. Sebabnya, pembaziran itu kawan Syaitan. Lagi pun hidup kita bukan semata kerana raya sahaja...bagaimana dengan bulan lain.?

Kami?? Memang sangat bersederhana. Tiada baju baru. Tiada sofa baru..psstt..sofa lama dah sengat sebelah...huhuhu. Tiada langsir baru. Sedih?? Tidaklah. Kerana kami berpijak di bumi yang nyata. Kami berbelanja mengikut kemampuan. Terlalu banyak dugaan yang mendatang sepanjang sebelum Ramadhan, sewaktu Ramadhan...owh..tidak berhenti di sini...bulan syawal dan seterusnya. Semuanya memerlukan perbelanjaan yang tinggi.

Tidak merungut walau sedikit pun. Kerana dugaan yang mendatang ini hanya dugaan kecil sahaja dari Allah. Jadi saya Alhamdulillah. Saya tidak mahu jadi mental kerana dugaan demi dugaan. Saya akan menghadapinya dengan sabar dan senyum. InsyaAllah, pasti ada sinarnya nanti.

Adrianna seoarang sahaja yang special. Kami belikan dia baju raya, tudung dari Little Haya, handbag, sunglasses dan sandals. Semuanya sepasang dan matching color. Pink..apa lagi!

Musim raya ni, kota besar menjadi sunyi. Kampung-kampung pula sesak bagaikan KL. Harap-harap, rumah yang di tinggal jangan lupa dikunci dan dimangga. Jangan pula kita pulang beraya di kampung, perompak senang lenang beraya di rumah kita......(kami sudah 3 kali di masuk perompak. Kali ketiga mereka menyamun kuih raya kami...huhuhu). Mintak lah di jauhkan.

Bila memandu pulang ke kampung halaman, wajib dapatkan rehat yang cukup. Ngeri lah. Banyak sangat berita kemalangan maut sekarang ni. Sila pakai tali pinggang keledar. Anak-anak yang tidak cukup umur, sila letak mereka di dalam child seat. Mungkin ada yang merungut, anak tidak mahu duduk di child seat. Biarkan mereka meragam. Nanti diamlah tu. Keselamatan lagi penting! Penumpang di belakang juga wajib memakai seatbelt ye.

Pemandu-pemandu semua, selain dari cukup rehat anda juga wajib banyak-banyak bersabar. Sila ikut adab memandu dan patuhi peraturan jalan raya. Kereta juga wajib di service mengikut waktu. Jangan pula kereta meragam di tengah jalan, anak-anak pula jadi mangsa kena kelar...(baca tak paper pasal ni?). Pengguna HONDA, sila ke authorised Service Centre ye....ada promotion tu...Rugi tak pergi! Silap hari bulan anda akan dapat sebijik Insight Hybrid...Free....woooo!

Owh..Raya tu raya juga...tapi jangan lah terlalu syok raya hingga raya kita boleh mendatangkan dosa. Sila baca http://wanwma.com/perkara-semasa-tentang-blog-wanwma-penulis/kesilapan-di-hari-raya-yang-boleh-mendatangkan-dosa/#more-2545.

Oklah....panjang weh entry ni....ekeke. Korang jangan bosan pulak.

Kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin. Semoga kita di panjangkan umur untuk bertemu lagi dengan bulan Ramadhan pada tahun hadapan. Kami akan beraya di Ipoh tahun ini...Esok pula, InsyaAllah, kami akan berbuka puasa dengan family di Klang. Nak jenguk juga dengan "kekilatan" rumah mak setelah di bersihkan oleh 3 Service Maid itu...tehehehe.

Selamat Hari Raya semua........



Thursday, November 18, 2010

Salam Aidi Adha 2010

Salam Aidil Adha semua,

Pertama-tama...Kat opis tak bleh komen blog. Eh! Apa kena mengena pulak ni..hahaha. Ok..pada Hana, Adik & Nuurill, I komen your komen bila I balik rumah nanti..ekeke.

Kedua-dua & paling penting, Selamat menyambut hari raya Aidil Adha.

Sunday, October 10, 2010

Raya dah habis tapi nak tunjuk juga kasut raya.

Nah….

 

DSC04140DSC04141 

*

*

*

Ha..yang ini pulak kasut raya Daddy.

P130910_15.08

Jangan pelik. Kasut raya Daddy sebenarnya kasut cycling.

 

Pssssttt…Saya tiada kasut raya. Percaya tak??….errrrrrr.

Tuesday, September 21, 2010

Warna raya di Ipoh.

Saalam,

 

Raya ke 2, selepas subuh, kami bertolak ke Ipoh. Ye ar, my other half tu macam dah tidak sabar-sabar mahu balik kampung. Tapi me lar yang jadik drebar..huhuhu.

 

Alahai…En Kembar Honey belum lagi bagi gambar family kat Ipoh. Saya pulak tak ler sibuk mengambil gambar sebab saya ni tak berapa nak pandai. Malu weh..Kembar Honey dah macam taraf pro…wuwuwuwu.

 

Kami tak kemana pun sebab ramai yang datang menyerbu ke rumah..Yang pasti…aktivity MAKAN itu WAJIB..tehehe.

 

Ok..gambar yang ada di tangan…

SONY DSC Pak Tua!

SONY DSC  SONY DSC

Antara cucu-cucu Pak Tua.

 

SONY DSC Ni kawan Honey…eh..sorry saya dah lupa sapa nama mamat nih…huhuhu.

 

Nape tetiba watak kawan Honey ini jadi penting pulak dalam posting kali ini…Ha…ni jawabnya..

 DSC03969

Orang tua sibuk beraya, budak-budak ni sibuk main nyorok-nyorok pula. Walaupun tak pernah jumpa tetapi masing-masing mudah mesra.

 

 SONY DSC

Ni kelakar gila..logik tak main nyorok-nyorok tapi menyorok belakang pintu gate…? sah-sah orang dapat carik. Apa lah Ananna ni! Yang sebelah itu Nurul, sepupu Ananna.

SONY DSC DSC03971

Ni anak tuan rumah. Fuh…cantik kan rambut dia…macam maggie. Mulut pun boleh tahan juga. Asyik sibuk tayang gelang beli kat Giant…wah!

DSC03975

Sepupu anak tuan rumah…pun rambut maggie.

 

SONY DSC

SONY DSC

 SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

Anak dara saya yang sempat posing gaya model…so natural kan? ekeke.  Gambar yang last tu nampak sangat anak dara saya sudah besar..tetiba rasa rindu masa dia baby dulu..huhuhu.

 

Ok..once dah dapat gambar family dari Ipoh kita blogging lagi ye. Sudah malam…perlu tidur..esok mahu bangun sahur dan saya belum solat Isya’. Jom ..jom..jom kita solat dulu!

 

Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin.

Sunday, September 19, 2010

2010 Raya yang penuh warna.

Saalam semua,

 

Alahai saya antara yang paling lambat ek hapdet pasal cerita raya. Tak pe lar…lambat maksudnya anda semua dapat yang terbaek…ekeke…ye lar tuh.

 

Ok..raya tahun ini macam raya tahun lepas juga dan tahun sebelumnya juga. Malam raya, berbuka dengan keluarga di Klang, sebab PIL sudah pulang untuk beraya di Ipoh. Pagi-pagi raya selepas solat sunat Aidil Fitri, sessi bermaafan kami suami isteri..anak beranak including Orange.

 

Kemudian bertolak ke rumah keluarga di Klang. Sessi makan pertama bermula. I loike..nyummy.

 

Nah…gambar yang sempat snap.

SONY DSC

Kami bertiga.

Kami tak buat macam family lain yang siap ada theme color. Yelar..tak kan lah tiap2 tahun kami nak bercolor theme PINK kot (PINK = anak dara fav color). Tengok…Ananna berbaju PINK, kasut pun PINK, spec pon PINK, getah dan sepit rambut juga PINK…korang ade??

SONY DSC 

SONY DSC

 

Honey berbaju melayu color biru…my fav color. Saya pula ber abaya tahun ini. Jika berkenan dengan abaya sila layari Abaya.

 

SONY DSC SONY DSC SONY DSC

Anak dara yang seronok beraya. Setiap kali snap gambar dia akan tanya “Nanna cantek ter Mommy”. Ok, jawapan kena standard ye..kalau mahu dunia aman!

”Canteeeeekkkk”.  jawab Mommy. Mommy mahu hidup aman..!

 

SONY DSC SONY DSC DSC03831

Bergambar satu family. Adik lelaki saya tiada dalam gambar kerana terpaksa bekerja di raya pertama.

SONY DSC

Gambar ketika perjalanan beraya di Kajang.

*

*

*

Gambar seterusnya ialah gambar raya di Kajang. Rasa tak perlu nak terangkan kot. Sebab..aktiviti utama tentu saje MAKAN…semuanya lazat-lazat.! Kat Ipoh tak jumpa ketupat nasik…jadi kita hentam makan aje lah. Tapi..kat Ipoh ada rendang tok yang sedap dan sangat sedap tau.! Serius!.

 

SONY DSC SONY DSC SONY DSC SONY DSC SONY DSC SONY DSC SONY DSC SONY DSC

 

SONY DSC

SONY DSC

Kami adik beradik bergambar dengan Busu.

 

SONY DSC Anak dara menyelit!

SONY DSC

Saya & Beby.

SONY DSC

Honey & Pak Teh.

 

Topik hangat di hari raya, sudah tentu lah kes kes pembunuhan Dato’ Sossilawati.

 

Selain dari itu, saya agak letih menjawab soalan “bila nak tambah lagi satu?”.  Masa kami tiada Ananna selama 5 tahun, soalan lebih kurang serupa. Jawapan kami juga lebih kurang serupa..”tiada rezeki”. Buat anak bukan semudah 1,2,3…ok. Kadang-kadang rasa macam nak marah…lama-lama jadi lantak lah. Yang penting kami happy.

 

Topik duit raya jadi topik sensitif untuk saya tahun ini. Saya tidak ajar Ananna untuk meminta-minta duit raya. Kalau ada yang hendak bagi..ye Alhamdulillah. Tetapi kalau tak mo bagi jangan lah keluar statement “tak bleh bagi duit raya kat Ananna nanti mak abah dia ambik” or “tak bleh bagi duit raya banyak-banyak nanti mak abah dia ambik”. Hello…tolonglah. Tiap-tiap bulan kami sudah agihkan sejumlah duit untuk simpanan Ananna. Bukan setakat simpanan peribadi sahaja malah insurance nyer…education plannyer. Tak kan lah setakat RM2-RM3 pon kami nak kecoh curik! Kami susah macam mana pon tak ade lah sampai tergamak nak curik duit anak. Bila ada orang keluar statement melahar macam ini, selalunya saya hanya mendiamkan diri. Diam bukan masuk saya takut. Diam bermaksud, saya tidak mahu bersengkokol dengan Syaiton. Lebih-lebih lagi di hari raya….tak pelah…saya maafkan walaupun hati saya sedikit terguris.

 

Ok lah…buat masa ini itu saje lah dulu. Saya masih menunggu gambar family Ipoh dari jurufoto professional Encik Kembar Honey. Katanya tengah edit…yang ada cuma ini..

Honey & turbun

kehkehkeh..

Bila dah ada gambar, kita cerita pula raya di Ipoh.

 

Owh…jangan tak tau…kami bukan hanya ada raya di Klang, raya di Kajang & raya di Ipoh..tapi kami juga ada…

Raya di Playground.

SONY DSC

&

Raya di Zoo.

SONY DSC

 

Nanti kita sambung cerita ye.

 

Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin!