Tuesday, August 3, 2010

If kat sekolah ada subject shopping sure Ananna dapat A++

Salam,

 

Menggigil kaki bila shopping dengan Ananna..Eh..tak..tak bukan kaki yang menggigil kepenatan tapi ni ha..tangan saya menggigil mengeluarkan note-note ringgit atau kad hutang berwarna gold semata melayan “subject” shopping Ananna.

P310710_15.27

Mamam-mamam yummy di Plaza Shah Alam.

 

Hasil pembelian Ananna di Shah Alam :

1. CD Genius Aulad. Serius..worth it betul pembelian CD ni. Ananna senang saje nak sing a long. Bila saya ikut nyanyi dia siap nasihat “Mommy..ni lagu budak-budak. Biar budak aje yang nyanyi”. Ha…hambek! Yang kelakarnya ada satu lagu tu tajuknya Wudhu’..tapi Ananna tersilap dengar dia ingat bodoh. Terus kata…”Eh! tak baik tau cakap bodoh nanti Allah marah!”.

Bagus Ananna! Mommy sangat proud!. Btw, saya terpaksa menerangkan dia Wudhu’ itu apa kerana selama ini yang dia tahu ialah mengambil air sembahyang.

2. Pin-pin rambut color biru dan satu sepit riben merah color pink. Masa membeli dia siap cakap “Ini macam Minnie Mouse”. Sila lihat gambar di bawah. Kannnn…? Minnie Ananna!

P310710_16.40

 

Kemudiannya, shopping di Bukit Raja Klang dan hasilnya :

1. Cermin mata hitam jenama Barbie yang bingkainya berwarna pink. Sangat seperti Paris Hilton. Harap tidak ikut perangai seperti dia..!!

2.Sandal juga berwarna pink yang punya tumit 1/2 inci siap-siap ada bunyik. Cute habis. Eeeee..saya ni sedikit anti kasut bertumit tapi anak saya berminat pulak..huhuhu. Ni semua pengaruh kawan Ananna bernama Tasha..”Nak kasut macam Tasha”, katanya.

P310710_17.26

Nah..tu dia sepit reben, cermin mata, bag dan sandal pink. Ok lar Ananna..suka sangat pakai pink senang kita nak dapat diskaun kat BR setiap rabu.

 

Bila saya mahu shopping (untuk barang Abah-Abah dan emak-emak), muka mula nampak lain macam. Pura-pura buat mengantuk. Kaki tak boleh jalan. Nak balik lah bagai. Grrrrr! Bila kita “suap” dia dengan kata-kata manis, “Sabar lah Ananna. Lepas beli barang untuk Atuk, Nenek & Opah, kita beli pulak baju Ananna..ye..ye”. Muka terus jadi macam mentol. Bersemangat semula. Siap tolong-tolong pilihkan. Bila jurujual tanya “Ye kak, boleh saya bantu?”. Tidak sempat saya menjawab Ananna sudah bantu “Mahu beli barang untuk orang tua lah!”. Oh my…anak dara!

 

Sudah selesai misi shopping..Ananna mula menuntut “Dah ter Mommy??? Jom kita beli baju Nanna”. Wah!…

 

Ok..lah. Mommy belikan dia sepasang baju dari Poney yang 50% less. Siap singgah ke Anggerik Avenue kerana Ananna mahu bertudung seperti Mommy. Malangnya, tak ada warna pink. Tapi tudung budak memang cantik. Ananna bertudung lebih cute dari biasa. Di sebabkan tiada warna pink..selamat poket Mommy untuk kali ini…huhuhu.

 

Emh..Ananna pakai aje lah selendang-selendang Mommy yang berlambak-lambak tuh. Nak bagi siapa? Bagi kat Anak Dara lah jawabnya!

5 comments:

  1. Tak nak ajak Nana shopping~!!! huhuhuhu >.<

    ReplyDelete
  2. Dia kata..next trip dgn Cik Su...hahaha..habis ler ko.

    ReplyDelete
  3. wahahahaaha... Ananna kalau bercakap.. pergh.. memang hebat anak dara you. :)

    Waaa.. bagusla Ananna dah suka pakai hijab you. Senang you nak didik dia kan. Walaupun dia seuka bershopping.. hahahhaa

    ReplyDelete
  4. Babe..menggigil badan keliling satu shah alam mencari hijab color pink..kalau U jumpa, bagitau ye. Memang niat I nak Ananna berhijab dgn betol bila dia masuk 7 tahun U..

    Tu lar..kadang2 tu rasa nak cubit2 mulut dia.

    ReplyDelete