Showing posts with label wawa. Show all posts
Showing posts with label wawa. Show all posts

Monday, September 19, 2011

28 weeks!

Salam,

Alhamdulillah sudah 28 weeks. Sudah masuk 3rd trimester. Sudah semakin hampir untuk melahirkan...dupdapdupdap.!

Mengandung kali ini sangat berbeza ketika mengandungkan Adrianna. Memang satu experience baru lah. Sejak minggu ke 27, saya sakit-sakit dari bahagian bawah pinggang hingga ke lutut. Paling teruk bahagian sebelah kiri. Kadang-kadang tu bila mahu berjalan kaki sebelah kiri tu macam nak kena seret. Paling worst rasanya pada hari rabu lepas, Honey kena papah saya untuk berjalan. Memang sakit lah sangat. Tapi memandangkan mengandung juga merupakan satu ibadah, maka saya redha. Cuma alangkah bestnya kalau ada kerusi roda, excalator, lift and etc..etc..hohoho..Mommy Adrianna mahu shopping...sobsobsob.

Sekarang pun masih sakit-sakit lagi. Sudah jumpa Doctor dan doctor pun tak boleh nak buat apa selain bagi ubat penahan sakit. Masa makan ubat tu sakit-sakitnya kuranglah tapi lepas tu....emh...sakit balik. Bersabar aje lah.

Taraf kepenatan memang tahap melampau. Kalau dah baring atas katil WAJIB tidur. Berkeruh & lena!.  Kalau kat office memang tak boleh nak tidur lah. Mana ada katil, tilam semua....Bersabar aje lah. Lebih-lebih tu bila banyak kerja, perlukan saya berjalan & meeting di bilik bawah... Aiyoh....! Ni yang buat rasa nak cuti, nak MC & nak resign terus!!

Hari ini saya ada check up di DEMC. Alhamdulillah, Doctor kata baby sihat buat masa ini. Berat baby pun dah naik 1KG. Dan today, dia tak tutup-tutup lagi. Nampak dengan jelas.........kami sekeluarga akan menyambut baby GIRL....Alhamdulillah. Kami berdoa sangat semuanya selamat dan baby sihat.

Ok...itu aje dulu. Bye & Mwuah..

Psstt..kami memang tak cari lagi nama baby boy...Nama baby girl memang dah ada sebab Ananna dari saya mula mengandung dia dah design nama untuk adik dia. Owh..sah-sah..rumah kami akan penuh dengan color PINK lerrrr...sekarang pun semuanya dah PINK...

Saturday, August 20, 2011

Dilema.

Salam Ramadhan...

Dilema sangat...

Saya di beri peluang...dan peluang itu yang saya inginkan sejak dulu lagi. Tetapi saya harus banyak travelling. Saya masih tidak tahu berapa banyak masa travelling yang akan saya habiskan. Saya pula sedang sarat...sudah 6 bulan dan akhir-akhir ini pula badan saya asyik sakit-sakit. Mungkin umur sudah lanjut, mana nak sama waktu muda-muda dulu.

Kalau sudah bersalin nanti, bagaimana dengan baby kalau saya travelling?? Ananna?? Honey??

Apa yang patut saya buat.....teruskan kerja saya yang membosankan ini atau take a new challenge??

Confuse.!

Monday, January 24, 2011

Bila semua orang mahu raya!

Salam,

Posting saya pendek. Nak bagi tau, dalam minggu ini saya tersangat super busy. Saya harus melayan permintaan demi permintaan bagi memenuhi hajat orang-orang yang mahu beraya.

Secara summary nya, saya tidak punya masa mahu blogging atau blogwalking.

Tunggu ar...habis busy..aktiviti blogging & blogwalking akan jalan semula.

******

Rasa macam nak campak tepon dalam longkang kat depan. Bising ar oi!!! Sakit jiwa hoccay. Aku pon nak cuti raya gak.!

Ahem...maafkan saya ter emo.

Sunday, June 27, 2010

Siti Nurhaliza – Rahsiamu sudah menjadi milik ku.

Akhirnya..rahsia Siti sudah berjaya saya miliki. Yang pastinya..bertambah jelita lar Puan Iznil ni ye..*puke..puke*. Boleh kalah Puan Siti Nurhaliza…tehehe.

 

P050610_12.22

 

                                                                                                                 P130610_11.23

 

Masa ni saya cuma berlip gloss. Amacam?? ok kan?

 

Jujurnya, saya membeli bukan kerana Siti tetapi kerana produk ini memang bagus dan mendapat pengiktirafan Sijil Halal dari Jakim. So..apa lagi..Jom beli!

Thursday, May 27, 2010

The Iznil’s!

Salam,

 

Susah bebenor mahu ambil gambar kami bertiga…

 

Nah ini hasilnya….

 

 P090510_12.08P090510_12.08_[01] 

P090510_12.30 P090510_12.30_[01]

P090510_12.31

Betul susahkan?? Tengok lar tuh..Mommy sorang aje yang maintain *cough..cough* cun…Daddy dan Ananna tak reti nak dok diam2. Gambar last tuh mmg trademark Honey…tiap kali amik gambar dia aje..mesti nak kena buat muka macam tuh. Eeeee…tak hebsem ok.

Saturday, March 20, 2010

Berehat untuk sementara waktu.

Sorry..Maaf..Ampun!

Saya sangat busy sekarang. Sebab itu tak menyempat. Tunggu lar sehingga pertengahan April. Selepas projek jadi trainer ni habis.

Babai.

Oh..next week saya off to Ipoh for 4 days. Uhuk..sedih hoccay nak tinggalkan Ananna and Daddy. Boleh tak saya berulang tiap2 hari2?? Uwaaaaa!

Saturday, January 30, 2010

Apa yang Wawa fikirkan.?

Banyak..

 

Training..emh..nak pergi ke tak ni? Dua hari kena duduk Melaka. Atau saya berulang alik dari Klang ke Melaka setiap hari.? New Model nak launch..dan kalau saya tak pergi training..nanti diri sendiri yang rugi.

 

Today is our boss birthday. Kami buat party sikit-sikit. Siap ada acara surprise lagi. Harap-harap bila kami sudah bersusah payah men”jilat” (bodek tahap dewa), tak da lah mood tu asyik berswing aje.

 

Sesat lagi..ye..saya sesat lagi dan lagi bila ke KL. Kali ini di Setapak. Tension tau..sesat selama sejam. Siap kena suruh orang ambik kan lagi…huhuhu. Apalah..betul  kata Hidney W., sesat tu sudah sinonim dengan saya..huhuhu..shoud I buy a GPS?

 

Tetiba saya teringatkan Orange. Rindu dengan Orange. Dulu masa ada Orange, tikus tak berani nak tunjuk muka. Tikus sudah beranak pinak pula di rumah. Orange…Orange..Orange..

 

Mahu shopping..shopping..shopping. Minggu lepas ada 5 DVD dan 5 buah buku saya shopping. Minggu depan mahu intai baju muslimah pula..hehehe..Kalau Honey tahu sure sah kena bebel..

 

Rumah sudah ada new gate, auto gate, pergola dan cat. Rumah cantik! Ada lagi nak buat tapi kena betul-betul ikut budget.

 

Oh..dalam minggu ni saya macam rasa nak lempang muka seseorang dengan kasut merah saya. Tahu kenapa?? Sebab menyampah tahap dewa dengan sikap gediks menjilat, degil macam nak mampos, syok sendiri dan cakap lebih tapi tin kosong. Uaghhh…serius tension. Satu ketika kesabaran saya menipis dengan kedegilan mamat ni. Hingga saya terpaksa step in and take charge. Jika di biarkan..saya pasti 100% the project will fail. So I lead because I want to realize the dream…haha..philosophi Mr Honda nih…ekeke.

 

Lagi??? Nanti fikir ye?

Friday, November 27, 2009

Shopping buku.


Today saya shopping :

1. A lion called Christian - Anthony Bourke & John Rendall.
2. If you could see me now - Cecelia Ahern.
3. The Story of Edgar Sawtelle - David Wroblewski
4. Alphabet activity pack
5. Numbers activity pack.

Ha...kalau ikutkan hati nak beli banyak lagi. Tapi sebab Honey sudah jeling terpaksa lah meninggal kan kedai buku dengan rasa separuh hati dah jatuh..huhuhu.

Sunday, September 27, 2009

Beraya dan bernostalgia di Dusun Tua.

Dulu, apabila ada yang bertanya di mana kampung saya? Saya akan menjawab..Dusun Tua.

Apabila saya masuk ke sekolah menengah jawapan bagi soalan di mana kampung saya bertukar ke Kajang. Ini kerana, setiap pagi raya semua keluarga kami akan berkumpul di rumah ketiga-tiga ibu saudara saya yang duduk berjiran dan berada di dalam satu taman itu.

Apabila usia saya bertambah (yelah..yelah..semakin tua), jawapan kepada kampung saya juga bertukar dari Kajang dan kini ke Klang. Oh..secara seriusnya, saya sangat bangga menjadi orang Klang. Saya lahir di Klang, membesar di Klang dan sekarang masih menetap di Klang. Ye..Klang lar tempat kesayangan saya.

Kini, sejak 9 tahun berkahwin dengan warga Ipoh, Perak saya menambah satu lagi kampung..iaitu Ipoh, Perak. Saya juga suka kan Ipoh yang bersih dan aman. Kini, kami jarang-jarang sekali pulang ke Perak. Tambah-tambah lagi PIL juga sudah menetap di Rawang. Jimat duit tol dan minyak..ekeke.

Kenapa saya katakan bernostalgia di Dusun Tua?

Saya adalah sesatunya cucu yang membesar di rumah pusaka Dusun Tua. Tentu..rumah ini meninggalkan kesan yang amat mendalam pada diri saya. Kenangan kanak-kanak yang tidak mungkin saya lupakan. Apabila Datuk dan Nenek saya meninggal rumah ini telah di jaga oleh Arwah Makcik saya. Kini...setelah Arwah Makcik meninggal (Arwah meninggal seminggu sebelum raya), saya tidak pasti dengan nasib rumah pusaka ini....

Ketika pulang beraya tempoh hari, saya mengambil kesempatan bergambar sakan di rumah ni. Sambil bergambar, mulut saya laju bercerita.."oh..kat sini lar Wawa ngan Atuk dan Nenek tido." "Kat sini dulu ada tv hitam putih" "Eh..jam ni ada lagi kat sini..wow!" "ha..ni dulu dapo..bilik air" "Masa Wawa umur setahun, Wawa ada amik gambar sambil berdiri kat pintu nih" "kat sini Wawa sambut birthday ke 4..Wawa pegang kek kat sini". "Kat lubang nih Wawa selalu nyorok""Kat belakang nih dulu kebun limau nipis..ah..kat sini pulak reban ayam..Wawa selalu kejar ayam kat sini..sini..kat situ"" Ha tu lar tempat Wawa jatuh basikal..jatuh kat sawah orang""Ni dulu asal Sungai Langat..tiap2 jumaat mesti mandi sungai kat sini..carik siput sedut"

Bla...bla..bla..

Memori macam air keluar dari paip...laju dan terang. Kalau masa boleh berputar kembali, saya mahu kembali di sini...dan forever di sini....

Psst..kenapa saya berseluar jeans di hari raya pertama??? kain koyak babe...koyak!


Nostalgia di Dusun Tua.
Sewaktu umur saya kurang 1 tahun, saya ada bergambar di pintu ini tapi different posing ler.

Photobucket

Photobucket
Masa saya kecik2 dulu selalu main bunga api kat sini.

Photobucket
Selalu juntai kaki kat tingkap nih..kat belakang tuh dulu ada pangkin tempat we all lepak2 dan tido lepas lunch dan zuhur. Sejuk..
Photobucket
Ruang tamu dan tempat saya bobok malam.


Photobucket
Dari tingkap nih dulu boleh nampak sawah padi.

Photobucket
Sungai Langat yang asal..sekarang aliran nya sudah di tukar.


Photobucket
Tempat lepak petang2.

Friday, September 18, 2009

Demam!

Tak larat...

Saya demam!

Nnti2 je lar ye update blog nih.

Selamat Raya dan Maaf Zahir Batin...