Showing posts with label Adrianna Khaleda Iznil. Show all posts
Showing posts with label Adrianna Khaleda Iznil. Show all posts

Sunday, October 27, 2013

Semoga makbul doa Ananna! Amin!

"Ya Allah. Saya nak mintak Allah beri lah rezeki. Bagi gaji Daddy saya RM15,000 supaya Mommy saya tak payah susah-susah kerja lagi. Mommy saya boleh duduk rumah jaga Icha dan hantar ambik saya gi sekolah. Masak sedap-sedap untuk saya. Amin"
 
 
 
Allah.......... anak Mommy. 
 
Jom kita ramai-ramai amin kan jom.
 
Tapi dengan budget yang baru keluar dan harga barang macam tak hengat naik ni,,, RM15,000 tu cukup ke?
 
#ekonomikejam
#budgetkelaut
 


Sunday, June 24, 2012

Result exam Ananna dah keluar.......jom tengok!


Salam semua,

Alhamdulillah...result exam Ananna tidak terlalu bagus atau tidak terlalu buruk. Sederhana tetapi kami percaya Ananna boleh buat lebih hebat lagi.......Amin.

Result hafazannya pun 100%. Bagus anak Mommy dan Daddy ni. We proud of yaaaahhhh...Nanna!

*Ananna ada kat sebelah Mommy sekarang. Dia tengah baca posting ni sambil meleleh air liur. Nanna.............TIDUR SEKARANG!!!*

Thursday, May 10, 2012

150 days.



28 April 2012..Aryssa Zahraa Iznil genap 150 hari..Meaning dia ada another 30 days untuk start makan solid food. Ooooh..excited nye...

Sekarang kami panggil Ryssa...Icha....

Icha masih lagi BF + FM. Mommy Icha masih lagi mengepam di office walaupun tidak setegar dahulu. Alhamdulillah...sedikit..sedikit pun tetap juga ada hasilnya. 

Icha juga sudah pandai meniarap dan gostan. Sudah juga gi tengok movie...tak percaya??

Mommy juga sekarang sudah tak stress lagi...walaupun masih busy dan kelam kelibut. 

Apa-apa pun.........Alhamdulillah kerana dikurniakan kehidupan yang elok-elok dan bahagia disamping Honey & anak-anak tersayang...owh..of cos family tersayang..kawan-kawan tersayang...Orange tersayang...etc......korang semua lah....

Ok..sambung lagi...

Dadada......

Saturday, March 17, 2012

Hari sukan sekolah Ananna.

Seminggu sebelum cuti sekolah Ananna ada acara sukan sekolah. Bila di tanya, Nanna training kuat-kuat ni sukan masuk apa?? Jawabnya, "Nanna masuk pompom Mommy"............Pompom pun pompom lah Ananna sayang oi...Mommy tetap gak nak datang tengok.

Owh..Malam sebelum hai sukan tu rumah kami di landa banjir you. Sungguh stress. Sebab habis semua khazanah dari longkang masuk ke dalam rumah. Di sebebabkan stress, no banjir picture...hohoho.

Jom cerita pasal Ananna punya hari sukan balik....

Keadaan padang tesangatlah elok rupa parasnya. Berlecah. So bebudak semua penuh bermandi lecah..including Ananna. Owh...Ananna dok senyum-senyum simpul kat satu lelaki ni. Bila Mommy tanya siapa, dia jawab "Itu Ustaz Naim. Dia ajar taekwondo & dia hensem kan Mommy!"...............Siyes...Taekwondo teacher Ananna memang hensem..............kikikiki.

Ok..let's tengok gambar & video Ananna..........

Tunjuk tanda peace sebab lepas tu dia sibuk main lecah. Mommy sgt risau ok...

Orang lain dah sibuk beratur...dia sorang aje yang sibuk posing.

Budak-budak ni..

Wooooo.....masa ni tengah pengumuman pemenang. Of cos, yang masuk acara pompom tak ada pemenang.....



Hooo..saya rumah biru..Rumah biru menang...jadi johan...!

Nah...........the video...ENJOY!



I hope video ni ikut turutan...kalau ada salah silap..mintak maaf sebab Mommy sebelah tangan pegang camera sebelah lagi pegang Ryssa....


Sunday, March 11, 2012

Ananna dah ada white belt..........korang ada?? kikikiki.

You all jangan main-main dengan Ananna. Ananna sekarang ni dah boleh jadik bodyguard Mommy & Ryssa. Ananna sudah boleh kick. & punch sebab kakak Ananna sudah ada white belt color biru.........eh??


Tak percaya??? Nah..............tengok sendiri...........



Dua gambar di atas, "bodyguard" masih berada dalam mode cute.

Tapi........


ooooooooooohhhh...Mommy takut. Ananna sudah buka langkah!







Tuesday, March 6, 2012

Tidur bersama racket badminton..................

Anak dara sorang ni....................sibuk nak main badminton..Mula-mula dia sebut badminton itu "spinton". Hoh....pening juga memikirkan spinton itu apa....

Nah....bila dah dapat racket spinton siap tido pon nak tido dengan racket sprinton.........aih..aih....!


Monday, March 5, 2012

Mommy the Tooth Fairy.

Nama saya Azura Iznil. Mommy to Ananna  Iznil & Ryssa Iznil. Juga merangkap tooth fairy to both of them.



Amacam?? Comey tak tooth fairy ni?? kikiki.

Last week,Nanna dah cabut gigi lagi satu. Kali ni cabut kat bahagian atas & Nanna cabut sendiri. 

Tu dia..............Ananna yang rongak!

So, disebabkan gigi dah cabut Ananna mintak lah upah. Dia nak makan spaghetti & kek......


Hohhoho.....Ryssa tersepit!

Mommy saje je suruh Ananna senyum tutup mulut.......kikiki

&

Selepas spaghetti & kek, Ananna mintak nak makan kat tutti fruity pulak...........

Owwhhh...anak-anak Mommy so sweet! 

Saturday, February 25, 2012

Kami.......The Iznil.


Ini hasil nukilan Ananna untuk kerja sekolah dia.....Nanna lukis Daddy, Mommy, Ananna, Ryssa & Orange. Ada LOVE. Ada pelangi. Ada awan.............


Itu lah kami...............The Iznil's.

Tuesday, February 7, 2012

Kakak Ananna sudah sekolah..........

2011 - Ananna graduated from tadika....aaaahhh..Mommy & Daddy so proud. Anak dara kami sudah besar................



2012 - Ananna sekarang sudah Year 1 di Integrated Islamic School Shah Alam. Uniform dia color purple dan bermini jubah...arrrr...sejuk mata Mommy memandang Ananna bertudung litup macam ni. 


Di sebabkan sekolah ini mediumnya in English, bila balik rumah aje dia pon berhabuk lah speaking...direct transalation ye. Tak pe lah...sikit-sikit ye Nanna.

Selain dari itu, sekarang ni bila mendengar Azan saja berebut-rebut dia mengambil wudhu & solat on time. Kalau keluar rumah, dia sendiri berhijab...tanpa di paksa sebab dia sudah tahu orang Islam wajib menunaikan solat 5 waktu & berhijab. Alhamdulillah... harap-harap berterusan....InsyaAllah.

Ananna sangat boleh di harap sekarang..tolong Mommy mengemas..tolong jaga Ryssa. Kalau maghrib tu kami bergilir menjaga Ryssa. Bila turn Mommy bersolat tu & Ryssa nangis dia cepat-cepat pujuk.  Berazan lah dia di telinga Ryssa & di sambung dgn Al-Fatihah juga beberapa surah yang sudah di hafalnya.

Tapi................................kadang-kadang tu nakal juga...........biasalah....baru dapat akal....huhuhu.

Apa-apa pon.................  Mommy & Daddy sangat proud dengan Ananna.

Saturday, December 31, 2011

Gigi Ananna sudah minus 1.

Salam,

Selamat tahun baru 2012. Semoga selamat ye..jangan buat maksiat malam-malam tahun baru ni....

Ok..back to the topic. 29 Dec 2011, 11:45pm- Mommy berjaya cabut gigi Nanna.........yeah!. Hoh...hebat tak? Sebelah tgh BF Ryssa, sebelah tangan lagi sibuk pulak cabut gigi Ananna.

Before rongak.


Rongak!


Sekarang gigi tu Ananna simpan. Sebab dia kata nanti ada fairy datang nak bagi duit....hohoho..Mommy & Daddy lar fairy dia tu...huhuhu. Tadi aje dah beli scooter (nanti kita ambik gambar ek), Puzzle Angry Bird, stationery Dora & hoola hup...yang ni Mommy boleh main sekali...boleh ler mengecilkan perut buncit ku...(G..I menunggu dgn sabarnya bengkung free....ekeke.) 

OK..Itu aje.

Happy New Year semua!


Monday, December 19, 2011

Ananna & Ryssa - 2 anak dara ku.

Assalamualaikum,



Hari ini genap Ryssa berumur 19 hari. Sudah banyak hari kami bershift malam. Jadual Ryssa bermula 11:00 ++ pm, dia akan uwa..uwa..mintak susu. Selalunya, bila dah kenyang dia akan tidur balik. Masa ni, saya & Ananna berebut naik atas katil dan ....zzzzzz. Kalau lewat lagi, Ananna tak ada peluang nak tidur ketiak Mommy.

Seterusnya, 12:30am++, Ryssa akan uwa..uwa..lagi mintak susu. Masa ni mata sudah terbeliak besar tapi senang nak tidurkan dia semula. Masa paling susah ialah pada pukul 2:00++am...masa ni dah bagi susu pon nanges..bagi  BF pon nanges. Tidur ketiak Mommy pon nanges. Selalunya....saya akan bawa ke bilik tv & bf. Baru dia senyap sikit. Sikit aje ye...sebabnya, dia akan bergantung kat saya sampai lah ke pukul 4:00am. Huh...mencabar ok. 

Subuh...........Ryssa bangun semula...................Masa ni, Mommy pulak rasa nak uwa..uwa..! Ananna  kadang-kadang tu peluk Mommy kuat-kuat sebab dia rasa macam tak puas tidur kat ketiak Mommy. Ananna ada juga komplen, kata dia Mommy asyik-asyik sayang Ryssa. Sebab tu lepas bagi ketiak kat Ryssa, tidurkan Ryssa, ketiak ni kena bagi kat Ananna pula. 

Siang...kebanyakan masa Ryssa tidur. Lega.

Harapnya, lepas pantang ni, schedule Ryssa bertukar lah. Jaga siang, tidur malam pula.

Ananna, seorang kakak yang baik. Bila Ryssa nanges, dia lah sibuk menepuk-nepuk Ryssa. Cium Ryssa. Peluk Ryssa. Tolong Mommy basuh botol susu Ryssa. Pakaikan baju Ryssa ....etc.

Sudah 2 hari, Nanna minta Mommy jadi dentist sebabnya 1 gigi kat bawah sudah goyang teruk. Sebelah tangan Mommy pegang Ryssa, sebelah lagi cuba nak try cabut gigi kakak Nanna. Rasa-rasa hebat tak?

Esok pula, nak ke sekolah Ananna untuk ambil buku & baju Ananna. Lepas tu InsyaAllah, nak beli kasut sekolah. Ananna super excited nak ke sekolah. Mommy pula super risau ni...huhuhu.

Kesian kat Nanna..cuti sekolah ni dia terperap aje duduk rumah. Ye lah..Mommy tengah pantang. Daddy sakit kaki. Janji nak ke Playgorund pon tak lunas lagi. Belum lagi janji untuk tengok movie ke apa...Tak pe lah...nanti Mommy & Daddy ganti kita cuti best-best ye Nanna?

Ok itu aje.

Babai & Mwuah.

P/S : I wish tak payah cuti bersalin bukan 2 bulan tapi berbulan-bulan.............

Thursday, December 1, 2011

Bila Ananna buat cover version - Avril Lavigne, What the hell.

Lebih kurang 7 jam sahaja lagi Baby baru akan keluar....lebih kurang 7 jam sahaja lagi Ananna jadi anak tunggal & bermula lah episode baru Ananna as a kakak. Dia tak suka di panggil Kak Long tapi panggil dia as Kakak Nanna....kalau panggil kakak aje pon dia tak boleh accept.

Blog ini juga akan berehat untuk sementara waktu sehingga saya benar-benar sihat dan dapat adjust untuk handle dua anak dara.

Apa-apa pon.......................jom tengok video yang saya rakam pada jumaat lepas. Ananna buat cover version Avril Lavigne - What the hell. Harap semua enjoy..........macam we all enjoy sesangat!


Tuesday, November 29, 2011

Sekolah baru Ananna.

Oooppss...cerita pasal graduation Ananna belum posting lagi kan? Tak pe kot...kita lompat cerita pasal sekolah baru Ananna. Boleh?

Kepada sesiapa yang tidak tahu, kami akan menghantar Ananna ke Intergrated Islamic School Shah Alam di Seksyen 19, Shah Alam. Jumaat lepas, kami ke sekolah baru Ananna untuk proses membayar yuran sekolah.

Owh! Sekolah ini dahulunya located di Seksyen 4 & 3 Shah Alam dan kini mereka sudah berpindah. Jadinya, waktu kami datang tu bangunan sedang dalam proses ubahsuai.

Jom tengok gambar................



Comel aje Ananna posing kat depan school dia. Ananna pon tersangat lah teruja untuk bersekolah di sini. Nak jumpa cikgu baru.......nak jumpa kawan baru......! Lagi best...kata dia lah.

Cumanya, problem sekarang ni masalah logistik dan transit Ananna. Ananna akan habis sekolah pada 3:30pm........lepas tu Ananna mahu ke mana? Kami pada mulanya mahu meletak kan Ananna dia satu pusat transit yang tersangat lah dekat dengan sekolah Ananna ni. Tapi...............................bila kami datang melawat..........................minta maaf lah. Masuk-masuk aje..pintu pagar tak tutup. Bebudak bebas keluar masuk. Kawasan laman luar  kurang memberangsangkan. Masuk ke dalam..............alahai.....kotor ya amat...berselerak. Bila tanya mana penjaga, bebudak yang besar sikit tu kata penjaga keluar sekejap.......boleh? Macam mana kami nak letak kan kepercayaan orang macam ni untuk menjaga Ananna. Aih....pening ok.

Buat masa sekarang ni, kami masih berfikir dengan ligat bagaimana untuk menyelesaikan masalah ni......

Nah...........Ananna bergaya di tepi kolam renang sekolah. Eeeeee...macam dah besar lar sangat anak dara Mommy ni!

P/S : Ananna ni lasaknya bukan main. Sampai kena tegur, "Akak dia ni memang macam ni ke? Macam budak lelaki"..........I jawab sambil tersengih..............."yeap!"...........Aih....! Tapi dalam lasak-lasak tu tetap gak anak pompuan...suka bersolek, berkemas & menyepah.........

Tuesday, November 8, 2011

Ananna wish....................(???)

"Mommy oh Mommy, Ananna wish you are young!", Ananna membebel dalam kereta.

"Haaa.??", Mommy buat muka blur. "Am I look too old to you?", Mommy nak marah ni...cheh!

"No, Mommy. Mommy nampak TUA sebab tak ada MAKE UP", kata Ananna.

"Ooooo, ni sebenarnya nak cakap suruh Mommy beli Make up lah ni ye??", huh..Mommy sebenarnya dah masak dah dengan perangai Ananna. Sejak 2 minggu ni asyik tak sabar nak tunggu Nov sebab 13 Nov ni Graduation day dia. Cikgu dah pesan kena cantik-cantik dan kena make up. Malangnya, Mommy Ananna ni kan secara naturalnya beauty *cough,cough*.

So, make up kit yang ada dalam bag konon-konon bag make up :


1. Minyak angin Yu Yee
2. Bedak compact.
3. Pelembap.
4. Lip Pallete
5. Simply Siti - Lip gloss
6. Simply Siti - New Age cream (ni ala-ala BB cream)
7. Eye Liner.

Selalunya, Mommy cuma pakai No 1, 2, 3 & 6...Yang no 1, macam wajib lar kan, sebab bau dia sedap...huk!

Ok, anak dara membebel & Mommy pon rasa mood baik nak make up..so, semalam we all shopping..............

Apa we all beli?.....grrr...alamak x ada gambar.

1. Lipstick In2it - PINK ALARM. Rasanya ni wajib bawak masa gi spital nanti. Sebab muka lepas bersalin sure horror...lepas tu mesti banyak pelawat..Kena ler berseri-seri sikit. Pakai sedikit olesan pon dah ok.

2. Silky Girl - Mascara.

3. Silky Girl - blusher.

4. Silky Girl - eye shadow.

5. Maybelline - BB cake powder. Eh! I suka powder ni..murah pula tu.

6. Maybelline - Lip balm. Ni pon suka sebab ambil menthol so rasa macam berangin aje lah.

Haaa...Ananna puas hati sebab dah ada make up. Pagi tadi bangun tidur mengamuk-ngamuk sebab kena pakai baju sekolah. Dia ingat hari ini graduation day dia..........jenis tak menyabor!.

Friday, November 4, 2011

Ananna yang macam-macam....!

Salam,

Ananna ni macam-macam. Seminit pon tak boleh dok diam. Ada aje aktiviti yang dia nak buat. Macam ni ha......tengah tunggu Daddy ambil kereta dari parking Subang Parade tu,, dia sempat pulak posing sambil menyanyi! Nyanyi yang sungguh-sungguh tu.....siap ada kakak-kakak yang tepuk tangan utk dia..Fuh...Mommy tepuk dahi!

Jom........tgk gambar.


Mula-mula posing, buat muka sweet!

Sweet lagi..walaupun dah start dah nak nampak nakal dia!

Tu dia........menyanyi menuju puncak...kononnya lah.

Korus lagu. Penuh perasaan.!

Suka...! sebab ada penonton tepuk-tepuk tangan!

Haaa...posing untuk Mommy. Ni ler gambar profile FB & HP I......untuk pengubat rindu........!

Wednesday, October 26, 2011

Ananna's birthday party...Woohoo!

Salam, 

Dah setahun Ananna mintak birthday party kat KFC. Tiap-tiap kali pergi KFC mesti dia ingatkan Mommy & Daddy pasal birthday party dia. Emh...ok gak. Sebab kalau buat kat KFC ni kira kita cuci tangan aje lah. Tak payah fikir banyak-banyak. Semua pihak KFC yang settlekan. Kita kena sediakan RMnya aje. 

Ananna dah siap-siap pesan kat Mommy dan Daddy tetamu jemputan dia meti ada :

1. Eireen.
2. Sasha.
3. Adik kepada Sasha.
4. Zarith
5. Haziq

Budak-budak ni semua adalah anak-anak kepada kawan Mommy & Daddy dan sebaya Ananna (dalam lingkungan 4-7 tahun.)

Semua jemputan rasanya happy. Budak-budak happy sebab jerit-jerit main games yang di sediakan pihak KFC. Mak bapak happy sebab seronok anak-anak happy dan bergossip sakan...hahaha..

Ok..macam biasa jom...tengok gambar-gambar. Owh....gambar I tak ade sebab macam biasa....I ler the photographer w/pon kaki dah bengkak-bengkak jalan dah kengkang & perut of cos dah besar....huhuhu.

Venue : KFC, Setia Alam
Date   : 8 Oct 2011.
Time   : 4:00pm - 6:00pm.


Ananna & Eireen - Best friend. Tetamu pertama yang hadir & antara yang terlast balik...Datang-datang aje tak ada sessi tarik nafas...terus main dan jerit-jerit. Makan pon nak dekat-dekat tapi makan siiiiiikkkkkiiiiittttt aje sebab nak sambung main! Aih...bebudak ni.


Birthday girl. Our Princess!



 Bebudak beratur siap sedia untuk bermain.

Antara tetamu. Yang hujung tu Opah & Atuk. Cap kuning tu Pak Su Ananna, kembar to Honey.

Posing dua anak dara!

 Terror menjerit....tengok!





Bersungguh tiup lilin.!



Gambar beramai-ramai dgn Chicky...

The hadiah-hadiah...

Eh...belum habis lagi......
*
*
*
*
*
Atuk, Nenek & Cik Su tak dapat hadir masa birthday party di KFC, Setia Alam. So, Atuk Nenek & Cik Su menyerbu rumah pada 6 October 2011 iaitu sehari belum actual birtday Ananna untuk celebrate. Errrr....7 Oct tu sebenarnya, Ananna berkongsi birthday dengan Cik Su & Pak Cik Mir.


 

Birthday girls....

Ok...itu aje. Perut sudah lapar...bababai!