Showing posts with label cuti. Show all posts
Showing posts with label cuti. Show all posts

Sunday, October 23, 2011

Main tepi laut di Cherating.

Ok, ni cerita last pasal Cherating. Kat Cherating ni kami banyak makan keropok lekor. Sedap woo. Siap tapau bawak balik bilik hotel lagi. Malam pertama tu kami makan seafood and seriously, bila ada Mat Saleh kami yang  Mat & Minah sawo matang ni terus tak kena layan!. Hoh...tension, gi cari kedai lain. Makan seafood kat sini MAHAL. Kedai dah macam nak runtuh..tapi harga makanan kami berganda lebih mahal dari kedai Ahmad Tomyam, Jalan Kapar. Padahal kami makan sama aje....Kedai Ahmad Tomyam lagi sedap kot.

Hari terakhir cari nasi dagang. Berpusing mencari tapi tak jumpa. Hingga ke Kemamam........tak jumpa gak. Kecewa!! Waktu perjalanaan balik dari Kemamam, jumpa satu gerai kecik....kecik sangat jual nasi dagang. Rasa nasi dagang...........terangkat! Seeeeeedddddaaaaaaapppppppppp! Wah...tetiba meleleh air liur!

Sempat juga kami pusing-pusing di bandar Kuantan. Selalunya, saya akan bandingkan mana-mana bandar yang saya pergi dengan Klang dan Ipoh. Emh...Klang ni tak berapa nak bersih. Kalau kat Bandar Botanic & Bukit Tinggi tu dari dulu sampai sekarang saya nampak sampah merata kat tepi jalan. Kalau kat tengah bandar Klang pula........sesak. Saya pon boleh sesat kot kalau masuk bandar Klang. Tapi kat Sementa ni aman lah. Sebab kampung kot....huhuhu.

Kalau di Ipoh, saya suka tengok rumah-rumah mereka tersusun. Satu lot tanah satu rumah. Bandar Ipoh pun tak sesak dan bersih! Kuantan..................emh...saya jumpa banyak tanah merah...kotor kereta..& yes...sesak!

Ok..enough dengan bebelan. Jom kita tengok gambar....................Owh..Honey kan tak bagi kami mandi laut kan....so, kalau main kat gigi-gigi laut eh ke pantai?? ok kan? Pssstttt...Honey tak ada masa ni. Dia rehat dalam bilik hotel.


Ananna again over excited nampak laut!




Arrrr....sampai pertengahan tahun depan kami terpaksa menahan diri dari bercuti-cuti...tunggu baby dah kuat baru boleh jenjalan. Tapi kesian pulak kat Ananna...emh...nanti Mommy & Daddy kena fikirkan.....

Ok dah habis dah pasal Cherating. Nanti kita hapdet lagi....

Next, hapdet pasal birthday Ananna & Big Bad Wolf Sale!




Ok...thank you & Bai.

Saturday, October 22, 2011

Splash-splash di Cherating.

Salam,

Sambung cerita Cherating. Sepanjang di Cherating, kami banyak habiskan masa mandi kat kolam. Honey tak bagi kami sentuh-sentuh laut. Sebabnya, ada obor-obor & ombak yang kuat.

Jadi..........Jom tengok gambar kat kolam..owh lupa pulak. Sepanjang 3D2N, kami tinggal di The Legend Hotel, Cherating.



Hohoho...finally ada gambar Mommy...Nampak perut? ekeke....saje je tau pilih gambar perut menyorok dalam kolam. Sebelum ni memang tak rasa pergerakan baby dalam perut, tapi maybe sebabkan over excited berendam dalam air terus terasa baby kick dgn kuat...Adakah dia juga over excited macam Mommy juga??




Ok..dah habis dah gambar Mommy & Ananna....

Cuba tengok pula gambar Ananna dengan Daddy. Mereka berdua berwrestling di dalam kolam....huhuhu.....








 Daddy berehat sekejap. Letih melayan Ananna. Serious letih...!





 Ni main lumba-lumba..sapa sampai dulu dia menang...sah-sah lar game ni berat sebelah. Ananna akan sentiasa menang!. Dia pernah bergaduh dengan Orange semata Orange sampai dulu. Blur terus mamat tu.....

"Udah...udah...udah....! Sambung esok", kata Daddy. 

Serupa lah dengan update pasal Cherating....kita sambung esok ye....dadadada.....

Friday, October 21, 2011

Cherating - main pasir!

Hoh...ni gila lama punya cerita dan baru nak hapdet. Masa ni Baby dalam perut dalam 5 month. Masa tengah paling sihat dalam sejarah pregnant...huhuhu. Ok kita tgk gambo aje lar ye...? Owh before that, nak ucap thank you to Fathihah Mokhter sebabkan dia reality bercuti di Cherating menjadi reality...ewah!


Sampai Cherating aje, Ananna tak sabar nak main pasir. ! 
Mommy suka tengok gambar ni....macam dah DEWASA aje anak Mommy ni kan? (Uwaaa..Mommy emo)







Arrr....ada lagi. Tu baru 1st day. 




Why tak ada gambar Mommy?? Because I ler the photographer and also tukang edit...pengorbanan seorang tukang amik gambar.....huhuhu.

Ha...peace!




Honey yang hensem...ekeke.

 Ok...dah penat. Jom balik hotel....jom tengok kartun.....jom mamam.......


Thursday, May 19, 2011

Heritage Hotel : Cameron Highland.

 

Hola,

13 May – birthday saya tapi kami tak buat apa-apa celebration pon sebab ada appointment dengan doctor untuk check baby dalam perut…..Ni kita cerita kemudian ek….

 

14 May, tepat 11:00am kami bertolak ke Cameron Highland. Eeee..dah lama tak pergi cameron ni…adalah agaknya 10 years kot. Masa mula-mula pergi dulu, Ananna tak ada lagi. Ni kira 1st trip Ananna lah ni….huhuhu…sedih pulak rasa. Kami hanya buat short trip sahaja memandangkan condition saya yang masih tidak berapa nak ok ni.

 

Ananna memang super excited dengan trip kali ni. Sampai sanggup bersengkang mata sepanjang perjalanan sebab tidak mahu terlepas. !

 

Trip kali ini kami memilih untuk mencuba jalan Simpang Pulai. Uih…mentang-mentang jalan cantik…ramai juga yang tidak mahu menjaga tatasusila ketika memandu. Ish..ish…kalau kata kemalangan itu ko sorang aje yang terkena ok lah…jangan terkena juga kami yang innocent ni!.

 

Perkara pertama yang kami lakukan ketika menjejak cameron ialah mencari Heritage hotel. Gambar tidak banyak….sebab kami sampai dalam keadaan hujan lebat dan Seeeeeeeejjjuuuuuukkkkk!. Makan tengahari pon main pakai room service aje.

 

DSC08220

Selamat datang ke Cameron Highland!

DSC08221

DSC08222

View dari balkoni hotel.

DSC08223

Juga view dari balkoni hotel….our room.

 

Review tentang Heritage….oklah hotel ni. Tak ada lah teruk sangat dan tak ada lah WOW sangat. Kami yang tidur cuma semalam ni, kira puas hati lah.

Ok..sambung lagi ….tehehehe…dah macam trademark pula ye…cerita bersambung-sambung.

Monday, February 15, 2010

Bila Ananna potong rambut sendiri dan pergi shopping.

Salam semua... This is Adrianna Khaleda Iznil writing..hehehehe. Ops..mana Mommy? Ok..Mommy tak nampak so Nanna boleh sambung tulis. Mommy tengah sibuk ulangkaji Chuck Season 1-3.

 

2 minggu lepas, Ananna buat Mommy menangis tersesak-esak. Nanna gelak aje tengok Mommy nangis. Eh..Ananna tak derhaka. I’m a good girl tau. Tak caye tanya Daddy!. Ok..ok..Nanna bosan dengan rambut panjang mengurai ala ala maggie mee dan tak pernah potong sejak….emh..emh..sejak Nanna lahir lah. Mommy sayang sangat dengan rambut Nanna. Tapi Nanna teringin sangat nak rambut pendek macam Jiah.

 

So, Nanna curik gunting Mommy dan potong “krap..krap” rambut nih. Mula-mula Nanna potong bahagian depan. OK cun! Lepas tuh Nanna potong bahagian belakang sebelah kanan. Alamak…tak bestlah kalau tak tunjuk kat Mommy. Nanna jerit “Mommmmmmyyyy ooohh Mommmyyyy..Nanna potong rambut ni…CANTIK!!!”. Mommy menjerit dari bawah dan terus bekejar mendapatkan Nanna. Mommy nangis tengok rambut Nanna…”Mommy..jangan nangis..Nanna sayang”, Nanna cuba pujuk Mommy. Nanna dengar Mommy mengomel sendiri. Tak tau apa ntah Mommy cakap.

 

Mommy ambil gunting dan sambung gunting rambut Nanna. Yessss! Nanna rambut pendek. Yessss! rasa ringan betol kepala ni. Dan Yessss! Nanna nampak lagi cantik dan cute! Ok..untie-untie dan uncle-uncle yang baca blog ni jangan jealous. Nanna memang cun pon ok! Oh..lupa..sepanjang Mommy gunting rambut Nanna, Mommy nangis esak-esak.  Pelik lah.

 

Ni rambut Nanna masa panjang..tapi picture ni ambik tahun lepas. Masa Nanna pergi holiday kat Damai Laut.

DSC02502-1

 

Ni masa awal 2010.

DSC03237 

Gambar Nanna lepas potong rambut. Nanna saje je ambil gambar sambil baring sebab masa Mommy snap gambar pon Mommy masih nangis lagi. Tak paham Nanna.

DSC03255

 

Ok, agaknya hati Mommy dah ok kot dengan my new hairdo nih..hehehe. So, semalam Mommy ajak Nanna shopping. Yessss! Shopping! Benda yang paling Mommy suka. Agaknya, apa Mommy nak beli ye. Yess..lagipon Daddy keje. So, shopping kali ni dengan Mommy aje.

 

Mommy kata nak beli lipstick sebab Nanna dah patahkan Lipstick Mac Mommy. Ops..Nanna kan girl..so Nanna pon suka make up lar. Macam Mommy..sama Mommy. Tapi Mommy ni suka sangat lah dengan naked face dia tuh..jage Mommy. Nanna nak shopping ni.

 

Kami ke Sunway Pyramid. Sapa kata shopping complex tak penuh masa cuti-cuti raya ni. Penuh aje Nanna tengok. Tak bestnya, kedai Mac tutup. So Mommy macam dah putus harapan nak beli lipstick. Ok…lah. Emh..mana boleh balik tak beli apa-apa. Tak best lar. So, Nanna nampak butik crocs. Hehehe..yess..yess..tara….Nanna berjaya pujuk Mommy beli satu kasut..gambar tak ada ye untie-untie dan uncle-uncle. Tangan Mommy dah menggeletar nak pegang camera. Sebab Nanna paksa Mommy dokong Nanna dari mula sampai Sunway Pyramid sampai lar balik. Ok..berapa jam tuh..emh lebih kurang 4 jam..hehehe..Ok lar. Ni kira exercise Mommy ape. Walking at shopping complex sambil bawa bebanan seberat 17kg..! Banyak tuh kalori terbakar.!

 

Nak tahu hasil belian Nanna?? Sepasang kasut crocs color Ruby, lipstick, mascara & 2 jenis eye shadow.!

 

Apa Mommy dapat sepanjang shopping?? Pokai hampir RM200, sakit belakang, lutut, kaki & tangan….hehehe.  Best kan?

 

Ok lar..Nanna nak bobok. Nite-nite dan jumpa lagi.

 

Oh..sebelum tuh..tengok gambar-gambar comel Nanna. Nanna dan Mommy naik ferry wheel…weeeeee! Best sangat!

 

 

Muka Mommy yang berkobar-kobar nak shopping! Nanna amik gambar ni tau. Terror tak?

DSC03335

 

Weee! So..macam mana dengan my new hairdo? Betul kan? Cantik!

DSC03346

DSC03350 

 DSC03351

DSC03352

DSC03353

 

Love…Adrianna Khaleda Iznil.