Salam,
Lama tak hapdet kan? Apa nak buat..sekarang bukan sihat sangat pun. Ok..jom tgk hapdet..week by week..eceh.
35 weeks.
Kita buat confirmation dengan doctor untuk bersalin secara c-section. Itu pun melalui banyak kaunseling dari doctor. Tiap kali visit Doc tidak pernah menghalang untuk mencuba secara normal tetapi memandangkan tempat keluar baby tidak terbuka sewaktu bersalinkan Ananna, Doc lebih prefer untuk c-section. En Honey juga prefer c-section. Saya?? Masih dilema lagi.........sebabnya, bersalin normal pun rasa seram...bersalin secara c-section juga seram. Aih!
Saya hanya mengikut nasihat Doctor, jadi c-section di jadualkan pada 1 Dec 2011. 9 am, wajib sudah sampai ke DEMC, Shah Alam & 10:30am saya akan di tolak ke Operation Theather.
That's me, 35 weeks. Location.....tandas di Office...ekeke.
36 weeks
Contraction makin kuat. Sudah tidak mengenal tempat. Kaki dah macam kaki gajah. Sakit pinggang tahap melampau. Tidur malam pun sudah tidak lena. Selain contraction, sakit pinggang ..........small business & big business semakin bertambah kerap. Kepala otak dah tak boleh terima satu benda pun selain set kepala hanya mahu bersalin saja.
Setengah hati kata......................cepatlah. Setengah hati pula kata......................nanti dulu. Why nanti dulu?? Saya hanya berpeluang untuk pregnant 6 tahun sekali sahaja. Rindu............dengan setiap detik waktu mengandung ni. Bukan semua orang punya pengalaman indah macam ni. Lagi satu, plan kami untuk punya 2 anak saja..jadi kemungkinan besar ini adalah kali terakhir saya mengandung. Ananna pon dah warning........"Mommy bagi Nanna 1 baby aje. Jangan banyak-banyak baby, Nannti Nanna pening!".........
Doctor, buat schedule minggu depannya untuk CTG & MC sehingga saya c-section. Saya juga berjumpa dengan admission untuk memilih bilik. Macam biasa saya pilih 1 bilik sebabnya, tak mahu kongsi tandas & nak privacy kami sekeluarga.
36 weeks...& comel tak?? ekeke..
Hari jumaatnya, saya babai & peluk cium to kawan-kawan kat office. Saya akan mula bercuti..........jumpa lagi selepas CNY next year.
37 weeks
Isnin, sudah mula bercuti. Lega tidak perlu driving 100km/day + traffic jam. Lepas subuh, bersiap untuk ke DEMC. Ni kali kedua Ananna ikut......dia sangat teruja. Ananna ingat nak tengok baby dalam perut tapi kecewa sebab hanya boleh dengar jantung baby aje (CTG). Waktu CTG tu, Ananna kacau-kacau baby A.Z & baby pun apa lagi over excited dalam perut ar.
Selesai saja, kami terus menuju ke kedai-kedai belakang Tesco Xtra untuk lunch. Malangnya...........penuh! Terpaksa lah makan donuts & sandwich kat Dunkin Donuts.
Sampai rumah aje........terus pengsan (tido). Penat!
Sebenarnya, banyak benda hendak di buat sebelum bersalin. Sudahlah maid yang sepatutnya datang setiap hari tetiba terus hilang.! Buatkan saya geram dan serik! Nampaknya, semua kerja rumah harus di lakukan sendiri. Aih!...tak larat ok..Serius tak larat. Honey pula bekerja weekdays.....Jadi segala-galanya kena buat sendiri. Tapi saya buat schedule lah. Tak mahu terlebih buat...yang sakitnya saya.
Hari ini saya mahu berehat di rumah. Esok, saya kena bawa Ananna ke dentist. Weekend ni pula mesti beli barang-barang dapur dan beberapa kelengkapan berpantang.
Pantang??? Saya akan berpantang seorang diri without helper. Saya sudah nampak teruknya menguruskan seorang diri...babynya...Anannanya....Orangenya.....nak masak lagi...dengan tak retinya...main belasah aje. Mujur juga Honey cuti 2 minggu. Ringan juga beban. Owh....dalam pantang tak habis, kami kena uruskan pula persekolahan Ananna......................
Wajib kuat fizikal dan mental!
Ok......itu aje hapdet kali ini.
P/S : hari ni macam demam. tekak ada tonsil.......uhuk!