Tuesday, November 8, 2011

Ananna wish....................(???)

"Mommy oh Mommy, Ananna wish you are young!", Ananna membebel dalam kereta.

"Haaa.??", Mommy buat muka blur. "Am I look too old to you?", Mommy nak marah ni...cheh!

"No, Mommy. Mommy nampak TUA sebab tak ada MAKE UP", kata Ananna.

"Ooooo, ni sebenarnya nak cakap suruh Mommy beli Make up lah ni ye??", huh..Mommy sebenarnya dah masak dah dengan perangai Ananna. Sejak 2 minggu ni asyik tak sabar nak tunggu Nov sebab 13 Nov ni Graduation day dia. Cikgu dah pesan kena cantik-cantik dan kena make up. Malangnya, Mommy Ananna ni kan secara naturalnya beauty *cough,cough*.

So, make up kit yang ada dalam bag konon-konon bag make up :


1. Minyak angin Yu Yee
2. Bedak compact.
3. Pelembap.
4. Lip Pallete
5. Simply Siti - Lip gloss
6. Simply Siti - New Age cream (ni ala-ala BB cream)
7. Eye Liner.

Selalunya, Mommy cuma pakai No 1, 2, 3 & 6...Yang no 1, macam wajib lar kan, sebab bau dia sedap...huk!

Ok, anak dara membebel & Mommy pon rasa mood baik nak make up..so, semalam we all shopping..............

Apa we all beli?.....grrr...alamak x ada gambar.

1. Lipstick In2it - PINK ALARM. Rasanya ni wajib bawak masa gi spital nanti. Sebab muka lepas bersalin sure horror...lepas tu mesti banyak pelawat..Kena ler berseri-seri sikit. Pakai sedikit olesan pon dah ok.

2. Silky Girl - Mascara.

3. Silky Girl - blusher.

4. Silky Girl - eye shadow.

5. Maybelline - BB cake powder. Eh! I suka powder ni..murah pula tu.

6. Maybelline - Lip balm. Ni pon suka sebab ambil menthol so rasa macam berangin aje lah.

Haaa...Ananna puas hati sebab dah ada make up. Pagi tadi bangun tidur mengamuk-ngamuk sebab kena pakai baju sekolah. Dia ingat hari ini graduation day dia..........jenis tak menyabor!.

2 comments:

  1. ahahahaha!! ayat first ananna tu sentap makcik! :p
    Memang tak menyabo yek Ananna ni nak graduate. Mesti hari-hari mimpi :)

    ReplyDelete
  2. Mommy dia lagi ler sentap...biar benar dia ckp macam ni...ish ish ish.!

    Bukan setakat mimpi..hari-hari dok menghitung hari. Dia tak sabar nak draduate or dia tak menyabor nak cuti sekolah panjang....heeee.

    ReplyDelete