Showing posts with label Me.. Show all posts
Showing posts with label Me.. Show all posts

Sunday, July 1, 2012

Penantian itu satu penyeksaan!

Ooooohhh....manakah Doctor K-Pop ni...............lamanya tunggu...............Konsert tak habis lagi ke Doctor.....................?

Hoh...........pesakit dah buat muka BEAST dan macam biasa I tetap maintain CUN....kehkehkeh..

*Kejadian sewaktu menunggu Doctor di DEMC........hospitak family kita orang*

Monday, April 9, 2012

SICK!

Lama tak hapdet kan?

Rindu??

Ececeh......

Sebenarnya, banyak benda nak hapdet tetapi memandangkan beranak kecik dan si kecik ni pulak asyik berkepit aje kerjenya.......jadi.....segala hapdet terbengkalai. Sekarang ni pon Cik Ryssa kecik ni ada duduk together-gether dengan Mommy untuk blogging.

Ok..jom cerita.

Cerita bermula pada 29 Mar 2012...saya menggeletar pagi-pagi buta. Demam panans sampai menangis-nangis tak tahan. Honey bergegas membawa saya ke DEMC. Saya hanya di beri ubat demam dan di beri MC 2 hari. Kata doctor, saya cuma viral fever.

30 Mar 2012, tetap demam panas. Menggeletar seluruh badan dan kepala berat gila. Jangan tanya pasal makan. TAK ADA SELERA.! Saya pun terpaksa tidur asing dari anak-anak kerana tidak mahu berjangkit. Udah namanya anak-anak. Dua-dua anak tak boleh tidur tanpa ketiak Mommy...berlagu sendu lah masing-masing. Pagi-paginya hujan lebat dan....................BANJIR kali kedua dalam satu bulan. Dugaan sungguh....Dalam keadaan demam ni hanya Honey sajalah harapan untuk mencuci rumah.

Kan dah sebut dugaan...Tengahari, Honey pula demam. Demam sebiji macam demam saya. Rumah..............?? terbengkalai.....katak...tikus..lipan...etc..bermaharajalela kat rumah.

31 Mar 2012, demam pon demam lah. Tak kan nak biarkan rumah busuk macam longkang. Binatang buasnya lagi. Demam-demam dan dalam keadaan terhoyong hayang saya gagahkan juga mencuci rumah.....Larat ke??? Jawabnya..........tak larat. Tapi nak harapkan sapa???

1 Apr 2012, masih demam. Tapi kena kuat sebab Honey demam. Demam orang lelaki sentiasa ada beza dengan demam orang perempuan...lebih tepatnya lagi, walaupun seorang Mommy itu demam tetapi tanggungjawab tetap jalan seperti biasa...........

2 Apr 2012, keje walaupon masih demam.. 11;00am, sekolah Ananna telepon. Ananna pula demam panas. Apalagi...........Mommy tinggal segala...lupa demam sendiri. Bergegas ambil Ananna di sekolah dan bawa Ananna ke DEMC. Di DEMC, kepala sudah pusing. Demam Ananna mencecah 39.1 & demam saya mencecah 38.9. Saya di minta untuk ambil darah.

Keputusannya...........suspected denggi. Platelet darah rendah...white cell juga rendah. Diberi MC 2 hari dan diminta untuk datang lagi ke DEMC keesokannya.

Honey juga diambil darah....dia juga disyaki denggi. Tapi Alhamdulillah keputusannya negatif.

Ryssa...........batuk dan selsema....

3 Apr 2012, Platelet darah makin turun. Doctor mintak saya untuk duduk di hospital. Saya kata..........tak mahu sebab Ananna demam.

4 Apr 2012, Denggi +ve & viral hepatitis. Doctor tak bagi pilihan. Terus warded. Bilik pula tidak ada. Terpaksa menunggu sehingga 7:30pm, baru dapat bilik. Itu pun bilik double beaded.

Anak-anak terpaksa tidur ketiak Daddy lah malam ni.

5 Apr 2012, saya masih di tahan di hospital kerana platelet masih rendah. White cell masih rendah dan liver masih bengkak.

Ryssa, dah tak tahan....dia tercari-cari Mommy. Pukul 12:00am, Honey terpkasa menghantar Ryssa ke hospital. Ryssa tidur dengan Mommy malam tu.

6 Apr 2012, saya discharge...yeay...

Kini....................

Saya masih dalam MC. Kepala masih rasa berat lagi...tapi tidak seteruk sebelum ni. Doctor suruh saya rehat............jadi saya rehatlah...........................

Pejabat Kesihatan Klang sudah 2 kali call. Interview pasal denggi. Haih...cuak juga kalau sudah 2 kali call ni. Harap tak ada apa2.

Sekarang ni..............kena hati-hati...sebab denggi ni boleh membawa maut.

Ok....tata...nak tido. Ketiak perlu berkhidmat untuk anak-anak.

Sunday, March 4, 2012

Journey seorang ibu yang tidak boleh breastfeed secara full.





Setelah bertungkus lumus menjadi pengepam tegar setiap 2 jam sehari & ini lah hasilnya.................


Errr...itu cuma sekali pam di waktu pagi........selepas itu hasil tak berapa nak ok. Tapi cukuplah nak dapatkan 40ml sehari. Dengan hasil 40ml pon sudah membuatkan saya cukup bangga.

To those yang suka pokpekpokpek pasal breasfeed ni...........tolonglah faham dengan perasaan hati seorang ibu seperti saya. Bersungguh untuk memberi makanan terbaik untuk baby iaitu susu ibu tetapi tidak di beri rezeki oleh Allah.

Walaubagaimanapun, selain usaha bersungguh saya tetap berdoa kepada Allah. Usaha & tawakal.

Wednesday, November 23, 2011

35, 36 & 37 weeks.

Salam,

Lama tak hapdet kan? Apa nak buat..sekarang bukan sihat sangat pun. Ok..jom tgk hapdet..week by week..eceh.

35 weeks.

Kita buat confirmation dengan doctor untuk bersalin secara c-section. Itu pun melalui banyak kaunseling dari doctor. Tiap kali visit Doc tidak pernah menghalang untuk mencuba secara normal tetapi memandangkan tempat keluar baby tidak terbuka sewaktu bersalinkan Ananna, Doc lebih prefer untuk c-section. En Honey juga prefer c-section. Saya?? Masih dilema lagi.........sebabnya, bersalin normal pun rasa seram...bersalin secara c-section juga seram. Aih!

Saya hanya mengikut nasihat Doctor, jadi c-section di jadualkan pada 1 Dec 2011. 9 am, wajib sudah sampai ke DEMC, Shah Alam & 10:30am saya akan di tolak ke Operation Theather.

That's me, 35 weeks. Location.....tandas di Office...ekeke.

36 weeks

Contraction makin kuat. Sudah tidak mengenal tempat. Kaki dah macam kaki gajah. Sakit pinggang tahap melampau. Tidur malam pun sudah tidak lena. Selain contraction, sakit pinggang ..........small business & big business semakin bertambah kerap. Kepala otak dah tak boleh terima satu benda pun selain set kepala hanya mahu bersalin saja.

Setengah hati kata......................cepatlah. Setengah hati pula kata......................nanti dulu. Why nanti dulu?? Saya hanya berpeluang untuk pregnant 6 tahun sekali sahaja. Rindu............dengan setiap detik waktu mengandung ni. Bukan semua orang punya pengalaman indah macam ni. Lagi satu, plan kami untuk punya 2 anak saja..jadi kemungkinan besar ini adalah kali terakhir saya mengandung. Ananna pon dah warning........"Mommy bagi Nanna 1 baby aje. Jangan banyak-banyak baby, Nannti Nanna pening!".........

Doctor, buat schedule minggu depannya untuk CTG & MC sehingga saya c-section. Saya juga berjumpa dengan admission untuk memilih bilik. Macam biasa saya pilih 1 bilik sebabnya, tak mahu kongsi tandas & nak privacy kami sekeluarga.




36 weeks...& comel tak?? ekeke..

Hari jumaatnya, saya babai & peluk cium to kawan-kawan kat office. Saya akan mula bercuti..........jumpa lagi selepas CNY next year.

37 weeks


Isnin, sudah mula bercuti. Lega tidak perlu driving 100km/day + traffic jam. Lepas subuh, bersiap untuk ke DEMC. Ni kali kedua Ananna ikut......dia sangat teruja. Ananna ingat nak tengok baby dalam perut tapi kecewa sebab hanya boleh dengar jantung baby aje (CTG). Waktu CTG tu, Ananna kacau-kacau baby A.Z & baby pun apa lagi over excited dalam perut ar.

Selesai saja, kami terus menuju ke kedai-kedai belakang Tesco Xtra untuk lunch. Malangnya...........penuh! Terpaksa lah makan donuts & sandwich kat Dunkin Donuts.

Sampai rumah aje........terus pengsan (tido). Penat!

Sebenarnya, banyak benda hendak di buat sebelum bersalin. Sudahlah maid yang sepatutnya datang setiap hari tetiba terus hilang.! Buatkan saya geram dan serik! Nampaknya, semua kerja rumah harus di lakukan sendiri. Aih!...tak larat ok..Serius tak larat. Honey pula bekerja weekdays.....Jadi segala-galanya kena buat sendiri. Tapi saya buat schedule lah. Tak mahu terlebih buat...yang sakitnya saya.

Hari ini  saya mahu berehat di rumah. Esok, saya kena bawa Ananna ke dentist. Weekend ni pula mesti beli barang-barang dapur dan beberapa kelengkapan berpantang.

Pantang??? Saya akan berpantang seorang diri without helper. Saya sudah nampak teruknya menguruskan seorang diri...babynya...Anannanya....Orangenya.....nak masak lagi...dengan tak retinya...main belasah aje.  Mujur juga Honey cuti 2 minggu. Ringan juga beban. Owh....dalam pantang tak habis, kami kena uruskan pula persekolahan Ananna......................

Wajib kuat fizikal dan mental!

Ok......itu aje hapdet kali ini.

P/S : hari ni macam demam. tekak ada tonsil.......uhuk!



Saturday, October 29, 2011

Just the TWO of us...errr.coming very soon Three........!

Salam,

Orang kerja shift ni time tak tentu.....Macam hari ni...............hanya kami berdua aje..Daddy kerja....Mommy & Ananna hang out together-gether....Makan kek..minum tea (Ananna minum air suam...fav dia tu)...baca buku.....oooohhh heaven!!

Mwuah...!

Anak dara kami yang gojes..Fine..I puji anak sendiri....Why not...kan? ekeke.




That's us! Daddy jeles bila Mommy MMS gambar happy2 kat Secret Recipe....We all belikan Daddy carrot slice...Ananna kata, "Eeeeeeee....carrot slice tu rabbit aje suka makan....!". Daddy...boleh imaginekan muka Nanna macam mana bila cakap macam tu kan?....ekeke.


Ananna, cake & buku. Kadang-kadang tu rasa jaki aje bila tengok budak-budak lebih muda dari Ananna terror IT...Ananna prefer books bila membaca dari games yang kat computer tu. Dia prefer kertas, pencil & pencil warna bila melukis. Dia prefer actual puzzle dari game puzzle computer.....dia akan lari sambil tarik2 rambut kalau main puzzle dari computer sbb bengang tak boleh match kot.

Mommy pon...........sama....I prefer actual buku dari baca dari mana-mana jenis tablet. 

Ananna saje amik gambar macam ni sebab nak show off dia banyak gelang.............!

Baby....? Dia pon sama gerak kuat-kuat sebab tak sabar nak hang out gak together-gether.....heeeeeeee!

Sunday, October 23, 2011

Main tepi laut di Cherating.

Ok, ni cerita last pasal Cherating. Kat Cherating ni kami banyak makan keropok lekor. Sedap woo. Siap tapau bawak balik bilik hotel lagi. Malam pertama tu kami makan seafood and seriously, bila ada Mat Saleh kami yang  Mat & Minah sawo matang ni terus tak kena layan!. Hoh...tension, gi cari kedai lain. Makan seafood kat sini MAHAL. Kedai dah macam nak runtuh..tapi harga makanan kami berganda lebih mahal dari kedai Ahmad Tomyam, Jalan Kapar. Padahal kami makan sama aje....Kedai Ahmad Tomyam lagi sedap kot.

Hari terakhir cari nasi dagang. Berpusing mencari tapi tak jumpa. Hingga ke Kemamam........tak jumpa gak. Kecewa!! Waktu perjalanaan balik dari Kemamam, jumpa satu gerai kecik....kecik sangat jual nasi dagang. Rasa nasi dagang...........terangkat! Seeeeeedddddaaaaaaapppppppppp! Wah...tetiba meleleh air liur!

Sempat juga kami pusing-pusing di bandar Kuantan. Selalunya, saya akan bandingkan mana-mana bandar yang saya pergi dengan Klang dan Ipoh. Emh...Klang ni tak berapa nak bersih. Kalau kat Bandar Botanic & Bukit Tinggi tu dari dulu sampai sekarang saya nampak sampah merata kat tepi jalan. Kalau kat tengah bandar Klang pula........sesak. Saya pon boleh sesat kot kalau masuk bandar Klang. Tapi kat Sementa ni aman lah. Sebab kampung kot....huhuhu.

Kalau di Ipoh, saya suka tengok rumah-rumah mereka tersusun. Satu lot tanah satu rumah. Bandar Ipoh pun tak sesak dan bersih! Kuantan..................emh...saya jumpa banyak tanah merah...kotor kereta..& yes...sesak!

Ok..enough dengan bebelan. Jom kita tengok gambar....................Owh..Honey kan tak bagi kami mandi laut kan....so, kalau main kat gigi-gigi laut eh ke pantai?? ok kan? Pssstttt...Honey tak ada masa ni. Dia rehat dalam bilik hotel.


Ananna again over excited nampak laut!




Arrrr....sampai pertengahan tahun depan kami terpaksa menahan diri dari bercuti-cuti...tunggu baby dah kuat baru boleh jenjalan. Tapi kesian pulak kat Ananna...emh...nanti Mommy & Daddy kena fikirkan.....

Ok dah habis dah pasal Cherating. Nanti kita hapdet lagi....

Next, hapdet pasal birthday Ananna & Big Bad Wolf Sale!




Ok...thank you & Bai.

Thursday, October 20, 2011

32 weeks, 4 days & Mommy jatuh tersungkur!

Salam,

Tempat kejadian : Aman Cafe, PJ
Masa kejadian    : lebih kurang pukul 12:45pm
Details kejadian..............................................................:

Mommy nak lunch dan basuh tangan. Berpusing & kaki tersadung kat besi-besi paip &...............

Dummmmmm....JATUH! tersungkur! Muka terhempas kat kerusi plastik. Sebelah tangan sempat menampung badan. Sebelah tangan lagi di sambut oleh satu abang. Kedua-dua lutut sudah di lantai...........

Daddy dari Cyberjaya memecut laju untuk menjemput Mommy di PJ. Dari PJ memecut lagi ke DEMC, Shah Alam. Alhamdulillah, bila di scan jantung baby berdegup normal. Uri tidak berdarah. Segalanya ok. Mommy aje yang tak berapa nak ok. Lebam-lebam sana sini. Kat bahagian muka bengkak terus...huhuhu. Badan memang sakit-sakit. Rasa sakit nak bergerak.

Doctor kata...masa ni lah urat-urat kita tengah kembang...jatuh pula...bertambah lah sakit. Doc tak cakap banyak terus bagi MC untuk esok. Dia tak bagi kerja sebab dia kata esok badan akan lagi sakit dan demam. Sekarang pun dah rasa dedar ni ha. Dia mintak monitor sebab takut ada pendarahan dan sekarang ni kan selalu sangat contraction...so contraction tu pon kena monitor. Kalau terlalu kerap dan sakit, dia suruh ke hospital dengan segera dan admit.

Ho....saya harap sangatlah jangan jadi apa-apa. Biarlah baby dok dalam ni sampai cukup bulan. Rasa macam sedih pula bila dah sampai Tri ke 3 ni. Memandangkan umur makin lanjut, kemungkinan besar ini adalah pregnancy yang terakhir............. Lepas ni mesti rasa rindu dengan rasa hamil.

Owh...sementara itu...3 hari yang lepas kawasan rumah kami dilanda angin kuat..ribut sebenarnya.  Kalau tahun lepas akibat dari ribut bumbung kami pecah disebabkan piring Astro jiran sebelah terbang dan menghempas bumbung kami. Kali ini pula....si tempat sama, bumbung terbang. Sudah 3 hari bumbung di rumah terbuka. Bukan tak cari orang nak repair tapi asyik hujan dan tukang repair pun busy menerima tempahan repair bumbung.

Ini lah yang dia kata ujian..ingat lagi tak sebelum ramadhan kami di timpa ujian demi ujian yang membawa hingga selepas raya. Baru mahu bernafas, ujian datang lagi. Alhamdulillah...kami bersyukur dengan segala ujian dari Allah. Kami redha dan berusaha sebaik mungkin untuk mengatasi segala ujian-demi ujian ini.

Ok...dadada...

Mwuah ....errrr..korang nak tau nama Baby??? heh...gi tanya Ananna....dia dah kecoh bagi tau kat semua orang inluding cikgu sekolah. Anak Mommy ni memang kaki pecah rahsia...huhuhu. Kes Mommy jatuh ni sure sure sah akan jadi topik hangat di tadika esok ni........

Ok..bye..Nite-nite. 

Wednesday, August 10, 2011

Peristiwa "berdarah" di Speed 99.

Salam Ramadhan,

Suspen tak tajuk? ekeke.

Posting kali ini ada 3 watak.

Watak 1 = Daddy/Honey
Watak 2 = Ananna/The princess.
Watak 3 = Pekerja Speed 99/Pompuan manis.

Kisah pun bermula.............

Daddy : "Nanna..Nanna..Mommy mana??"

Pekerja Speed 99/pompuan manis : "Uncle, Mamee ada kat bawah ni Uncle"

Sambil tersenyum manis menunjuk kedudukan "Mommy".

Baik budak ni....bertudung dan bersopan...tapi MOMMY yang En Daddy maksudkan tu bukanlah jajan MAMEE...Uwaaaaaaaa!

*
*
Di kaunter.....pekerja Speed 99/pompuan manis tersipu-sipu malu memandang MOMMY yang sebenar.

Hambek.!

"Berdarah" tak??

Sunday, July 3, 2011

What will you do without FREEDOM??

Ni bukan cerita kumpulan Freedom. Korang masih ingat lagi ke? Famaous gak group ni dulu.

Tetapi ini cerita tentang William Wallace dan his famous speech di dalam Braveheart. Salah satu filem kegemaran saya. Tengok berkali-kali pun tidak bosan. Bila tengok filem ini, semangat terus naik. Menentang kezaliman tahap loya dan menegakkan keadilan dan kebebasan demi masa depan yang lebih gemilang.

Nah..ini ucapan famoaus itu dan juga klip.

You've come to fight as free men, and free men you are.
What will you do without freedom? Will you fight?!"
"Fight against that, no, we will run, and we will live." (ni ada orang lain menyampuk William Wallace.)

 "Aye, fight and you may die, run and you'll live, for at least a while. And dying in your beds, many years from now, would you be willing to trade all the days from this day to that, for one chance, just one chance, to come back here and tell our enemies, that  they may take our lives, but they'll never take our FREEDOM"

Rasa semangat tak??

Kalau you all rasa nak tengok klip ni search lah kat Youtube dan type William Wallace freedom speech.

Ok..gud nite all...Mwuah..!

Saturday, July 2, 2011

Perkembangan baby dalam rahim Ibu. MasyaAllah.


Secara tiba-tiba mengalirnya airmata apabila mengenangkan anak dara saya dan kini anak yang berada di dalam kandungan. Semoga anak-anak saya akan berjaya di dalam hidup dunia dan akhirat. Semoga juga mereka berdua akan menjadi seorang pejuang menegakkan Islam.

Monday, June 27, 2011

Saya sedang gila itu dan ini.!

Saya gila dengan bau J.Lo Glow. Sampai masuk dalam mimpi. Adakah ini namanya mengidam??? ekeke. Sekarang bukan setakat saya saja yang berGLOW, anak dara pon sama. Lebih dasyat nak tidur pon kami berdua masih sempat gak berbau J.Lo Glow ni.


Saya juga suka kena make up tapi tak suka make up sendiri...sebab rasa tak cantik. Kalau Puan Hajar make up muka yang dah nampak kelabu asap pon terus glowing. Eh...jap...ada gambar muka saya tengah glowing ni tapi....eh mana da. Nanti lar. Tak pon korang tengok muka saya secara live....nak? Owh...saya gila pixy 2 way cake powder. Nampak smooth aje muka ni. Murah pon murah ye tak? JIMAT. 




Owh..I love maxi dress...............tapi baru beli 2 helai aje....huhuhu. Sesapa kat luar jual maxi dress cantik-cantik sila hubungi saya dengan SEGERA!

Ceramel Machiato from Starbucks....................so...........emh....................! Masa tengah menulis emak saya dengan sengajanya call dan kata "Wawa......mak kat starbuck Setia Alam!". Oh tuhan.....!





lagi???

Saya nak gi tempat ni bulan depan..............

Cherating, Holiday Villa - The Garden Villa room.

Nak jagung bakar juga!



ahhhhhhhhhh!


Semua gambar di atas adlah ihsan dari Pakcik Google. Thank you.


Monday, May 16, 2011

13 May–Happy Birthday to me.

 

Saya dan mereka…..punya persamaan. Lahir pada tahun yang sama, masih fabulous & dan amazingly menawan…hehehe. 

 

Angelina Jolie

Charlize Theron

Drew Barrymore

Enrique Iglesias

David Beckham.

 

&

 

*

*

*

DSC08211

 

DSC08213

 

That’s me..Azura Iznil with the cake yang sangat yummy (serius) & my Ananna yang sebok nak buat seperprise (surprise). Kata Ananna…nak bagi hadiah gelang emas kat Mommy…*cough**cough*…..(harap Daddy baca blog ni dan tunaikanlah permintaan anak tu ye!………heeeee)

Owh…ada lagi…..

Happy birthday too to Robert Pattinson Yummy..tehehe.

Tuesday, April 26, 2011

PENGUMUMAN PENTING.

 

Dear readers…dear friends…

 

Azura Iznil sudah pregnant for 8th weeks.

 

Doakan semuanya selamat kerana buat masa ini saya masih di dalam condition 50-50%. Saya sudah 3 weeks bleeding non stop. Kadang-kadang brownish spot..kadang-kadang dah bukan tompk-tompok dah tapi terus bleeding macam period. Doctor kata ini threathen miscariage.

 

Hasil scan hari ini…kantung condition dikelilingi darah & saya kena slow motion kan segala pergerakan. Tak boleh STRESS! Banyak kan rehat. Dalam 3 minggu ni saya on off keje….kejap-kejap MC…MC pulak main berhari-hari. Kali ini pulak dapat MC seminggu terus. Tu yang kena buat pengumuman. Kalau tak saya tak berani nak share kat sesapa….tak reti lar nak share feeling-feeling yang ala-ala donut ni.

 

Emh…heart beat pon dah nampak. Bentuk baby pon dah ada…cuma kantung dia aje tak berapa nak normal.

 

Kadang-kadang saya agak stress dengan condition sekarang, tapi Alhamdulillah saya punya support system  yang bagus. Jadi saya masih hanging tough meneruskan kandungan ini.

 

Saya minta maaf kepada sesiapa yang berkenaan. Bila ditanya kenapa saya MC lama sangat…saya jawab sakit belakang. The truth is….saya memang sakit belakang…sakit yang amat sangat. Saya tidak boleh duduk di kerusi atau berdiri dengan lama. Sakitnya bukan kepalang. Cuma saya tidak beritahu, saya sakit belakang di sebabkan pregnant. Di ulang…bukan sengaja mahu merahsiakan berita pregnant ini tetapi di sebakan kondisi saya yang 50-50%….saya tidak reti mahu share.

 

Ok lah…saya mahu rehat. Gud nite.  Alhamdulilllah…ketiga-tiga (yeap..kali pertama pregnant, baby tidak develop heartbeat), saya tidak mengalami apa-apa morning sickness. Lucky me.!

 

Ok..sweet dream semua!.

 

Honey & Ananna…I love U both. Thank U sbb sentiasa menjadi support system terbaik!. Owh..to family (family Klang & family in law) & yess to semua kawan2 yang bagi saya support. Thank you semua.

 

xoxo…wawa

Friday, April 8, 2011

Melepas geram!

 

Tempat saya adalah tempat dimana letaknya GUNUNG BERAPI, TSUNAMI, GEMPA BUMI..nuke plant yang bocor…cakaplah..semua ada.

 

Tahu kenapa?

 

Ha…tak payah cerita lah kenapa. Itu yang kena KUAT dan GAGAH PERKASA saja yang mampu duduk di tempat saya.

 

Di sebabkan sudah terlalu biasa, jadi saya sudah semakin PUPUS feeling-feeling sentimental.

 

Bila hari ini, ada lah satu MAMAT (sumpah! saya tak kenal. Tak pernah jumpa & tak pernah bercakap pon) tetiba telefon dan berlagak macam BAGUS dan paling penting membuat tuduhan palsu (Boleh ke?).  Telefon orang dah merepek bagai. Saya pon mula-mula tu cakaplah sopan santun bagitau dia tolong refer kat si polan ni. Sebab si polan ni yang PIC. Saya ni dah jadi step no 3.

 

Tetiba dia bising-bising cakap mengarutlah kan..merepek bagai. Kali ini saya terpaksa meninggikan suara. Suruh dia check balik SOP dan mintak dia refer to that polan la. Saya siap offer kan diri tolong dia follow up lagi.

 

You all tahu tak apa dia buat lepas tu.?? Dia lepas geram dengan meng e-mail kat saya. Which email containt dia serius KURANG AJAR. Who the hell he think nak cakap benda-benda macam ni dengan saya??

 

Tetapi disebabkan saya ini PROFESSIONAL, saya dengan humblenya meminta maaf jika saya sudah terkasar bahasa (which I’m not pon). Tahu dia balas apa??? WHO CARES  dan di ikuti kata-kata yang sungguh mengguris hati saya.

 

I think kalau orang lain yang baca sure nanges lah kan. Saya masih relax dan cool. Cuma satu email tu membuatkan saya kehilangan kesabaran. Saya suruh dia tengok cermin sendiri dan beritahu dia betapa RUDE nya dia terhadap saya. Itu adalah last  email saya kepada MAMAT yang saya tak pernah kenal, tak pernah cakap dan tak pernah jumpa. Dia ada reply tetapi saya sudah mentongsampah kan email jahanam itu.

 

Serius…kalau di layan..lama-lama saya juga akan jadi ST*PID macam dia.  Lebih baik saya layan lagu Avril Lavigne sambil nyanyi diam-diam kat workstation sendiri…hehehe.

 

PERHATIAN : Saya juga punya hati. Hati saya juga SGT FRAGILE.

Sunday, February 27, 2011

Italy - Ep 2

 

Hey! I’m back….ep 2 is coming..hahaha.

*

*

Kami bertolak dari KLIA tepat 2:10am (18 Feb 2011) to Dubai. Semua fantastic except the pramugara dan pramugari tak cukup ensem untuk cuci mata selama 7 jam perjalanan. Oh..kami naik Emirates.

 

5:10am – kami selamat sampai ke Dubai. Sampai-sampai di Dubai, kami disambut dengan azan Subuh. Alamdulillah, suraunya cantik dan besar. Tandas pon ada paip air….huhuu.

 

Kami di Dubai selama 4 jam..sempat “Window Sopping”!

 

DSC07073

Sempat tengok Pashmina. Harga kat Dubai – RM14.00. Harga kat Amcorp – RM10.00. So, I tengok aje lah.

DSC07074

This is Fatimah or Cmah..my rakan sebilik sepanjang di Italy.

DSC07077

Me, Honda Associates & Dealers Service Mgr – @ Dubai Airport.

Kami sambung perjalanan menggunakan Emirates juga ke Rome tepat pukul 9:20am.

DSC07063

Owh…FB jadik peneman setia sepanjang di Dubai & Italy…

Baiklah…sambung ep 3..talala.

Tuesday, February 15, 2011

ITALY

Salam..

Tak ada activity blogging and blogwalking.

Bukan malas tapi MAXIS kata bandwidth kami sudah habis. Kena tunggu sampai semalam baru kepantasan internet seperti biasa.

Jadinya....

Nak bagitau..

Khamis ni, saya fly..fly..fly..ke Italy. Lalala.

Ananna akan dijaga dengan baiknya oleh Daddy tersayang.

Saya akan rindu rindu rindu rindu sangat nanti.

Ok lah..

Nanti update pasal trip kat Italy ek. Saya pon nak tangkap gambar "tandas" banyak-banyak..ekeke.

Owh...Hyun Bin pon akan fly juga dalam waktu yg sama tapi ke Berlin. I jumpa Binnie kat ruang langit aje lah..boleh lambai-lambai dalam kapal terbang...hahaha. Fine..I budak sekolah gila Hyun Bin.

Ok..dadada.

Thursday, December 23, 2010

Vomit blood.

Ha...

Suspen?

Nak tahu kenapa vomit blood?

Kerja = Vomit blood.

Betul?

Tak?

Weeknd/holiday = Heaven!

Aaaahhh...tak sabar nak tunggu wknd!

Tuesday, December 21, 2010

Aiyah.! baru 2 hari tak makan nasi!

 

Perut rasa macam tak sedap.

 

Macam berangin!

 

Tapi rasanya tadi makan….banyak pulak tu.

 

Eh!

 

Apa dah jadi ni?

 

Akhirnya…..

 

Saya mengalah…

 

Makan nasi lauk ayam madu & teh halia.

 

Kalau dah namanya melayu..nasi juga dicari.

 

Burp! kenyang!

Saturday, December 18, 2010

Salahkah saya??

 

Salam,

 

 

DSC06010DSC06011

 

Ananna sudah 5 tahun. Tidak kira berapa pun umur Ananna, dia tetap anak kami. Mungkin orang kata Ananna baru 5 tahun, jadi dia perlukan sepenuh perhatian dari kami berdua. Sudah tentulah berat kepada saya. Jadi?? Apa masalahnya.??

 

Salah kah saya, kalau saya berusaha keras untuk membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga.? Kedua-duanya sama penting. Tetapi…sudah tentu keluarga saya adalah no 1. Ananna bukan sahaja “DUNIA” kami malah dia juga bekalan kami di “AKHIRAT”.

 

Tetapi kenapa?? Mengapa?? ada orang sanggup memperlekehkan pegangan hidup saya? Kenapa saya sering di ketepikan semata prinsip “family no 1”?? Bukan kah saya mencukupi segala pakej yang di perlukan? Saya rugi atau orang itu yang rugi??  Ahh..jujurnya, saya hilang semangat.

 

Suatu ketika mulut saya lancar berkata :

“Duit boleh datang dan pergi..

Kerja bagus pon boleh datang dan pergi..

Tetapi, anak, suami dan keluarga akan tetap berada di sisi”

 

ok..ok..bukan original dari saya kerana saya tiru dari Kimora Lee. Saya ubah suai mengikut kehendak keperluan sendiri. Tetapi Kimora betul dan saya betul. TIdak kiralah umur anak saya 5 tahun…10 tahun…15 tahun..20 tahun..25 tahun…60 tahun..(kalau umur saya panjang)..Adrianna Khaleda Iznil tetap anak saya. Tetap perlukan perhatian saya.

 

Saya tidak boleh ganti anak saya dengan kerja. Kerja hanya memerlukan saya dari Isnin– friday, 10 jam setiap hari. Ananna, suami dan keluarga memerlukan saya 24/7.

 

Masa saya dengan Ananna tidak boleh di putar balik. Saya tidak mahu kerugian masa melihat Ananna membesar di hadapan saya. Dan saya tidak akan kompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mahu mencuri masa saya dengan Ananna, suami dan keluarga! Saya juga tidak mahu kompromi kepada sesiapa yang cuba mahu double standard dalam hal sebegini.!