Wednesday, November 9, 2011
Wednesday, October 19, 2011
"Mommy nak rotan korang berdua!"
Wednesday, April 6, 2011
Sunday, March 13, 2011
Mengejar rama-rama, basikal & bermain bola– itulah weekend ku kalau nak tahu.
Uwaaaaaaa…………semua dah bangun?? Alamak, Mommy nak letak saya dalam kandang.?? Nooooooooo! Tak boleh jadi ni…iyah..iyah…Heeeee…berjaya keluar. Alamak! Ananna nampak! Alamak! dia ngadu kat Mommy…..Grrrrrrrr…siap ko Nanna!
(2 jam selepas itu)
“Orange…Yenge…cepat mangun. Jom! Main kat luar”, panggil Mommy. What?? Main kat luar. Selaju kepantasan cahaya aku berlari keluar..Ngeeeee..bukan selalu dapat keluar.
Sniff…snifff…ni sapa lah yang buat onar kat rumah aku ni.???
Eeeee…Mommy! Jangan lah kacau!
Shooo..shoooo! Diam..diam..Nak tangkap Tuan Kecik!
Hello! I’m seksi!
Hui…Belakang Mommy ada rama-rama ar……Kejarrrrrrrr!
Ananna main bola….Ai tangkap dan gigit bola..Boleh ter?
Aik! Aku ada kat depan rumah pon berani gak ye ko si kucing kuning nak intai-intai. Udah la buat onar..bom sana..bom sini.! Sian mommy tau! Ko buat we all semua jadik tension. Nyah…nyah..nyah kau!
Saya yang dalam keaadan separuh redha…kena penyek dengan tuan kecik aka Ananna yang belum mandi pagi..sikit bau masam..tapi tetap maintain sweet.
Ok…babai for now. Jumpa lagi..
Pssstt..mommy kata dia akan sambung cerita Italy esok…Dia tengah risau pasal Japan. So..tunggu!
Friday, December 31, 2010
I pon beautiful juga..bukan ter? & Happy New Year!
Tak perlu cerita panjang…tengok je gambar…kan? I mmg beautiful..ke I hensem? (Suara hati Orange Jnr)
Happy New Year from :
Nazril Iznil
Azura Iznil
Adrianna Khaleda Iznil
&
Orange Jnr.
Sunday, October 24, 2010
Redha aje lar.
Saalam,
Kena peluk, kena cium, kena penyek2 (sometimes), kena cium bau bantal busuk Cik Muda kecik…saya redha..sungguh redha dan saya juga suka sangat sebenarnya.
Ahhh..puas hati!
Xoxo,
Orange Jnr.
Saturday, August 28, 2010
Orange.
Bukan..bukan. Ini bukan cerita pasal pasukan Orange itu. Tetapi ini cerita tentang….
*
*
*
*
Jom intoduce you all dengan new family member of The Iznil’s.
Ini ialah Orange Jnr. Baru berumur dalam lingkungan 4 bulan. Lasak ya amat. Main macam tak hengat!.Panjat sana…panjat sini. Lari sana..lari sini. Lompat sana..lompat sini. Suka mandi dan suka kena blow dengan hair dryer. Lepas mandi mesti tido kat hammock dia. Suka mengamuk bila kita kurung dalam kandang.Bila mengamuk habis semua tangga-tangga kat dalam kandang berterabur dan mulalah tak mahu kambus “hasil pembuangan”. Habis bersepah dalam kandang. Geram betul!
Tapi bila kita bagi dia keluar…fuh…”hasil pembuangan” semua cantik terkambus.
Ni dah dekat nak raya, kena plan baik-baik. Tengah cari tempat boarding untuk Orange. Kalau balik Ipoh pon tak mau tinggal2kan Orange lama-lama. Sian baby sorang ni.
Orange Jnr bukan pengganti The Original Orange. Tiada kucing dalam dunia boleh menggantikan Orange (the original). Orange (the original) tetap no 1. Orange tetap di hati. Terlalu banyak kenangan manis dan pahit dan lawak ketika bersama Orange (The Original). Orange (the Original) pun sudah pergi meninggal kan kami genap setahun yang lepas.
Kubur Orange (The Original) sekarang sudah ada bunga..bunga color purple lagi…Oh..kucing samseng nasik lemak (musuh ketat Orange) pon dah meninggal dunia. Sebelum kucing samseng nasik lemak menghembuskan nafas terakhir, sempat juga dia buat visit kat kubur Orange. Sure Orange dalam kubur meronta-ronta nak keluar dan belasah kucing nasik lemak tu…erk??
Honey pon ada pantun khas untuk Orange..nak tahu apa?
“Tu larr Yenge (Orange),
sapa suruh hang tak hati-hati,
Kan dah mati!”
Kami tahu…Orange (The Original) tahu..kami sayangkan dia. Dia menghembuskan nafas terakhir pun di tangan saya. Dia puas bersama kami selama 8 tahun.
Oh..that’s my Orange yang Original. I miss him so much. We miss him so much.!
Sunday, August 30, 2009
Bayangan..
Terkenang saat nan indah
Waktu kita bersama
Berteduh di bawah satu bumbung
Kau buka jalan bahagia
Pada jiwa terbiar luka
Kau memberi kekuatan dalam kepayahan
Di saat ku mencari arah hidup
Tiap waktu dikau memayungiku
Terpesona di bawah redupnya..oh..! oh..!
Bayangmu
Dan aku bagai terlupa
Bahawa takdir yang Esa
Semua telah pun direncana
Kau pergi dalam sekelip mata
Untuk selamanya oh..! oh..!
Bersemadi
Disaatku masih amat memerlu
Keharuman cintamu yang satu
Apa daya ini takdirNya semua
Dan yang tinggal diriku bersama
Bayangan
Namun pun begitu kau tetapkan wujud
Dalam jiwaku bersemi
Tak pernah lari
Kenangan lalu
Kubawa bersamaku
Merindu oh..! oh...!
Bayanganmu
Dikala sepi mendatang
Tak dapatku menahankan
Airmata kerinduan
Semangatmu terasa bersamaku
Walau kita terpisah di dunia
Senyumanmu kini jdi tangisku
Tiap hari waktuku mencari oh..! oh..!
Bayanganmu
Ku hulur doa buatmu
Abadilah di sana oh!
Sejarahmu yang gemilang
Bersamaku
Bayangan, bayanganmu
Bayangan
Wednesday, August 19, 2009
Orange.. April 2001 - 19 August 2009 8:10pm.
Mommy berlari..berlari..dan menjerit. Orange berlari mendapatkan mommy..pandang muka mommy dalam-dalam..Pandangan sakit. "Mommy..Orange sakit..sakit sangat Mommy.
Mommy jerit memanggil Orange. Orange tarik nafas panjang dan dalam...dan menghembuskan nafas terakhir di pelukan Mommy.
Mommy meraung.."OOORRRRRAAAANNNNGGGEEEE!!!!!"
Tiada balasan dari Orange.
"OOORRRRRAAAAMNNNGEEEE!!!!!"
"OOOORRRRAAAANNNGEEEEE!!!!"
Mommy peluk Orange. Mommy cium Orange. Orange sudah tiada.
Mommy ambil cangkul dan memilih untuk menanam Orange di hadapan rumah. Mommy mahu selamanya dekat dengan Orange. Dengan bantuan adik, mommy gagahkan diri mencangkul tanah. Kubur Orange siap pada pukul 9:30pm.
Mommy peluk Orange lagi..cium Orange lagi. Kali ini pelukan dan ciuman mommy adalah yang terakhir buat Orange. Mommy letak elok-elok Orange. Mommy kambus kubur Orange dengan linangan air mata yang tiada hentinya.
Mommy pandang kandang Orange..mommy pandang tandas Orange..mommy cium bau tangan..berbau Orange. Rumah juga masih berbau Orange. Terngiang-ngiang suara Orange memanggil Mommy.
Oh..Orange..8 tahun bersama keluarga Iznil..8 tahun yang tidak akan mommy lupakan seumur hidup Mommy. Orange buah hati Mommy..untuk selamamanya Mommy sayang Orange. Mommy terlalu sayang Orange..
**Mommy cuti esok. Mommy terlalu sedih. Ananna hilang best fren**
Sunday, August 2, 2009
Orange di Right Angle.
-001.jpg)
-001.jpg)
-001.jpg)
-001.jpg)
Ha..gaduh lagi Orange...gaduh lah lagi. Tahun ni je dah 3 kali mommy kena bawak Orange gi jumpa Doc. Berapa kali dah pesan..bila keluar tu elok2 sket..nak gaduh pon make sure lar menang. Ni tak..balik je injured. Lepas ni orange kena grounded forever. Mommy dah beli tali dah..Doc bagi free. Nak kuar gi jalan2 dgn mommy or naik keta pusing2 satu kampung. No more mengada2 nak keluar2 jadik macho. I did told you no matter berapa tua pon Orange..U still my baby tau dak!!!Abg Nen pon dah agreed..Orange dah tak boleh keluar lagi.
Dah..dah..tak mo lagi dengar Orange komplen2. Shoo..zip..zip..jgn nak derhaka.!
Monday, April 13, 2009
Sian Orange.!
Sebenarnya, Orange sudah hampir pulih. Sudah boleh makan dan minum dan tidak lagi terhoyong hayang macam minum todi. Kira-kira sudah kuat lah tu.
Orange ni pandai tau..masa sakit dia redha je makan ubat dan cuci luka-luka dia tu. Bila dah sihat sikit...amboi...bergaduh-gaduh nak bagi makan ubat.
Sebentar tadi.........
Mata sebelah kiri Orange berdarah. Membuak-buak darah keluar setiap kali saya picit tempat yang bengkak itu. Adakah nanah atau...? Emh...risau...risau...risau...
Saya berdoa semoga Orange cepat-cepat sembuh..tak boleh nak bayangkan hidup saya tanpa Orange..Uwaaaaaaaaaaa!!!!!!!
**Saya dah jumpa GF Orange. Cute. Muda. Mix**
Saturday, April 11, 2009
All about Orange...
-001.jpg)
-001.jpg)
1. Orange a.k.a Yoyange a.k.a Yenge.
2. DOB 24.4.2001 - 8 years = kurang 50 umur kita. (Tahun pertama = 20 tahun umur kita dan
tahun berikutnya kita tambah 4 tahun.
3. Mommy Orange = Irene. Sekarang berada di Ipoh dan masih hidup sihat. Umur Irene lebih kurang 16 tahun.
4. Abang tiri Orange (Garfield), sebijik macam Orange.
5. Adik beradik kandung Orange = Blacky. Blacky gemok debab. Ada orang jahat kidnap Blacky. Orange terselamat sebab dia bijak gi kawan dengan Finni si German Sheppard (jiran)
6. Sepupu spipit sedara mara Orange sekarang berada merata-rata. Termasuklah anak saudara terbaru Orange sekarang berada sihat di Kelana Jaya.
7. Sebenarnya, kami jaga 3 ekor - Orange, Blacky dan Mocot (sepupu Orange). Umur Mocot tidak lama kerana dia mati kerana jangkitan AIDS. Habis satu rumah kena basuh dengan Clorox. Orange dan Blacky kena kuarantin di wad selama 3 hari untuk memastikan mereka tidak terkena jangkitan AIDS. Mocot sekarang berbakti di rumah emak...melebatkan pokok mangga di depan rumah.
8. Sewaktu mengandungkan Ananna, Orange suka landing kat perut dan Ananna akan tendang-tendang Orange.
9. Sepanjang hidup, saya tidak pernah nampak Orange mengurat mana-mana betina. Kecuali 3 minggu lepas, kata Honey dia nampak Orange emh..emh..sekor kucing betina mana ntah.
10. Orange terror memburu binatang buas di dalam rumah tetapi burung dia kawan.
11. Orange sudah beberapa kali dia sakit dan 2 kali masuk wad. Kali pertama pasal Mocot mati kena AIDS. Kali kedua kerana sakit buah pinggang. 4 hari di wad, doktor minta kami mengambil Orange. Rupanya, Orange jadi kucing tension di wad. Sebelah kandang Orange ada kucing betina bising dan gatal. Kemudiannya, Orange jadi kucing sihat cergas..
12. Orange bukan kucing kaki gaduh. Dia baik. Kalau ada kucing datang dan minta makan dia dengan senang hati nak kongsi. Masing-masing tahu peranan masing-masing dan tidak kacau jajahan sesiapa.
13. Akhir tahun lepas, "kucing nasik lemak" datang menyibuk. Dia sibuk cuba untuk memasuki jajahan orange dan mencuri makanan Orange. Ini membuatkan Orange menjadi kurang sabar. Mereka bergaduh sehingga tenggelam timbul di dalam longkang. Cuba teka siapa jadi penyelamat keadaan.?? Saya terpaksa terjun di dalam longkang dan tangkap Orange. Kemudiannya, kejar "kucing nasik lemak" dengan rotan.
14. Sessi pergaduhan mereka ini membuatkan kami tidak senang duduk. Orange akan cuba sedaya upaya mempertahan kan jajahan dan membalas dendam. Akibatnya, dalam bulan December Orange cedera parah. Bengkak menanah di bahagian bontot dan jika terlambat kemungkinan ekor terpaksa di potong. Minggu lepas satu lasi sesi pergaduhan hebat. Kali ini mata Orange dan muka sebelah kanan bengkak. Orange demam. Badan Orange menjadi susut dari 5KG sekarang turun hinnga ke 3.1KG.
15. Kami sekarang memasang perangkap untuk membuang "kucing nasik lemak". Hei...kami bukan kejam..tetapi kami sebagai parent mesti melindungi "buah hati kami"...kan?
16. Sewaktu Orange dan Blacky berumur 4 - 8 bulan, dia suka hisap tetek Honey..ekeke.
17. Orange manja sangat dengan Ananna. Dalam masa yang sama dia berhati-hati. Sudah beberapa kali Orange kena pijak, kena tunggang dan sebagainya...Orange redha.
18. Sewaktu dulu, Orange tidur satu katil sehinggalah Ananna lahir...
Ok..sekarang masa untuk breakfast...kalau ada lagi kita cerita ok? Gambar yang tertera ialah gambar terbaru Orange...nak bawa ke Klinik...sakit bergaduh.
Oh..oh..Happy birthday busyuk Orange..!
*Orange = Prince*
