Saturday, October 22, 2011

Splash-splash di Cherating.

Salam,

Sambung cerita Cherating. Sepanjang di Cherating, kami banyak habiskan masa mandi kat kolam. Honey tak bagi kami sentuh-sentuh laut. Sebabnya, ada obor-obor & ombak yang kuat.

Jadi..........Jom tengok gambar kat kolam..owh lupa pulak. Sepanjang 3D2N, kami tinggal di The Legend Hotel, Cherating.



Hohoho...finally ada gambar Mommy...Nampak perut? ekeke....saje je tau pilih gambar perut menyorok dalam kolam. Sebelum ni memang tak rasa pergerakan baby dalam perut, tapi maybe sebabkan over excited berendam dalam air terus terasa baby kick dgn kuat...Adakah dia juga over excited macam Mommy juga??




Ok..dah habis dah gambar Mommy & Ananna....

Cuba tengok pula gambar Ananna dengan Daddy. Mereka berdua berwrestling di dalam kolam....huhuhu.....








 Daddy berehat sekejap. Letih melayan Ananna. Serious letih...!





 Ni main lumba-lumba..sapa sampai dulu dia menang...sah-sah lar game ni berat sebelah. Ananna akan sentiasa menang!. Dia pernah bergaduh dengan Orange semata Orange sampai dulu. Blur terus mamat tu.....

"Udah...udah...udah....! Sambung esok", kata Daddy. 

Serupa lah dengan update pasal Cherating....kita sambung esok ye....dadadada.....

Friday, October 21, 2011

Cherating - main pasir!

Hoh...ni gila lama punya cerita dan baru nak hapdet. Masa ni Baby dalam perut dalam 5 month. Masa tengah paling sihat dalam sejarah pregnant...huhuhu. Ok kita tgk gambo aje lar ye...? Owh before that, nak ucap thank you to Fathihah Mokhter sebabkan dia reality bercuti di Cherating menjadi reality...ewah!


Sampai Cherating aje, Ananna tak sabar nak main pasir. ! 
Mommy suka tengok gambar ni....macam dah DEWASA aje anak Mommy ni kan? (Uwaaa..Mommy emo)







Arrr....ada lagi. Tu baru 1st day. 




Why tak ada gambar Mommy?? Because I ler the photographer and also tukang edit...pengorbanan seorang tukang amik gambar.....huhuhu.

Ha...peace!




Honey yang hensem...ekeke.

 Ok...dah penat. Jom balik hotel....jom tengok kartun.....jom mamam.......


Thursday, October 20, 2011

32 weeks, 4 days & Mommy jatuh tersungkur!

Salam,

Tempat kejadian : Aman Cafe, PJ
Masa kejadian    : lebih kurang pukul 12:45pm
Details kejadian..............................................................:

Mommy nak lunch dan basuh tangan. Berpusing & kaki tersadung kat besi-besi paip &...............

Dummmmmm....JATUH! tersungkur! Muka terhempas kat kerusi plastik. Sebelah tangan sempat menampung badan. Sebelah tangan lagi di sambut oleh satu abang. Kedua-dua lutut sudah di lantai...........

Daddy dari Cyberjaya memecut laju untuk menjemput Mommy di PJ. Dari PJ memecut lagi ke DEMC, Shah Alam. Alhamdulillah, bila di scan jantung baby berdegup normal. Uri tidak berdarah. Segalanya ok. Mommy aje yang tak berapa nak ok. Lebam-lebam sana sini. Kat bahagian muka bengkak terus...huhuhu. Badan memang sakit-sakit. Rasa sakit nak bergerak.

Doctor kata...masa ni lah urat-urat kita tengah kembang...jatuh pula...bertambah lah sakit. Doc tak cakap banyak terus bagi MC untuk esok. Dia tak bagi kerja sebab dia kata esok badan akan lagi sakit dan demam. Sekarang pun dah rasa dedar ni ha. Dia mintak monitor sebab takut ada pendarahan dan sekarang ni kan selalu sangat contraction...so contraction tu pon kena monitor. Kalau terlalu kerap dan sakit, dia suruh ke hospital dengan segera dan admit.

Ho....saya harap sangatlah jangan jadi apa-apa. Biarlah baby dok dalam ni sampai cukup bulan. Rasa macam sedih pula bila dah sampai Tri ke 3 ni. Memandangkan umur makin lanjut, kemungkinan besar ini adalah pregnancy yang terakhir............. Lepas ni mesti rasa rindu dengan rasa hamil.

Owh...sementara itu...3 hari yang lepas kawasan rumah kami dilanda angin kuat..ribut sebenarnya.  Kalau tahun lepas akibat dari ribut bumbung kami pecah disebabkan piring Astro jiran sebelah terbang dan menghempas bumbung kami. Kali ini pula....si tempat sama, bumbung terbang. Sudah 3 hari bumbung di rumah terbuka. Bukan tak cari orang nak repair tapi asyik hujan dan tukang repair pun busy menerima tempahan repair bumbung.

Ini lah yang dia kata ujian..ingat lagi tak sebelum ramadhan kami di timpa ujian demi ujian yang membawa hingga selepas raya. Baru mahu bernafas, ujian datang lagi. Alhamdulillah...kami bersyukur dengan segala ujian dari Allah. Kami redha dan berusaha sebaik mungkin untuk mengatasi segala ujian-demi ujian ini.

Ok...dadada...

Mwuah ....errrr..korang nak tau nama Baby??? heh...gi tanya Ananna....dia dah kecoh bagi tau kat semua orang inluding cikgu sekolah. Anak Mommy ni memang kaki pecah rahsia...huhuhu. Kes Mommy jatuh ni sure sure sah akan jadi topik hangat di tadika esok ni........

Ok..bye..Nite-nite. 

Wednesday, October 19, 2011

"Mommy nak rotan korang berdua!"

"Mommy........tengok Daddy ni. Daddy kan ejek Nanna!", mata kelip-kelip buat muka innocent.

"Ok. Mommy rotan Daddy!"

"Yeah....yeah....Daddy kena rotan....blueeekkkk", sambil jelir-jelir lidah kat Daddy.

*
*
*
Jap lagi......................

"Mommy.............cuba tengok Nanna ni............dia kan ejek-ejek Daddy!", Errrkkk...Daddy tak datang buat mata kelip-kelip muka innocent kat Mommy ye...huhuhu.

"Ok. Mommy rotan Nanna!". 

Tetiba................................

"Mommmmmmmmmmmyyyyyyyyyy....arrrrrrrr....rotan lah Daddy. Jangan lah rotan Nanna.............Mommmmmmyyyyyyyyyyyy"...merengek-rengek ok. Tak berenti.....

Mommy pon.............aih............!

"Ok..Ok...korang berdua!!!!! Mommy betul-betul beli rotan dan rotan korang berdua....NAK????"

"Janganlah Mommmmmyyyyyyyyyyy.....Mommy rotan lah Orange!"

Orange....."Erk...why me??". Muka Blur!

Sian...Orange.!

Thursday, October 13, 2011

Update tentang Ananna pulak.!

Salam,

Hooooo.........update pulak pasal Ananna ye.........:

1. Birthday party at KFC, Setia Alam. Yang ni rasanya akan posting wknd kot sebab ada gambar nak kena edit-edit dulu..

2. 15 Oct 2011, Ananna akan ada Placement Test for Year 1 - Integrated Islamic School Shah Alam.

3. 17 Oct - 19 Oct 2011 - Ananna punya final exam.

4. 13 Nov 2011 - graduation day.

Ok...ok...

No 1, Mommy nanges sebab ANAK MOMMY & DADDY NI DAH 6 TAHUN! SUDAH BESAR!

No 2,  Mommy nanges jugak sebab.............ANAK MOMMY & DADDY DAH NAK MASUK DARJAH 1.

No 3 & 4, Mommy nanges............sebab takut ANAK MOMMY & DADDY DAH NAK HABIS TADIKA............!

Mommy banyak nanges sekarang sebab fikirkan................................................macam baru aje Mommy pregnantkan Nanna............macam baru aje Mommy lahirkan Nanna............tetiba skearang Nanna sudah..............................BESAR!

Uwaaaaaaaaaaaaaaaaa!

Wednesday, October 12, 2011

31 weeks update.

Salam,

Ahad lepas, tepat saya hamil 31 minggu. Whoa...macam skema aje ayat. Tapi macam cepat kan? Macam baru semalam saya pregnant..tetiba dah masuk trimester ke 3.

Isnin lepas, kami ada buat check up. Alhamdulillah, semuanya ok. Berat badan saya NAIK..huhuhu dan berat baby juga naik 600gm. Sekarang total berat baby 1.6kg. Kaki dan tangan pun dah mula bengkak-bengkak. Badan makin kurang selesa sebab kepanasan. Kat leher dan beberapa bahagian tertentu sudah mula menggelap....

Sudah 2 hari macam susah sikit nak tidur. Sebabnya panas dan sakit-sakit satu badan bila baring tu. Pusinglah macam-macam position pun tetap gak tak selesa. Suka sangat kalau ada tukang urut profesional boleh urutkan kaki dan badan tiap-tiap malam....ahem...ahem!

Baby dalam perut  bersopan santun lah sangat. Tak macam kakak Ananna, sungguh ganas di dalam perut. Baby akan mula bergerak seawal solat subuh. Waktu solatlah dia paling aktif bergerak. Kadang-kadang tu Mommy terkejut-kejut waktu tengah solat. Waktu mahu tidur dia tetap juga aktif bergerak tapi sebabkan dia tahu Mommy dia perlukan rehat...elok aje dia bergerak lembut-lembut. Lepas tu dia pun ikut tidur sama. Malam pun saya tak perlu berjaga untuk kencing

Kakak Nanna??? Macam biasa.....nak tidur sah kena carik ketiak Mommy!

Waktu saya hamil ini juga mencabar sungguh. Tensi di tempat kerja tu dah hampir tahap dewa. Kepenatan sangat sebenarnya. Sejak masuk minggu 30, saya malas sangat nak ambil pusing sebabnya priority saya sekrang untuk bersalin. Malangnya....................kerja makin berlambak.! Kadang-kadang tu rasa macam nangis.............

Hati...........? Memang kuat sentap sikit sekarang. Sensitif sangat. Selalunya bila sensitif tu, duduk diam-siam dan startlah mengalir air mata. Hormon..........tu.

Saya ada terbaca artikel tapi tak ingat bila lah mengenai kenapa Allah mengurniakan perempuan sahaja boleh hamil. Jawabnya, perempuan ini tahap sabarnya tinggi & tahap daya tahan sakitnya juga tinggi.Betul juga kan....? Cuba agak-agak suruh lelaki carry 15kg kampit beras setiap hari..........bagaimana agaknya ye?? Macam tadi, punyalah mengah saya naik turun tangga berkali-kali sebab mengejar lokasi meeting...training ...lepas tu meeting lagi....lepas tu settle kan problem customer...meeting lagi...training balik....aih...aih...rasa macam nak nangis. Tapi ada lah Hamba Allah ni menyejukkan hati saya dengan kata-kata "Azura...banyak pahala awak pregnant ni. Berkorban macam ni...naik tangga turun tangga.....sabar ye". Alhamdulillah....Alhamdulillah...Alhamdulillah. Saya tepuk-tepuk dada kuatkan semangat.

Ok lah...saya mahu solat Isya'. Sementara tu jom kita intai artikel dari www.babycenter.com.my ni....



Ditulis untuk BabyCenter Malaysia


Lengan bayi anda, kaki dan badan terus membesar - dan akhirnya sama padan dengan saiz kepala bayi anda. Beratnya lebih kurang 3.3. paun / 1.5 kilogram dan dia sudah kelihatan seperti bayi baru lahir. Ukuran panjangnya lebih kurang 16 inci / 41 sentimeter dari mercu kepala ke jari kaki. 

Video meninjau kehamilan: (sari kata Bahasa) Tontonan animasi 3D mengenai bayi di minggu kehamilan ini. Lihatlah!
Anda mungkin sedar yang bayi anda tidak lagi bergerak sebegitu giat seperti dahulu. Jangan bimbang; dia tidak lagi mempunyai begitu banyak ruang dalam uterus anda. Selagi anda terasa dia menggeliang-geliut, anda tahu dia sihat sejahtera. Jangan tak percaya pula, dia masih perlu membesar lebih banyak lagi. Dia dijangka boleh naik berat badan dua paun / 900 gram lagi sebelum kelahiran. 

Organ bayi anda terus mematang dan dia membuang air kecil dari pundi kencingnya: Ini persediaan yang baik untuk melatih dia kencing selepas kelahiran. Tak lama lagi anda boleh meramal apakah yang diidam-idamkan oleh bayi anda - skan otak menunjukkan yang fetus mempunyai waktu-waktu tidur bermimpi pada bulan kelapan. 

Anda mungkin telah meningkat berat badan sebanyak tiga hingga empat paun / 1.3 hingga 1.8 kilogram pada bulan ini. Adalah normal bagi berat badan naik satu paun / 460 gram seminggu semasa trimester terakhir sebab bayi anda mengalami satu lonjakan pertumbuhan terakhir sebelum dia dilahirkan. 

Adakah pola tidur anda berubah? Ambil tahu mengapa. 

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim. 

Monday, October 10, 2011

1st time Ananna gi dentist.!

Actually bukanlah 1st time. Sebab dah many time dah...tapi bukan dia yang jumpa dentist tu tapi selalunya jadi tukang teman Mommy & moral support kat Mommy..tehehe.

Tapi..dah 3 minggu, 2 gigi depan Ananna goyang. Aish..tak boleh jadi ni. Nak cabut sendiri....Mommy dah takut. Tak cabut karang, kena pulak gigi kekal dia tumbuh...berlapis pula. Ish..tak lawa lah anak dara Mommy ni nanti.

So sebabkan today Mommy cuti dan Daddy off day, we all bawaklah dia jumpa Dentist kat Rantau Panjang, Klang (Klang ye...bukan yang kat Kelantan tu). Ananna tak perasan dia lah pesakitnya. Dah masuk bilik doktor baru dia tersedar. Mujur dia tak nangis. Cuma gabra sikit lar. Bila doctor tu cakap, gigi dia cantik...elok....bla..bla...heh..terus ada keberanian luar biasa.

Tapi, dentist kata tak payah cabut dulu. Tunggu 3 month. After 3 month, if tak tercabut juga baru cabut. Owh..rupanya dia dah ada 2 gigi kekal di bahagian geraham & 2 lagi bakal tumbuh di bahagian depan. Tetiba Mommy dan Daddy rasa sayu sangat.........dah besar rupanya anak manja Mommy dan Daddy ni. Tak puas lagi Mommy dan Daddy nak manja-manja dengan Nanna.....uwaaaaa!...Mommy sayu sampai nangis-nangis!..

Ok..dadada...nanti tulis lagi ek...

Mwuah!